Tuesday, January 13, 2009

Umno dan Tun Mahathir

Hmm... Aku suka kat Cara Dr MahathiR.. Aku suka idea-idea yang dilemparkan biarpun ianya bukanlah satu benda yang baru. Aku suka tengok kesungguhan dia melawan Puak-puak si Zalim (Zionis Israel dan Amerika) walaupun dulunya dia pun ada kes sikit. Aku suka keteguhan prinsipnya diwaktu Malaysia dilanda kegawatan ekonomi yang sangat teruk satu ketika dahulu.


Cumanya Minat kita terhadap kepimpinan seseorang tidak boleh mengubah Prinsip yang ada di dalam diri. Kita contohi apa yang baik darinya, dan buang jauh-jauh apa yang buruk dan keji. Bukankah satu ketika dahulu dia pernah menyuarakan pandangannya terhadap dunia mengenai Isu Palestin dan Umat Islam, dihadapan pemimpin-pemimpin Amerika dan eropah dengan sangat bernas.



Dalam satu Ceramah Sheikh Yusuf Al-Qardawi, Sheikh pernah menyebut tentang Jasa Dr Mahadir ni kepada umat Islam (taPi Sheikh x cakap laa nama Dr Mahathir.. Kalo x silap laa.. ). Tuan Guru Nik Aziz pun pernah memuji Dr Mahadir dalam kekuatannya menyatakan pendapatnya terhadap kekejaman Zionis dan yahudi laknatullaH.



Aku memang suka dengan caranya. Ntahla, kalo orang lain tak tau laa.. lain orang lain cara memandangnya. Ada orang pandang laut.. dia nampak rezeki ikan.. ada yang nampak kebesaran Allah.. ada yang nampak Minyak.. Ada yang nak cari ketenangan.. So terpulang kepada individu bagaimana kita nak menilai sesuatu.

And yang paling penting.. Nilailah dengan hati yang terbuka. pandang dan luaskan fikiran. Fikir dan teruskan berfikir.. WallahuA'lam..


Lebih Teruk dari LemBu


Mercy Pun Nak Bawa masuk Dr.... BesediA.. Dr MusliM..

satu yg aku x fahaM... psal Laa pandaI sangaT Kerajaan Hantu Mesir ni aa?? Psl x nak buka Sempadan Rafah tu sepenuhnyaa?? Kenapa eh?? x Igt saudara sendiri Eh?? x fkir ka orang yang mati nak masuk seribu dh tu?? x kesian ka?? mana eh hati dorg??? Mana mata dorg Eh?? Benci Eh ngan orang Arab yang Mcm Nih.. BAngga sangat Ngan kearaBannya... Igtkan BijaK.. Bodoh eh camni... Entah apa yang dorg fkirkaN...

AstagfirullaH.... kebanyakn pemimpin2 Islam hari ni sgT2 Lemah eh... (sbnrnya Ayat aku lagi kotor.. Just x nak tulis cni jaK..)

Aku igt aku malas nak tulis... Tapi.. x leh Laa... baca Tentang GAzza nih.. Adooii.. X Leh laa... Orang yang berhaTi lebih teruK dari Hati Lembu jak yang x terasa dengaN keperitaN Umat islam Gazza Nih... Lembu pun kalo diberi akal, hati dan perasaan, mesti kesian bila tengok benda2 camni..

Dahlaa...

Monday, January 12, 2009

My LoveLy SabaH..

OranG UtaN PembuKa KaTa.. Hihi..

Ni kat Kg MengkabuNg.. TuaraN..

SuteRa HarbouR

Ni kt AnjunG senjA, KK

Yapp.. KoTa kinabaLu.. tapi ni kt HujuNg nih...

Lawa Eh MounT KinabaLu Nih..

Pulau SipadaN

Lagi P SipadaN

CamaNa LAut SAbaH?? Ada LAwan kaa?? HiHiHi..

YeaH.. SAbah BoleH...


Igtkan mau tulis apa2 malam ni.. tapi macam malaS.... Tulis satu artikel amik 1 jam lebih gak.. lamaanyaa... HiHi.. Jadi.. letaK gambar Jak laa.. k.. Apapun msG hari ni.. ialaH.. Doakan Tuk Saudara Islam Kita di PAlestin K.. BoikoT barangaN buataN yAhudi....

Sambung tuliS pas exaM nanti laa... mau sTudY ckit2 dulu... Banyak laGi eh nda habes Baca.. DoaKan sy K... OKlaa... banyaK lagi nak kongSI ngan Kwn2 suma nih.. HiHi.. Oklaa... ChioW..

Sunday, January 11, 2009

PereriV

Ivan PavloV
Kaji tentaNg Condition refleX


Soviet Great Surgeon
Dr NicholaS PirogoV

Antara kajian PirogoV.. Sebelah kiri ni cakap Psl Structure of ChloroforM.. n yang sebelah Kanan ni Ttg KidneY..


Pereriv bermaksud Rehat.. Actually Pereriv Study Social mediciNe niH.. Iyaa la kaN .. Exam Khamis nih.. so kena laa study sikit-sikit.. Apa sebenrnya Social Medicine nih?? Benda nih sebenarnya kita nak belajar influence masyarakat terhadap tahap kesihatan dalam sebuah populasi di area yang tertentu.

Course yang aku amik ada 2 tau.. bukan Social Medicine jak.. satu lagi Organization of Public Health.. So.. kedua-dua benda ni ada kaitan antara satu sama lain. maksudnya Social medicine ni adalah cabang-cabang sistem yang digunakan oleh Organization Of public Health tuk control, prevent, treat any health problems kt satu-satu kawasan.. negeri atau negara.


hehe.. Adoi.. ni secara general laa tentang benda yang aku belajar nih. Tapi kan, aku rasa Organization nih Soviet Union punya style. Aku nda tau sgt kalo tempat-tempat len punya sistem camana. Malaysia punya sistem pun nda jelas sgt. Adoiii.. Hihi.. Organisasi berbeza.. Cuma Asas Organisasi Sama jak.

Asasnya adalah untuk jaga kesihatan semua orang. HiHi.. Actually kan.. Hebat tau sistem soviet nih.. Sejarah pun cakap Medical Education di soviet ni memang sgt superb. Banyak jak proffesor, Doktor, Engineer yang hebat-hebat kelahiran negara-negara Soviet. Banyak sangat-sangat. Amerika, BritiSh... Suma nda dapat lawan tau..

Cumanya.. napa kebanyakan budak-budak kita, terutama dari negara Soviet ni kurang Menonjol eh (Aku laa nih yang x menonjol.. hihi.. ) ?? Aku rasa ni bukan masaalah ilmu kot.. bukan masaalah information x cukup.. Bukan masaalah cikgu x cakap English sgt.. (Biarpun banyak jak yang boleh dah ngajar dlm BI...) Nii semua masaalah peribadi... Masaalah sendiri.. Malas.. suka BerFoya-foYa.. (Aiseeeee...), Lepak yang Keterlaluan... dan macam-macam lagi.

Ntahlaa.. kalo nak dibandingkan dengan Bdak-bdak medic malaysia, Sepatutnya... Ilmu kita lebih lagi laa... n Mahal lagi... psl kita ni dikelilingi oleh orang-orang yang hebat-hebat.. (tu yang sepatutnyaa laa..) Tapi.. reaLitinya... X macaM tu.. (X semua laa... tapi kebanyakaNnyaa..) tapi kalo nak cakap practikal, kita memang bawah sikit ( Besalaa.. dak2 Oversea..). Yg tu nda pa laa... tapi, teori sepatutnya kita lebih lagi...

Kisah-kisah yang aku dgr sebelum-sebelum nih membuatkan aku cuak sikit2 gak. Keluaran negara-negara soviet ni dipandang rendah di Hospital-Hospital malaysiA.. Termasuk di tempat AKu sendiri.. (Hospital Queen Elizebeth, Kota Kinabalu) Napa ei boleh jadi mcm Tuh?? kesian ngan yang betul-betul nak belajaR.. terpalit dengan orang-orang yang nak main-main jak belajaR... yang kena kutuk tu yang men-men jak belajar... tapi yaNG ikhlas nak belajaR ni pun terpaliT sekali... n sampai ke sudah x habis2 Nama Dak2 Soviet naik ke MMC.. (Malaysian Medical Council)

Kita kena berubah kot.. terutama sekali saudara seIslam ku... psal kita bakal bergelar Doktor Muslim.. kita bakal Bawa Islam dalam alam pekerjaan kita.. Kita bakal jadi contoh buat masyarakat kita.. Kita bakal menjadi wadah perjuangan dan perubahan baru umat Islam di tempat kita.. Kita bukan x tau camana keadaan orang-orang Islam di tempat kita.. Yang paling banyak penyakit.. Orang Islam.. yang paling ramai miskin.. Orang Islam... yang paling ramai menganggur.. orang Islam.. yang paling ramai rosak... orang Islam.. yang paling ramai Jadi penagih dadah.. Orang Islam..

Semua orang Islam... Xkan kita x sedar benda-benda nih.. Sedarlaa segera... Orang Islam di selurh dunia ni laa yang paling ramai kelaparan... sakit... tapi Doktor-doktor Muslim kat dunia ni laa yang paling sikit... dah laa sikit... Dr muslim yang baik lagii laa sikit... yang Baik dan nak gerak sekali ngan Perjuangan lagi laa sikit... last2... Ntahlaa.. aku pun nda tau apa endingnyaa..

Bukanlaa nak cakap kita ni nak jadi baik sangat.. cuma.. Ni fitrah kita kat dunia ni kot.. Allah sebut dalam Quran.. Tujuan kita hidup ni Hanya tuk jadi khalifah.. dan beribadat kepadanya... Kebanyakan kita x nampak apa tugas kita sebagai Doktor.. dan hubungannya dengan Islam.. dan yang pastinya, Fitrah ni x melarang Kita untuk bersuka-ria dan enjoy.. Cuma islaM dah letak batasaN.. yang mana batasan tu kalo kita telebiH... maksudnya kita berada di dalam keadaan yang tidak diredhai oleh Tuhan Pencipta...

Perubatan ialah cabang dari Islam... jadikan Islam sebagai asas dan tapak tuk bergeraK.. Baru kita boleh menikmati Cara hidup IslaM yang Sebenar.. InsyaAllaH...


EnjoY youR liFe witH IslaM..


2nd Message ReceiVed




AssalamualaikuM..

enti…bukan ana tidak mahu memandang wajah enti, tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti.. hari2 yang pasti.. (Maybee...)

bukan ana tidak mahu melirik senyuman pd enti, tp ana selalu tersenyum didalam hati,agar senyuman ini ‘mahal’ dihari cincin di sarungkan di jari,
(iye Eh??)

bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pd enti,tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti,ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa merasai..di hari2 yang pasti…
(Ameen..)


bukan ana tidak mahu bercakap dgn enti,tapi ana ingin menghabiskan bicara2 ana,tika mana ana dan enti ‘bukan’ lg ‘ana’ dan ‘enti’..di hari2 yg pasti… (Yeah.. JiwanG KaraT tul.. HaHa)

bukan ana tidak mahu chatting dgn enti,tapi ana takut jari2 ini tidak diizinkan lg untuk membelai rambut enti,dihari2 yang pasti.. (PoYooo.. HiHi..)

bukan ana tidak mahu mesej dgn enti,tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti,tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini.. (Adoii..)

bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,tp,ana bimbang wajah ini tidak akan lg memberikan senyuman di setiap pagi,di hari2 yg pasti… (PndanG wajaH?? HaHa..)

bukan ana tidak ingin memandang senyuman enti,tp ana bimbang senyuman ini pudar dan layu,di hari2 yang pasti.. (X nmpaK pon..)

bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk harijadi enti, tp bimbang ana hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk enti..tidak lagi ,dihari2 yang pasti.. (AlamaT x taU.. Tu yg x bg Hadiah Tuu... Kih3...)

.......................................................................................................




AdoiLaa.. baik sgt laki ni kalo bagi msg macam nih kat pompuan.. Ayaaaaat.. Adoii.. Confirm pompuan yang dapat tu rasa beruntung sangat. Boleh jatuh air mata gak ni bila baca.. (Pmpuan jak laa.. Laki kalo pompuan bg msg2 ayat2 power.. Dorg Cool jaK.. Kih3... )

Yang Word2 Hijau tu Mmg jawapan aku laa.. Maksudnya aku tak macam nih.. JiwanG karaT Tul.. Kalo member2 nampak ni.. cthnya Ramzan ka.. Si syawaL ka.. si IQbal ka.. HaHa... Msti gelaK pya laa.. So, AKu kena bErterus TeranG.. HaHa..

Bukan hari ni koT.. Biar Masa yang menenTukan.. (Aiseee.. ni ayat ada kawan sorg.. Dulu2 laa... Ayat last dia ckp camni laa.. "Biar masa yang menentukan.."..) Time tu aku memang x faham ape maksd dia.. Masa yang menentukan.. Kenapa plak Masa?? Kan Allah yang menentukan segalanya... HiHi..

Budak2 lagi tiMe tu.. pengalamaN hiduP tak banyaK.. makSud "Biar masa yang Menentukan" tu ialah.. dalam hidup ni kita kaan bertemu dengan pelbagai rupa dan macam dugaan, yang mana semua inilah yang akan membentuk diri kita. Kejayaan diri kita dalam menempuh segala cabaran ini akan memahamkan lagi kita erti hidup sebagai makhluk yang bernama manusia.

Keputusan yang diambil sesudah mendapat pengalaman dan ilmu yang luas adalah lebih tepat jika dibandingkan dengan keputusan setahun jagung.

Tapi suasana disini amat memutarbelitkan hati aku. HaHa.. Setiap tahun ada jak yang kahwin.. yang betunang.. Si Budin pun dah tunang.. Mael... Kasya.. Shahrul.. ( mm.. Bang Pai (Fairous Asmatullah Khan) dah tunang eh?? Tolong confirmkan eh member2 rapat.. HaHa...) sapa lagi... yang kawen pun ramai dah.. Bg Ali.. Bg Taufik.. Mash... Kimi.. Arep.. yang lagi Syok.. Bg Azmi.. sekrg dah nak masuk yang ke-2 dah.. (Anak yg ke-2 ye.. Bukan isteri yg ke-2.. Kih2...) Cabaran buat yang lain2 pasangan bahagia.. Kih3...

Kita tak boleh terikutkan Suasana. Kena jadi bagaikan Kerang di dasar lautan... atau.. "Bagaikan ikan Di laut Masin.." haha.. Yg ni pun kawan gak yang selalu sebut.. Sampai satu hari... aku kata kat dia.. "mmm.... xde contoh lain ke nak bagi... Asyik ikan ni je... " Hihi... Kalo betul nak buat keputusan, biar diri betul-betul sudah bersedia. Ni asyik nak mengharap Isteri bagaikan Fatimah Az-Zahra... tapi Diri x Macam Ali Karamullahu Wajhah..

Prepare2..... jan fikir nak mencari yang baik-baik jak... tapi yang paling penting.. kita kena berusaha untuk menjadi yang terbaik dulu. Tak yakin eh dengan Firman Allah..?? Lelaki yang baik tuk perempuan baik.. dan perempuan baik tuk laki baik.. Kalo yakin.. Cara nak cari yang baik dan terbaik... Kita kena jadi yang terbaik dulu.. InsyaAllah Allah akan kurniakan yang terbaik buat kita..

Tapi tu tidak bermakna untuk kita melepaskan diri dari berusaha untuk mencari.. Cumanya.. Pentingkan yang lebih penting. benda yang terlebih penting ialah persediaan diri kita sebelum kahwin.. kerana kita akan masuk ke satu alam yang tersangat-sangat lain dari kehidupan sebagai orang bujang. Kalo dalam kehidupan bujang pun kita ndak boleh manage diri sendiri, inikan lagi selepas kita dan menikah dengan anak orang.

Satu lagi.. buat semua sahabat.. Apa2 yang kita buat... Persediaan diri.. ataupun nak mencari ka.. buatlah ikut apa yang telah ditentukan Allah.. Jan jadikan istilah-istilah yang nampak macam Agama sikit.. (Cthnyaa... Ukhwah Fillah.. Ana.. Enti.. hihihi...) sebagai penghalal kita untuk buat benda-benda yang terlarang dan syubhah.. Biasanya orang akan buat mcam tu.. Gunakan Ayat-ayat keagamaan.. Tuk nak mengurat pompuan ni.. orang pompuan ni memang Emo ckit... Sensitif laa orang cakap.. kena jak ayat-ayat mcm ni.. cair terus... hihihi.. macam lilin dibawah api..


Ikhlaskan diri.. Hati.. semuaNya untuk Allah... nescaya kita akan dapat KemanisanNya.. alangkah indahnya Hidup bersaMa Islam...
-Peace For Palestine -


Wednesday, January 07, 2009

MediC !!!!


Amin segera bergegas menuju ke hospital yang menempatkan penduduk Gazza yang tercedera akibat tangan zalim yahudi itu. Perkarangan Hospital dibanjiri orang ramai bagaikan semut-semut yang bekerja tanpa mengira umur menbantu penduduk yang tercedera. Darah bertebaran dimana-mana.

"Mama.. Mama..." Amin terdengar tangisan seorang adik kecil. Sayu.. Amin mengetap bibirnya kesedihan. Muka si adik kecil dipenuhi dengan darah. Kelihatan Koyakan yang sangat besar dari hujung telinga hingga ketengah pipinya.

"Cepat... cepaT.... ToloNg anak saya ni Doktor... " Seorang ayah memapah anaknya yang dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Amin terdiam seketika.. Apsal dengan si yahudi ni?? apa salah anak-anak kecil nih.. "Doktor... tolong Doktor.. inilah satu-satunya anak saya.. " Pinta si ayah dihadapan Amin. "Cepat baringkan dia di lantai ni.. " Selepas beberapa ketika.. amin menarik nafas panjang. "AstagfirullaH..... aku tak tahan macam ni.. Ya Allah... Berilah kesabaran kepada kami.." Amin berbisik di dalam hatinya.

"Pakcik... Allah lebih menyayangi anak pakcik.. Allah dah pilih dia sebagai penghuni syurga yang abadi.. Bersabarlah dengan mehnah ni pakcik.." Air mata bercucuran dari mata si ayah. Si ayah menangis dengan penuh kesungguhan. Orang ramai yang melihat dengan pantasnya memberikan kata-kata semangat kepada si ayah. "Pakcik.. Sabar pakcik.. SAbar... Allah akan berikan yang terbaik buat pakcik insyaAllah..."

Amin tergamam.. Dia menggenggam tangannya... lalu berbisik di dalam hatinya.. " Yahudi.. selagi darah ni masih mengalir... aku akan terus lawan.. biarpun aku tidak pergi berperang bersama-sama HAMAS hari ini.. InsyaAllah satu hari nanti.. kita akan bertemu juga.."

"Dr Amin.. Dr Amin... Cepat.. kat sini.. kat sini... !!! " Kedengaran suara gurau Dr Ahmad memanggil Amin. Amin lantas sahaja ke tempat Dr Ahmad dan pesakitnya. " Perempuan.. " Amin tersentak.. Adoi.. Memang tak guna punya Yahudi.. Dari pakaian yang si Nisa pakai ni amin dapat menganggarkan bahawa dia adalah salah seorang pejuang HAMAS. Dia telah tercedera bersama-sama muslimat lain ketika cuba menyelamatkan anak-anak kecil dari menjadi himpunan batu-batu rumah akibat Bom Yahudi Laknatullah.

Dr Ahmad menyatakan nisa ini adalah antara pejuang-pejuang HAMAS yang aktif dalam gerak kerjanya. Namanya Humaira. Dr Ahmad menerangkan bahawa dia mengenali ayah Humaira yang merupakan Jurucakap HAMAS datang berkunjung sekeluarga ke rumahnya satu ketika dahulu. Mata Dr Ahmad mula mengelopak. Amin menoleh ke tempat lain. Dia tidak boleh melihat tangisan-tangisan sebegini rupa. Hatinya sangat sensitif terhadap kesedihan yang dialami saudara seislamnya.

Amin lalu teringat keluarganya yang berada di Malaysia. Terbayang wajah Mama dan Bapa. Wajah Adik-adiknya.. kakaknya.. Sebelum dia berangkat ke Bumi Palestin ini Bapanya telah berpesan.. "Jaga diri baik-baik.. Semoga Allah berikan apa yang Terbaik buat Kita.. " lalu Amin memeluk erat Bapa dan Mamanya. Mungkinkah ini pelukanku yang terakhir buat Mama dan Bapa?? Amin bermonolog di dalam hatinya. Aku tidak akan balik sehingga selesai tugasku buat saudara-saudara seislamku di tanah suci ini..

- Amin - Diantara 20 orang wakil Doktor dari PAPISMA (Persatuan Perubatan Ibnu Sina Malaysia) yang menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan Bantuan Perubatan Palestin-Gazza.

Nikmatnya RokoK..




Susah eh nak berhenti merokok.. Ada idea aa cara nak berhenti?? tapi macho gak kalo merokok.. nampak matang laa katakan..

Kalo dah masuk dalam kancah Kenikmatan merokok ni.. susah sangat dah nak tinggalkan.. benda bagaikan dadah.. (Mmg ada dadah pun dalamnye..) Tulaa yang bermain di hati.. Apa yang perlu aku lakukan.. Tuk aku berenti merokok..

Dilemma Dalaman hati yang nak berubah...