Monday, September 05, 2011

Keboringan

Aku dan Mama di Restoren Yassin, Tawau

Bismillah..

Boring ??

Yeah.. agak boring jugak sekarang nih.. Sistem bekerja sudah bertukar kepada yang lebih ringan.. Seminggu bekerja dalam 60 jam.. Ok laa.. Agak kurang sedikit dari yang lalu-lalu.. dan banyak jugak masa-masa kosong yang sepatutnya dimanfaatkan untuk masa depan.. contohnya study kaa.. or.. apa-apa laa.. hehe..

then aku mengambil keputusan untuk menulis di blog ku ini.. Humm.. ada orang cakap.. kalau setakat ingin meluahkan perasaan di blog, bagus ndak payah.. buang masa jak.. "MACAM PONDAN JAK" huhu.. ada jugak yang cakap macam nih.. Aduh.. jatuh semangatku untuk terus menulis dan melakar cerpen-cerpen hidupku...

Bila kutanya .. "Jadi, bagaimana harus aku buat sekarang ?? " lalu mereka suggest untuk aku buat yang lebih matang dan lebih serius.. permasaalahan agama dan social.. science dan Islam.. Gunakan semuanya untuk kepentingan Islam..

Hummm... Yeah.. betul jugak sebenarnya.. Sangat tidak salah.. Cumanya, aku bertanya kembali pada diriku.. Apa tujuan aku menulis sebenarnya.... ?? Mungkin hanya sekadar untuk meluahkan perasaan dia hati.. ataupun mungkin aku ingin berkongsi dengan manusia lain di luar sana pengalaman hidupku.. dan mungkin disana jugak ada benda baik yang boleh kita ambil tauladan.. Mungkin lah.. Harap-harap macam itu laa..

Aku bukan seorang pakar Agama untuk menulis artikel-artikel serius tentang Agama.. Aku bukan seorang pujangga yagn hebat menyusun ayat.. Aku hanya insan biasa.. macam orang lain jugak.. Cuma kita punya cita-cita kan ?? Kita punya perjuangan yang belum selesai kan ??

Cita-cita apa ?? Perjuangan apa ??

Bila kita sandarkan semuanya untuk Islam.. maka kita adalah orang yang paling beruntung.. Kerana apa ?? Kehidupan kita ini sebenarnya adalah saham.. Semua ini adalah satu pelaburan.. yang mana hasilnya akan kita temui setelah kita menemui Tuhan Rabbul jalal.. Hasilnya SYURGA.. hasilnya NIKMAT KETENANGAN.. hasilnya PERTEMUAN DENGAN ALLAH RABBUL IZZATI...

Bukankah itu matlamat pengakhiran yang sebenar ?? Yeah..

Maka teruskan menulis bro.. Biarpun nampak ayat-ayat yang disusun sangatlah "pasar" .. namun tidak mengapa.. biar santai penulisanmu.. tapi menusuk ke kalbu.. kalbu yang mengharapkan ianya dibersihkan dan dijauhkan dari segala kekotoran,...

1 comments:

Anonymous said...

Yоuг post haѕ established helpful to us.
It’s quite educаtional аnԁ уou're certainly very educated of this type. You have exposed my own eye for you to different thoughts about this specific matter with interesting and reliable articles.
My website - buy ativan online