Saturday, September 25, 2010

This is the beginninG

Bismillah..

MasyaALlah.. lamanya ndak online mengupdate blog ni.. Jom sembang-sembang sikit..

Persediaan Mental


Pehh.. takut jugak sebenarnya pasal ndak lama lagi surat untuk bekerja akan sampai di pejabat bapa.. Bila sampai.. maksudnya aku terpaksa menggerakkan badanku untuk menghadapi satu lagi kehidupan baru yang dijangka bakal menggegarkan segala tulang belulang.. hehe.. BEKERJA DI HOSPITAL SEBAGAI SEORANG DR HO.. 

Harap-harap laa dapat KK jak.. berharap sangat dapat yang dekat sikit ngan rumah. Senang sikit tuk jalankan projek-projek sampingan.. Hehe...

Apa-apapun... Sekarang ni aku tengah bersedia MENTAL supaya aku lebih tegar menempuhi neraka hospital yang akan datang.. Keh3.... Hari tu jumpa makcikku yang juga Dr Pakar Keluarga.. ada jugak dia nasihatkan.. "Berjaga-jaga dengan DR-DR sana tu... banyak yang jahat-jahat tuh.... " Sambil dia tersengih... "Dulu saya HO.. berat turun 10 Kilo oo....." sambungnya... Pehhh.... Bagus jugak macam nih.. Kurus habis terus macam tu tuh kalo turun 10 kg... Haha... Best2..

The Biggest Loser


Ha.... RM 1500 aku keluarkan dari bank tuk satu pertandingan antara adik beradikku... THE BIGGEST LOSER... tarikhnya dari 21hb sept hari tuh sampai hari raya haji.. Kelayakan minimum untuk memenangi pertandingan ni adalah kurnag berat sebanyak 8% berat badan.. 

aku ndak boleh kalah... pasal kalo kalah... duit tu akan bakal dorang dapat untuk berjoli sepuas hati... Aishhhh... ndak boleh jadi nih.... Aku akan pertahankan duit aku tuh... haha.... Aku akan memenangi pertandingan nih... apa-apa laa yang jadi... aku pasti akan menang..... !!!

Bisnes Raya Korban Aidil Adha



Buat masa ni sebelum kerja.. aku menghabiskan masaku untuk menceburkan diri dalam bidang bisnes.. kali nih.. bisnes LEMBU/SAPI untuk kegunaan korban aidil Adha... 

buat masa nih ada tempahan 15 ekor lembu.. tapi promosi belum besar-besaran lagi laa... lembu yang dicari sudah ada lebih kurang 20 ekor.. limit tuk kali ni sebanyak 40 ekor lembu tuk bahagian kk ni jak... Harap-hrap laa menjadi.. InsyaAllah..

besok mau deal harga ngan dealer Lembu di Beaufort.. Payah jugak berlawan harga ni.. semua kena main psycho.. Hehe... 

hari nih baru deal ngan sorang penternak lembu di Kota Marudu.. dia bersetuju menjual kesemua 11 ekor lembunya.. Hehe... harga pun boleh tahan jugak laa.... :) Best bila aku lihat suasana menawar-nawar harga.. banyak benda jugak yang perlu dipelajari sebenarnya untuk meyakinkan orang dengan apa yang kita cuba bawa.. Yupp........

Semoga semuanya akan menjadi... InsyaAllah...

Syarikat Muslim Network

Yupp.... kami plan tuk menubuhkan sebuah Syarikat yang dinamakan Syarikat Muslim Network Sdn Bhd. So projek pertama ialah supply Lembu untuk kegunaan Korban/Akikah aidil adha.

Projek kedua.. Penternakan Ayam.. InsyaAllah tanah untuk penternakan akan disediakan oleh seorang share holder kami sebanyak 4 ekar di Kimanis. Actually dia ada 12 ekar tanah... tapi buat masa ni boleh dapat 4 ekar jak laa... Yupp... cukup laa tu kot buat masa nih... 

Actually.. kami mau conquer penternakan ayam di Sabah ni... InsyaAllah.... buat masa ni yang mengawal pasaran ayam fresh ni kebanyakannya peniaga Cina. So, perlu ada competition sikit kot...... 

InsyaAllah ekonomi akan dikawal oleh Orang-orang Islam kita.. InsyaAllah..

______________________________________________________________________

Humm...... Penat.. tadi baru balik dari majlis perkahwinan sepupuku di Pitas.. nantilah share gambar-gambar kahwinnya kan...

Oklah... doakan kejayaan kita semua K......

My new motto

" Im tHe Best of the besT !!! "

Something to share... Hehe... just for relaxing my mind for a while..


Saturday, August 21, 2010

Tapi kan.....

Bismillah....

Haha... Ya Allah.. Lamanya ndak diupdate blog nih... busy baa.. mau buat camana kan.. macam-macam kerja yang perlu diselesaikan..

Besok sebenarnya ada program Tahsin Solat dan majlis berbuka Puasa ala Migang di surau kampung. Harap-harap laa ok bisuk nih. Tadi baru pegi memanggil dari rumah ke rumah atau orang bajau panggil Mara'-mara'... mara' maksudnya "memberitahu".. kalo orang modern panggil Iklan dan Publisiti dari rumah ke rumah... kalau orang Tabligh panggil "Gash" ajak ke surau... hehe...

anggaran orang yang akan datang ?? Haha... ndak tau lagi.... tengok laa bisuk camana kan.. tapi time buka puasa tuh.. aku rasa ramai jugak yang akan datang nih... InsyaAllah... harap-harap laa...

Sekarang ni di surau kampung, kalau solat terawih ramai jugak yang datang... boleh laa tahan.. tapi of coz orang pompuan laa yang lagi ramai kan... kalo yang laki tu ada laa satu saf.. boleh laa tuh.. Imam?? betukar-tukar.. selang seli kami beganti ngan sepupuku.. teda lagi imam kan di kampung nih.. semua yang hebat-hebat semua pegi masjid.. so di surau tinggal laa yang muda-muda yang boleh mengimamkan makmun di belakang.. Imam Muda laa ba nih orang cakap... kalo masuk petandingan Imam Muda kali boleh jugak kalahkan si imam muda ashraf tu.. keh3...... :-P

Ha.. hari tu baru jak habis interview jawatan pegawai perubatan. Tapi kan.. prosedur jak baa tuh... untuk jawatan pegawai perubatan ni confirm baa sudah diterima.. asal-asal jak tuh ada interview. asal-asal pun.... banyak jugak soalannya yang ditanya.

"What's your preparation before this?? "
"have you heard any statement from Pengarah Kesihatan?? "

Aku bagitau laa yang aku ada jugak tengok-tengok internet sikit pasal kementerian kesihatan nih.. Bila ditanya tentang statement.. MasyaAllah (Slang Pakistann..) ndak sempat pulak kubaca statement terbaru Pakcik tuh..

"Who's your Pengarah Kesihatan ?? "
"What's his name?? "

Allah....... Senyum jak laa.... camana boleh lupa namanya nih... Haha... pastu hentam jak laa.... Datuk Tan Sri Razak... Haha....... Setahu aku nama Dr Datuk Razak ni ada jugak di Bahagian Kesihatan Sabah... barangkali laa... keh3... Rupa-rupanya... Datuk Ismail Merican... Ya Allahhh... camana boleh lupa...

Hehe.... Cam audition Malaysian Idol pulak aku rasa time tuh.... kah3... Boleh gelak-gelak pulak tuh... Alhamdulillah.... Tapi yang aku rasa lain sikit... interviewer tuh.. lebih banyak nasihat daripada bertanya.. Sorang Pegawai berbangsa India... sorang lagi DR bangsa Cina... Aku terkedu... Baiknya dorang nih.. terutama pakcik India tuh.. nasihat pulak jenis yang cam nasihatkan anak-anak dia jak... hehe... Alhamdulillah semua berjalan ngan lancar..

eh oklah... nanti laa kita sembang-sembang lagi k... Buka puasa sudah sekarang nih.. sini sabah buka pukul 630 petang.... 9 minit lagi..... LaparNyaaaaaa... hehe...

klah... Chow bebe...

Comel pulak kucingku nih..... Ingat lagi ngan si Balqis n GriveN ???? Comel sangat... nantilaa cerita pasal dorang...

Ba... Chow..

The enD..

Sunday, July 18, 2010

Solat dan Kecemerlangan



Hayya Alas Solah..
Hayya alal Falah…

Merdu suara sang Bilal mendendangkan azan memanggil kita menunaikan kewajipan solat terhadap Allah SWT.

Marilah menunaikan Solat..
Marilah menuju kejayaan..

Solat ? Kejayaan ? Kecemerlangan ?

Berbagai maksud tersirat disebalik lafaz si Muazzin. Apa kaitan solat dengan kejayaan? Bagaimana solat boleh membawa kepada kejayaan? Kejayaan yang bagaimana yang kita nak perolehi?
Bila kita bersolat, kita menghadapkan wajah dan diri kita dihadapan Allah SWT. Memuji dan memuja kebesaran Tuhan. Sejarah menunjukkan orang yang bersolat adalah orang-orang yang Berjaya dalam 
kehidupan mereka.

Zaman kegemilangan Islam membuktikan Solat sebagai asas kepada kejayaan dan kecemerlangan.
Namun saudaraku, darjat solat mereka sangatlah jauh berbeza dengan solat kita hari ini. Bila para sahabat mengangkat takbir, pintu-pintu langit terbuka menerima zikir dan doa mereka terhadap Allah. Bagaiman dengan solat kita hari ini ? Pernahkah kita merasai Khusyuk dalam Solat ?

Atau Solat kita hanyalah penat semata-mata. Penuh dengan kelalaian dan kelupaan. Yang lebih menyedihkan lagi apabila kita yang sudah dikira berumur ini masih lagi menunaikan solat hanya untuk menunjuk-nunjuk, mengharapkan pujian dan gelaran dari orang lain.

Memang patut la Umat Islam hari ini lemah dan ketinggalan. Mengapa? Kerana kita sudah tidak kuat berpegang kepada tali agama kita, Solat. Nabi pernah bersabda, “Solat merupakan tiang agama, siapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama, siapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama”

Tanpa Solat yang sempurna, kita tidak akan Berjaya. Kalaupun kita Nampak seperti orang yang Berjaya, mempunyai kekayaan dan harta yang berlimpah ruah, namun percayalah saudaraku, Hati kita masih tidak tenang. Hati mencari-cari jalan untuk keluar dari ruang yang sempit yang membelenggu diri.

Saudaraku, carilah kekuatan dalam solatmu. Carilah kejayaan dan kecemerlangan dalam solatmu. Carilah ketenangan dalam solatmu. Jatuhkan air matamu dihadapan TuhanMu. Apa yang berlaku dalam hidup ini semuanya hanyalah ujian dari Tuhan. Allah menguji kita agar kita kembali kepadaNya. Bersyukurlah kepada Allah, tunaikan kewajipan terhadapNya, InsyaALlah kita akan Berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah…

- Dr AFiFi SaiF -

Wednesday, June 30, 2010

Awalnya...



BismillaH..

330 pagi..

Perutku berbunyi.. Lapar agaknya.. Bila tengok peti sejuk.. Aiseemen... teda apa-apa.. Ada sayur jak.. Aishh... Aku  mengambil kesempatan ini untuk membolehkan aku keluar sekejap mencari makanan di kedai 24 jam kat luar 300 meter dari tempat aku tinggal.

Aku memasang earphone di telinga kanan dan kiri. Humm.. Layan jugak dengar lagu sambil menghirup udara awal pagi nih. Subuh dah masuk pukul 230 pagi dan akan habis pada pukul 450 pagi.

Playslist dalam Iphone ku memainkan lagu "Mr LonelY" dari Akon............

Humm... layan...

Baju jacket hijau dalam almari menjadi pilihan untuk menemaniku kali ini. Aku keluar dari rumahku tepat pukul 340 pagi. Lagu seterusnya dari Adam, "Jatuh"... Humm... layan sangat lagu nih...


dalam perjalananku ke kedai tersebut, aku melihat ramai orang bagaikan ada sesuatu yang sedang berlaku. Yeah, aku tahu bersebelahan dengan kedai tersebut adalah kedai Judi. Hummm... maybe ada bergaduh kaa.. atau biasalah.. geng-geng berkumpul selepas main judi kan.. macam-macam berlingkar di fikiranku..

aku menaikkan kolar jacketku agar nampak lebih sedikit ganas (sebagai keselamatan). Muka semakin serius.. aku menarik nafas panjang sebelum mendekati kedai kawasan tersebut. Dalam fikiranku, kalau inilah akhir hayatku.. semoga Allah mengampuniku... teringat mesej-mesej last di FB, post last di blogku.. teringat mesejku kepada kawanku.. yang aku akan datang ke tempatnya dan dia akan bawa aku berjalan-jalan melawat kawasannya di Tawau.. teringat mama dan  bapa.. Humm... macam-macam di fikiran.. hehe..

Bila sampai ke kawasan itu, aku melihat ramai orang tua.. Huh ??? Apa nih ??

Ya Allah... baru pukul 3 lebih nih... takkan laa dah mula kerja.... Yupp.... makcik-makcik dan pakcik-pakcik sedang menyusun bunga-bunga untuk dijual... Ya Allah... Biar betul.... Awal lagi nih... tak kurang jugak pembeli-pembeli yang datang menawar harga dengan si penjual yang tabah.

Aku ingatkan samseng... rupa-rupanya... Pakcik-makcik penjual bunga.. Awalnyaa laa start kerja.. Pehh.... aku kagum.. Hebat camnih.. biarpun lampu hanyalah beberapa buah di kawasan itu, namun ia tidak menghalang mereka untuk menjual dengan lebih awal.

Hebat.... mereka membuatkanku tersenyum sendirian.. lagu "Jangan bersedih lagi" dari Anuar Zain bermain di gegendang telinga...

Aku masuk ke kedai 24 jam dan membeli Yogurt Strawbery dan Kacang peanut. Aku berhenti sekejap menikmati makanan yang baru kubeli berdekatan dengan tenpat jual menjual bunga. Hummmm...... Aku masih lagi berada dalam kekaguman... 6 tahun aku kat sini.. Aku baru tahu yang dorang start kerja awal sangat nih... ya laa kan... dulu waktu tinggal kat hostel, pukul 12 tutup pintu dah.. so keluar pun tak boleh.. Kedai dalam hostel buka pukul 8 pagi dan tutup pukul 12 malam... So, takda peluang untuk tahu apa yang terjadi pada waktu subuh nih..

Langit semakin biru.. jalan dah mula kelihatan.. Jam menunjukkan pukul 410 pagi... Aku mengangkat kakiku pulang ke rumah...

Satu pengalaman yang pasti takkan aku lupakan bila balik Malaysia nanti..... Aku masih kagum hingga ke saat ini...

Monday, June 28, 2010

DoktoR.... :))

 Dr Afifi, Dr Anis, Dr Firdaus
Bismillah...

25 Jun 2010...

Rasmilah aku hari ini sebagai seorang Doktor.. Alhamdulillah...

Ada kawan tanya bagaimana perasaan setelah bergelar Doktor nih.. Hummm... Payah nak dikata.. nak kata gembira... ada laa sikit-sikit... nak kata sedih.... maybe... pasal aku dah tak bergelar student... dan aku akan balik malaysia meninggalkan bumi Ukraine yang banyak mengajar aku tentang kehidupan...

Allahumma Solli Ala Muhammad...

Actually tengah hujan.. pelik tol... Summer.. tapi hujan macam Spring..... Alhamdulillah... hujan rahmat nih.. tengah lebat kat luar tuh...

Humm...

takut sebenarnya nak jadi doktor nih.. pasal kita akan berdepan dengan nyawa manusia.. Salah bagi ubat, salah diagnose.. semuanya akan bawa effect kepada pesakit kita.. Tu yang kita kena bersedia dengan ilmu dan skill. Aku mengaku sepanjang 6 tahun study medic di ukraine nih... banyak lagi yang aku tak tau.. banyak lagi yang perlu aku pelajari.. banyak lagi yang perlu aku lalui.. panjang lagi perjalanan nih...


Dari kiri.. Dr Afifi, Dr Anis, Dr Praba, Dr Wei Loon

Gembira... Hepi.. Semua ini hanyalah perasaan yang sementara semata-mata... hari ini kita gembira.. besok pasti akan datang waktu kita sedih.. Hari ni kita sihat... besok pasti kita akan sakit... hari ini hidup... besok pasti kita akan Mati... Apa yang nak dibawa jumpa Allah nanti?? Allaaaaaaahu Rabbi..

Kehidupan yang sebenar baru bermula.. Kehidupan bersama masyarakat tempatan.. masyarakat sendiri.. ada kawan tanya... napa tak kerja di Semenanjung?? Aishhhh... soklan kaa tuh.... Becoz im sabahan... hati aku dah lama untuk sabah... Aku kesian kat orang-orang tempat aku... Siapa lagi yang nak bantu kalau bukan aku kan...

Ramai jugak mak ayah yang datang melawat anak dorang sini.. Ada jugak yang sempat melawat perkampungan orang Islam Tatar.. dan aku sempat untuk ikut serta dalam rombongan tuh.. Rombongan pertama melawat KhanSarai dan keluarga Islam di Chfut Kale.. yang terletak di Bakchisarai... Perjalanan sejam dari Simferopol.. time tuh, muslimin yang ada untuk menjadi translator hanya aku.. dan ditemani oleh Umar al-fateh... anak kepada kawan baik aku.. Hakimi... Hehe... Umar baru berumur 4 bulan.. hehe...

Ngan Best Fren.. my classmate Dr Shamini Govindasamy

2 family seramai 10 orang datang melawat... 3 orang lelaki.. ( 2 orang pakcik dan seorang anak muda... adik kepada salam seorang student kat sini.. ) yang lain semua perempuan.. termasuklah makcik-makcik.. :))

best pulak jadi translator.. Hehe... Berkenalan dengan Uthman dan Abdul Majeed.. anak kepada makcik laila.. kami berjalan-jalan di sekitar Chfut kale... perkampungan tatar yang terletak diantara bukit batu... Cantik pemandangannya........ MasyaAllah... aku suka pemandangan camnih.... Cantik sangat-sangat... tapi aku tak dapat berkongsi gambar tuh... pasal hari tuh aku tak bawa camera pun.... Nanti aa aku datang balik sana.. n amik gambar n kongsi ngan semua k...

best 2 family nih... family Shikin dan Mimi... kedua-dua family sangat frendly... makcik pakcik tuh suka bercerita... tanya macam-macam.. alhamdulillah aku tau sikit-sikit pasal sejarah tempat tuh... boleh laa terang kan... dibantu oleh Uthman... anak makcik laila yang berumur 18 tahun, belajar engineering dan baru habes 1st year...

Rombongan kedua ke rumah Pakcik Ismael di Pridnaya Svidania... Backchisaraiski rayyon... Kali nih family Munirah pulak... Ramai gak yang datang sekali.. Best gak.. :))

- Pantai Saki -Semua orang pakai Anti-SunBurn cream.... Takut nampak gelap time konvo... :))

Minggu lepas kitaorang pegi pantai Saki, berdekatan ngan euphatoria... Pehh.... cantikk sangat pantai sini... Rombongan laki jak laa.... 16 orang semuanya... Bestt sangat-sangat...

Bro Anis yang hensom n Macho... hehe...

wajah-wajah saki... 

Love dis moment soo mucH..


Sharul n Ameer...

Berjemur Di bawah teriK Pantai Saki..

Semalam jalan lagi ke pantai Novie Svet... yang ni lagi laaaa lawa... pemandangan sangat-sangat lawa.. aku suka dowh pemandangan cantik camnih... tapi ndak da lagi gambarnya.. nanti laa kalau si Ramdzan dah upload kat facebook kita share k..

dah aa... Hujan pun dah reda sikit.... baru pukul 3 petang... Asar pukul 5.. lambat lagi... Apa nak buat eh pasnih... Hummm... hehe... ndak pa laa..... tengok laa apa-apa yang best pasnih...

okaY........ Chow.... jumpa di lain lembaran k...

WassalaM warahmatullaH...

Friday, June 18, 2010

Serah padaNya...

Bismillah..

Ya Allah... aku serahkan padaMu segalaNya... Engkaulah yang Terbaik keputusannya... Ampunilah diri ini.. diri yang selalu menyalahi syariatmu.. 


Wednesday, June 16, 2010

RahsiaNya..


Ni baru balik dari Gym.. Bila buka glove.. Ya Allah... tangan luka?? Ya Allah..... Ndak sedar pulak sampai boleh jadi camni.. tadi actually main boxing tuh.... Ndak sedar pulak terluka.. Aishhh........

kurang sebulan lagi hayat aku di ukraine nih.. Hehe.. kena plan sumtin nih.. Sebulan kalo kosong berlalu camni jak.. aishh.. rugi nih... Yupp... rugii... masa berjalan dengan pantas meninggalkan orang-orang yang lalai..

Mau cerita pasal apa aa.... Hummmm....

HUmmmmmmm...... Teda idea nih..

Humm... Apa yang ringan-ringan eh...... idea ada... tapi cam berat jak... pilih yang ringan-ringan sikit... senang sikit kalo ada kawan-kawan yang tengah exam nak layan kan... keh3...

Haha... dah ada dah cerita...



Tajuknya..

" Rahsia di sebalik perkahwinan yang bahagia... "

Satu hari seorang wartawan menemuramah seorang "Tokoh Suami Terbaik Dunia 2010".. 

Wartawan : Tuan... apakah rahsia disebalik kejayaan Tuan menjadi Tokoh terkemuka ini??

Tokoh : Ooo... Senang je sebenarnya... tak susah.... Benda-benda yang kecil saya serahkan kepada isteri untuk menguruskannya... yang besar-besar saya uruskan semua.... kami tak berselisih pun bila buat keputusan..

Wartawan : Wahh... Tuan memang bijak.. Contohnya Tuan ??

Tokoh : Perkara kecil contohnya kereta mana yang patut dibeli, berapa duit yang nak kena simpan kat Bank, bila nak pegi bandar, Sofa, aircond, peti sejuk mana yang nak kene beli.. perbelanjaan bulanan.. nak cari orang gaji ke tak.. perbelanjaan anak-anak... sekolah anak-anak... dan lain-lain.. semuanya isteri saya yang akan buat keputusan.. saya just setuju je.. 

Wartawan : Abes tuh.... apa tugas Tuan??

Tokoh : Tugas saya yang besar-besar je.. contohnya.. Patutkah Amerika menyerang Iraq.. Gempa bumi di Haiti... perlu atau tak perdana menteri thailand letak jawatan.. perang India - Pakistan... Nuklear Iran, Korea Utara... Krisis ekonomi Eropah... dan lain-lain... Nak tau tak?? Isteri saya TAK PERNAH  tak setuju dengan  saya tentang benda-benda nih..... 

Haha...... Patut aaa bahagia jak Family nih..... keh2....

Hummm... ok aa... dah nak masuk Zohor... Lepas Zohor nak kuar kejap... mau gi tengok-tengok pakaian tuk grad nanti... belum sedia apa-apa lagi nih.. Kalo ada Blazer yang best-best... boleh aa angkat... keh3...

Jom.....

Tuesday, June 15, 2010

Alhamdulillah....



913 minit malam... Malam nih Brazil akan menentang Korea Utara.. Pehh... mesti best nih.. Confirm best.. so sebelum game mula.. Jom borak-borak jap...

Alhamdulillah aku dah habeskan exam semalam.. Last exam untuk final year aku di Ukraine nih.. so dengan itu.. rasmilah aku sebagai seorang bekas pelajar CSMU.. dan insyaAllah lepas nih sambung pulak study di hospital sebagai seorang Doktor Pelatih.. Dimana lagi kan mau kerja kalau ndak di KK... Kampung halaman.. tanah tumpah darahku.. hihi..

Penat sangat exam kali nih... Lepas 1st exam hari tuh, ada masa selama 2 minggu untuk prepare for 2nd exam.. 2 minggu.. masyaAllah.. lamanya.. Penat.. alhamdulillah segala kepenatan tuh terbayar akhirnya.. Rezeki Allah yang bagi kan... Alhamdulillah...

Sepuluh minit lagi mau start game...

sedikit kata-kata nasihat buat diri nih dan kawan-kawan..

Yakinlah kepada Tuhan.. selepas berusaha.. bertawakkal lah.. Selepas bertawakkal, jangan lagi ada resah dalam hati.. MIntalah yang terbaik dari Tuhan.. pasti dia akan beri.. Tapi dia akan bagi apa yang kita perlu.. bukan apa yang kita nak.. Allah Maha Adil.. lagi Maha Pemurah..

Sebelum jawab soalan dengan examiner nanti, jangan gelojoh.. jangan tergesa-gesa.. Rilek.. Senyum.. bila dapat soalan yang susah.. fikir sebentar.. dan jawab dengan tenang dan konfiden.. InsyaAllah... Kita akan mendapat keputusan yang terbaik...

Hati nih milik Tuhan... Kalau Allah nak lembutkan hati seseorang.. Dia akan berkata... KUN!! FAYAKUN....

Buat dia... Doakan agar diri ini setia... Doakan yang terbaik buat kita semua... :)

Wallahu A'lam....

Friday, June 04, 2010

Hancur IsraeL.... !!

Pengalaman Dr Syed Halim, aktivis Malaysia, Mavi Marmara..

Perhimpunan Pakatan Rakyat Bantahan Kekejaman Israel di Gazza... 4 Jun 2010

Keberanian Recep Tayyip Erdogan.. PM TurkeY.. Allahu Akbar!!

Hancur Israel... Hancur Zionis.. !!

Apa seterusnya ??



" Myocardial infarction... heart attack... "

aku sedang mengulangkaji soalan-soalan yang akan keluar untuk exam kali nih..

"apa 1st aid yang doctor kena bagi?? "

"Humm.... 1st baringkan patient.. 2nd bagi oxygen mask.. 3rd.. bagi morphine sulphate iv / Sublingual nitroglyserin.. nih untuk anelgesic dan vasodilator effect.. then 4th bagi anticoagulation aspirin, clopidogrel, and low molecular weight heparin.. "

Humm... banyak benda yang perlu diingat..

aku berehat sebentar.. tanganku kuringankan untuk menekan keyboard dihadapanku..

FaceBook...

Humm... laman facebook ku nih sangat panas dengan isu Gazza - Israel.. Yupp... kita semua tahu apa yang telah dan sedang berlaku.. berita PRESSTV milik kerajaan Iran sering menceritakan keadaan semasa yang berlaku di perairan Gazza.

aku berfikir sebentar... apa sebenarnya-benarnya yang sedang berlaku ??

aku membuka laman Ustaz Hasrizal.. Palestin memanggilmu pulang kepada Islam..

Benda- benda yang berlaku hari ini sepatutnya membuatkan kita bermuhasabah kembali.. apakah kekuatan dan kelemahan umat islam pada hari ini.. Bagaimana kita nak atasi kelemahan-kelemahan yang ada secara keseluruhannya..



Dr Sheikh Yusuf Qardhawi ada menulis satu buku yang berjodol "membangaun Ummah : Suatu Kenyataan Bukan Khayalan" . Dalam buku ini beliau menerangkan secara terperinci logika pembangunan umat Islam di zaman ini..

antaranya adalah logiknya kesatuan ummah ini mengikut KENYATAAN yang berlaku. Lihat sahaja peristiwa yang berlaku di Palestin, di chechnya, Bosnia, Selatan Thailand, Mindanau dan lain-lain tempat. Bila ada segolongan muslim yang ditindas, seluruh dunia Islam akan terasa. Bila Hamas memenangi pilihanraya di Gazza, majoriti umat Islam bergembira dengan kemengan yang telah dikurniakan Allah. Bila umat islam di Chechnya disembelih oleh pengganas Russia, dunia Islam bergegar dan timbulnya gerakan-gerakan jihad untuk menentang kemasukan tentera-tentera Russia di wilayah itu.

Bila Nabi Muhammad dihina, Pakistan dengan kuasa yang ada memboikot FaceBook kerana telah membenarkan Nabi Muhammad dipermainkan sewenang-wenangnya. Pengharaman hijab di France mendapat tentangan yang sangat kuat dari orang Islam disegenap pelusuk dunia.

Yupp... sesungguhnya NEGARA ISLAM masih lagi terpahat kukuh di hati umat Islam. Kita menantikan pembentukan semula Khilafah Uthmaniah yang jatuh pada tahun 1924. Ada hipotesis yang mengatakan bahawa Turki harus mengetuai pembentukan semula khilafah. Khilafah jatuh di Turki, dan InsyaAllah bakal naik dari Turki juga.



Lihat sahaja keadaan yang berlaku hari ini.. 9 orang dibunuh di perairan antarabangsa semasa bantuan kemanusiaan Flotilla baru-baru ini. 8 daripadanya berasal dari Turki dan seorang lagi berasal dari Amerika tapi berbangsa Turki.

Turki yang diketuai oleh perdana menterinya Recep Tayyip Erdogan terkenal dengan peribadinya yang membenci Zionis Israel. Semasa dalam satu persidangan bersama wakil Israel, Erdogan dengan tegasnya menyatakan pendirian beliau yang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk palestin. Kepulangannya di Istanbul disambut oleh ribuan rakyat Turki dan dunia Islam menganggapnya sebagai diantara Hero Islam abad ini.

Kebangkitan Islam sudah terasa... Anak-anak muda Islam melaungkan Takbir di setiap negara yang mereka duduki.

Bilangan orang yang memeluk Islam pula semakin meningkat dari hari ke hari. Ada pendapat yang mengatakan bahawa 20 tahun lagi, majoriti penduduk eropah akan menerima Islam sebagai cara hidup.

Bagaimana pula khabarnya di negara Kita Malaysia??

Ada usaha untuk menyatukan wilayah Malaysia, indonesia, Brunei, Mindanou sebagai satu wilayah Islam. ada yang mengatakan benda ini tidak logik.. tapi saya berpendapat bahawa benda ini tidak mustahil akan berlaku. Bila melihat kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam dan luar negara, benda-benda ini memang tidak mustahil akan berlaku.



Apapun.. kemenangan yang kita idam-idamkan tidak akan dapat kita perolehi jika kita tidak kembali kepada Allah. Allah hanya akan bagi kemenangan bila kita benar-benar ikhlas ingin kembali kepada Islam.

Oleh itu, perbaiki diri kita sebaiknya. banyakkan amal-amal yang mendekatkan diri kepada Allah.. InsyaAllah bila individu muslim telah terbentuk, insyaAllah masyarakat Islam akan wujud. Bila telah wujud masyarakat Islam, maka akan terbentuk satu negeri Islam. Bila banyak negeri Islam akan membawa kepada terbentuknya satu negara Islam. dari negara Islam inilah akan tercapai hasrat kita kembali untuk melihat bangunnya kerajaan Khilafah Islam yang telah jatuh satu ketika dahulu.

Bila wujudnya sistem Khilafah Islam ini, insyaAllah kita akan dapat membebaskan Palestin dari tangan-tangan Yahudi Laknatullah..

InsyaAllah... pastikan diri kita termasuk dalam rantai perjuangan menegakkan Islam dimuka bumi Allah ini. Rantai yang dimulakan oleh nabi Adam AS dan disambung oleh Nabi Muhammad SAW, kemudian oleh sahabat-sahabat Baginda. Pastikan nama kita juga terpahat dalam rantai ini agar ia mampu menjadi saksi yang setia bila kita berhadapan dengan Allah di akhirat nanti.. InsyaAllaH...

Wallahu A'lam...

Kena sambung studY... :))

Saturday, May 29, 2010

Bila kita...


Bila kita benar-benar bertaqwa.. Allah lah yang akan menjadi pelindung bagi kita.. Bila Allah disisi, siapa lagi yang dapat menghalang perjalanan kita ?? Dunia ini bagaikan milik kita bila payung Allah memayungi .. Setiap langkah.. diiringi malaikat-malaikat yang mendoakan agar engkau sentiasa dirahmatinya..

Jadilah orang yang bertaqwa.. bilamana engkau mengangkat tanganmu kelangit.. doamu yang ikhlas akan terus sampai kelangit Allah tanpa ada halangan.. 

Jadilah orang yang bertaqwa... agar ketenangan sentiasa menyelubungimu.. 

Doakan untukku dan untuk semua... agar kita dipilih Allah untuk menjadi hambanya yang bertaqwa..

Taqwa ini bukan pilihan kita... tapi itu adalah pemberian Allah.. kepada sesiapa yang dia kehendaki.. Maka mintalah ia kepadaNya.. pohonlah ia daripadaNya.. Agar hati ini dikurniakan taqwa yang sebenar..

Ameen yaa Rabbal A'lameen.....

Thursday, May 27, 2010

Jadual makan baby..


MasyaAllah... masa semakin suntuk.. Actually baru habis solat maghrib.. terasa pulak nak tulis something..

Humm..... nak tulis pasal apa eh..

Okay laa... kita bercerita tentang Feeding untuk baby yang berumur 1 tahun kebawah k.. kita semua kena tahu benda nih.. pasal nanti bila dah ada anak yang baru, kita kena tahu bagaimana nak uruskan cara pemakanan anak kita yang baru lahir tuh.. Tidak kisah lah samaada si Isteri atau si suami.. kedua-duanya kena tahu bagaimana cara yang betu untuk mengendalikan proses ini.. (Hehe.. cam nak keje ngan mesin pulak kan.. hihi..)

Okay..

Berapa kali baby kena makan (Menyusu) dalam sehari ??

2 bulan dan kebawah = 7 kali
3-4 Bulan                  = 6 kali
5-12 Bulan                = 5 kali

1. 4 bulan dan kebawah - Susu Ibu Sahaja... 

Berapa banyak nak kena bagi susu ibu?? Ada yang cakap mula dari baby menangis sampai ke baby tidur.. Hehe... Kalu baby tak tidur-tidur camana?? hehehe... Okay... sebenarnya jumlah yang kita nak bagi tuh bergantung kepada berat baby..

untuk baby yang berumur 1-2 bulan = Jumlah susu yang perlu diberikan dalam sehari adalah 1/7 daripada berat baby.

Maksudnya kalau berat baby 4200 gram.. 1/7 daripada jumlah berat baby adalah 700 ml..

Untuk baby yang berumur 3-4 bulan = 1/6 daripada jumlah berat baby

Untuk baby yang berumur 5 bulan ke atas = 1 liter sehari.

tambahan bagi baby yang berumur 4 bulan : Kita dah boleh bagi baby Minum juice.. camana nak kira jumlah juice?? ( 10 x Jumlah umur baby ) Maksudnya kalau baby berumur 4 bulan, so amount juice yang kita boleh abgi adalah 10x 4 bulan = 40 ml

2. Bulan yang ke-5 - Kita dah boleh bagi baby makan Bubur.


3. Bulan yang ke-6 - Kita dah boleh tambah sayur dalam makanan baby.

4. Bulan yang ke-7 - Boleh tambah Cheese dan kuning telur

5. Bulan yang ke 8 - Boleh tambah Kefir (Susu masam.. eg yogurt), daging (Daging yang direbus dan lembut sahaja)

6. bulan yang ke-9 sampai 1 tahun = sama macam bulan 8.

Okay... ni saya bagi contoh bagaimana nak buat menu untuk baby k..

Baby umur 3 bulan, berat 5400 gram.
1/6 x 5400 = 900 ml
Umur 3 bulan = 6 kali makan
900 ml / 6 kali = 150 ml setiap hidangan.
6.00 am - Susu Ibu 150 ml
930 am  - Susu ibu  150 ml
1.00 pm  - Susu ibu 150 ml
4.30 pm  - susu ibu 150 ml
8.00 pm - susu ibu 150 ml
11.30 pm - susu ibu 150 ml


Baby umur 6 bulan, berat 7800 gram
Jumlah = 1 liter
5 kali hidangan
200 ml setiap hidangan

600   - Susu ibu 200 ml
1000  - Bubur nasi 200 ml + minyak 5ml + gula 5mg
1400   - Bubur + sayur 200 ml
1800   - Susu Ibu 200 ml
2200   - susu ibu 200 ml

Baby Umur 8 bulan berat 8500 gram
Jumlah = 1 liter
5 kali hidangan
200 ml setiap hidangan

600     - Susu ibu 150 ml
1000   - Bubur nasi 200 ml + Kuning telur + minyak 5ml + gula 5mg
1400   - Bubur sayur 150 ml + daging(halur lembut) 50ml
1800   - Kefir 160ml + Cheese 40 ml + 5mg gula
2200   - Susu ibu 200 ml

Okay laahh... setengah jam sudah berlalu... Kene study benda lain nih.... Okay.. nanti sambung lagi pasal benda-benda nih..

Wednesday, May 26, 2010

20 Tips... Never give up..


2 hari lagi sebelum exam Peads, Social Med, and Hygene..

"Besok aku exam......... aku exam besok... aku dah teda masa sangat nih.... Study... Study.. " Saya cuba pressure diri sendiri walaupun esok sebenarnya bukan hari exam. Kalau kurang pressure, level adrenalin dalam badan susah nak naik, so kerja akan jadi sedikit lambat. Mindset kena tukar 2 hari kehadapan agar pada hari tersebut semuanya akan menjadi lebih teratur dan lebih meyakinkan.

Exam seterusnya adalah pada 14 Jun.. exam yang berat jugak.. Theraphy, Surgery dan Gyne&Obs.. InsyaAllah boleh.. insyaAllah..

Bila orang bercakap mengenai exam.. ramai yang akan gelisah dan keluh kesah.

"Aku tak sedia sangat laa... camana nih ?? "

"Aish... aku tak baca habes lagi tau... ko rasa boleh lepas tak?? "

Keluhan-keluhan dari kawan-kawan seperjuangan yang sering kedengaran ditelinga. Yupp.. Boleh insyaAllah.. Tapi bagaimana ??


1. Senyum

2. Tutup mata dan tarik nafas dalam-dalam.

3. Fikirkan orang yang tersayang.. eg Ibu bapa, adik-beradik, orang kampung, Isteri, masa depan anak-anak..

4. Tarik nafas lagi.. :)) dan bacalah bismillah..

5. Sila bagitahu kepada diri sendiri.. yang kita MAMPU untuk melakukannya.. Tidak ada yang mustahil di dunia ini.. tidak ada yang boleh menghalang jalan kita.. (melainkan Allah)..

6. Katakan kepada diri.. "Dunia nih aku yang punya.. dengan izin Allah.. apa yang aku nak.. insyaAllah aku akan capai.."

7. Buka mata.. Sila lihat di sekeliling kita.. rasanya apa yang boleh membuatkan kita naik semangat.. eg.. Rumah yang kemas.. Gambar wallpaper komputer ada gambar family..

8. Pastikan cahaya dalam bilik study kita tuh cukup. Paling bagus cahaya Putih.. Kuning tak berapa bagus pasal color nih boleh buat mata cepat kering dan cepa mengantuk..

9. Cari MOOD.... Bina MOOD untuk study..

10. Study mana yang susah nak difahami dahulu then baru yang senang dan yang kita minat.. kerana kalau kita study yang payah-payah ni lambat.. mood kita akan berubah.. dan mungkin kita akan skip benda tuh..

11. Selesai study... tutup buku dan biarkan meja study kita kelihatan sedikit bersepah dengan kertas dan notes. Ini adalah untuk psycho minda kita.. agar kita akan terus dalam keadaan sedar yang kita kena sambung study..

12. Study tahap MAKSIMUM..


13. then....... Tawakkal kepada Allah.. Doa agar semuanya akan dipermudahkan Allah...

14. Sesudah tawakkal.. tidak perlu lagi ada rasa kesah dan gelisah.. kerana semuanya kita dan serahkan kepada Allah...

15. Jaga hubungan dengan Tuhan

16. Jangan tinggal solat biar satu waktu pun.. Pasal kalu kita tinggal solat, hati kita tidak akan rasa ketenangan.. Apa yang kita tahu.. KETENANGAN adalah satu aset yang paling penting jika kita mahukan kejayaan di dunia dan akhirat.

17. Sentiasa beristigfar...

18. Senyummm.. :))

19. katakan.. "InsyaAllah... Aku boleh..."
20. Katakan.. "Aku adalah diri aku.. kalau aku mahu.. aku akan dapat... kalau aku tak dapat.. itu bermakna aku belum cuba semaksimumnya.. " Akhiri dengan senyuman..

Okay lah.. Isyak dah nak masuk... sedia untuk solat isyak dan kena study sikit.. Doakan untuk semua K... Wallahu A'lam... 

Tuesday, May 25, 2010

3 asas untuk menjadi Super Power..


Pernah orang bertanya kepada saya... mengapa aku nak jadi seorang Doktor ?? maybe pasal nak jadi jutawan kaya raya ?? ataupun ada sebab lain.. Okay... KIV dulu soalan nih.. pasal benda nih bukan main point yang saya mau bawa hari ini..

Kalau mau jadi jutawan.. Jadi lah BisnesMan... ataupun peniaga.. atau... kita panggil sebagai Usahawan.. perkataan Peniaga dan usahawan nampak macam sama tapi sebenarnya berbeza. Usahawan nampak lebih kreatif dan innovatif dari peniaga. Hehe... tak kisah laa kan apapun maksudnya.. yyang penting kreatif kan.. :))

Usahawan.. peniaga... pemimpin.. samada pemimpin keluarga.. pemimpin masyarakat.. pemimpin organisasi.. kalau kita nak berjaya dalam apa yang hendak kita lakukan.. kita perlukan 3 benda..

1. Ilmu
2. Skill (kemahiran)
3.PR (Public Relationship)

Kurang satu daripada unsur diatas nih sudah mampu menggegarkan organisasi yang kita pegang. Orang takkan datang ke kedai orang yang kurang ilmu.. ataupun ramai yang akan datang untuk ambil kesempatan dengan menipu disebabkan kita yang kecetekan ilmu dan membawa kerugian yang besar kepada apa yang kita usahakan.

 Gambar oleh RamdZan ... Hanya orang yang ada skill je yang boleh ambil gambar best camnih... hehe..

Kalau tidak ada relationship yang bagus dengan masyarakat, susah jugak bisnes kita nak berkembang. Seorang Ahli politik kena turun padang untuk memastikan PR terjaga. Kadang-kadang terpaksa buat-buat senyum/baik demi mendapatkan PR yang mantap dan kuat. Orang politik.. biasalah tu.. Hehe...

So bagaimana nak jadi Jutawan ??? 3 asas ni kena ada...

bagaimana pulak yang nak jadi Jutawan cara cepat ??? Hehe... ada yang jadi along... ada yang jadi mangsa along... ada jugak yang jadi mangsa MLM... atau pemangsa MLM...

 Berjaga-jaga dengan MLM "HARAM"

ada orang tanya.. MLM nih boleh ke tak ?? jawapannya... ada yang boleh... dan ada yang tak boleh ataupun kita sebut sebagai "Diharamkan dalam Islam :))" So pandai-pandai laa bila nak join benda-benda macam nih.. takut-takut.. apa yang masuk dalam badan kita nih jadi benda yang haram dan tidak diredhai agama... banyak ssangat kesannya untuk generasi masa hadapan...

dah.. itu sahaja untuk kali nih... Exam mode nih... :)) Doakan k... WallahuA'lam..

Sunday, May 09, 2010

Selamat Hari Ibu..

Hajjah Jaidah binti Abdul Hamid

BismillaH....

Disini saya nak bagitau kepada semua...
Bahawa.....
Mama saya adalah mama yang paling best di dunia nih..
Teda lagi wanita yang paling bermakna dalam hidup ni
melainkan Mama...
Terima kasih Mama..
kerana banyak bersabar dengan karenah anakmu ini..
Hingga anakmu berjaya hari nih..
Terima kasih Mama
I luv u forever

Selamat Hari Ibu..

Ambik video clip nih dari utube.. Sapa ntah yang kawen dalam vid nih.. hehe.. :))
Jap lagi turn aku aa Kawen... InsyaAllah.... Ameen...

Wednesday, May 05, 2010

ULTIMO the BesT..

Bismillah.. 



Hummm.... lamanya tak buka blog usang nih.. hehe... baru hari nih berkesempatan untuk update sikit benda yang berlaku sejak minggu lalu..

Alhamdulillah minggu lepas ULTIMO CINCO (Team bola aku) telah berjaya menjadi Juara buat Pertandingan Futsal Piala Dato' Sami Vellu.. Pehhh... 2 hari yang memenatkan.. Sakit seluruh badan dan tulang-belulang nih.. Tunjuk sikit laa pencapaian ULTIMO untuk kejohanan kali nih..

Grouping

Ultimo VS Al-Falah                   2-0
Ultimo VS Sporting Jamrock      0-0
Ultimo VS Rockers                    1-0
Ultimo VS Al-Barat                    0-1
Ultimo VS Hepi FC                    1-1
Ultimo VS All-Play                     5-0

Jumlah Mata Keseluruhan - 11

Quarter Final
Ultimo VS Bad Boys                1-0

Semi Final 
Ultimo VS D'Hangz                 2-0


Final
Ultimo VS Feng Ole                1-0

Alhamdulillah...

Dah..... Fokus Exam pulak... Hujung bulan nih ada Final Exam Krok.. Kena study berabis laa nih.. Hehe.. Ok aa.. actually tadi mau tulis pasal benda lain... tapi macam malas laa pulak... nanti aa..

Ok chow...

Thursday, April 29, 2010

PizzA made by Me...

Nyum-Nyum.....




Potong sikiT..

Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya percubaan aku yang ke-2 tuk buat pizza hari nih.. haha...
Tiada bekas untuk buat sebenarnya.. so Aku just pakai pinggan yang ada bentuk ckit.. Tu yang macam dalam sikit pizzanya tuh.. Keh3.. 

Makan setengah jak malam nih.. Ndak boleh makan semua.. kan sudah lewat malam nih.. Ndak bagus makan banyak-banyak malam-malam.. Nanti Lemak-lemak akan berkumpul di bahagian AbdomeN.. hehe.. 

Ok dah.. Mo' study Jap.. banyak jugak mau kena baca nih.. Chow..

WassalaM..

Saturday, April 24, 2010

Ampuni Daku..


 Petang itu..
Aku melabuhkan kepala
di sebuah pembaringan
Diatas bantal yang empuk
Lalu keselimuti tubuh
Dengan Selimut yang tebal dan lembut

Aku menutup mataku..
Terbayang..
Mungkinkah petang ini adalah petang yang terakhir
Buat aku dibumi ini..

terdetik dihati..
apakah nasib aku disana..
teringat segala dosa
yang banyaknya bagaikan
pasir yang berhamburan di pantai
buih-buih di lautan
tingginya bagaikan gunung ganang
yang mampu menutupi
pemandangan langit dan bumi..

Jiwa kegusaran..
tanpa ketenangan..

Lalu airmata jatuh..
Ya Allah..
Hanya keampunanMu aku harapkan..

Diri ini malu padaMu..
Dulu pernah hati ini
menyatakan kata cinta padaMu
mengungkapkan kata rindu padaMu

Dihadapan Makam kekasihMu
Diri ini melafazkan janji
Janji untuk hidup untuk agamaMu

Namun sehingga hari ini..
Belum ada yang boleh dibanggakan
untuk aku tunjukkan dihadapanMu
belum ada..

Aku malu meminta padaMu..
Engkau beri..
Aku ingkar..
Engkau beri lagi..
Aku ingkar lagi..

Lalu engkau Uji
Aku tersedar seketika
Aku meminta dariMu
Engkau beri
Lalu aku ingkar lagi..

Sampai bila ya Allah...
Sampai Bila ??

Sesungguhnya..
Aku hambaMu yang zalim dan hina
Ampunilah diriku ya Tuhan..

Aku malu mengharapkan SyurgaMu..
Kerana aku tahu..
Aku tak layak untuk SyurgaMu..

Namun Ya Tuhan..
Aku tak mampu..
Menahan Siksa NerakaMu...
Aku tak mampu ya Tuhan........

Hanya keampunan..
Dan RahmatMu..
Aku Harapkan..

Ampuni Daku..

Monday, April 19, 2010

Hepi AnniversaRy Mama & Bapa..


Bismillah...

Selamat UlangtahuN Perkahwinan yang ke-28 buat Mama dan Bapa... 

Terima kasih kerana telah mendidik dan mengasuh kami sejak kecil lagi hingga kami berjaya hari ini.. Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal dan kurniaan syurga buat Mama dan Bapa...

Ameen yaa Rabbal A'lameen...

Thursday, April 15, 2010

Nikmat itu kenapa DibiarkaN ??

Bismillah..

Malam yang sejuk dan sangat menenangkan.. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dalam nikmat Iman dan Islam.. Alhamdulillah..

Iman.. Islam.. Nikmat yang paling besar?? Kenapa??

dulu aku pernah terfikir.. Alangkah bestnya kalau aku hidup di zaman Rasulullah.. dapat melihat Rasululah.. dapat bersalaman dengan Rasulullah.. dapat mendengar sendiri kata-kata Rasulullah..

Bila aku berfikir semula.. Hari ini bila datang kes-kes nabi palsu.. Semua orang menentang.. tak puas hati.. mengatakan orang ini dah gila dan macam-macam lagi.. Yupp.. pakcik-makcik nih memang sangat-sangat mengarut..


Video diatas ni menunjukkan Pakcik Kahar yang mengaku dirinya sebagai nabi.. Mengarut.. Dah laa ngaku sebagai nabi.. boleh letak jawatan pulak... pengikut dia pulak kesian.. dibodohkan.. Astagfirullah..

Yupp.. Aku terfikir semula... Kalau sekiranya aku berada pada zaman Nabi Muhammad SAW.. Adakah aku akan termasuk dalam golongan yang membela.. ataupun golongan Abu Jahal yang menentang dan bercita-cita membunuh Nabi..

Astagfirullah..

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. namaku Mohd Afifi.. bilaku lahir aku ditarbiyah mama bapaku dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.. Alhamdulillah.. bila darahku jatuh dibumi Sabah.. permulaan hidupku disambut dengan laungan azan yang membesarkan Allah dan Nabiku.. mengajak kepada Solat dan kejayaan dunia Akhirat.. Alhamdulillah..

Kenapa dalam dunia ini.. kita selalu lupa dan lalai akan 2 nikmat yang paling besar ini ?? Kita dah diberi Islam dan diajarkan tentang iman.. tapi benda-benda nih belum masuk sepenuhnya dalam hati sanubari kita.. Pelik tapi benar..

Mungkin juga kita kekurangan Ilmu.. ataukah kita sendiri yang mau menjauhkan diri kita dari cara Hidup yang dibawa oleh Nabi kita ?? Mengapa kita sering mempermudahkan Islam.. Kita mahu Islam mengikut hawa nafsu kita.. lalu kita menggunakan bermacam-macam ayat untuk membenarkan kemaksiatan yang kita ingin lakukan..

Islam itu memang mudah.. tapi jangan sampai kita yang mempermudah-mudahkan Islam hanya kerana ingin memuaskan serakah dalan jiwa nurani kita.

Aku pernah terfikir.. Kenapa aku nak menulis dalam blog aku nih.. Apa sebenarnya yang aku nak cari.. Nama?? Populariti?? Supaya dikatakan Cool ??

Semakin hari.. semakin tua umur aku.. Aku mula memikirkan tentang baki umur aku yang semakin sedikit.. 25 tahun... Berapa lama lagi masaku didunia ini.. ?? Mungkin sahaja tidak lama lagi aku akan pergi menemui Tuhanku.. Apa amal yang ingin aku persembahkan dihadapan Tuhanku.. apa benda yang boleh aku banggakan bila bertemu dengan si Pencipta??

Tuan haji Mukhtar Rapuk.. Imam Besar Masjid Negeri, Kota Kinabalu Sabah

3 benda yang akan kekal selepas kita mati.. Amal Jariah... ilmu yang bermanfaat.. dan Anak-anak yang soleh yang mendoakan keampuanan dan kebahagiaan kita selepas kita pergi..

Sedekah ?? banyak mana dah aku sedekahkan harta aku untuk Islam ??

Ilmu ?? Banyak mana dah ilmu yang aku sampaikan yang bermanfaat buat orang lain ??

Anak ? Aku tak kahwin lagi..

Selepas Allahyarham Sheikh Alauddin pergi hari tu.. aku dapat merasakan Kuburnya baginya adalah bagaikan taman daripada taman-taman Syurga.. Dia orang baik.. dia Hafiz Quran.. Confirm laa Quran akan membelanya sewaktu ditanya oleh malaikat Mungkar dan Nakir.. Dan dia dah bahagia di alam baqa'..

Tapi Aku?? Aku tak pasti kesudahanku.. Yang aku pasti.. aku masih ada masa untuk berubah dan kembali kepada jalan yang sebenarnya.... Semoga diberi kekuatan untuk membuat sesuatu demi mencari RedhaNya..

Ya Rabb... Beri daku kekuatan.. Ameen...

Tuesday, April 13, 2010

Anything You can Do.. I can do It betteR !!

Bismillah..

Besok ada Exam Objektif lagi.. Lagi 250 soalan kena jawab... Malam nih kena study sikit laa.. Sebelum tuh.. Layan jap lagu-lagu nih..


Anything You CaN do... I can Do it BetteR !!
Yes i caN.. !! 
- EnjoY -

Monday, April 12, 2010

Hak SuaMi VS Hak IsteRi



Bismillah..

Isteri Ingkar ?? Suami Dayus ?? Tak bagi Nafkah?? Isteri takut dengan Suami..
Sangat sesuai buat yang dah kahwin.. yang nak kahwin.. yang belum kahwin... dan juga yang nak Buat cawangan lain... :))

Hari yang mendatanG..


Bismillah..

A very nice video about a man that makes people's thought bout themselves change positively. Best jugak video nih... Kalau layan sorang-sorang lagi best.. Hehe.. Sweet + Romantic + Full of Smile.. 


Besok hari Isnin.. Lusa ada Krok lagi.. Rasanya banyak yang kena baca nih.. Sekrang tengah kelas Social Medicine.. Tetiba pulak kan aku tergerak hati untuk update Blog nih.. Kesian kan lama tak diupdate.. Hehe..

Penah Try Easter cake tak??


Nampak luar cam sedap jak kan.. Kek macam nih akan dijual waktu easter day jak. Nampak luaran macam sedap. 6 tahun aku ada disini.. Baru hari tu aku merasa kek Easter nih.. Kenapa ndak beli dulu-dulu lagi sebelum nih?? Maybe pasal benda ni kan dimakan diwaktu perayaan orang Kristian.. So, nafsu nak makan tu ada terbatas sikit.. Hehe..

Tapi memandangkan tahun ni tahun last aku disini.. So, nak jugak merasa Kek nih.. Nampak luar cam Sedap jak.. Sebelum ni aku membayangkan dalam kek nih ditengahnya ada Jem yang banyak.. So, hari tu aku pun beli laa sebiji kek.

Sesampainya di rumah.. Aku pun potong laa kek Nih... Ndak sabarnya mau merasa...

"Ish... Keras laa pulak kek ni eh.... ingatkan lembut jak.... "

"Eh... teda apa-apa pun dalamnya.... Mana Jemnya?? ada kismis jak?? "

Aku rasa sikit..

"Eh... rasanya macam roti kosong biasa jak nih... Aduuuhhh..... Apalaa dorang nih... mau buat kek pun alang-alang jak... Sudah laa perayaan agama dorang.. buat laa yang sedap-sedap sikit.. "

Bukan ndak sedap... Cuma apa yang aku fikirkan selama nih tersasar pulak...

Sunnah Nabi.. kalo tak suka makan sesuatu makanan nih.. Jangan cakap tak sedap... jangan hina makanan tuh.. kalo tak lalu nak makan.. takyah makan... Jangan dok hina-hina rezeki yang Allah bagi..

Tapi aku habiskan jugak kek tuh... Makan sikit-sikit laa.. Besar kek tuh.. Seminggu baru habis.. Macamana rasanya?? Ok laa... Best kalo cicah ngan Susu.. hehe... Minum petang-petang sebelum maghrib.

Hemm.. oklaH...

Just mau kongsi sikit info pasal Otak kita nih.. :))



1. Otak kita ni sebenarnya tak rasa sakit pun.. walaupun Rasa sakit ni diproses dalam otak.. otak tu sendiri tak rasa sakit kerana tiada Pain receptor kat otak. Tapi kenapa ada orang yang sakit otak?? Hehe... SAkit otak dan Otak yang tak rasa sakit ni lain benda.. tak sama.. so jangan konpius k..

2. Otak kita ni perlukan Oksigen yang sangat banyak. 20% oksigen dan kalorie dalam badan kita ni semuanya diperlukan untuk Otak berfungsi dengan baik.. Walaupun berat otak hanya 2% jak dari berat badan kita..

3. 80% daripada Otak kita ni adalah Air.. Hehe... So, kalau nak Otak jalan power... Kena banyak minum air k.. :))

4. IQ yang tinggi = banyak Mimpi waktu malam n vice versa... So, biasanya orang yang IQ hebat ni banyak mimpi pada waktu malam..

5. Otak kita ni bekerja dengan menggunakan 10 watt of power jak.. Hebatt.. 10 watt jak.. tapi gunung pun boleh jadi rata hanya disebabkan otak.. :))


Tu jak laa buat masa nih.. Huh.. Penat... Ngantok.. Ha!! Kenapa kita mengantuk ??

Salah satu sebab mengantuk ialah otak kita tak dapat oksigen dan nutrien yang secukupnya untuk dia bekerja lebih masa. So bila kekurangan energy dari oksigen dan nutrien, keupayaan otak untuk bekerja berkurangan.. dan dimanifestasikan dengan perkataan "Penat dan Mengantuk" .. hehe...

So bila dah mengantuk malam-malam nih... Jawapannya tidur jak laa... Bagi rehat body tuh.. Sian kat dia.. Otak pun nak rehat jugak kan.. Badan pun nak rehat jugak... So, bagi laa dorang ni rehat dengan tidur yang secukupnya.

Untuk apa tidur?? ada orang cakap tidur untuk hidup.. Ada pulak yang cakap hidup untuk tidur.. yang mana satu betul?? Jawapannya dua-dua salah... Kita tidur bukan untuk hidup.. tapi tidur supaya kita dapat bekerja dan beramal dengan semaksimum mungkin sesudah bangun dari tidur.. :))

Oklah... renung-renungkan.. Selamat Beramal....

Wednesday, March 31, 2010

BismillaH..

Bismillah..

Nak tulis sumting.. Kejap lagi laa.. malam-malam sikit.. Busy mengadap kertas krok (Kertas soalan Objektif).. Benda yang paling aku ndak suka ialah study atas katil.. Confirm aku akan tetidur punya.. Katil sedap kan.. mau buat camana... So, Jauhkan diri dari katil kalo mau study... Okay... Nanti sambung.. ChoW..

Cantik kan... Suka tengok pemandangan alam ciptaan Tuhan.. SubhaNallaH..

Thursday, March 18, 2010

UkraiNe Teruk SangaT eh??

 Plovv...... ni antara makanan kegemaran aku disini...

Bismillah..

Huh.. tak lama lagi habes lah riwayat hidupku di bumi Ukraine nih.. Banyak gak benda yang aku belajar bila hidup di tempat orang nih.. Orang Rusia.. Orang Tatar.. Orang Ukraine.. Uzbekistan.. Gipsi.. dan banyak lagi.. Dorang nih baik ke tak sebenarnya??

Bagi pendapat aku.. Dorang nih banyak gak benda baik yang boleh dicontohi... banyak sangat-sangat... ada gak laa yang kurang baik tuh..

ada orang kata orang-orang Russia nih teruk sangat.. Jahat.. takda adab.. dan bermacam-macam lagi.. Yupp.. mungkin mereka (yang bercakap sedemikian) ada hujah dan sebab tersendiri sebelum dorang cakap kan.. Penah gak kes-kes pukul budak-budak foreigner.. Kes dak Russia pukul dak-dak India.. dak melayu pun penah gak.. ada yang kene Shoot.. ada yang kene keronyok.. Nasib baik sempat lari je.. kalo tak.. parah gak tuh.. Yupp.. bermacam-macam lagi..

Kalau di Hostel.. orang-orang Uni nih banyak sangat buat pasal... kalau ditanya budak-budak sini siapa yang paling dorang tak suka... Confirm antara ranking tertinggi dimenangi oleh Roshen.. Roshen ni seorang yang ada kuasa jugak laa dalam organisasi Hostel di uni.. kadang-kadang kuasanya sehingga boleh mempengaruhi keputusan Dekanat (pejabat Uni).

Banyak lagi laa... Selama 5 tahun aku duduk di Hostel.. pertengahan sem 5 aku keluar dari hostel kerana ada sebab-sebab tertentu.. Keluar menetap di apartment luar dari universiti untuk mencuba pengalaman baru yang mungkin aku takkan dapat lagi bila aku meninggalkan tanah Ukraine nih.. Keluar dari kelompok dan kepompong yang selama ini aku duduki. Yupp... Sangat-sangat best..

 Pehhh Shashlikk... Sedapp...

Banyak benda baru yang aku pelajari... Sangat banyak... tapi ada jugak laa yang aku rugi.. Antaranya jarang dapat bersolat Jemaah di Surau Hostel.. pasal jarak rumah aku dan hostel sejauh 15-20 minit berjalan kaki.

Antara benda yang baik aku nampak orang tempatan sini nih.. Amanah... Contoh... Tambang Bas ialah 2 Griven.. Standard laa nih 2 griv.... Camana cara pembayaran ?? Senang sahaja.. kalau kita masuk dalam bas.. Kita akan pas duit 2 griven nih kepada orang yang ada di hadapan kita.. dan duit tuh akan sampai ke pemandu.. Confirm sampai... Kalau kita bagi sekeping 20 griven.. 18 griven confirm akan sampai balik kat kita.. Walaupun bas tu penuh dengan penumpang sampai bersesak-sesak.. Duit baki kita akan sampai tanpa hilang 1 griven pun... Selama aku 6 tahun di sini nih.. aku tak pernah lagi hilang 1 griven atas bas... Tak pernah.. Cuba bayangkan.. kalau di Malaysia ?? Rasa-rasa kalau ada sistem camnih... boleh sampai ka duit baki kita tuh?? hehehe... i dont think so.. :-)

Kalau dalam bas... Perempuan akan lebih diberikan tempat duduk berbanding lelaki... Kalau ada nenek yang sedang berdiri... dorang confirm akan diberi tempat duduk.. mesti akan ada yang berdiri dan bagi tempat duduk.. kalau di Malaysia... Nak bagi gak.. tapi masih ada malu-malu.. nanti orang cakap baik sangat pulak... tapi disini.. benda tu dah jadi adat kebiasaan dah.. Bestt..

Bagi aku kan... orang tempatan sini nih lagi peramah kot ... dan sangat tak kisah bila dikatakan benda yang agak memalukan.. hehe... bagi contoh... Ada sekali aku bersama rombongan kawan-kawan nih pergi main Ski.. kat tempat Ski tuh aku saja aa lepak-lepak.. tiba-tiba datang seorang mamat russian nih bawa cerita... dia sembang macam-macam.. Pengalaman dia laa dulu-dulu.. (Dalam hati aku... Dia nih mesti nak ambik kesempatan nih... hihi... Sangka buruk laa pulak kan.. ) Aku layan-layan camtu je laa..

 Shevshenko.. Suatu kisah dahulu di kelab Chelsea

Sampai satu part dia cerita pasal sukan ski ni adalah satu sukan yang mencabar... bukan untuk orang sembarangan... tetiba ada seorang mamat lagi yang berbadan gemuk lalu sebelah kitaorang... Dia (mamat yang sedang sembang ngan aku tuh) selamba je cakap...

"Cuba ko tengok tuh..... Gemukk.... mana boleh main ski orang-orang macam nih... " Kuat pulak tuh dia cakap...

Mamat Gemuk tuh Lepak je... balas pulak... "Aku bukan gemuk... aku Sportman" Badan besar sikit laa.. dan terus berlalu tanpa kisah pun dengan cakap mamat tadi.. hehe.. Adusshhh... kalo kat malaysia ni... cakap camnih.. sia-sia je free-free kene maki-hamun..... boleh bawa gaduh besar gak...  hehe... Kann??

Banyak lagi laa... Banyak lagii.... bila aku tinggal luar.. baru aku nampak kebaikan orang sini yang tersisip tidak kelihatan bila aku tinggal di hostel dulu...

Hemm... banyak kalo nak cerita... tapi takda masa sangat laa... topik untuk kelas esok kena prepare dulu.. Kang cikgu soal tak leh jawap Malu aa.. hehe.. Okayy...

Chow..... :-)

Wednesday, March 17, 2010

Its the ClimB Fie..


Down.... Study... Aduishh.. Down.. Jangan down... Semangat... 

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

Monday, March 15, 2010

Motivasi Pagi - Ransang PerubahaN..

SalamualaikuM.......

SelamaT paGi... Ambik masa 3 minit Jak tuk update.. Boleh baa kan.. ?? hehe..

Kelas stat pukul 9.. jap lagi kena study cikit.. Ulang balik untuk kelas jap lagi..

Ada tebaca satu artikel nih.. dia kata kalo kita nak memotivasikan diri kita sepanjang hari.. waktu pagi-pagi tuh.. dengar sikit kata-kata peransang dari mana-mana pakar motivasi.. So, aku pun nak try jugak laa nih.. :)

So, layan jak laa k Sedutan oleh Dr Fadzilah Kamsah.. Besshhh...



Oklah.. Dah... Studyyyy jap.. :-)

Bila Dia BerkaTa.. Kun !!

Bismillah..
Suatu Kemalangan ngeri yang melibatkan 4 Buah kereta dan sebuah Tren..



Antara kenderaan yang terlibat..

Sebuah Gen2 yang dipandu oleh seorang wanita yang baru pulang dari tempat kerjanya..

Bermulanya apa yang kita panggil sebagai kemalangan maut.. Sebuah Proton Wira dipijak Kren..

Kereta Wira yang dipandu oleh seorang Ibu yang sedang sarat mengandung....

Suasana suram dan keluh kesah mula membayangi orang ramai yang berhenti..
Si Suami diberitahu akan kemalangan tersebut... 
Hanya doa.. Tawakkal.. kepada Tuhan dipanjatkan....
Tiba-tiba... kedengaran si ibu meminta Tolong...... Allahu Akbar... Pasukan bomba dan penyelamat dipanggil..



Semua berusaha untuk membantu..


Kelihatan si Ibu.................

Allahu Akbar...... 


Si Suami mendapatkan si ibu...... memberikan semangat dan kata-kata peransang... Disuruh berzikir dan ingat kepada Tuhan...





Kuasa Allah Melebihi Segalanya...





Si Ibu berjaya dikeluarkan dari kereta tersebut....... Alhamdulillah... 



Tidak ada kuasa dan ketetapan melainkan dengan kuasa Tuhan.. Dalam keadaan seperti ini, hanya Tuhan sahaja yang berhak untuk menolong dan membantu.. Manusia terdiam.. kaku.. hilang sumber kekuatan.. Namun.. Apabila Tuhan berkata.. Kun... FayaKun..... Jadilah... maka ia pasti akan terjadi...... 

Fikir-fikirkan... semoga ianya memberi manfaat buat kita.

Sumber GambaR :- Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi