Sunday, July 18, 2010

Solat dan Kecemerlangan



Hayya Alas Solah..
Hayya alal Falah…

Merdu suara sang Bilal mendendangkan azan memanggil kita menunaikan kewajipan solat terhadap Allah SWT.

Marilah menunaikan Solat..
Marilah menuju kejayaan..

Solat ? Kejayaan ? Kecemerlangan ?

Berbagai maksud tersirat disebalik lafaz si Muazzin. Apa kaitan solat dengan kejayaan? Bagaimana solat boleh membawa kepada kejayaan? Kejayaan yang bagaimana yang kita nak perolehi?
Bila kita bersolat, kita menghadapkan wajah dan diri kita dihadapan Allah SWT. Memuji dan memuja kebesaran Tuhan. Sejarah menunjukkan orang yang bersolat adalah orang-orang yang Berjaya dalam 
kehidupan mereka.

Zaman kegemilangan Islam membuktikan Solat sebagai asas kepada kejayaan dan kecemerlangan.
Namun saudaraku, darjat solat mereka sangatlah jauh berbeza dengan solat kita hari ini. Bila para sahabat mengangkat takbir, pintu-pintu langit terbuka menerima zikir dan doa mereka terhadap Allah. Bagaiman dengan solat kita hari ini ? Pernahkah kita merasai Khusyuk dalam Solat ?

Atau Solat kita hanyalah penat semata-mata. Penuh dengan kelalaian dan kelupaan. Yang lebih menyedihkan lagi apabila kita yang sudah dikira berumur ini masih lagi menunaikan solat hanya untuk menunjuk-nunjuk, mengharapkan pujian dan gelaran dari orang lain.

Memang patut la Umat Islam hari ini lemah dan ketinggalan. Mengapa? Kerana kita sudah tidak kuat berpegang kepada tali agama kita, Solat. Nabi pernah bersabda, “Solat merupakan tiang agama, siapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama, siapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama”

Tanpa Solat yang sempurna, kita tidak akan Berjaya. Kalaupun kita Nampak seperti orang yang Berjaya, mempunyai kekayaan dan harta yang berlimpah ruah, namun percayalah saudaraku, Hati kita masih tidak tenang. Hati mencari-cari jalan untuk keluar dari ruang yang sempit yang membelenggu diri.

Saudaraku, carilah kekuatan dalam solatmu. Carilah kejayaan dan kecemerlangan dalam solatmu. Carilah ketenangan dalam solatmu. Jatuhkan air matamu dihadapan TuhanMu. Apa yang berlaku dalam hidup ini semuanya hanyalah ujian dari Tuhan. Allah menguji kita agar kita kembali kepadaNya. Bersyukurlah kepada Allah, tunaikan kewajipan terhadapNya, InsyaALlah kita akan Berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah…

- Dr AFiFi SaiF -

2 comments:

Anonymous said...

bang....
griven tu berak nt tu klw masuk ruma....
bikin susa hahaha
lpas dia mandi bleh la masuk...
dia memg berak tym mandi

-ika-

Anonymous said...

http://www.markbattypublisher.com/jsp/buytramadol/#2955 tramadol 50mg biogaran - buy tramadol in canada