Tuesday, September 29, 2009

Hidup BerTuhaN


Kaffarah..

aku tersenyum sendirian..

Kaffarah dosa nih.. Siang yang agak sejuk.. Pening seharian, panas badan. aku membaringkan kepala yang semakin berat lalu menutup seluruh badanku dengan selimut yang sederhana tebal.
Aku tertidur disebalik kepanasan yang melegakan.

Malam yang Kelam


Hmm.. kena baca sikit nih untuk kelas besok.. aku kekurangan semangat untuk study. Mungkin sahaja disebabkan oleh kesihatan yang tidak berapa elok.

lalu diri mencari jalan. "Hmm.. camana laa aku mau naikkan semangat ni eh.. adusshh.. Susah ni kalo selalu camni.."

Semangat..
ada masanya ia naik.. dan begitulah sebaliknya..

Iman..
Ada masanya ia naik.. dan begitulah sebaliknya juga..

Semangat berkadar terus dengan Iman

Kalau Iman naik.. Maka Semangat akan naik dan meningkat..

Kalau iman turun.. Maka semangat pun akan menurun dengan lajunya..

Imannn.. Rupanya ada masaalah dengan Iman nih..

Yupp.. Dalam satu hadis Nabi.. Nabi menerangkan bahawa hati manusia ni boleh berkarat bagaikan besi yang terkena air.. Lalu ada sahabat yang bertanya.. bagaimana untuk membersihkan hati tersebut..

Nabi menjawab Hati itu akan bersih dengan mengingati mati dan membaca Al-quran..

Ada lagi Hadis Nabi.. yang menerangkan cara untuk memperbaharui Iman dengan memperbanyakkan ucapan Kalimah Toyyibah..

Laa Ilaaha Illallah.. (Tiada Tuhan Melainkan Allah..)

InsyaAllah kalo Hati bersih.. Iman akan naik.. dan semangat akan bertambah..

Study...

Study biarlah niat kerana Allah.. Semata-mata keranaNya.. InsyaAllah kita akan rasa akan kemanisannya.. Kalau betul keyakinan kita.. InsyaAllah.. Allah akan merasakan akan belaiannYa.. Alangkah syoknya berada dalam keadaan itu..

Biar susah.. atau senang.. semuanya dirasakan datang dari Tuhan..

"Kita kena sentiasa merasakan yang kita ni 'Hidup BerTuhan'.." Kata Sahabatku Amsah 6 tahun lalu sewaktu kami dalam perjalanan ke Rumah Anak Yatim Al-Falah, Beaufort anjuran Persatuan Kompang Matrikulasi LAbuan.

Hidup berTuhan.. Semoga Ada kebaikan buat semua.. Ameenn..


0 comments: