Petang itu..
Aku melabuhkan kepala
di sebuah pembaringan
Diatas bantal yang empuk
Lalu keselimuti tubuh
Dengan Selimut yang tebal dan lembut
Aku menutup mataku..
Terbayang..
Mungkinkah petang ini adalah petang yang terakhir
Buat aku dibumi ini..
terdetik dihati..
apakah nasib aku disana..
teringat segala dosa
yang banyaknya bagaikan
pasir yang berhamburan di pantai
buih-buih di lautan
tingginya bagaikan gunung ganang
yang mampu menutupi
pemandangan langit dan bumi..
Jiwa kegusaran..
tanpa ketenangan..
Lalu airmata jatuh..
Ya Allah..
Hanya keampunanMu aku harapkan..
Diri ini malu padaMu..
Dulu pernah hati ini
menyatakan kata cinta padaMu
mengungkapkan kata rindu padaMu
Dihadapan Makam kekasihMu
Diri ini melafazkan janji
Janji untuk hidup untuk agamaMu
Namun sehingga hari ini..
Belum ada yang boleh dibanggakan
untuk aku tunjukkan dihadapanMu
belum ada..
Aku malu meminta padaMu..
Engkau beri..
Aku ingkar..
Engkau beri lagi..
Aku ingkar lagi..
Lalu engkau Uji
Aku tersedar seketika
Aku meminta dariMu
Engkau beri
Lalu aku ingkar lagi..
Sampai bila ya Allah...
Sampai Bila ??
Sesungguhnya..
Aku hambaMu yang zalim dan hina
Ampunilah diriku ya Tuhan..
Aku malu mengharapkan SyurgaMu..
Kerana aku tahu..
Aku tak layak untuk SyurgaMu..
Namun Ya Tuhan..
Aku tak mampu..
Menahan Siksa NerakaMu...
Aku tak mampu ya Tuhan........
Hanya keampunan..
Dan RahmatMu..
Aku Harapkan..
Ampuni Daku..
1 comments:
salam ustaz...
alhamdulillah percubaan yg berjaya...
bagus2...teruskan usaha yer..
Post a Comment