Tuesday, February 09, 2010

Tak boleh caya nih.. Ni TEH ORANG KAMPUNG ( - Untuk Kurus - ) nih.. Diminum sebelum makan berat.. Confirm ceret beret lepas tuh.... Hehe... 
Boleh aa turun berat badan.. tapi secara tak sihat.. :-)
 
Bismillah...

Hmm... tetiba pulak hari nih bersemangat nak kongsi pasal makanan.. Tajuknya pun nak Kurus.. Hehe..

Kalau kita tanya kat orang.. nak jadi kurus ke tak ?? Majoriti akan jawab "Yupp... mestilah nak kurus.."

Kenapa nak jadi kurus ?? Menawan eh?? Hehe.. Yupp... biasanya yang slim dan kurus ni lebih menarik perhatian daripada yang satu lagi..

ada jugak yang mengatakan nak kurus ni pasal nak jaga kesihatan.. Ehhh... Ye ke tuu?? hehehehe..... Ke alasan je nih.... hehehe...

Actually yang paling bagus bila niat kita nih nak berdiet pertamanya Kerana Allah.. keduanya pasal nak jaga kesihatan... Bila sihat senang kita nak buat amalan.. cergas untuk beribadah.. ketiganya.. baru badan akan turun dan jadi lawa.. ataupun yang lakinya badan akan naik dan tegap sikit aa... hehe.. :-) n kalau yang muslimat.. niat nak jadi lawa untuk suami SAHAJA.. FAHAM !! ?? hehehe..

Lalu semua orang pun mencuba nasib untuk berDIET.. dan macam -macam jenis diet yang dicuba semata-mata untuk menguruskan badan.. tidak kurang jugak yang mengambil pil-pil agar berat badannya turun dengan cepat.

Ada jenis diet yang tak makan-makan langsung.. tahan.. tak payah makan.. minum jus je.. atau minum milo je.. atau minum kopi je.. Jangan sentuh nasi pun.. jangan sentuh ayam pun.. hihi...

ada pulak yang berdiet tak makan lemak dan karbohidrat langsung.. makan protein je.. Semata-mata protein.. Ayam.. ikan.. daging.. tanpa minyak.. semuanya rebus.. hihi..


Sebenarnya apa proses yang berlaku bila kita diet ?? maksud saya Diet yang betul laa nih.. Tujuan asal kita diet sebenarnya adalah untuk meningkatkan kadar metabolism dalam badan..

So diet yang kita nak buat tu pastikan betul.. jangan main hentam je.. jangan Men ikut-ikutan tanpa ada bukti dan dalil yang sohih.. hehe.. Okay..

apa benda kadar metabolism nih ?? Benda ni maksudnya... Bila metabolism dalam badan kita tinggi, badan akan sendirinya membakar lemak-lemak berlebihan, karbohidrat dan menukarkannya kepada tenaga untuk digunakan oleh sel-sel di seluruh badan kita. Tenaga inilah yang digunakan untuk mengaktifkan sel badan dan natijahnya.. semua organ dalam badan berfungsi dengan baik dan  mantap.

kalau metabolism rendah ?? Maksudnya... makanan yang kita makan akan menjadi lambat penukarannya kepada tenaga dan lemak dan karbohidrat yang masuk ke dalam badan akan ditukar menjadi LEMAK-LEMAK berlebihan di sekitar perut, peha dan mungkin juga leher.. hihi..

So, AIM kita adalah untuk meninggikan kadar metabolism dalam badan.. Bila dah tinggi metabolism.. kita kaan nampak perubahan.. Kita akan menjadi lebih sihat.. mantap dan juga bergaya.. hehe..

Hmmm... nanti ada orang akan tanya.... Buat apa nak bergaya nih?? ini semua Bidaah.. hehe.. memain je.. jan marah eh.. hehe.. nak bagitau... Nabi dulu pun badan lawa apa... Dada yang bidang... Bahagian abdomen yang lurus je... (tak tau laa Nabi ada six pack ke x.. :-) ) diriwayatkan bagaikan air yang dijirus dari atas.. terus akan sampai ke tanah... Bukan macam kita hari nih... Bila jirus air dari atas... kat tengah-tengah ada penghalang sikit.. hehe.. (Cakap diri sendiri nih... keh3..)

Umar Al-Khattab... Badan mesti superb kan.... Pahlawan Islam yang terunggul.. Paling berani.. paling sihat.. Dikatakan dia boleh melompat ke atas kuda yang sedang berlari pantas.. Huhu.. dan yang Paling bertaqwa.. paling kuat imannya terhadap Allah... sehinggakan ada riwayat yang menyebut... Nabi berkata kalau ada nabi selepas Nabi Muhammad.. itulah Umar... pehh.. Hebat...

Okay.. berbalik kepada benda yang kita nak bincang.. Tinggikan Metabolism dalam badan...

So, Bagaimana ??

Banyak faktor sebenarnya yang boleh influence kadar metabolism dalam badan kita nih.. ada yang boleh kita tukar.. dan ada yang tak boleh kita ubah...

Contohnya..

Umur.. Kadar metabolism akan berkurang dengan meningkatnya usia.. maksudnya.. metabolism orang yang tua lebih rendah dari kadar metabolim orang muda..

Gender.. Lelaki lebih tinggi metabolism daripada perempuan..

Genetik.. kalau mak bapa kita jenis yang metabolism tinggi.. kita pun kemungkinan besar akan mempunyai metabolis yang tinggi,.

Makanan... Pemilihan makanan juga adalah sangat-sangat penting.. Cuba fikirkan... Kenapa orang putih badan lawa lagi dari orang asia ?? Cara pemakanan.. Yupp.. ni adalah salah satu faktor yang mengarah ke situ.. hehe.. Kenapa di Malaysia penyakit yang paling banyak ialah penyakit Jantung, Kencing manis.. darah tinggi ??? Jawapannya.. kerana Makanan.. Perut...

Nabi pun penah bersabda.. yang perut ni adalah punca segala penyakit.. Yupp........ Punca segala-gala punca laa nih.. hehe.. penyakit zahir dan batin... Pemilihan makanan yang salah... berlebihan.. dan lain-lain.. semuanya akan membawa kepada kegemukan yang melampau.. dan datanglah berbagai-bagai penyakit yang melanda umat..

ni tak masuk lagi bab makanan yang tidak diketahui sumbernya.. halal ke haram.. harta rasuah ke harta tak rasuah... Haaa... ni nanti baru masuk.. hehe...


 Faktor yang seterusnya... Bab Bersukan... Yupp...... orang yang kuat bersukan mempunyai kadar metabolism yang lebih tinggi dari yang tak bersukan.. Cuba tengok kat orang yang tak pernah bersukan.. yang Asyik tidur memanjang..  Makan.. Tidur.. Makan...Tidur... (Plus merokok... keh3.. ) bagaimana keadaan dorang.. ?? Teruk kan.. nampak tak sihat.. IQ ada kurang sikit berbanding yang lain..

Akal yang sihat.. ada pada badan yang sihat.. Maksudnya.. kalau nak jadi pandai dan hebat.. Silalah jaga kesihatan.. hehe..

okay.... Faktor seterusnya...... Air dalam badan.... Yupp...... Air dalam badan kena sentiasa banyak... Air juga boleh menolong badan untuk membakar lebih banyak lemak dan kalorie dalam badan..

Hemm... Ni sahaja laa untuk kali ini... InsyaAllah nanti kita akan bincang pulak tentang makanan apa yang patut kita ambil lebih... dan mana yang patut kita kurangkan... dan yang lain-lain jugak laa InsyaAllah...

Sunday, February 07, 2010

 
Mendengar pendapat Teman seusRah


Ameer, Mashkur dan Afif

Ikhwan sedang menerang sesuatu

Tengah buat apa eh time nih.. Hmmm..

No komeN..

Ameer tengaH KhusyuK..

Usrah dimulakan dengan Bacaan Quran oleh Afif

Faiz kenai jadi translator Malam tu untuk Alex


Kredit photo kepada Ahmad Eisa.. :-) 

Tuesday, February 02, 2010

 
Yang ni gambar bila dak-dak yang merokok mula batuk.. Habis keluar semua organ-organ dalamannya.. keh3..


Bismillah..

Hemm.. besok mau exam.. malam ni juga laa tanganku mula gatal nak meng"update" blog nih walaupun tidak kecukupan idea kan.. Hemm.. ndak pa laa.. ambik masa sekejap jak k..

Sekarang tengah cycle Peadiatric (Ilmu Kedoktoran mengenai Budak-budak). Hari tu ada belajar mengenai jenis-jenis batuk. Ha?? Batuk pun ada jenis eh?? Yupp.. Mesti laa ada kan.. So, hehe.. oleh kerana kita semua ni bakal menjadi Bapa dan Mama... so kena tau juga laa.. takut-takut anak-anak nanti jadi camni kan.. so tau juga laa kita bila masa untuk bawa dorang ni pegi jumpa doktor..

Okay... Kita ada beberapa jenis Cough (batuk)

1. Moist Cough ( Batuk Basah)
2. Dry Cough (Batuk kering)
3. Barking Cough (Batuk menyalak)
4. Whooping cough (Batuk ayam)
5. Pain Cough (Batuk yang menyakitkan)

Hemm... ada lagi rasanya.. tapi ndak berapa ingat.. Ndak pa laa.. len kali tambah... pasal masa pun mencemburui nih.. hehe...

sebelum tuh... Batuk nih.. Bagus ka sebenarnya?? Yupp... Batuk ni bagus sebenarnya... Apa sebenarnya batuk nih?? Kenapa kita batuk?? Batuk ni sebenarnya adalah satu sistem pertahanan dalam badan..  Contohnya kita termakan sesuatu dan benda tu masuk dalam kerongkong kita.. selepas tu, kita akan batuk samaada dengan sengaja atau secara tidak sengaja..

Contoh lagi.. bila ada infection apa-apa dalam badan.. Batuk ni adalah satu tanda.. Dia nak bagitau kita.. bahawa kita ni sedang sakit.. supaya kita boleh ambik langkah awal untuk mengawal infektion yang sedang berjalan-jalan di dalam badan kita..

Okay.. sekarang kita bincang sikit laa pasal batuk ni okay secara general jak laa.. hehe..

Moist cough ni maksudnya bila kita batuk, kita akan batuk sekali dengan kahak. Biasanya berlaku kepada orang yang ada bronchitis, pneumonia

Dry cough pulak jadi bila kita batuk, tanpa ada kahak. Contohnya orang yang ada TB (Tuberkulosis), athma, orang yang ada allergic, ataupun kanser paru-paru, pneumoconiosis (Biasa jadi dekat orang yang kerja di kilang-kilang besi dan yang sewaktu dengannya)dan lain-lain.

Barking cough pulak termasuk dalam jenis dry cough. biasanya tejadi dekat orang yang kena infection parainfluenza virus.

Whooping cough ni aku tengok dalam kamus, namanya batuk ayam. Huhu.. macam ayam laa kot cara batuknya tu eh.. jadi bila budak tu kena infection oleh bakteria burdetella pertussis.. nama lainnya jugak adalah PERTUSSIS.. di bawah ni tunjuk video budak yang kena batuk nih..


Okay.. Then.. Pain cough.. yang ni pulak apabila budak tu batuk, dia kaan rasa sakit sangat di bahagian dada dia.. biasanya disebabkan oleh pleuritis.. so, budak ni akan batuk superficial jak..

hemm.. payah jugak menerang kalo ndak da video kan.. ndak jumpa baa di youtube.. jumpa pun satu jak.. yang lain-lain tu panjang-panjang jugak.. so malas lagi mau diedit-edit..

Kesimpulannya... Kalau kita ada batuk.. Ingat-ingatlaa Mati okay... Banyak kes, orang yang ada batuk sikit-sikit jak.. tiba-tiba jak boleh meninggal..  So, banyak-banyakkan amal untuk bekal sebelum bertemu malaikat Munkar dan Nakir.. :-)

oklah.... ndak pa laa.. lain kali kita sambung lagi k... kalo ada info yang besh-besh.. insyaAllah akan dikongsi-kongsi..

Wednesday, January 27, 2010



Indahnya Hidup Bersama Islam

Pengerusi Forum:-
Dr Hassan Ali

Ahli panel :-
Ustaz Ismail Kamus
Ustaz Harun Din
Ustaz Farid Razi


Bismillah..

Besok exam krok 1st trial (Objektif).. banyaknya soalan kena baca.. masyaAllah.. (Pastu sempat lagi update blog nih.. hehe) actually baru lepas habes makan.. so, kena rehat jap.. bagi makanan tu turun-turun sikit.. insyaAllah lepas n i solak isyak dulu baru start study tuk esok..

Sambil-sambil rehat nih, melayan ceramah laa dulu.. meh laa layan sekali.. malas laa mau tulis nih.. otak tengah lemah.. hehe..


Click sini okay.. untuk download..

Sumber :- http://manchuping.blogspot.com/

Tuesday, January 19, 2010



Bismillah..

Alhamdulillah.. Masih lagi diberi kesihatan kan oleh Allah.. Walaupun banyak buat dosa dan maksiat.. mentakabburkan diri di hadapanNya.. dengan sengaja atau tidak.. namun.. Dia tetap Maha Pengasih Maha Penyayang.. Masih lagi diberi peluang untuk kembali kepadaNya.. Alhamdulillah.. Ya Allah.. Ampunilah kami hambamu yang hina lagi dina ini.. Astagfirullah..

Esok hari kedua kelas selepas bercuti panjang sempena H1N1 yang berminggu lamanya. Clinical Pharmacology.. Hehe.. InsyaAllah best jugak cycle lepas nih.. Cuma aku perlukan kekuatan semangat.. Kadang-kadang semangat ni turun habes-habesan.. hingga tak mampu untuk aku berbuat apa-apa..

Hari demi hari diri kita perlukan nasihat dan panduan. Semakin meningkat usia, semakin matang pemikiran kita. Kalau dahulu di sekolah, terjemahan Al-Quran dibaca tanpa perasaan.. Pada waktu itu, kita mungkin tertanya-tanya.. betulkah semua benda ada diterangkan di dalam Al-Quran ? Ada ketika aqidah bergoyang bagaikan dilanda tsunami apabila kita mula mempersoalkan isi-isi Al-Quran..

Usia meningkat.. Ilmu pun bertambah.. Bumi dijelajah.. Makhluk dikenal.. Semuanya mematangkan fikiran.. membawa kepada pelbagai persoalan wujudkan Tuhan.. Siapakah Tuhan.. Ilmu yang masih sedikit di dada digunakan untuk mencari Tuhan..

Aku merenung terjemahan Al-Quran itu.. Ya Allah.. kenapa hati ini masih belum mahu tunduk kepadaMu.. Bukankah aku sudah mengetahui betapa azabnya siksaMu di Neraka nanti.. Bukankah aku sudah membaca akan sifat-sifat syurgaMu.. Bukan aku tidak melihat akan mukjizatMu.. aku melihat dengan mataku sendiri.. aku merasa dengan perasaanku sendiri.. namun.. Hati ini tidak juga mahu tunduk kepadaMu.. Ampunilah hambaMu yang lemah ini ya Allah..

ketika jari membuat maksiat.. aku sedar.. jari-jari ini akan berkata-kata tentang apa yang dikerjakannya.. Bukan aku tidak tahu perkara itu ya Allah.. Aku tahu..

ketika mata ini berbuat maksiat.. aku tahu mata ini akan dibakar di neraka nanti.. bukan aku tidak tahu.. mata ini merupakan tempat panahan syaitan.. Bukan aku tidak tahu.. akan ayatMu yang menyuruh aku merendahkan pandanganku.. Aku tahu semua itu...

ketika nikmatmu.. kesihatan.. harta.. segala kelebihan yang engkau berikan padaku.. aku gunakan mereka ini di jalanMu yang salah... Aku sedar ya Tuhan.. Bukan aku tidak sedar.. yang aku sengaja menggunakan segala nikmatmu ini untuk berbuat maksiat padaMu...

ya Allah... Aku hambaMu...

Ampunilah daku..

aku tidak ada sesiapa kecualiMu.. TanpaMu.. hidupku tidak bermakna.. Ampuni daku.. hambamu yang tersangat-sangat lemah ini..

Aku malu padaMu Tuhan..

Aku tahu.. aku tak layak untuk ke syurgaMu.. Siapalah aku di pandanganMu.. Namun ya Tuhan.. aku tidak sanggup untuk hidup di dalam NerakaMu..

ya Allah... aku malu meminta syurgaMu.. kerana aku tak layak untuknya ya Allah.. Ya Rabbi.. aku hanya mengharap pandanganMu ya Allah... pandanglah aku.. dengan pandangan belas kasihanMu... kasihanilah hambamu yang hina ini..

ya ArhamarRahimeen.. Irhamnii..

Friday, January 15, 2010



BismiKallaHumma...

Malam kelam.. Sunyi.. hanya deruan angin yang bertiup kedengaran.. sejuknya sampai terasa sampai ke tulang.. Aisee.. ndak ba.. mana da sampai tulang.. Hehe.. Tu karut sudah tu kalao sampai tulang rasanya.. hehehe..

Hari ni hujan sepanjang-panjang hari.. Nikmat Allah nih.. Hujan Rahmat kan.. Pastu malas pulak mau kuar.. sepatutnya ada men bola tadi.. tapi apakan daya.. teda kekuatan tuk jalan hujan-hujan nih..

Hujan + Sejuk = Syok Tidur..

Sekarang ni mau dekat jam 130 pagi sudah.. Ngantuk jugak la sikit-sikit.. 140 tidur laa InsyaAllah... Harap-harap sempat publish post ni sebelum 140.. hehe..

Okay.. apa mau cakap malam ni??

Kita cakap pasal kisah seorang nelayan dengan seorang bisnesman..

Pada suatu hari, di sebuah resort.. seorang nelayan pergi ke tepi pantai dan memasang jorannya lalu memulakan aktiviti memancingnya. Dengan redup angin yang meniup, si nelayan melayan hari itu dengan penuh ketenangan..

Pada waktu yang sama, seorang bisnesman muda segak datang ke pantai tersebut untuk mereleasekan tension di tempat kerjanya. Dia melihat keindahan ciptaan Tuhan dengan penuh kagum...




Si bisnesman melihat si nelayan yang sedang duduk menunggu pancingnya dimakan ikan. Lalu dia menyapa..

"Salamualaikum Pakcik.. berapa lama dah pakcik kerja nih?? "

"Wassalam nak.. Tekejut pakcik.. ingatkan siapa tadi.. Huhu.. lama dah pakcik keja nih.. ada laa bebelas tahun jugak.. " kata si pakcik..

"Hemm.... biar benar pakcik.. Dari hasil memancing ni ke pakcik sara family pakcik?? "

"Iya nak... inilah satu-satunya mata pencarian pakcik untuk keluarga pakcik.. "

"Daripada pakcik just memancing macamnih.. Lebih baik pakcik pergi bekerja dahulu.. " sambung si bisnesman denga yakinnya..

"Bekerja?? selepas itu apa yang akan pakcik dapat?? "

"Kalao pakcik dah bekerja.. pakcik boleh beli siut atau jala kaa... so pakcik boleh tangkap lebih banyak ikan.. " kata bisnesman itu..

"Okay.. selepas itu apa yang akan pakcik dapat?? "

"Selepas tuh... daripada duit yang pakcik dapat tuh... pakcik boleh beli bot.. lagi banyak ikan yang pakcik boleh dapat... "

"Okay... selepas itu.. apa lagi yang pakcik akan dapat?? "

Si bisnesman muda semakin irritated dah..dalam hatinya dia berkata.. "Napa laa pakcik ni tak faham-faham bahasa nih... "

"Hemm.. Pakcik... selepas pakcik dah ada banyak duit... pakcik boleh beli bot yang lagi besar.. dan boleh upah orang bekerja untuk pakcik... So pakcik tak payah susah-susah bekerja... "

Si pakcik terus bertanya...

"Okay...... selepas itu.. apa yang akan pakcik dapat?? "

Si Bisnesman Muda dah naik marah..... Apehal laa orang tua ni asyik tanya benda yang sama.... Dengan nada yang tinggi.. si Bisnesman menjawab..

"PakCik !! Kalau pakcik dah ada bot besar dan semua-semua tuh.. pakcik boleh bina satu jeti... boleh beli banyak bot lagi... dan boleh bagi orang lain kerja.. pakcik dah tak payah kerja.. tiap-tiap bulan masuk duit bukan takat ribu..boleh sampai puluh ribu.. ratus ribu... Juta pun boleh sampai pakcik... Pakcik Faham tak ? pakcik dah boleh duduk bersenang lenang.. menikmati angin di tepi pantai.. dengan family.. dengan kawan-kawan... "


Si pakcik tersenyum melihat si Bisnesman muda.. lalu si pakcik bertanya...

" Anak rasa..... Pakcik sekarang ni sedang buat apa... ?? "

P/S.. Pakcik tersebut adalah pemilik resort tersebut.. :-)

Moral dari cerita..

 1. Jangan pandang rendah dekat orang lain..

2. Nak buat something.. kena ada strategi dan plan yang jelas, terang lagi bersuluh.

3. Jadilah orang yang merendah diri...

4. Kalau dah kaya nanti.. Jangan lupa.. Harta tu bukan milik kita.. Harta kita sebenarnya adalah harta yang kita infakkan ke jalan Allah.. :-)

Tu jak laa tuk malam nih... telebih sudah ni.. mau masuk pukul 2 sudah.. Hehe..

oklah.. mana yang baik amik.,. yang buruk tegur2 la k..

Chow...

Sunday, January 10, 2010






Bismillah..

Hari ni kita akan bercakap mengenai Cerebrum (Bahagian dari Otak) pulak..

Pehhh... Quran pun ada cakap pasal cerebrum eh ??

Ada.. Quran kan Superb... hehe..

Okay..

1st, keep in our mind that Quran was revealed in 610 - 632 masihi..

Macam biasa, mari kita baca serba sedikit mengenai sejarah pengkajian tentang Otak ini.


Sejarah Kajian Otak


HippocrateS

Orang yang mula-mula mengkaji dan mengemukakan teori mengenai Otak ini adalah Hippocrates. (470 before christ). Pada waktu tuh, dia dah biasa sangat tengok orang yang cedera kat kepala. Bila dia melihat simptom-simptom yang jadi kat orang yang cedera tuh, lalu dia mengeluarkan satu teori "Mental Duality" yang mengatakan 2 hemisphera otak membuat proses masing-masing dengan sendirinya.

Ada jugak yang menyebut bahawa Aristotle merupakan orang yang pertama mengkaji pasal Otak.



Franz Joseph Gall

Selepas seribu lebih tahun lamanya.. pada tahun 1808, muncul lagi seorang tokoh yang terkenal, Franz Joseph Gall, German anatomist yang mengemukakan teori Prenology. iaitu teori yang mengatakan bahawa karakter seseorang itu ditentukan mengikut bentuk tengkoraknya.

Beliau mengatakan bahawa

Bentuk Otak = Bentuk tengkorak.


Teori Prenology

Pada tahun 1848, berlaku satu kes letupan di sebuah tapak binaan jalan keretapi di Amerika Utara. Pesakit yang bernama Pheneas Gage, telah cedera di bahagian Hadapan kepalanya (Forehead) akibat cebisan besi-besi yang meletup.

Selepas kes tersebut, didapati Pheneas Gage dah berubah. Dulunya dia seorang yang pendiam.. Tetapi sekarang dia dah semakin aggesiv dan liar sehingga tidak dapat menyambung kerjanya sebagai pekerja di tapak binaan itu.

Kes yang famous ini terdapat di bermacam-macam buku Neuroscience (Sains mengenai Saraf) dan menjadi satu penemuan penting dalam kajian mengenai otak. Ia menyimpulkan bahawa Frontal part (Forehead) ada kaitan dengan karakter dan sifat seseorang.

Selepas itu, tahun demi tahun berlalu, kajian demi kajian dilakukan untuk membongkar rahsia otak yang penuh dengan misteri.




Apa yang dipelajari hari ini oleh pelajar perubatan di seluruh dunia adalah hasil kajian yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu. Maka, kita pun mengetahui bermacam-macam info mengenai sistem yang berlaku di dalam otak. Setiap bahagian otak mempunyai tugas masing-masing. Ada pusat yang mengawal memory, ada yang mengawal karakter seseorang, ada yang mengawal pembelajaran, pusat language dan bermacam-macam lagi. Semuanya bergerak bagaikan motherboard komputer yang menghantar, mengawal, menafsir maklumat yang datang.

Pehh.. Hebat Otak nih.. Ajaib sungguh.. Pelik tapi benar...


Al-Quran dan Cerebrum


Quran aku pun cam dalam gambar ni jugak.. Sebijik.. hehe..

Apa pulak kaitan dengan Al-Quran ??

Kita ulang balik.. Bila Quran diturunkan ???

610-632 Masihi.

Apa yang Quran kata pasal Cerebrum (Otak) nih ???

Dalam Surah Al-Alaq, ayat 15-16


15. Sekali-kali tidak, Sungguh, jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya kami akan menarik Naseyah nya.

16. Naseyah pemilik orang yang pendusta dan pembuat kesalahan. (Durhaka)


Naseyah disini membawa maksud Bahagian hadapan kepala ataupun kita panggil sebagai Frontal part.

Kenapa Allah sebut Frontal Part dalam ayat nih??

Tiba-tiba sahaja kan Allah sebut bahagian hadapan kepala nih. Kenapa Allah tak sebut

"Nescaya kami akan menarik kepalanya"
"kepala orang yang pendusta dan penderhaka"

kan senang.. lebih mudah difahami dan diimaginasikan.. Kann??

Tapi Kenapa 'Naseyah' (Bahagian hadapan kepala) ???

dalam ayat yang ke 16 Allah menyebut lagi..

Naseyah pemilik orang yang pendusta dan penderhaka.

Apa kaitan Naseyah (bahagian hadapan kepala) dengan Dusta dan Derhaka??




Dalam Science of Brain hari ini, kita telah mendapati bahawa bahagian hadapan kepala ini terletak satu centre dan area dalam otak yang dipanggil sebagai Prefrontal area.

Apa yang para Physiologist menerangkan kepada kita tentang area ini ??

dalam satu buku  " Essentials of Anatomy & Physiology " kita diberitahu bahawa

" The motivation and the foresight to plan and initiate movements occur in the anterior portion of the frontal lobes, the prefrontal area "

" In relation to its involvement in motivation, the prefrontal area is also thought to be the functional center for aggression "


Essentials of Anatomy & Physiology, Seeley Stephan and Tate, p. 211

So, area kat otak ni bertanggungjawab untuk mengawal motivasi seseorang, merancang sesuatu dan bertindak keatas suatu ransangan. Dan kat area ni jugak laa yang bertanggungjawab memproses maklumat untuk tindakan selanjutnya, samaada tindakan yang baik ataupun buruk. Contohnya berdusta dan membuat sesuatu kesalahan dan menjadi penderhaka.

Maka, Al-Quran sekali lagi menunjukkan mu'jizatnya dengan turunnya ayat yang kita baca sebentar tadi iaitu ayat dari surah Al-Alaq, ayat 15-16.

Mengapa Naseyah yang Disebut ?? Allah nak kita kaji.. Allah nak kita lihat dan rasakan sendiri betapa hebatnya Al-Quran.. Sewaktu manusia di dunia masih berada di dalam kegelapan Ilmu, Al-Quran sudah menerangkan dan menyebut tentang perkara yang belum diketahui pada waktu itu.

Apakah ini kata-kata Nabi Muhammad ?? Adakah Mungkin Nabi seorang saintis yang penah bedah kepala orang, tengok dan memerhatikan orang-orang yang cedera kat kepala dan lain-lain lagi ???

Tidak.. Nabi tidak pernah buat pembedahan kepala orang.. Nabi tidak pernah tau pun mengenai perkara ini.. Bahkan Nabi seorang yang buta Huruf dan tidak tahu membaca.. Mustahil Nabi Muhammad tau akan perkara ini.. Mustahil..

jadi kalau bukan kata-kata Nabi Muhammad.. lalu ini kata-kata siapa ?? Siapa yang sampaikan kepada Nabi akan perkara ini ??



Tidak lain dan tidak bukan.. Ini merupakan Kata-kata ALLAH.. ALLAH yang memberitahu Nabi.. ALLAH lah yang memilih untuk menggunakan perkataan "Naseyah" supaya dikaji oleh orang-orang yang terkemudian. Agar orang-orang yang mempunyai hati dan akal fikiran dapat melihat bahawa ALLAH adalah Tuhan.. ALLAH adalah yang menciptakan dan TIDAK ADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH, MELAINKAN ALLAH semata-mata.

WallahuA'lam.. Semoga mendapat manfaat dari post kali ini..