Tuesday, April 19, 2011

Bila KeranaNya..


Bismillah..

Seorang rakan sekerja saya telah mengeluarkan satu kata-kata yang sedikit sebanyak membuatkan saya berfikir panjang.

"kita kalau nak menulis.. kenalah menulis dengan hati yang suci, kena niat semua ni kerana Allah.. "

Dalam kehidupan kita sehari-hari, banyak benda yang kita terlepas pandang. sebenarnya apa yang belaku di sekeliling kita ada kaitannya dengan keTuhanan. Bila kita makan, kita akan menjadi kenyang. Mengapa kenyang ? ada proses dalam badan yang membuatkan kita merasa kenyang. bagaimana proses itu berlaku ? rasanya tidak perlu diterangkan kesemua proses yang berlaku. persoalannya disini, siapakah yang menyusun proses ini ? adakah ianya terjadi dengan sendirinya ? atau ia disusun oleh satu kuasa yang sangat hebat ?

bila kata-kata diatas masuk ke ruang telinga, ada sesuatu yang mengingatkan jiwa terhadap sebuah suasana dahulu kala.

BUATLAH KERANA ALLAH

Mengapa keranaNya ?

Semua manusia yang hidup di dunia mahukan kepuasan dalam dirinya ketika membuat sebarang pekerjaan. Pekebun yang tidak minat berkebun, bila berkebun, tanamannya pasti tidak akan subur. Penoreh getah yang tidak minat menoreh sudah pasti akan gagal dalam persaingan diantara penoreh getah yang lain. Cikgu yang tidak minat mengajar akan melahirkan murid-murid yang dungu dan tidak berpotensi.

Begitu jugak dengan doktor yang tidak ada minat menolong dan merawat, pastinya akan sentiasa berada dalam keadaan stress dan murung ketika bekerja. Lalu manusia itu mencari-cari apakah yang akan membuatkan dirinya berasa puas..



Kepuasan sudah pasti bermula dengan minat. jika minat, pasti akan puas biar sedikit yang kita dapat. minat pula bergantung dengan niat. niat ada kaitan dengan matlamat. sudah tentu matlamat yang teragung ialah untuk mendapatkan redha Allah SWT. Bila matlamat betul, niat akan menjadi lurus. bila niat bertepatan, minat akan timbul. dengan minat, terciptalah kepuasan. bila puas, pasti kejayaan akan datang bergolek.

Bila ada redhaNya, rezeki akan terbuka luas. bukankah dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa dia akan menambahkan rezekinya kepada orang-orang yang tahu bersyukur. Yakinlah dan yakinlah bahawa pintu kecemerlangan dan kegemilangan terbuka luas dihadapan kita. Kadang-kadang kerana ada kesilapan dan keburukan yang kita lakukan menyebabkan pintu-pintu ini tertabir dari pandangan mata.

Kembalikan niat sucimu, bersihkan hatimu, dekatkanlah dirimu dengan Tuhanmu, lazimi lidahmu dengan kalamNya, nescaya akan timbul ketenangan, dan ketenangan itulah sebaik-baik kepuasan. Puas dunia dan puas akhirat.

Akhirul kalam..

Seeru Ala barakatillaH...

- AFiFi SaiF -