Saturday, October 10, 2009

Projek Prihatin Ummah


Bismillah..

Projek Prihatin Ummah.. Apa jugak nih?

Satu lagi Projek "Barisan Pelajar Islam" CSMU..


Antara lain objektif utaman projek ini adalah untuk kebajikan saudara Islam kita di Ukraine umumnya, Crimea secara khususnya. Projek ini jugak melibatkan semua pelajar Islam CSMU.

Berikut saya nyatakan beberapa aktiviti yang bakal dijalankan dan dijayakan.

1. Program Kurban Bairam 1431
2. Program Pembinaan Masjid di pekan Sbobada
3. Program Penambahbaikan Masjid Ar-Rahmah (5th Hostel)
4. Menguruskan Biasiswa Saudara TATAR ke Malaysia untuk mendalami
ilmu Agama.
5. Program Pengajaran Al-Quran oleh pelajar kepada penduduk tempatan.
6. Program Ziarah Umum ke pekan-pekan Saudara Islam TATAR.

Diatas ni hanya sedikit dari banyak-banyak program yang telah dan akan dilaksanakan.

Sebenarnya dari projek seperti ini memberi peluang yang amat luas untuk pelajar menyumbangkan sesuatu untuk kebaikan orang Islam TATAR di Crimea.

Majoriti pelajar akan menghabiskan sesi Medical Degree pada tahun 2011. Rasanya belum terlambat lagi untuk kita bercampur dengan orang Islam TATAR dan merasai secebis kehidupan yang mereka lalui bersama-sama.

Dalam Hadis Nabi ada menyebut mengenai amalan yang tidak akan putus selepas kita pergi menemui Allah. Diantaranya, sedekah jariah yang kita tinggalkan sewaktu kita masih hidup, Ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.

"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya." ( Maksud hadis ).

InsyaAllah Projek Perihatin Ummah ini boleh kita jadikan sebagai medan untuk kita meningkatkan lagi amal kita disamping pembentukan peribadi mukmin yang profesional.

- Doktor Muslim yang berjiwa ISLAM -

Update terbaru akan disusuli kemudian.

0 comments: