Sunday, December 21, 2008

SelseMa eh??



Selsema..

nape kita boleh ade selsema??

pe benda selsema nih??

cne selsema ni boleh merebak kt kita??

apa simptom-simptom yang menunjukkan kita dpt selsema??

camaNa nak RawaT??

ada rawataN tradisional eh??


Hmm... post kali ni aku saja laa nak berkongsi ngan kwan-kawan yg bukn dari aliran medic ttg penyakit-penyakit biasa yang kita selalu hidap. sekurg-kurangnya kita tahu apa yang berlaku kt diri kita.. dan boleh ambik tindakan-tindakan awal yang sesuai tuk mengelakkan dari komplikasi yang lebih teruk.

PerubaTan?? sakiT?? sumanya dataNG dari Allah.. Ubat?? pun datang dari Allah.. cara mengubatI..? pun dataNG dari Allah... moderN medicaL science... ataupun TraditionaL.. semuanYA adalaH Ilmu-ilmu Allah...

so Bila kita sakit.. apa yang perlu kita buat?? cukupkah hanya setakat berdoA?? cukupkah hanya dengan menganggap bahawa sakit dan sihat itu semuanya datang dari Allah.. dan menyerah bulat-bulat kepada Allah untuk menyembuhkan??

basic untuk Allah kabulkan permintaan kita semuanya sama. Konsep TawakkaL mengandungi aspek-aspek usaha dan doa. kalo usaha sahaja tanpa doa dan pengharapan dari Allah.. maybe sakit tu Allah sembuhkan.. tetapi disana tidak ada keberkatan dan sakit atau sihat yang kita perolehi tidak pun mendekatkan kita dengan sang Pencipta sakit dan sihat.

kalo doa sahaja.. percentage tuk sakit kita sembuh sgt-sgtlaa rendah.. melainkan laa kita ni wali-wali Allah.. :-) bahkan Wali-wali Allah pun g hospital gak.. cTh.. syeikh Ahmad YAssin.. Tuan Guru Nik Aziz.. Tuan Guru Hadi AwanG.. n yang bukan wali pun g gak... contohnya Dr Mahadhir.. Anwar Ibrahim selepaS kena Tumbuk Bekas ketuA polis negaRa dan lain-lain lagi. haha..

ok... selsema..

pe bnda selsema nih?? alaa.. semua org tau kan selsema nih.. teda org x pernah kena selsema...

actually.. selsema ni disebabkan oleh sejenis virus.. yang kita panggil Influenza virus. influenZa virus ni ada dimana-mana sahaja.kita pun x tau kan.. psl bnda tersangatlaa kecilnya smpai x boleh dilihat dengan mata. disini kita kena tahu 3 benda.

1. Punca virus
2. camana virus ni merebak ke orang yang sihat
3. reaksi badan kita terhadap viruS ni

Punca Virus

virus ni boleh merebak dari human to human. Kita panggil Antroponosis. mksudnya punca sakit ni dari human.. dan akan menyebabkan human len yang sihat jadi sakit.

napa dalam 1 rumah, kalo seorang ahli dlaam rumah tu selsema.. tiba-tiba selsema ni merebak dan sorg-sorg dalam rumah tersebut sakit?? mksudnya.. punca virus nih adalah orang yang pertama kali sakit tu..

macamana plak cara merebaknya sakit ni?? kenapa boleh merebak?? apa mekanisma??




kita boleh bahagi kepada 2 cara..

1. direct

2. indirect

Direct

bila kawan kita yang sakit tu bercakap dengan kita, ataupun bersin depan kita.. batk-batuk ke depan kita dalam jarak yang dekat.. virus yang ada di hidung dan mulutnya tu akan keluar ke udara dan jika sekiranya virus tersebut sempat masuk ke hidung or mulut kita.. Haa.... insyaAllah kita pun akan sakit selseMA..

kita panggil Aerogenic way of transmmissioN. mksudnya virus ni boleh merebak melalui udara. kalo kita just pegang-pegang tangan kwn kita tu, tanpa berrcakap-cakap.. or dia x bersin depan kita.... insyaAllah x kena laa... biarpun jarak kita ngan dia sgt2 dekat. (tapi x yah pegang koT.. baca smpai bawah.. hihi..)

cth len.. dalam Bas.. kan ramai org dalam baS tu.. bermacaM-macam Jenis orang.. yang Hitam.. putiH... kuruS.. gemuK... baik.. JahaT.. pencuri.. peromPak.. samsenG dan lain2. contohlaa abg baik ni yang sakit selsema. virus tu ada dalam hidung dan mulut abang baik ni. pastu plak bas tu mmg sgt2 sesak.. abang baik yang sakit ni terpaksa laa berdiri. berdiri plak di belakang 3 orang perompak yang sgt jahat.


sepanjaNg perjalanan tu.. abag ni batuk-batuk je.. bersin laa.. kuat plak bersin tu.." AchOOOmmmmmmmMMMM!!!!! .. Hmmm.. excuSe ME.... " semua org dalam bas tu pndang.. perompak 3 orang tadi gelak-gelak je.. sempat lagi ngumpat abg baik tu. " ko tgok dak skema tu.. dh mcm org tua eh... hahahaha... batuk sana.. batuk sini.. atau maybe dia buat-buat sakit kot.. dia nak semua org kesian ngan dia... hahahaha" gelak si perompak2. Pak Haji yang duduk depan Abg baik ni pun tersengih gak... "Excuse Me?? aku igt dia nak ckp AlhamdulillaH td... bru je aku naK doakan dia... HuH... mmg DasaR oM putiH tuL... !!" getus hati si Pak haJi..

nak dijadikan cerita... si perompak ni mmg dah plan nak merompak pada malam esoknya. tapi malangnya.. akibat daripada jangkitan virus yang berjaya memasuki badan mereka daripada abang baik tadi, hasrat mereka terbatal. sorang-sorang daripada perompak tadi jatuh sakit.. panas-panas bdan, hingus.. batuk berkahak dan len-len lagi.

Pak haJi pun sama CeritaNya... tetibe je jatuh sakiT... sakiT selseMa... dan menyebarkan virus itu ke seluruh ahli keluarganya.. kebetulan pulak PAk haJi nih banyak orang Dengki kt dia keraNA dia ada Anak perempuaN yang tersgt lawa. 3 haRi sebeluM tu ade orang masuk meminang tapi pak Haji x terima. lalu keluargA pak haJi pun mula menyesyaki sesuatu yang berlaKu... mungkin ade org nak Sihir keluarga PAk haJi ni... selepas bermeSyuaraT.. pak HAji dan sekeluarga bersetuju untuK menemui Tok BoMoh SengaL ... daaaaHH... MasuK keS laiN pulaK.... HaHaHa...


indirecT

besalaa kalo org ade selsema nih.. dia akan sentiasa mengelap hidung dia yang berhingus tuH. kalo YAng skeMa dan pEmbersih.. dia akaN laP ngan sapu tagan ke ape ke.. tapi kalo jenis yang Sempoi ckiT.. pakai tangan je lap hiduNg.. haha... So.. mksudnYa... viruS influenZA ni dh ade kt tangan si pesakiT..

pastu Si pesakit ni buka laa pinTu.. nak buka pintu kena pusiNG tombol pinTu tu kaN... so bila dia sentuh je Tombol Pintu tu.. virus Influenza tu akan melekar kt tombol pintu.

so kita pun nak guna jugak laa pintu yang sama. so kena pegang tombol pintu gaK kan.. bila kita pegang je tombol pintu tu... virus influenza yang melekat kt tombol pintu tu akan melekat kt tangan kita. tapi kita x sedar.... HiHiHi...

then kita pun gosok2 hidunG kita... ade yang teruk ckit... x cuci tangan dh bila nak makan... jumpa nasi terus je makan.. guna tangan plak tu.. melayu laa katakan.. haha... so... virus2 tu pun dengan senang hatinya masuk ke dalam badan kita... HaHa.. dia Dah berjaYA untuk masuk ke step yang seterusnya.

HaHa...

pastu bila dah masuk dalam bdan kita.. virus tu pun memulakan laa proses-prosesnya.. badan kita pun dengan sedaya upayanya ingin melawan virus yang baru sahaj masuk dengan jayanya. disini ada 2 kemungkinan...

1. sistem pertahanan badan kita dapat lawan

2. sistem pertahanan badan x dapat lawan / lemah

kalo sistem badan dapat lawan.. ok laa... virus2 dapat dibunuh dengan cemerlang gemilang dan terbilang. tapi kalo sistem badan lemah.. abeh laa...... so akan nampak laa simptom2 kekalahan.. sistem badan lemah disebbkan kita x pndai nak mengurus diri kita.. banyak sangt rasuah2.. hihi... mkan x betul.. x bagi hak yang sepatutnya kepada sel-sel dalam badan.. so organ-organ dlamn terjejas sedikit fungsinya.. n menjejaskan jugak sistem pertahan yang sepatutnya digunakan untuk melawan faktor pemusnah luar.

Panas badaN
Keluar higuS
peninG2
sakiT sengal badaN
kadaNg-kadaNg.. hilang deria rasa seketika..
dan lain2...


RawataN

so... apa nak buat kalo kita ade Flu ni??

oleh kerana bnde ni disebabkan oleh virus... So kita kena guna Antiviral Drug.. banyak laa jenis-jenis Nya.. eg.. TamiFlu.. AmantadiNe.. RimantadiNe... dll...

panadoL.... Hmm... ntah lAaa... tapi aku x suka Amik panadoL.. napa tau.. psl panadol ni just Tuk hilangkan panas badaN jak.. dan jugak sakit-sakit mucsle...

napa badan kiTa panas.. kepala panas... n kita rasa suhu badan kita naik?? sebnrnya Suhu dalam badan kita ni adalah salah satu sistem kawalan dan pertahanan tuk lawan virus influenza tu. so kalo kita keterlaluan amik panadol.. pening ckit jak... sdah makan panadol 3-4 biji... panas ckit jak badan.. dh telan 5 biji.. kita secara x sedrnya menghentikaN dan menjejaskan sistem badan dalam jangka masa yang panjang.

tapi effect tu mmg ada laa... panas badan kita akan turun.. sakit-sakit badan berkurangan.. dan kita akan nampak lebih ceria dan cergas. HiHI... n side effect dari overdose panadol ni pun ade gak.. cthnya dia boleh buat kita Hypotension.. tekanan darah rendah.. Liver (Hati) pun leh rosaK.. dan macam-macam lagi.

apapun.... Jumpa dr laa kalo sakiT.... InsyaAllah DR tu boleh tolonG.. bagi ubaT yang betul n ikut Prosedur...

tapi Kan... aku MMg jarang makaN ubaT bila SelseMa... jaraNG sgt2... apa yang boleh kita buaT selain mkan Ubat.. ialah dengan Minum Teh pekaT dan panaS tmbah LEmoN.... au limaU... pastu kalo mau effet laju ckit.. tmbah MAdu ckit... psl Bnda2 yang MasaM ni pun boleh TurunkaN panaS badaN gak secara Natural disamping memperkuatkaN sistem pertahanan dalam bdaN tuk lwn Virus tu..

ada lagi yang cikgu aku ajar hr tu... bila bdan terasa sgt2 sakiT.. selsemaa... panas badan sgt naik.... caranya adalah dengan.. G mandi Air sejuK.... pasTu masuk dlaM selimuT.. tutup semua bdaN... biaR kita rasa kepanasAn 1 malaM... biar smpai berpeluH2 dalam selimuT tu.. :-) ni pun akan turunkan panas badan gaK.. n insyaAllah keesokan paginya.. bila kita bagun.. segar dan sedap je kita rasa... hihi.. InsyaAllaH...

HiHi... OKlaa... apa laa aku Ckp atas ni Neh.... maaflaa kalo x membanTu... cara paling baik spya kita x jadi punca org len sakit.. ialah ngan duk rumah diam2... x yah g kelas... dulu wktu aku 1st n 2nd year.. aku x fham bila cikgu suh bdak balik.. kalo sakit.. cikgu kata dia x nak sakit.. n dia x nak org len sakit.. tapi sekrg aku dh fham.. yeah.. org yang sakit Flu ni... g laa baliK.. fham2 laa.. Org len x nak sakiT... hihi...

n jauhkan diri ckit dari org2 yang sakit neh.. mksudnye.. kita kena laa amik precaution sebelum kita yang sakit..

apa2pun.... in medicine... anything is possible... selsema ni pun kadang2 boleh bawa mati.. Asbab kepada kematiaN.. mengikut kajian.. 36000 org mati setahun Kt us hanyan disebabkan oleh virus ni.... so... berjaga-jagalaa.

Prevention is bettr than cure... ape eh arabnya... lupa eh... oklaa.. semoga ada baiknya.. yang salaH dan tersilap.. mohon dibetulkaN... Amba bdaK baru belajaR.. hihihi...

Wednesday, December 17, 2008

KelemaHanKu kujadikaN kekuatanKu


Hmm... HiHi... pelik sikit post hari ni. payah wei kalau banyak gangguan semasa kita baru mau start study. handphone yang banyak kali berdering, komputer yang hidup di hadapan mata, Buzz YM dari kawan-kwan, bunyi kipas komputer, bunyi TV dari bilik sebelah, gelas yang kosong tanpa air kopi dan lain-lain lagi.

kenapa kita menjadi lemah untuk study?? malas untuk study?? (aku cakap psl diri aku laa ni... pemalas kan.. haha... ) aku rasa kan.. semuanya ni bergantung dengan faktor dalaman dan luaran diri juga.

Faktor luaran

penampilan kita merupakan satu faktor gak untuk membangkitkan semangat kita tuk buat sesuatau dengan suksess. badan yang cergas, otak yang kuat ingatan, bebas dari penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan gangguan kepada penumpuan dan lain-lain. kalau kita cakap pasal penyakit, kebanyakan penyakit boleh menyebabkan gangguan psikologi dlaam kehidupan ramai orang yang berpenyakit tidak dapat/ tidak mahu menerima bahawa dirinya sedang sakit.

faktor keadaan sekeliling juga bole influence mood kita untuk study. bilik yang kotor dan tidak kemas, asap-asap rokok dari kawan-kawan yang tidak memahami, meja belajar yang berselerakan dengan kertas, lampu meja yang kurang terang dan lain-lain lagi. semuanya boleh effect semangat kita tuk memulakan study.

tidak cukup tidur au terlebih tidur menyebabkan badan kita akan berasa lemah dan penat. badan tengah penat dan lemah... tapi otak masih cergas untuk bekerja ataupun sebaliknya. makanan yang tidak seimbang dan lain-lain. ada jugak sahabat-sahabat kita yang diet secara extremenya. memanglaa kita nampak banyak penurunan berat badan dan nampak lebih kurus.

tapi kalau diet kita ni menyebabkan diri dan anggota kita lemah untuk buat kerja.. semua tu tidak bernilai. nutrient yang kurang zatnya.. kurang vitaminnya.. kurang proteinnya.. dan lain-lain mengurangkan kapasiti otak kita untuk bekerja, dan berfikir, dan lain-lain lagi.

faktor dalaman.

aku rasa ni merupakan satu faktor yang besar gak ni. ia bermua dari Hati kita. Nabi SAW bersabda kalau hati ni baik, maka akan baiklah seluruh anggotanya. Iyaaaa... Hati adalah faktor yang paling penting dalam usaha untuk mendapatkan kejayaan yang gemilang di dunia dan akhirat.

Nabi Ayyub (kalau x silap) diuji Allah dengan sakit kulit yang chronik dan severe. tapi dia tidak mengangap sakitnya itu sebagai penghalang Nabi Ayyub untuk beribadah dan melakukan kebaikan kerana Allah. dia sentiasa memuji dan memuja Allah SWT. dia bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah kepadanya. Nikmat sakit, nikmat sihat dan lain-lain lagi. Semuanya dari Allah.

kalau Allah sudah tentukan sesuatu tu berlaku kepada kita, tidak kira laa baik maupun buruk, bersyukurlaa.. kerana disitu terlalu banyak hikmah yang boleh difikirkan buat orang-orang yang mahu berfikir. Allah bagi kita ujian, ujian perempuan, ujian exam, ujian kemalasan dalam diri, semua ini ujian supaya kita berfikir apa sebenrnya yang telah berlaku.

semuanya berbalik kepada bagaimana kita memandang sesuatu perkara itu. kalau kita mahu bersangka baik dengan Allah SWT, maka Allah akan berikan kita kebaikan. kalau kita betul-betul mahu kepada perubahan, yang mana kita mulkakan perubahan itu dari diri kita sendiri, pastila Allah akan menolong kita dalam perubahan kita kearah kebaikan ini. Astagfirullah.. aku ni cakap mcm tak serupa bikin jak.. adooii..

Kesimpulan

kelemahan kita sebenarnya merupakan satu lagi faktor kekuatan diri yang mana boleh membawa kita kepada tahap kesempurnaan. memangla kita tidak akan dapat mencapai tahap kesempurnaan. tetapi sekurang-kurangnya, hari ini lebih baik dari hari kelmarin dan hari esok lebih baik dari hari ini. Allah bagi kita akal dan hati untuk berfikir. kita ada otak. monyet pun ada otak. ikan pun ada otak gak. semuanya yang hidup di muka bumi ini, binatang dan manusia semuanya ada otak. tetapi yang Allah berikan akal dan hati hanyalah manusia.

akal dan hati digunakan untuk membezakan yang baik dan buruk. kambing tidak dapat membezakan yang baik dan buruk. manusia yang tidak dapat membezakan baik dan buruk samala macam kambing, macam binatang, bahkan lebih teruk dari itu. Anjing jantan akan cari anjing betina. tetapi tahap manusia yang lebih teruk dari binatang ni buat lagi buruk dari tu. laki cari laki.. perempuan cari perempuan.. AstagfirullaH... dan mcam-macam lagi contoH...

adooii... olaa... memang masing-masing kta ni ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. orang-orang yang beruntung ialah orang yang tahu kelemahannya dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan itu, dan menjadikan kelemahannya itu sebagai motivasi dirinya untuk lebih berjaya di dalam hidupnya. jan takut dan sedih bila dikatakan kita ni lemah, tapi sedihla bila kita tahu kelemahan kita tetapi kita ego dan takut menerima atau tidak dapat menerinya dengan baik, ataupun kita langsung tidak dapat mengesan kelemahan diri lantaran hitamnya hati disebabkan banyaknya dosa dan maksiat yang dilakukan terhadap Tuhan Rabbul Jalal.

Tuesday, December 16, 2008

PersiapaN exaM ??


- ExaM MoDe -

Adoilaa... exam dekat tul sdah tau... cmna laa nih.. Sem ni ada 1 exaM jak Sebnrnya.. Exam Social MediciNe.. Subject ni tedalaa berat sgt.. Bulih2 laa... CumanYa... Byak kena settlekaN kelaS-kelas len SebeluM hari Exam ni bermuLA..

Bila aa Exam..?? Doi.. Exam pun aku ndak pasTi bila.. dalaM Awl buln 1 jugaK laa... 2-3 minggu lagi Dari sekrang.. TengoK.. exam pun ndak tau bila... Cmna niH!!!! aiSeee......

corak tulisn aku kembali BerubaH tau'.. Kih3.. Sebab paa aa..?? hahaHa... AbaikaN laa.. IsipaDu terlaLu keciL.. actually aku ada 4 minit lagi sebeluM mau smbung baLIk tuliS lecture EpidemioloGy yang kena ReworK bisuK.. teda Masaalah La.. Rilek jaK.. haha..

ZulhijjaH edition ntah bila laa mau smbunG... Dia bukaN milikku?? Teda idea tau' mau smbunG... nnti2 laa lepaS exaM.. ActuallY cuti ni aku mau uruskaN kawaN2 ni... kwn2 mau g jalan2 MesiR... Mula2 mcm malaS... tapi... tengoK2 dalaM poket... doiii... Ndak cukuP tau smpaI balik malaysia.. KEna cari duiT ckiT nih... ringan jugaK ckit aku baYAr rumah sewa ni.. 100 usd sebulaN tau... Ok aa tuh?? hehe.. Murah laa tu kalo mau dibndingkan ngan dak2 len yg tggal luar.. haha... Rezeki2.. AlhamdulillaH..

OklaH.... Ada goaL baRu ni smpaI feBruaRi... HaHa.... PerubaHan dalamaN dan LUaraN yang palinG SeriuS di DuniA... hahaha... HaraP2 laa jadi... kena kuaT.. istiqamaH... n aku Akan jadi yaNg paliNg CharminG di CsmU niH..... HaHaHa... Ndak tahaN ei Kena KutuK jak SelalU... doooiii.... Aku akan buktikaN... kaTa2 aku bukan hanYA igauan MimpI semaTa2... HaHaHa... LuaraN dan DalaMAn... InsyaAllah... Ameen...

apa2puN... Exam kena UtamaKAn duLu.. Exam... Exam... ExaM..... oklaH... Study lu'.. Chow ei..

Saturday, November 29, 2008

ZulhijjaH EditioN - SubhaNallaH...-




انظر إليها بعيني قلبك
واسمعها بأذنيه كذلك.
وتذكر "إن في خلق السموات والأرض ..." وهذا من خلق السموات والأرض
سبحان الله، سبحان الله، سبحان الله
لعل الله أن يلين قلوبا قست وأفئدة تحجرت
يا من ألنت قلب ذلك الحيوان الأعجم، أتوسل إليك أن تلين قلوبنا خاصة ونحن في هذه الأيام العشر المباركات
آمين آمين آمين

Zulhijjah Edition - Part 2 -


1 Zulhijjah 1429

Usrah NuqaBa


Lebih kurang pukul 10 pagi 1 zulhijjah, handset Samir bergetar. pada waktu itu dia sedang menyiapkan sup ayam resepi buatannya sendiri. kelihatan Syakur yang menelefon.

"Assalamualaikum akhi.. enta baru bgun tidur ke ni??
"ei.. takde laa bro.. tgh nak masak-masak laa ni.... kat mane dah ni??"
"dh nak sampai dah.. dalam 10 minit, sampai laa insyaAllah"
"ok bro... ana tunggu ok.... WassalaM.."

Samir mempercepatkan pergerakannya memotong bawang putih dan kentang-kentang yang berada di atas meja. "Adoi... aku tak sedia sangat tau untuk usrah kali ni.. dah laaa kena bagi tafsir.. adoilaa.. " sepuluh minit kemudian sahabat-sahabat usrahnya sampai di depan pintu rumah Samir. Samir mempersilakan mereka masuk dengan hati yang penuh dengan kegembiraan. Tetamu datang membawa rahmat, dan balik mengeluarkan bala dari rumah.

Samir mempersilakan sahabat usrahnya itu dengan minuman Pepsi dan Sprite. Keropok Jagung yang dibelinya di kedai berhampiran juga dihidangkan. Usrah belum lagi bermula disebabkan oleh beberapa sahabat lagi yang belum hadir. Samir mengambil kesempatan tersebut untuk menyiapkan sup ayamnya yang bakal menjadi santapan sahabat seusrahnya itu.

selepas 15 minit berlalu, barulah usrah Nuqaba bermula. usrah dimulakan oleh Ridhwan yang juga merupakan Presiden Islamic Student Movement (ISIM). slot seterusnya dikendalikan oleh Samir sendiri dengan membaca surah Al-Fajr.

"BismillahirrahMaaherraheem... actually ana tak berapa sedia nak bentangkan untuk tafsir kali ini. ana just baca ayat dan terjemahannya je laa k.. lepas tu mana-mana yang boleh kita ambik pengajaran.. kita bincnag lepas ni laa k.. " Samir berterus-terang tentang kesalahannya kerana kurang bersedia untuk menyampaikan tugasan yang telah diberikan.

Samir memulakan bacaan. Suara alunan dilagukan, digubah dan diadun sehingga sedap telinga yang mendengar, tenang hati orang-orang yang khusyuk, dan tenteram jiwa yang kusut. samir mebacakan terjemahan surah tersebut.


1. Demi fajar
2. Demi malam yang sepuluh
3. Demi yang genap dan yang ganjil
4. Demi malam apabila telah berlalu
5. Adakah pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) bagi orang-orang
yang berakal??
6. Tidakkah engkau Muhammad memperhatikan bagaimana tuhanmu berbuat terhadap kaun
A'd
7. Iaitu penduduk iram (ibukota kaum A'd) yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi
8. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu di negeri-negeri lain
9. Dan (terhadap) kaun thamud yang memotong batu-batu besar di lembah
10. Dan (terhadap) Firaun yang mempunyai pasak-pasak (bangunan-bangunan yang besar)
11. Yang berbuat sewenang-wenangnya dalam negeri
12. Lalu mereka membuat kerosakan di dalam negeri itu
13. Kerana itu, Tuhanmu menimpakan cemeti azab terhadap mereka,
14. Sungguh, Tuhanmu benar-benar mengawasi
15. Maka adapaun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan
memberikannya kesenangan, maka dia berkata "tuhanku telah memuliakanku"
16. Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata "Tuhanku
telah menghinaku"
17. Sekali-kali tidak! bahkan kamu tidak memuliakan anak yatim
18. Dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin
19. Sedangkan kamu memakan harta warisan dengan cara mencampur-baurkan (yang halal-dan
yang haram)
20. dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan
21. Sekali-kali tidak! apabila bumi digoncngkan berturut-turut
22. Dan datanglah Tuhanmu, dan malaikat berbaris-baris
23. Pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; pada hari itu sedarlah manusia, tetapi tidak
berguna lagi baginya kesedaran itu.
24. Dia berkata, "alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebajikan) untuk
hidupku ini"
25. Maka pada hari itu tidak ada yang mengazab seperti azabnya (yang adil)
26. Maka pada hari itu, tidak ada seorang pun yang mengikat seperti ikatannya
27. Wahai jiwa yang tenang
28. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai
29. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku
30. Dan masuklah ke dalam syurgaku


Samir membaca terjemahan Al-fajr dengan penuh penghayatan. sahabat seusrahnya semua khusyuk mendengar bacaan tersebut. sesudah itu, samir membuka buah fikirannya untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabatnya.

"Sahabat sekalian, bukan ana nak menafsirkan ayat-ayat quran ni.. just apa yang boleh kita kaitkan dalam kehidupan harian kita, insyaAllah semuanya takde masaalah. cuma jangan terlalu lari dari makna ayat-ayat tersebut je." Samir sedar bahawa dia hanyalah seorang insan biasa yang sedikit ilmu agamanya. Hanya berbekalkan kelulusan sekolah Menengah Agama, tahap pengetahuan tentang Agamanya tidaklah begitu luas.

Namun dia sedar bahawa agama ini adalah Fitrah. Islam bukan setakat agama tetapi ia adalah cara hidup dan fitrah manusia yang sesuai digunakan di sepanjang zaman. Ia merangkumi semua aspek kehidupan tidak kira yang kecil mahupun yang besar. Dari selekeh-lekeh perkara sampai sepenting-penting perkara diajarkan oleh Islam. Islam bukanlah agama yang ritual semata-mata. Islam bukan setakat solat, puasa, zakat dan haji semata-mata. Islam merangkumi seluruh hidup manusia. Islam mengajar manusia bagaimana hidup ini dapat digunakan dengan baiknya dan dengan keadaan yang sangat terurus.

Islam mengajar bagaimana ekonomi, politik, ketenteraan, sosial, dan lain-lain lagi. Pokoknya, Islam mengajar cara hidup yang paling sempurna. namun hari ini, umat Islam adalah umat yang paling rendah martabatnya. kerana apa?? kerana umat Islam sudah tidak mahu dengan cara hidup islam. Kenapa umat lain sedang dalam era yang maju dan menguasai?? ini adalah kerana mereka mengaplikasikan Islam di dalam kehidupan harian mereka. negara yang paling bersih, sistem yang paling teratur, semuanya dimiliki oleh negara-negara barat yang majoritinya umat yang bukan beragama islam.

Mereka menggunakan cara hidup Islam dan mereka maju. Umat islam meninggalkan cara hidup Islam dan merekalah yang paling termundur dan paling hina. Sejarah umat terdahulu hanya tinggal di lembaran-lembaran buku sahaja.

Benarlah kata Nabi SAW dlam hadisnya yang mengatakan umat Islam akan menjadi hina, lalu sabahat Nabi SAW bertanya adakah ianya disebabkan oleh sedikitnya bilangan umat islam pada ketika itu. Nabi SAW mengisyaratkan bahawa umat Islam ketika itu banyak jumlahnya tetapi mereka bagaikan buih-buih di lautan. Banyak buih tetapi hilang apabila dihambar oleh ombak. lalu Nabi menerangkan bahawa punca kelemahan umat Islam pada ketika itu adalah kerana 2 sifat yang buruk iaitu sifat wahn, (sifat cintakan dunia dan bencikan mati)

Samir kembali merenung terjemahan quran miliknya itu. lalu meneruskan bicaranya. " Allah menerangkan tentang satu golongan manusia yang amat buruk perangainya didalam ayat 15 dan 16 surah ini.

15. maka adapaun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberikannya kesenangan, maka dia berkata "tuhanku telah memuliakanku"
16. Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata "Tuhanku telah menghinaku"

Ini lah contoh manusia yang tidak tahu bersyukur. Allah beri dia kemuliaan, dia suka. bila Allah uji dia dengan kesusahan, maka dia menyalahkan Allah SWT. AstagfirullahaL Azeem... Bila Allah beri dia kesakitan.. kekecewaan.. dan kehampaan.. Dia mula menudingkan jarinya terhadap Allah SWT. fikirannya dan gerak batinnya mempersoalkan apa yang telah ditentukan ke atas dirinya."

"ana nak bagi contoh, tapi contoh ni boleh pakai untuk yang belum kahwin je laa ye.. hIhI...so ade 4 orang je laa yang tak kahwin dari 7 orang kita kat sini.. hehehe.. dengar bebaik k... HiHi..."

" Contohnya bila kita dah jatuh cinta kat seseorang ni.. mmg kita suka laa sangat-sangat laa kat dia ni.. then kita nyatakan hasrat kita untuk bersama dengannya menyusuri jalan-jalan kehidupan berlandaskan apa yang telah ditetapkan Syara'.. tetapi malangnya jawapan yang diberikan adalah tidak... atau tak mungkin.. atau tetap tak boleh... hihi.. so apa yang perlu kita buat?? adakah kita akan menyalah Allah dalam hal ini.. kita kata kita dah istikharah.. dan dia adalah orang yang kita nampak dalam tidur kita atau perasaan selepas dari bangun kita.. then kita kata kita dah minta dan doa kepada Allah.. dan bermacam-macam lagi.. tapi jawapan yang diberikan oleh perempuan itu adalah tidak.. lepas itu.. adakah kita akan menyalahkan Allah dalam hal ini?? kerana Allah tidak mendengar permintaan kita.. atau Allah sengaja buat kita menderita macam ni?? atau Allah nak menghinakan kita?? mcm tu???"

"Sahabat sekalian.. bersangka baiklah dengan Allah yang Maha pengasih dan Maha Penyayang. Kita berharap hanya kepada Allah SWT. Bukan kita nak mengharap kepada perempuan itu. Kita mengharap kepada Allah.. Khaliq yang mencipta perempuan yang kita cintai itu. bila jawapnnya tidak.. maksudnya.. Allah yang maha Penyayang pasti akan memberikan kita yang lebih baik dari itu."

"Inilah namanya Ujian dari Allah.... Allah nak uji kita.. harapan kita sebenarnya kepada perempuan itu ataupun kepada Allah... Ini adalah salah satu dari bentuk-bentuk ujian di dunia ni.. Maybe Allah nak uji kita dengan gagal sewaktu exam.. atau ditipu dengan wang yang besar jumlahnya.. dan apa-apa sahaja bentuknya. kenapa Allah nak uji kita? kerana Allah ni bersifat dengan sifat yang Maha pengasih lagi Maha penyayang. Allah cemburu kalau kita melakukan dosa dan maksiat, dan lari dari jalan Allah. Allah sayang kital alu diberinya ujian.. agar kita kembali kepada jalannya. kalau Allah tak sayang kita.. Allah akan biarkan kita dalam lembah-lembah dosa dan kemaksiatan dan jadilah kita dlam golongan orang-orang yang rugi. kalau Allah tak uji kita.. apa erti hidup ini.."

AstagfirullahalAzeem...... detik samir dalam hatinya. teringat peristiwa yang baru menimpanya. Ujian Allah.. Adunan Allah.. Celupan Allah.. untuk menjadikan dirinya pejuang yang lebih matang dalam menempuh hidup. dia teringat siapa dirinya di hadapan Tuhan.

"Astagfirullah.. ya Allah... begitu sayangnya engkau padaku.. engkau uji aku dengan perkara ini.. dan engkau ilhamkan dalam hatiku untuk mengingatiMu.. ya Allah.... Cinta pertamaku hanya untukMu dan nabiMu... ya Allah..... ampunilah dosa-dosaku.. aku tahu aku berdosa.. aku tahu bahawa aku insan yang sentiasa lupa dalam dunia ini.. ya Allah.. Engkaulah segalanya bagiku..." Hati kecil samir bermadah dengan madah-madah cinta.


ZulhiJJah EditioN - PaRt 1 -


BismillahirRahmaaNerraHeeM..

1 ZulhiJJah 1429

Hari yang hening meniupkan angin bayu yang menyegarkan kulit makhluK yang bernama manusia. suhu luaran serendah 4 darjah celcius sudah cukup untuk menaikkan bulu roma diri yang terdedah dengannya. sistem tubuh berjalan dengan sistematik untuk memastikan diri empunya badan dapat bertahan dalam suhu serendah itu. darah mengalir dari arteri ke vein semakin laju dari hujung badan ke otak, jantung, dan peparu untuk tindakan yang seterusnya. begitulah hebatnya teknologi ciptaan Tuhan yang pastinya banyak lagi belum dapat diterokai oleh makhluk yang bernama manusia.

Samir menekan butang calander handsetnya yang berjenama Nokia N78. "hmmmm... bila ye 1 zulhijjah ni.. mcm nak puasa je.." "Alamak... hari ni rupanya.. adoi.. baru je aku makan tadi.. adooii.. hmm.... xpe laa... esok laa kot.. " "dah laa hari ni ada usrah kt umah aku ni.. Hmm.. ok kot... muliakan tetamu kot.. mmg laa kena puasa sunat.. tapi.. tetamu nak datang nak buat usrah kt rumah.. berkatnya lebih banyak kot.. insyaAllah.. aku x puasa laa hari ni.. esok je laa.. kalo puasa pun.. nnti dorg akan rasa bersalah ke... ape ke.. mana laa tau kan.. hati sape tau.. yang pentingnya.. aku kena buat ni semata-mata untuk Allah. muliakan tetamu kerana Nabi pesan.. kalo kamu beriman kepada Allah dan Rasul.. maka kena muliakan tetamu... Hmm.. Set.. aku x posa.. Hihi.."

Hari ni hari pertama dalam bulan zulhijjah. cahaya matahari yang naik padanya merupakan rahmat bagi sekalian alam. angin sesejuk salju bertiup membawa tiupan dari Siberia terasa belum lagi mengengat. Samir memulakan harinya dengan bersolat jemaah di surau yang terletak tidak jauh dari rumahnya. sesudah habis menunaikan perintah Allah itu, dia teringat akan pesan sahabatnya mengenai usrah yang bakal berjalan dirumahnya pada hari yang mulia ini.

"ei samir.. esok jan lupe tau... usrah kt rumah enta.. masak sikit.. hehehe"

Senyuman manis dilemparkan kawannya Syakur Hamdi. Syakur merupakan ketua bahagian tarbiyyah dan usrah Persatuan Islamic Student Movement yang juga dikenali sebagai ISIM. dia baru sahaja menamatkan hidup bujangnya tahun ini semasa cuti summer yang lepas dengan seorang muslimah pujaan hatinya yang juga satu batch dengannya.

"Ok bro.. jan riso laa.. tapi ana ni jenis x tau memasak laa bro.. ana masak apa-apa je laa eh.. asal boleh makan.. ok laa eh.. hiHi.."

"alaa.. enta masak je apa-apa.. enta kan terkenal sebagai penjual ayam yang berjaya.. masak laa ayam goreng ke.. masak merah ke.. hihihi.. masak masakan kenduri kawen ke.. hehe.."

Samir tersenyum. kemanisan senyumannya terserlah. lirikan matanya yang tajam menunjukkan keyakinan yang membara dalam dirinya. "hehe.. adoi.. aku nak masak ape eh.. mati la aku.. aku nak makan sorang boleh laa.. kalo dah nak bagi kawan-kawan makan ni.. adoi.. kalo x sedap camana??.. xkan laa aku nak kena tengok resepi kot kat internet.. malasnya... Hmm.. masak sup ayam je laa.. and masukkan kentang banyak-banyak.. hehehe.... lagipun aku tengah takde beras ni nak masak nasi.. nak beli kt kedai bawah ni mahal sangat dia jual.. tak berbaloi.. " sengih samir dalam hatinya.

Sesudah habis berzikir dan memohon pada Allah Tuhan yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang, dia keluar dengan hati yang sangat senang. dalam perjalanannya balik kerumahnya dia mengambil keputusan untuk melalui kawasan taman yang sagt indah. Gagarina Park.. panggilan Taman yang berorientasikan gaya Eropah Timur. udara yang segar dihirupnya dengan segenap kesyukuran ke hadrat Ilahi atas nikmak yang telah diberikan.

Dalam kesegaran oksigen yang bersih tanpa sebarang pencemaran, samir teringat kembali kejadian yang dialaminya beberapa hari yang lalu. "ana minta maaf.. enta boleh jadi kawan je bagi ana.. ana anggap enta ni kawan je.. tak lebih dari itu.. minta maaf.. tak lama lagi ana akan jadi milik orang lain.." samir melepaskan nafas panjang mengingatkan perkataan yang dikeluarkan oleh seorang muslimah yang dia minati ini. "AstagfirullahalAzeemm.. " samir beristighfar seketika.

Samir seorang lelaki yang amat susah untuk jatuh hati dengan mana-mana muslimah. dia adalah lelaki yang sangat memilih dalam mencari teman yang akan hidup bersamanya di dunia dan akhirat.

"Samir.. takde manusia yang sempurna di dunia ni... samir carilah yang paling baik agamanya.. n of couse.. yang samir cintai dan dia juga mencintai samir. tak guna kalo samir sahaja yang suka padanya, sedangkan dia tak menaruh hati pun kat samir. apa ertinya rumahtangga yang nak dibina tanpa ada kasih dan sayang padanya??" samir teringat pesan ustaznya sewaktu dia meluahkan perasaannya dihadapan ustaznya yang dia sayangi itu.

"Tapi kalau nak ustaz carikan pun.. ok jugak.. hihihihi.." ustaznya menawarkan tawaran hebat bagi samir. "insyaAllah ustaz.. nanti kalo ana sudah bersedia.. ana akan khabarkan dengan ustaz.. k.. hehe.." jawab samir dengan selamba.

Sebelum ini, sudah ramai yang jatuh hati pada samir dan menyatakan cinta padanya. tetapi mungkin ketika itu, samir belum lagi bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius. ada satu ketika sampai dua orang perempuan sekaligus menaruh perasaan terhadap samir. kedua-duanya perempuan yang baik-baik. lengkap segalanya. Agama.. keturunan.. harta.. dan rupa.. tapi samir pun tidak mengetahui apakah halangan bagi dirinya untuk memilih satu dari dua perempuan tersebut.

Mungkinkah pada waktu itu dia baru sahaja kehilangan cintanya yang pertama?? muslimah pertama yang dicintainya dikenalinya melalui internet. kad raya dan kad ucapan sebelum SPM yang pernah dikirimkan muslimah tersebut sangat memberi kesan yang mendalam di dalam hati samir. jawapan yang sama diberikan selepas 3 tahun berkawan.. "ana anggap enta sebagai kawan sahaja... tidak lebih dari itu.. minta maaf.."

Selepas kejadian tersebut, samir dah menutup hatinya rapat-rapat kerana dia tahu akan kesakitan dan deritanya cinta yang tidak berbalas. hari ini hatinya diketuk oleh keindahan wajah, suara, akhlak dan budi pekerti seorang muslimah yang baru sahaja ia kenali.

Bersambung..........

Friday, November 28, 2008

Dia bukan Milikku -Part 1-


Bimillahirramanirrahim..

Pagi itu hisyam bagun dari tidurnya. Alarm handsetnya berbunyi sudah lebih kurang 5 kali. “aisee… bisingnyalaa HP ni.. org nak tdo pun x seng..” matanya dibuka terang-terang. Dia melirikkan matanya ke tingkap bilik. “alamak.. dh nak hbis subuh dah.. ya Allah.. kena solat ni..” dia bangun dari katilnya lantas menekan suis lampu yang berada tidak jauh dari tempat tdurnya itu.

Pintu biliknya dibuka luas. Kelihatan roommatenya Muhammad masih lagi dibuai mimpi indah. Muhammad adalah seorang jejaka yang berbangsa arab yang berasal dari Yaman. Dia seorang lelaki yang sangat baik dan memahami. Hisyam meneruskan langkahnya ke toilet untuk memperbaharui wudhunya sebelum dia solat.

“Muhammad… Muhammad… wakeup Bro… lets pray subuh.. its late already…” Hisyam mengejutkan Muhammad yang terlentang di ruang tamu itu. Hisyam tinggal di sebuah apartment yang baru sahaja disewanya bulan ini. Hisyam dan Muhammad hanya dikenakan bayaran 200 dolar untuk sebulan. Apartment yang lengkap dengan pelbagai peralatan rumah. 2 buah bilik tidur, sebuah bilik air dan sebuah dapur. Kawan-kawan hisyam yang lain yang juga tinggal di apartment semuanya dikenakan bayaran 200-300 dolar untuk sebuah bilik tidur, sebuah tandas dan sebuah dapur.

Murah.. itu sahaja perkataan yang sesuai untuk apartment yang hisyam dan Muhammad tinggal. Kedua-dua jejaka bujang ini merupakan pelajar perubatan. Muhammad seorang pelajar yang sangat disegani kerana resultnya yang sgt hebat. Dia adalah pelajar final year dan bakal meraih gelaran DR x lama lagi. Hisyam pulak masih lagi berada di tahun 5 dan bakal mendapat gelaran ini sesudah habis tahun ke 6 pada tahun hadapan.

Suasana pagi yang hening dimulakan dengan bacaan mathurat secara berjamaah. Muhammad mengetuai bacaan tersebut. Mathurat merupakan doa-doa Nabi Muhammad SAW yang mashyur. Ia merupak sunnah tinggalan Nabi yang telah dibukukan kembali oleh Sheikh As-Syahid Hassan Al-banna dan telah dipopularkan dikalangan ahli-ahli ikhwanulMuslimin. Doa-doa agung yang amat menusuk ke hati para pembaca dan pengamalnya. Sesudah membaca mathurat, hisyam masuk ke biliknya lalu membuka lembaran Quran yang dibelinya di sebuah kedai buku agama yang terletak di tempat lahirnya.

Ingatannya terhadap tanah tumpah darahnya kembali berligar-ligar difikirannya. Wajah bapa, mama, kakak dan adik-adiknya terbayang di depannya. Hisyam teringat kata-kata bapanya sejurus sebelum dia berlepas dari KLIA sewaktu kali pertama kakinya hendak menjejakkan di kawsan penerbangan Antarabangsa. “Syam.. igt syam… hisyam adalah harapan.. hisyam adalah perubah.. semua orang di tempat kita menantikan perubahan ini.. siapa lagi yang kita mau harapkan. Siapa lagi yang berani untuk membuat anjakan ini.. Hisyam belajar rajin-rajin ya.. jan lupa pesanan bapa ni…” hisyam terpaku seketika.. lalu dia menggelengkan kepalanya lalu mengucapkan Istighfar berkali-kali atas amanah yang sering dia lalaikan.

Bebanan terasa di bahu hisyam. Hisyam berasal dari sabah. Dia dibesarkan di sebuah kampung yang terletak di hulu Kota Kinabalu, bandaraya dan ibu negeri sabah. Hisyam teringat akan masyarakat kampungnya yang sangat berpotensi untuk dibangunkan. Satu ketika dahulu, kampung hisyam pernah di Black listkan antara kampung-kampung yang paling kuat bergaduh. Perbalahan antara kampung masih lagi terasa hingga ke hari ini. Bukan setakat itu sahaja, pernah diceritakan bahawa orang yangberbangsa cina pun x berani nak masuk ke kampung hisyam kerana takut dibelasah oleh anak-anak muda kampung tersebut. Sampai begitu sekali teruknya keadaan kampung hisyam satu ketika dahulu.

Zaman demi zaman, keadaan berubah sedikit demi sedikit. Anak muda yang dulunya terkenal sebagai samseng kampung kini telah berumahtangga. Generasi baru yang lahir pula mewarisi kesamsengan orang-orang tua mereka. Tidak ramai anak muda yang lahir di kampung itu tinggi pelajarannya. Keluarga besar hisyam adalah diantara keluarga yang amat disegani di kampung itu. Datuknya dahulu adalah ketua kampung dan sgt2 disukai penduduk kampung. Hisyam sewaktu kecilnya pernah tinggal bersama-sama datuknya sewaktu bapa dan mamanya pergi bekerja. Hisyam ditinggalkan bersama-sama sepupu-sepupunya setelah mereka dah habis tadika.

Kini hisyam berada di puncak menara gadingnya dan bakal keluar sebagai seorang Doctor. Hisyam membuka lembaran terjemahan quran miliknya itu. Naskah quran yang berwarna biru diselak lalu dia memulakan bacaan ayat-ayat suci Allah SWT. Gaya bacaan sheikh Rasyid Al-Afaasi diukir dan kadang-kadang timbul lagu seakan-akan lagu Sheikh Maher Imam kedua Masjidil Haram. Dia meneliti satu persatu ayat-ayat Allah yang termaktub di lembaran suci itu. Sesekali hatinya tergerak dengan keindahan ayat-ayat Allah swt itu. Terdetik di benak hatinya “Menyesal gak dulu x belajar arab baik-baik.. sikit-sikit boleh laa fham.. nasib baik boleh lagi skit.. kalo x fham langsung.. rugilaa.. Alhamdulillah.. n nasib baik gak laa yg aku baca ni ada terjemahannya.. tedalaa aku lost terus.. aisee..”

BersambunG….