Sunday, May 31, 2009

Pengalaman itu..


Sesekali kita perlu juga memandang kembali apa yang telah berlaku untuk dijadikan pengajaran.
Bila sedikit sebanyak pengajaran diambil, maka jadilah ia pengalaman berharga yang bakal membantu perjalanan hidup yang masih jauh.

Mengapa??

Bagaimana terjadi??

yupp.. pengalaman yang banyak akan membuatkan seseorang itu menjadi lebih hebat daripada orang lain.

Si Perompak dan PlayboY


Orang yang mempunyai pengalaman mencuri, lebih pakar dalam selok belok mencuri dan merompak jika dibandingkan dengan orang yang tidak pernah mencuri. Idea di Otak si pencuri terlalu kreatif disebabkan pengalamannya yang terlalu banyak. Tidak pernah ditangkap.. hanya melihat rakan-rakannya yang diberkas, Berjaya mendapatkan apa yang dihajatinya.. Sesekali terjatuh dan nyaris-nyaris ditangkap.. tetapi dapat dicover semula yang mana semuanya disebabkan oleh skills yang telah dibangunkan dan digubah sekompleksnya.

Orang yang mempunyai pengalaman bercinta lebih dari 10 orang lebih hebat bertutur kata daripada meraka yang tidak pernah bercinta, mengenai selok belok mengorat kaum hawa dengan jayanya. Semua akan mengangguk dan menerima apa yang diperkatakannya. Yupp... Boleh laa dicuba beberapa cara yang dinukilkannya. Sesetengah cara itu hasilnya sangat memuaskan hati, kadang-kadang tidak berjaya disebabkan berubah suasana dan keadaan dalam yang tidak sesuai.

Menuju Kegemilangan Hidup

Mengapa Tidak berjaya?

Mengapa tidak tenang?

Mengapa tidak puas hati??

Bagaimana boleh jadi seperti ini??

Mengapa tidak seperti yang diharapkan??

Bagaimana cara kita mengukur kegemilangan dalam kehidupan seharian kita? caranya tidak susah. Inilah yang kita namakan dengan Muhasabah. Teliti apa yang dilakukan pada hari ini, adakah ianya lebih baik dari hari semalam, atau pun lebih teruk.

Jika hari ini lebih baik dari hari semalam, maksudnya kita berjaya menggemilangkan diri kita sedikit demi sedikit.

bagaimana pula dengan keadaan yang tidak berubah? Semalam sama sahaja dengan hari ini. Tidak ada peningkatan ataupun pengurangan. Ini menunjukkan bahawa kita bakal termasuk dalam golongan yang rugi.

Rugi... Semua orang sedang berebut-rebut mencari kekayaan rohani dan jasmani, tetapi kita tetap berada dalam tampuk yang sama.

Lebih rendah golongan yang hari ini lebih teruk dari semalam. Orang lain menuju ke hadapan, kita pula kembali ke belakang. Semalam kita solat 5 waktu penuh, hari ini 3 waktu sahaja. Semalam boleh baca selembar Quran, hari ini tak pegang langsung pun kitab Quran. Semalam dengar sedikit nasihat agama, hari ini sepenuh-penuhnya disogokkan dengan nyanyian-nyanyian yang melalaikan jiwa.

Pengalaman, Muhasabah dan Kegemilangan.

Pengalaman pahit dan manis yang tidak di"post-mortem" adalah benda yang tidak membawa faedah kepada masa depan.

Seorang mat-Pit yang melihat kematian kawannya dalam kemalangan sewaktu berlumba haram yang tidak berhenti dari melakukan pekerjaan rutinnya itu..

Seorang pelajar yang masih tidak bersungguh-sungguh dalam pelajarannya walaupun satu ketika dahulu dia pernah merasai kegagalan yang menyakitkan..

Seorang pendakwah yang masih lagi tidak berfikiran terbuka walaupun banyak kesalahan yang telah dilakukan yang merugikan gerak kerja dakwah..

dan lain-lain.

bukan sahaja perkara ini merugikan diri sendiri, bahkan lebih menjauhkan kita dari melihat kejayaan dan kegemilangan yang diimpikan.

Yupp... Kejayaan yang gemilang hanya akan didapati oleh mereka yang menggunakan pengalaman mereka dan ilmu yang ada sebaik-baiknya. Tidak kira apa jua pekerjaan, yang baik maupun yang jahat.

Kejayaan Seorang Muslim

Kejayaan hakiki bagi seorang yang menggelarkan dirinya sebagai Islam, ialah apabila dia dapat merasakan bahawa kehidupan bersama Islam itu merupakan satu keperluan. Keikhlasannya untuk berubah semata-mata untuk menyirup ketenangan dari roh Islam itu sendiri. Bukan kerana dipaksa, bukan kerana lelaki itu, atau perempuan itu dan lain-lain.

Setiap hari ia berfikir tentang hubungannya dengan Tuhannya. Adakah hari ini dia merasakan lebih dekat dengan Tuhannya, apa maksiat yang telah dilakukannya, dosa mata, dosa telinga dan lain-lain.

yupp..... Dia juga tau yang dirinya bukanlah Malaikat. Bukan Nabi, bukan sahabat Nabi, Bukan Ulama, bukan sesiapa pun.. bahkan dia hanyalah hamba hina dihadapan Tuhannya, yang malu untuk meminta disebabkan banyaknya maksiat yang dikerjakannya.

lalu dia memohon keampunan. Dia merasakan dirinya sangat kerdil dan terlalu hina. Malu.... Tuhannya masih lagi memberikannya nikmat, masih lagi mendengar sautan batinnya.. dikala dia melupakan Tuhannya lalu menuruti godaan nafsu syahwat yang membara.

Yupp.... Jangan putus asa dari rahmat Tuhanmu.

Sesudah dia meneliti kesalahannya, dia berazam untuk membaiki diri dan mengubah apa yang perlu. Lalu dia bertawakkal kepada Tuhannya agar dibantu dalam uasaha perubahan dirinya itu.

Maka, turunlah ketenangan.. turunlah pertolongan Allah.. lalu mudahlah jalannya. Rianglah hatinya menuturkan ayat-ayat cinta pada Rabbnya.

Begitulah sehari-hari dalam hidupnya. Allahu Rabbii..

maka bermuhasabahlah, koreksi kembali diri yang penuh dengan kekosongan itu. InsyaAllah jika niat yang dipasang semata-mata kerana Allah, Kejayaan yang abadi dan hakiki akan dapat dirasakan. Pengalaman dijadikan kompenen buat pengajaran masa hadapan yang lebih cemerlang.

Kejayaan yang manis tidak akan datang bergolek tanpa pengalaman yang pahit. Pengalaman pahit yang tidak diteliti akan lebih memahitkan keadaan dan suasana. Emas diharap, batu yang menimpa. Bila dibiarkan batu kecil, batu besar pulak datang menghimpit. Dalam otaknya hanyalah emas yang berkilauan tapi hairannya, tidak ada pula usaha untuk menyingkirkan batu besar yang sedang membunuhnya.

WallahuA'lam.. Fikir-fikirkan..

1 comments:

Ник Мавадах Ник Дин said...

like dis entry so much...

jika mahu hidup di'naik taraf', jangan rigid dengan hidup 'cara lama'.

p/s; nk exm pon masih menulis afifi... mantap!!!... tangan ni ditahan2 je dari menulis sbb takut ghalit. Cuba fokus tuk exm. tp sedar x sedar list article tuk coming entry makin pnjg. =)

Allah itu Maha Pemurah. Alhamdulillah..