Thursday, June 04, 2009

PAS semakin diterima dan dikenali di Sabah


Gunung Kinabalu pun ColoR Biru gak eh.. Huhu..


KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Walaupun sepuluh tahun lalu PAS dilebel sebagai parti Jepun, hari ini sejak Dewan Pemuda PAS Pusat dipimpin Salahuddin Ayub masyarakat Sabah mula menerima parti tersebut kata perwakilan Sabah, Lahirul Latinggul.

Beliau yang memulakan ucapan dengan kata-kata, "jangan keliru dengan warna biru, kerana biru lambang negeri Sabah" dengan bangganya mengatakan beliau melihat banyak kejayaan yang dicapai Dewan Pemuda PAS di bawah pimpinan Salahuddin Ayub.

Katanya, tempias kejayaan tersebut turut dirasai rakyat Sabah.

Beliau yang berucap dalam ucapan Perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda dalam Muktamar Dewan Pemuda ke-50 di Taman Melewar dekat sini, hari ini berkata, sepanjang Dewan Pemuda PAS di bawah Salahuddin imej PAS berjaya sampai ke Sabah.

"Satu ketika dulu orang bukan Islam termasuk Bajau, dan Dusun tidak kenal PAS tetapi sekarang ini mereka pula membaca akhbar Harakah," ujarnya.

Malah katanya, mereka mula melihat perkembangan dan kerjasama yang baik parti dalam Pakatan Rakyat.

"Dengana itu kami berbesar hati dan berterima kasih kepada usaha yang dilaksanakan Dewan Pemuda PAS Pusat," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membidas laman web Pemuda PAS Pusat yang dilihat terlalu kaku kerana banyak mencedok berita Harakahdaily.

Selain itu dalam ucapannya itu beliau turut mengajak barisan ulama Dewan Pemuda PAS, berhijrah ke Sabah dan Sarawak untuk menghidupkan budaya Islam di sana. - mns_

- Superb bang Lahirul... Tul2.... Kena banyak berhijrah ni kalau betul2 mau berjuang.. hihi... Peace.. -

0 comments: