Saturday, November 29, 2008

ZulhiJJah EditioN - PaRt 1 -


BismillahirRahmaaNerraHeeM..

1 ZulhiJJah 1429

Hari yang hening meniupkan angin bayu yang menyegarkan kulit makhluK yang bernama manusia. suhu luaran serendah 4 darjah celcius sudah cukup untuk menaikkan bulu roma diri yang terdedah dengannya. sistem tubuh berjalan dengan sistematik untuk memastikan diri empunya badan dapat bertahan dalam suhu serendah itu. darah mengalir dari arteri ke vein semakin laju dari hujung badan ke otak, jantung, dan peparu untuk tindakan yang seterusnya. begitulah hebatnya teknologi ciptaan Tuhan yang pastinya banyak lagi belum dapat diterokai oleh makhluk yang bernama manusia.

Samir menekan butang calander handsetnya yang berjenama Nokia N78. "hmmmm... bila ye 1 zulhijjah ni.. mcm nak puasa je.." "Alamak... hari ni rupanya.. adoi.. baru je aku makan tadi.. adooii.. hmm.... xpe laa... esok laa kot.. " "dah laa hari ni ada usrah kt umah aku ni.. Hmm.. ok kot... muliakan tetamu kot.. mmg laa kena puasa sunat.. tapi.. tetamu nak datang nak buat usrah kt rumah.. berkatnya lebih banyak kot.. insyaAllah.. aku x puasa laa hari ni.. esok je laa.. kalo puasa pun.. nnti dorg akan rasa bersalah ke... ape ke.. mana laa tau kan.. hati sape tau.. yang pentingnya.. aku kena buat ni semata-mata untuk Allah. muliakan tetamu kerana Nabi pesan.. kalo kamu beriman kepada Allah dan Rasul.. maka kena muliakan tetamu... Hmm.. Set.. aku x posa.. Hihi.."

Hari ni hari pertama dalam bulan zulhijjah. cahaya matahari yang naik padanya merupakan rahmat bagi sekalian alam. angin sesejuk salju bertiup membawa tiupan dari Siberia terasa belum lagi mengengat. Samir memulakan harinya dengan bersolat jemaah di surau yang terletak tidak jauh dari rumahnya. sesudah habis menunaikan perintah Allah itu, dia teringat akan pesan sahabatnya mengenai usrah yang bakal berjalan dirumahnya pada hari yang mulia ini.

"ei samir.. esok jan lupe tau... usrah kt rumah enta.. masak sikit.. hehehe"

Senyuman manis dilemparkan kawannya Syakur Hamdi. Syakur merupakan ketua bahagian tarbiyyah dan usrah Persatuan Islamic Student Movement yang juga dikenali sebagai ISIM. dia baru sahaja menamatkan hidup bujangnya tahun ini semasa cuti summer yang lepas dengan seorang muslimah pujaan hatinya yang juga satu batch dengannya.

"Ok bro.. jan riso laa.. tapi ana ni jenis x tau memasak laa bro.. ana masak apa-apa je laa eh.. asal boleh makan.. ok laa eh.. hiHi.."

"alaa.. enta masak je apa-apa.. enta kan terkenal sebagai penjual ayam yang berjaya.. masak laa ayam goreng ke.. masak merah ke.. hihihi.. masak masakan kenduri kawen ke.. hehe.."

Samir tersenyum. kemanisan senyumannya terserlah. lirikan matanya yang tajam menunjukkan keyakinan yang membara dalam dirinya. "hehe.. adoi.. aku nak masak ape eh.. mati la aku.. aku nak makan sorang boleh laa.. kalo dah nak bagi kawan-kawan makan ni.. adoi.. kalo x sedap camana??.. xkan laa aku nak kena tengok resepi kot kat internet.. malasnya... Hmm.. masak sup ayam je laa.. and masukkan kentang banyak-banyak.. hehehe.... lagipun aku tengah takde beras ni nak masak nasi.. nak beli kt kedai bawah ni mahal sangat dia jual.. tak berbaloi.. " sengih samir dalam hatinya.

Sesudah habis berzikir dan memohon pada Allah Tuhan yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang, dia keluar dengan hati yang sangat senang. dalam perjalanannya balik kerumahnya dia mengambil keputusan untuk melalui kawasan taman yang sagt indah. Gagarina Park.. panggilan Taman yang berorientasikan gaya Eropah Timur. udara yang segar dihirupnya dengan segenap kesyukuran ke hadrat Ilahi atas nikmak yang telah diberikan.

Dalam kesegaran oksigen yang bersih tanpa sebarang pencemaran, samir teringat kembali kejadian yang dialaminya beberapa hari yang lalu. "ana minta maaf.. enta boleh jadi kawan je bagi ana.. ana anggap enta ni kawan je.. tak lebih dari itu.. minta maaf.. tak lama lagi ana akan jadi milik orang lain.." samir melepaskan nafas panjang mengingatkan perkataan yang dikeluarkan oleh seorang muslimah yang dia minati ini. "AstagfirullahalAzeemm.. " samir beristighfar seketika.

Samir seorang lelaki yang amat susah untuk jatuh hati dengan mana-mana muslimah. dia adalah lelaki yang sangat memilih dalam mencari teman yang akan hidup bersamanya di dunia dan akhirat.

"Samir.. takde manusia yang sempurna di dunia ni... samir carilah yang paling baik agamanya.. n of couse.. yang samir cintai dan dia juga mencintai samir. tak guna kalo samir sahaja yang suka padanya, sedangkan dia tak menaruh hati pun kat samir. apa ertinya rumahtangga yang nak dibina tanpa ada kasih dan sayang padanya??" samir teringat pesan ustaznya sewaktu dia meluahkan perasaannya dihadapan ustaznya yang dia sayangi itu.

"Tapi kalau nak ustaz carikan pun.. ok jugak.. hihihihi.." ustaznya menawarkan tawaran hebat bagi samir. "insyaAllah ustaz.. nanti kalo ana sudah bersedia.. ana akan khabarkan dengan ustaz.. k.. hehe.." jawab samir dengan selamba.

Sebelum ini, sudah ramai yang jatuh hati pada samir dan menyatakan cinta padanya. tetapi mungkin ketika itu, samir belum lagi bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius. ada satu ketika sampai dua orang perempuan sekaligus menaruh perasaan terhadap samir. kedua-duanya perempuan yang baik-baik. lengkap segalanya. Agama.. keturunan.. harta.. dan rupa.. tapi samir pun tidak mengetahui apakah halangan bagi dirinya untuk memilih satu dari dua perempuan tersebut.

Mungkinkah pada waktu itu dia baru sahaja kehilangan cintanya yang pertama?? muslimah pertama yang dicintainya dikenalinya melalui internet. kad raya dan kad ucapan sebelum SPM yang pernah dikirimkan muslimah tersebut sangat memberi kesan yang mendalam di dalam hati samir. jawapan yang sama diberikan selepas 3 tahun berkawan.. "ana anggap enta sebagai kawan sahaja... tidak lebih dari itu.. minta maaf.."

Selepas kejadian tersebut, samir dah menutup hatinya rapat-rapat kerana dia tahu akan kesakitan dan deritanya cinta yang tidak berbalas. hari ini hatinya diketuk oleh keindahan wajah, suara, akhlak dan budi pekerti seorang muslimah yang baru sahaja ia kenali.

Bersambung..........

0 comments: