Wednesday, May 26, 2010

20 Tips... Never give up..


2 hari lagi sebelum exam Peads, Social Med, and Hygene..

"Besok aku exam......... aku exam besok... aku dah teda masa sangat nih.... Study... Study.. " Saya cuba pressure diri sendiri walaupun esok sebenarnya bukan hari exam. Kalau kurang pressure, level adrenalin dalam badan susah nak naik, so kerja akan jadi sedikit lambat. Mindset kena tukar 2 hari kehadapan agar pada hari tersebut semuanya akan menjadi lebih teratur dan lebih meyakinkan.

Exam seterusnya adalah pada 14 Jun.. exam yang berat jugak.. Theraphy, Surgery dan Gyne&Obs.. InsyaAllah boleh.. insyaAllah..

Bila orang bercakap mengenai exam.. ramai yang akan gelisah dan keluh kesah.

"Aku tak sedia sangat laa... camana nih ?? "

"Aish... aku tak baca habes lagi tau... ko rasa boleh lepas tak?? "

Keluhan-keluhan dari kawan-kawan seperjuangan yang sering kedengaran ditelinga. Yupp.. Boleh insyaAllah.. Tapi bagaimana ??


1. Senyum

2. Tutup mata dan tarik nafas dalam-dalam.

3. Fikirkan orang yang tersayang.. eg Ibu bapa, adik-beradik, orang kampung, Isteri, masa depan anak-anak..

4. Tarik nafas lagi.. :)) dan bacalah bismillah..

5. Sila bagitahu kepada diri sendiri.. yang kita MAMPU untuk melakukannya.. Tidak ada yang mustahil di dunia ini.. tidak ada yang boleh menghalang jalan kita.. (melainkan Allah)..

6. Katakan kepada diri.. "Dunia nih aku yang punya.. dengan izin Allah.. apa yang aku nak.. insyaAllah aku akan capai.."

7. Buka mata.. Sila lihat di sekeliling kita.. rasanya apa yang boleh membuatkan kita naik semangat.. eg.. Rumah yang kemas.. Gambar wallpaper komputer ada gambar family..

8. Pastikan cahaya dalam bilik study kita tuh cukup. Paling bagus cahaya Putih.. Kuning tak berapa bagus pasal color nih boleh buat mata cepat kering dan cepa mengantuk..

9. Cari MOOD.... Bina MOOD untuk study..

10. Study mana yang susah nak difahami dahulu then baru yang senang dan yang kita minat.. kerana kalau kita study yang payah-payah ni lambat.. mood kita akan berubah.. dan mungkin kita akan skip benda tuh..

11. Selesai study... tutup buku dan biarkan meja study kita kelihatan sedikit bersepah dengan kertas dan notes. Ini adalah untuk psycho minda kita.. agar kita akan terus dalam keadaan sedar yang kita kena sambung study..

12. Study tahap MAKSIMUM..


13. then....... Tawakkal kepada Allah.. Doa agar semuanya akan dipermudahkan Allah...

14. Sesudah tawakkal.. tidak perlu lagi ada rasa kesah dan gelisah.. kerana semuanya kita dan serahkan kepada Allah...

15. Jaga hubungan dengan Tuhan

16. Jangan tinggal solat biar satu waktu pun.. Pasal kalu kita tinggal solat, hati kita tidak akan rasa ketenangan.. Apa yang kita tahu.. KETENANGAN adalah satu aset yang paling penting jika kita mahukan kejayaan di dunia dan akhirat.

17. Sentiasa beristigfar...

18. Senyummm.. :))

19. katakan.. "InsyaAllah... Aku boleh..."
20. Katakan.. "Aku adalah diri aku.. kalau aku mahu.. aku akan dapat... kalau aku tak dapat.. itu bermakna aku belum cuba semaksimumnya.. " Akhiri dengan senyuman..

Okay lah.. Isyak dah nak masuk... sedia untuk solat isyak dan kena study sikit.. Doakan untuk semua K... Wallahu A'lam... 

0 comments: