Thursday, February 26, 2009

Rahmat KeAmPunanMu



Hadis Abu Hurairah r.a:

Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku.

Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa.

Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku.

Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa.

Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku.

Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu.

Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu.

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Copied froM Mujahidfillah

AstagfirullahlAzeem... Betapa Allah SWt tu sangat-sangat pemurah n pengasih lagi penyayang terhadap hamba-hambanya. buatlaa dosa banyak mana pun, Allah dah janji Allah akan ampunkan juga. Biarpun dosa tu sebesar gunung Kinabalu au lebih besar dari tu.. Sedikit keikhlasan Memohon Keampunan kepada yang Maha Pengasih.. InsyaAllah Allah ampunkan.

So, jan putus harap dari rahmat Allah SWT. Segala yang berlaku semestinya ada hikmahnya yang Allah dah sediakan. Mungkin bukan hari ini, kalo kita dapat bersabar dan redha dengan apa yang Allah berikan dan uji, insyaAllah Allah akan balas dengan yang lebih baik dari tuh.

Ikhlas... Sabar.... Redha...

Allah Sedang berbicara denganmu.. Bicara Allah.... Adunan Allah... Celupan Allah.... Beruntung bagi mereka yang sedar akan BicaraNya......

Ya Allah.. Ampuni Dosa Kami... Ameen..

Monday, February 16, 2009

Renung-RenungkaN


Tak perlu mencari teman bagaikan Balqis
Andai diri tak sehebat Sulaiman

Usah mencari teman seteguh Ibrahim
Andai diri tak seteguh Hajar

Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
Andai kasih tak setulus Zulaikha

Mengapa didamba teman hidup sesetia Khadijah
Andai diri tak sesempurna Rasulullah SAW

.: Renung-RenungkaN :.
PeAcE

- Ustaz AkiL HaYY -


ZikiR TariQaT






Ni yang Malaysia Pyer VersioN


SAmBil-SAmbil Tuh.. LaYanLah ZikiR Atas Nih... SedaP gaK.. 1st - ChechnyA.. 2nd - India Kot.. 3rd- MalaysiA

Sunday, February 15, 2009

KembaRa CinTa

video

AiseemeN... Jarang gak guna Windows Movie Maker nih..
Selalu wat benda-benda camni guna RoXiO..
Boleh laaaaa..... SimplE....
dan haraP-haraP bermakNa BuaT semua..


PeaCe..

Saturday, February 14, 2009

SeriUs Vs x SeriUs


HiduP ni keNa Serius Gak ckiT...
AsyiK nak men-Men payaH eh...
Waktu main tu maiN laa.... Waktu keNa seriuS...
tak Yah laa nak Main-MaiN gaK...

laGi-laGi kalo dah Kena StarT seriuS ngan Masa DepaN
Fkir... PlaN bebaiK... Then GeraK...
SambiL berseraH KepaDa
Yang Maha MengatahuI...

PeacE For PAlestiNe

Wednesday, February 11, 2009

Senyum





BismillaHirramaNirrahim..

SebarkaN SalaM
ManiskaN senyumaN
SesengguhNya Senyuman Itu SunnaH

p/s : Layan je lah lagu ni k.. biarpuN Suara Brother ni
Unique ckiT.. HiHiHi..

SenyuM SeindaH SuriA

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


Peace For PAlesTiNe..

Monday, February 09, 2009

Study laGi


Study aa?? heMM... Sekrg aku ni tengah cycle TraumatoloGY.. Science that study bouT any injuries, eg fractures, dislocation, wound etc.. Prophylaxis, and their treatment. Syok gak bila study benda nih... lagi-lagi bila dapat cikgu yang best.. Hihi..

Cikgu ni naMa Alexander.. Umo dalam lingkungan 50-an.. Nampak gak laa cikgu ni tua.. antara panggilan orang terhadap cikgu ni.. Cikgu Mc-Donald.. Cikgu Coins.. Cikgu Setem.. Hihi... ni kawan-kawan laa nih panggil camni.. kih2..

"Cikgu ko mana satu?? KObeks ke?? " Si peroz tye..

"Bukanlaa... yang sorang lagi tuh.. yang tua-tua ckit tuh.. Alexander.."

"Cikgu Mc-Donald aa??? "

Time tu aku terbayang PatunG pakcik Mc-D kt KLIA dekat-dekat ngan pelepasan antarabangsa kat tingkat 3 kot tu kalo x silap. Alaa... Suma tau juga baa kan.. HiHi..

"aa laa... Yang tu laa.. Cikgu Mc-D"

Cikgu ni memang sangat-sangat energetic dan bersemangat. Mula kelas pkul 1230 ptg then xde rehat pun sampai pkul 3 lebih... Jlan teruih... tapi x terasa laa panjangnya tu.. psl cikgu ni ajar sambil-smbil wat lawak.. HiHi...

Esok akan bincang pasal Fracture or Upper extrimitieS.. tadi g tengok PatienT.. n esok kitaorg akn g jumpa laa patienT tu n kena wat Case reporT... Patient yang aku dapaT, sorg makciK yang patah kaki.. tapi dah buat operation laa.. esok kena jumpa laa makcik ni.. Praba (Classmate aku laa) plak kena Pakcik Garang n SeriuS... HiHi.. x senyum pun pakcik tu tadi.. mcm nak marah-marah je.. Reaksi si Praba berubaH... aku tergelak seketika.. hIhIHi.. tapi praba ok je.. Russian Dia HebaT.. kat kelas kalo russian.. dia no 1 laa..

Adoiiiss.. aku x call rumah lagi.. kena call kot dalam minggu nih.. lame dah aku x call.. last call rumah 2 minggu lalu kot.. aa.... esok au lusa laa g call.. alaa... call guna ItalkBuddy je pon.. hari tu mama topupkan 10 ringgiT.. seposeN seminit call dari sini.. so mksudnya 10 ringgit boleh call dalam sejam lebih laa.. Murah n menyenangkaN..

banyak gak kerja yang terbiar x berusik nih.. adoi.. kadang-kadang rasa lemah n xde kekuatan.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah halAzeem...

Hari tu chat ngan Cik Raihan.. kawan matriks labuan dulu laa.. sekrg Final year medic Malaysia.. dia ni pun mcm ustazah2 gak.. So boleh laa dua kerja dalam satu masa..... Dr n Ustazah.. HiHi... Cik rehan suh aku dgr satu lagu nih.. Ape aa tajuknye.. tapi lagu hijjaz laa.. Sedap gak lagu tu... lagu tu lebih berunsurkan kembali kepada Jalan Tuhan.. Tapi kan....... rentak Nasyid tu kurang sedih sikit laa... Aku pun x tau nape.. maybe aku je kot yang kurang SensitiVe.. Hihi...

Sekrg ni tgh dgr laGu Opick & Amanda - SedekaH.. OK gak laa.. Lirik lagu besa-besa je... boleh laa... but i like its rythm.. Sedap eh suara n muzik lagu Nih... Modern n ceria.. lagi-lagi suara si opick ni pun aku minat gak.. bagi aku suara dia ni commercial ckit laa.. ala-ala Kumpln ungu gak...

dah la wei.... kena smbung study dulu.. igtkan nak wat artikel yang berunsur nachat ckit... tapi mood teda laa sekrg nih... esok laa...

Astaghfirullah.... Banyakkan istighfar.. Astaghfirullah.... Banyaknya dosa... X penah puas diri ni melakukan maksiat n langgar perintah Allah.. Astaghfirullah....

oklaa.... Jalan Dulu.. esok2 laa Update balik... ok ChoW...

Monday, February 02, 2009

SuraT LaYanG ??

GAmBar HiasaN semaTa-MaTa.. Teda KaitaN ngaN YaNg IduP maupun yaNg telaH MatI.. HiHiHi..


Bismmillahirrahmanirrahim


Aiseemen... baru je hari ni aku terfikir nak tulis macam skema ckit.. tapi x boleh laa.. Boleh sebenarnya.. tapi tu laa.. kalo aku nak mengarang nih.. tambah lagi 2 jam lagi laaa maksudnya.. so aku ni pun bukannya jenis yang rajin sangat.

haha.. baru hari ni aku terpanggil untuk mengulas isu yang sedang panas diperkatakan di kalangan budak melayu di CSMU nih.

Isu PanaSSS????

Apa eh??

Apa lagi kalo bukan isu SuraT layaNg yang dihantaR oleh "Noname" yang menyatakan dirinya mewakili JAWI (Wilayah Persekutuan nih... KL tuh.. hihi..) kepada parents kat malaysia. Actually sapa yang menjadi mangsa Surat layaNg nih??

MangSa

apa yang aku tahu bila sembang ngan member-member nih.. orang yang menjadi mangsa ni adalah mereka-mereka yang tinggal sebilik lelaki dan perempuan walaupun belum kahwin. Actually aku memang malas nak cakap pasal benda nih.. pasal bagi aku, benda ni adalah benda yang kecil sangat-sangat untuk diperbincangkan. Tapi oleh kerana banyak orang yang dituduh dan dimarahi tanpa sebab yang munasabah, so aku mengalu-alukan diriku untuk memberikan sedikit buah fikiran buat semua kawan-kawan.

Tengok... kalo orang x bising-bising pasal benda nih.. aku x kan buat statement nih... kalo bukan naqib naqibah yang menjadi mangsa tuduhan dan menjadi bahan bencian seterusnya... aku x kan buat statement nih.

Aku cuba bersikap nuetral. Statement aku tidak ada kaitan dengan mana-mana persatuan yang ada disini. Umno ke.. Isim ke.. lagi-lagi Gamtet... (Yang mana Racist ckit tuk dak terangganu je.. HiHi..... SOrry KoJi... HaHa...)

Untuk pengetahuan Member-member, aku memang sudah lama x bergiat aktif dalam ISIM. Dulu-dulu boleh laa... Sekarang Aku dah berubah.. HaHa.. kelab UMNO lagi laaa... aku x tau satu apa pun program yang Kelab UMNO buat.. maybe pasal aku tinggal kt luar koT... HiHi.. (Ada sebenarnya.. tapi ni ayat BALAGHAH laa... hiHiHi...) Isim pun lebih kurang je.. time-time ada perayaan-perayaan besar baru nak buat program. Kurang Kreatif sikit laa yang aku nampak. Semua persatuan yang ada kurang memberikan impak maksima terhadap pelajar-pelajar sini.

ok.. kita masuk bab Surat nih..


SURAT CINTA LAYANG-LAYANG


Apa sebenrnya kandungan surat nih?? aku pun sebenarnya x baca laagi kandungan surat nih. Hari tu, ada orang yang nak bagi aku tengok.. tapi sampai hari ni aku x de kesempatan nak tengok lagi benda tuh.

tapi yang aku faham ,secara generalnya surat tu menyarankan Parents tuk menasihati anak-anak mereka yang Tinggal sebilik ni untuk meninggalkan perangai-perangai buruk nih. orang kata ayat surat nih memang skema badak pya.. Ayatnya berbunga-bunga... HiHi... macam ayat Novel.. aku rasa boleh saing sekali ngan Habiburrahman kot.. Kih3...


SETUJU ATAU TIDAK SETUJU

bila jadi benda-benda macam ni.. orang akan bertanya dan bergosip sesama sendiri. Bagus ke dia buat nih... ke x bagus dia buat camni... Semua orang memberikan pendapat masing-masing. Ada yang memberi pendapat ikut emosi semata-mata. ada yang bagi pendapat mengikut logik akal dia. Tidak kurang jugak mangsa yang terlibat juga turut memberikan pendapat yang Boleh tahan laa orang cakap. Hihi..

Bagi aku... aku setuju orang ni buat benda nih.. bagi aku dia buat benda yang betul. Atas nama Menegah kepada yang mungkar dan menyuruh kepada yang ma'ruf, dia berpendapat bahawa menulis surat kepada parents dak-dak yang tinggal sebilik nih adalah benda yang paling baik.

cumaNya .. caranya sedikit melulu. dia buat benda ni tanpa buat benda-benda lain yang aku rasa perlu untuk diselesaikan terlebih dahulu. Contohnya, berjumpa dulu ngan orang-orang nih.. bagi nasihat ke.. ape ke... n len2... Slow talk laa orang kata.. dia kurang buat benda nih.. dia terus kepada puncak segala penyelesaian.. yang mana dengan cara nih pun belum tentu lagi akan menyelesaikan masaalah-masaalah nih.

aku pinjam sat kata Bro AreP.. (Arifullah Ariffin).. Member bek aku nih.. sama-sama di matrik dulu.. n dia juga peminat setia Ustaz Azhar Idrus.. sekali laa ngan si Padel n Anis.. haha.. Arep kata kt aku hari tu waktu balik sekali dari solat jumaat..

"bagus laa dia buat benda-benda nih.. sekurang-kurangnya kita dah terlepas dari dosa yang Allah akan persoal Akhirat nanti.. benda Fardu Kifayah.. Kita tak mampu buat.. Dia sorang buat.. kita semua terlepas... sepatutnya kita berterima kasih kepada orang nih.. bukan kita nak benci.. bukan sampai kita nak bunuh orang yang buat nih... dah kita yang buat tu dah salah... nak wat camana..."

"aa.. tul tu rep... aku rasa kan.. kalo dorang tak buat benda-benda nih.. tak tinggal sebilik laki-pompuan... takkannya jadi Isu surat menyurat nih... HeHe... dorang yang buka pintu Fitnah tu.. nak wat cne... Terima laa... Kita nak backing pun serba salah.... pasal benda yang dorang buat ni memang dah salah betul dah... "

hahaha.... Nampak tak.. betapa kecilnya masaalah nih...

Satu lagi yang aku nak nasihatkan kepada yang buat surat nih... (x tau laa kalo dia baca blog aku nih...) Tengok sikit sapa yang nak dijadikan mangsa tuh... kaji betul-betul.. kita takut benda nih jadi fitnah... benda x betul tapi kita kata benda tu betul... takut-takut orang yang tak tidur seblik pun menjadi mangsa..

MEMAHAMI PERASAAN

yeah.. aku faham bila mak ayah kita dapat berita yang kita buat benda-benda yang x elok ketika kita berada disini. penah sekali ada sahabat nih yang penah jadi gak benda-benda nih kat dia tahun lalu laa.. Dia jumpa aku.. n dia tanya.."Tau x sapa yang buat benda-benda bagitau kt parents nih pasal tinggal sebilik nih..."

Tekejut gak aku time tuh... UiNaaaaa.... Sapa laa yang buat cenggitu tanpa bgtau aku dulu nih.. (Time tu aku Pres ISIM laa.. ) tapi aku tanya-tanya kawan-kawan nih... teda sorang pun yang buat benda-benda tuh... Aku rasa kawan-kawan yang dekat-dekat dia gak tu kot... pasal benda tu dari No tel Ayah dia.. sapa yang tau No tel ayah dia.. kalo x kawan-kawan yang dekat ngan dia gak.. Kann...

Dia kata laa... "x baik laa buat benda-benda camni.. x penah pun ada orang jumpa kat aku... cakap benda-benda ni... tapi ni dah cakap kt ayah aku... Hilang laa respect dorg.. hilang kepercayaan laa dorg kat aku... "

aku time tu tak tau nak cakap apa.. dah memang aku tak tau ape benda pun pasal tu... aku cakap je laa.. "xpe laa... nanti aku tanya kat dak-dak nih... tapi aku x rasa dorang yang buat... pasal aku tau ape benda yang berlaku dalam-dalam nih... "

"xpe.. kalo betul dorang buat... nanti aku cakap kat ko... n kalo betul dorang x buat.. aku cakap juga kat ko nanti... Lepak laa... xyah riso laa..."

time tu aku faham perasaan dia.. aku dapat bayangkan betapa risaunya mak ayah dia kat dia nih.. aku dapat bayangkan.. kalo laa aku dalam keadaan tuh.. apa aku akan buat... apa jadi kat aku...

Aku cuba bayangkan aku jadi dia.. mak ayah yang besarkan aku supaya jadi baik.. jadi anak yang menjadi harapan keluarga.. menjadi anak soleh.. boleh jaga adik-beradik kalo mereka sudah tiada... tiba-tiba mereka tahu bahawa aku buat benda-benda buruk camnih.. AdiusssHH... Mesti sedih kan dorg..

Berfikiran RAsionaL

aku cuba berfikir positif dan rasional .. siapa yang patut aku salahkan??? Aku berikir secara dalam lagi... Sapa yang penyebab semua benda ini berlaku???

Mak ayah Aku??? psl?? Dorang x ajar aku Adab dan Akhlak islam.. kalo x pun... BudaYa melayu yang aku ada sekrang nih...

atau si Dia yang Tulis surat kat mak ayah aku bagitau kesalahan yang aku buat disini??

ataukah Diriku yang sendiri mencari penyakit buat benda-benda yang pelik-melik nih... dan dengan perbuatanku ini si dia menulis surat kepada mak ayah aku supaya menasihati aku disini.

Sapaaaa???????

Si dia yang salaH.... Penyibuk... Biarlaa aku buat apa-apa pun.. ko nak sibuk wat pe.. ko bagi aku gaji ke ape?? ko yang bagi aku duit nak belajar sini ke ape?? ko ape bagi aku??????????

ke mak ayah??? Mak ayah yang salah ke?? dorang x ajar ke aku dulu-dulu??? ke dorang memang x pernah amik kisah pun pasal aku sehingga aku buat benda-benda pelik nih...

ke.....

Diri aku....

yang bernama Melayu

Bernama Muslim

yang mana nama aku ertinya sangat cantik...

Afifi... (Yang jauh dari Dosa) atau (yang Bermaruah)

tapi buat benda-benda tinggal sebilik laki-pompuan nih...

Hmmmmmm... Payahnya aku nak fikirkan benda-benda nih...

Di mana silapnya diriku??? Dimana Silapnya?? Siapakah yang patut dipersalahkan???

BERMUHASABAH


aku tak tau apa orang akan cakap bila aku Kuar kenyatan nih.. maybe orang akan cakap aku pun terlibat sama dalam konspirasi surat nih... X kisah laa aku.. aku dah immune dah ngan benda-benda camni..

aku dah kata aku x tau ape2.. Dah Faham kan.. Nak wat cmne..... yang len nak cakap ape.. cakap Laaa.... kita takkan boleh nak tutup mulut manusia nih dari terus bercakaP.... HaHa... LAgipun ni laa namanya FreedoM of Speech... cakap je ape2... Lepak laaa...

so aku nak bawa laa Sahabat-sahabat semua tuk kita bermuhasabah seketika.. pandang lah benda ni dengan pandangan fitrah kita sebagi seorang manusia yang berilmu-pengetahuan luas. Jan buat kesimpulan ikut emosi semata-mata.

Oklaa... aku pun dah xda idea dah ni nak cakap apa... Apa-apapun... kembalilah kepada Jalan Agama yang telah Rasulullah AJarkan...

Ok.. Chiou...

P/s.. Maaf kalo ada yang terasa smpai ke lubuk hati yang paling dalaM sedalaM pusaT buMi... HiHiHi...


Peace For PalesTine..