Friday, October 16, 2009

Sukan dalam Islam
Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas2 berikut:-
المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير
مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأنا مع بني فلان. قال فأمسك أحد القريقين بأيديهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لكم لا ترمون؟ قالوا: كيف نرمى وأنت معهم؟ فقال النبي صلى الله : ارموا فأنا معكم كلكم.
Maksudnya:
“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”
(Hr Bukhari – sahih)
5) Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut:
أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.
Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”(Hr Abu Daud)
6) Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:
لقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يسترني بردائه وأنا أنظر إلى الحبشة يلعبون في المسجد حتى أكون الذي أسامه
Etika sukan dalam Islam
1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud – daif).
“Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu)” (4 : al-Ma’un)
لا ضرر ولا ضرار
6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:
لأن يطعن رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس أمرأة لا تحل له
Maksudnya: “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hr Tabrani)
7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:
dipetik dari - www.akhisalman.blogspot.com -
PeacE...
Tuesday, October 13, 2009
"Salam.. anis.. watpe, esok Homtask ape? " Message yang aku hantar kepada sahabatku.
"Acute Tonsillitis & Dif Diagnosis"
Mmm.. Study.. Baca buku.. Sampai pukul 320 pagi aku terasa sedikit mengantuk.
"Sahur laa dulu.. "
Pukul 4 pagi aku set alarm HP ku pukul 6 pagi untuk solat subuh.
Pukul 6 Pagi.. HP berbunyi kuat melagukan lagu rancak UNGU.. Aku tersedar dan terus menyiapkan diri untuk solat subuh.
Seusai solat, fikiranku mencari-cari bantal.. Masih lagi mengantuk rupanya.. iya laa.. 2 jam jak tidur.. Mana boleh tahan..
Sambung tidur..
bila terbangun, jam di HP menunjukkan pukul 915 pagi.. Astagfirullah...
Kelas mula pukul 9 pagi.. Kelas pulak terletak kat hospital 7. Kira-kira 45 minit dari rumahku. Ya Allah...
aku mengira-ngira... 45 minit.. tambah dengan aku bersiap.. 1 jam.. tambah lagi dengan tunggu bas.. 1 jam 30 min.. astagfirullah.. Sampai mungkin pukul 1030 kat kelas.. Adushh.. Mesti cikgu tak bagi masuk punya..
Ya Allah.. tak boleh camni nih.. Tak boleh..
Sampai aku terfikir.. Aku rasa dalam diri aku ni ada jin kot.. tu yang susah sangat bangun mau pergi ke kelas tuh.. atau aku lah JIN tu... huhu.. Astagfirullah...
Semalam aku download ayat-ayat rukyah.. Ayat untuk menghalau segala macam jin dan syaitan.. Sahabatku pernah cakap, orang yang ada jin dalam badannya bila dengar ayat-ayat nih.. badannya akan jadi lemah.. jadi mengantuk..
Symtom-symtom tu macam ada ngan aku.. huhu... Atauuuu... aku memang camtuh.. haha.. Adusshhh....
Kena berubah..... BERUUUBBAAHHHH!!! .... InsyaAllah... Mulakan dengan hari ini.. Besok kena datang awal sikit.. kena tidur awal sikit.. bangun awal sikit.. Study awal sikit.... Study banyak sikit.. Tak.. Study banyak-banyak.. hehe..
Allah jadikan Malam untuk berehat.. Siang untuk bekerja.. Bila kita lawan hukum nih.. tu yang jadi macam-macam masaalah... :-)
Ya Allah... kuatkanlah hambaMu yang lemah ini.. Ampunilah dosa-dosa kami.. Ya Allah... Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Sunday, October 11, 2009

Bowling..
"Ada kumpulan yang campur laa laki dan perempuan...... "
"Aduih.. x best laa camni.."
"Camana nih.. apa barang nih.. "
Ada pulak kedengaran dari jauh..
"Apa masaalah campur laki dan perempuan??"
"Mana dalil yang larang laki pompuan tak boleh campur main sekali??"
"Korang ni memang Jumud laa.."
Jumud Oh JumuD.....
Jumud?
Fikiran yang suka sangat nak campur laki pompuan tu ke..
atau
Fikiran yang tak nak campur laki pompuan tuh..
"Sama je.. kalo tak satu kumpulan pun.. nanti main sekali je pun kan.. Tempat yang sama.. tak asing pun laki dan perempuan..."
"Ada aku terbaca fatwa Yusuf Qaradhawi yang kata boleh campur laki pompuan dalam sesuatu program.. or permainan.." kedengaran bisikan-bisikan di sebalik tabir..
Seminggu sahaja lagi sebelum ia Dianjurkan....
Fikir-fikirkan...
Peace....
Saturday, October 10, 2009

Bismillah..
Projek Prihatin Ummah.. Apa jugak nih?
Satu lagi Projek "Barisan Pelajar Islam" CSMU..
Islamic Student Movement (ISIM)
Gabungan Mahasiswa Terengganu Eropah Timur (GAMTET)
Kelab Umno Ukraine (KUU)
Antara lain objektif utaman projek ini adalah untuk kebajikan saudara Islam kita di Ukraine umumnya, Crimea secara khususnya. Projek ini jugak melibatkan semua pelajar Islam CSMU.
Berikut saya nyatakan beberapa aktiviti yang bakal dijalankan dan dijayakan.
1. Program Kurban Bairam 1431
2. Program Pembinaan Masjid di pekan Sbobada
3. Program Penambahbaikan Masjid Ar-Rahmah (5th Hostel)
4. Menguruskan Biasiswa Saudara TATAR ke Malaysia untuk mendalami
ilmu Agama.
5. Program Pengajaran Al-Quran oleh pelajar kepada penduduk tempatan.
6. Program Ziarah Umum ke pekan-pekan Saudara Islam TATAR.
Diatas ni hanya sedikit dari banyak-banyak program yang telah dan akan dilaksanakan.
Sebenarnya dari projek seperti ini memberi peluang yang amat luas untuk pelajar menyumbangkan sesuatu untuk kebaikan orang Islam TATAR di Crimea.
Majoriti pelajar akan menghabiskan sesi Medical Degree pada tahun 2011. Rasanya belum terlambat lagi untuk kita bercampur dengan orang Islam TATAR dan merasai secebis kehidupan yang mereka lalui bersama-sama.
Dalam Hadis Nabi ada menyebut mengenai amalan yang tidak akan putus selepas kita pergi menemui Allah. Diantaranya, sedekah jariah yang kita tinggalkan sewaktu kita masih hidup, Ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.
- Doktor Muslim yang berjiwa ISLAM -
Update terbaru akan disusuli kemudian.
Thursday, October 08, 2009
Shasha, bapa kepada seorang anak membaca petikan ayat-ayat Allah dengan penuh keikhlasan. MasyaAllah, biarpun tanpa penglihatan, beliau masih lagi teguh dengan keyakinannya akan rahmat dan kasih sayang Allah.
3 bulan lalu, beliau terlibat dengan satu kemalangan yang sangat ngeri. Alhamdulillah Allah masih lagi memberinya peluang untuk meneruskan hidupnya untuk berbakti untuk agama.
dalam kemalangan tersebut, beliau kehilangan kedua-dua penglihatannya. kaki kirinya patah dan banyak lagi kecederaan yang teruk yang terjadi. Beliau koma, tidak sedarkan diri dalam masa seminggu.
selepas sedar dari koma yang panjang, doktor menerangkannya tentang rawatan yang patut dia perolehi. apabila ditanya mengenai harga, doktor menyatakan semuanya tidak kurang dari 30 000 griven.
Beliau, seorang pekerja di sebuah kedai menjual minuman, hanya mendapat tidak lebih dari 700 griven sebulan. Itu pun hanya cukup untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
30 000 griven?? Mana mau dapat?? bayangkan perasaannya ketika mendengar kos yang begitu banyak.
Alhamdulillah.. Orang Islam di sini semuanya masih prihatin dan semuanya berpakat untuk membantunya. Derma dihulurkan dari masjid-masjid dan orang-orang persendirian. Cukup 30 000 Griven, rawatan diteruskan.
sesudah rawatan dilakukan, doktor sekali lagi terpaksa memberitahu berita yang mungkin berat baginya untuk mendengar.
"Mata kanan memang sudah tidak boleh melihat."
Shasha kelihatan tenang apabila menceritakan saat-saat itu kepada kami. (Petugas-petugas ISIM ke Bakchisarai)
"Mata kiri mungkin boleh dirawat.. dan mungkin boleh melihat.. tapi buat masa ini, tak boleh lagi berfungsi. Kita mengharapkan yang terbaik. Awak boleh buat rawatan ni kat Kiev atau di Odessa" Doktor tersebut menyambung.
terpancar sedikit kegembiraan di wajah suci itu apabila mendengar kata-kata doktor yang merawatnya.
Saudara Seislam tidak putus-putus datang menziarahi rumahnya dan memberikan semangat kepadanya untuk terus menjalani kehidupan sebagai manusia biasa dan hamba kepada Allah. Allahu Rabbii..
Kini, dia masih lagi terlentang di katil rumahnya yang tidak seberapa. Ditemani oleh Isterinya, dan anaknya, Ibrahim yang masih berumur 3 bulan. Kadang-kadang Mama Bapa kepada Isterinya akan datang menjenguk dan melawat mereka dirumah.
Kaki dan tangan yang mencari rezeki selama ini telah terputus.. Allahu Rabbi.. Apakah lagi ujianmu selepas ini??
Berilah kekuatan kepada Saudara kami ini.. Kuatkan dia dengan kasih sayangMu.. Ameenn...
Wednesday, October 07, 2009

"Doktor.."
"Huh.. Bangganya dia dengan title Doktornya tuh.."
"Belagak!! "
ni adalah antara kata-kata yang sering didengari dari jauh..
"Doktor... hebat laaa..."
"Doktor.. Mahal harganya nih.. cerah peluang tuk pinangannya diterima nih.. "
"Enta Doktor?? Bagus.. nda banyak orang-orang kita yang profesional nih dalam gerakan kita nih.."
Hemmm.. bermacam-macam pandangan terhadap title "Doktor". Kalau Di Malaysia, Doktor dianggap sebagai satu profesion yang paling tinggi levelnya dibandingkan dengan profesion yang lain. Mungkin kerana benda yang dipelajarinya terlalu dalam dan banyak. Mungkin..
Jika kita pergi ke kem-kem motivasi pelajar, antara pekerjaan yang sering dijadikan sumber motivasi pelajar-pelajar adalah Doktor, Peguam, Jurutera. Biasanya Doktor akan disebut dahulu dari yang lain-lain.
.......................................................................................................
Adushhh.. Malas laa mau berayat-ayat nih.. Abes ndak kuar idea aku nih.. Masa lebih banyak terbuang memikirkan ayat lebih daripada mengeluarkan idea.. huhu.. Pakai ayat besa jak laa.. kan senang..
Sebenarnya kan.. Ndak kisah laa Doktor ka.. PEguam kaa.. Engineer ka.. Kita kena tahu apa tujuan kita masuk ke dalam bidang nih..
ada orang tengok DUIT semata-mata.. Iyalah kan.. Doktor.. Orang cakap Doktor ni banyak duit.. Makcikku gajinya dalam 13 Ribu sebulan.. Tapi dia sudah jadi Pakar laa.. Doktor Pakar.. Kaya oo... Doktor yang baru graduate.. gaji bersih dalam 5 ribu sebulan.. Huhu.. ni ndak masuk elaun lagi.. Lebih kurang laa tuh..
ada orang yang mahukan pengaruh semata-mata.. Peguam... Engineer.. mahu dipuji-puji dan diangkat menjadi orang yang terkemuka..
alaa.. teda idea laa pulak contoh tuk tujuan lain.. (ni tengah rehat study baa nih.. tu yang kepala sengal sikit tuh.. huhu..)
.........................................................................................................
apa yang aku mau bawa disini ialah perkara yang berkaitan dengan NIAT.
Pakcik Stephen Covey ada sebut dalam bukunya 7 sikap tuk jadi orang yang hebat.. salah satunya..
" Begin with the end in mind.. "
Sebenarnya apa yang kita mau cari dalam kehidupan nih??
.........................................................................................................
Sebelum kita pergi lebih dalam.. kita kena fahami beberapa perkara asas..
Dari mana kita datang??
Untuk apa kita hidup??
Kemana kita akan pergi selepas hidup??
Bila menjawab perkara nih.. kita sebagai orang Islam tau.. bahawa penghabisan hidup kita nih adalah antara Syurga ataupun Neraka. So, soklan kedua tu perlulah dijawab berfokuskan matlamat akhir kita..
kalau kita mahukan Neraka.. so soklan kedua bolehlah dijawab dengan perkara yang tidak ada kaitan dengan akhirat. Contohnya, hidup untuk bersukaria.. Hidup untuk duit semata-mata.. Hidup untuk dunia semata-mata.. Tidur ngan laki / perempuan sebilik.. (X kawin lagi nih..) , meninggalkan solat secara sengaja.. Gunakan title yang kita ada untuk kepentingan peribadi disamping merosakkan orang lain.. dan lain-lain.
tapi kalau matlamat kita untuk Syurga Allah.. maka sesuaikanlah tujuan kita hidup tuh.. supaya kita berjaya mencapai apa yang kita harapkan. (Paling penting, niatkan semuanya kerana Allah.. Semata-mata..)
Dari mana kita datang??
Dari mana?? Kita kena sedar.. Kita ni hanyalah berasal dari AIR MANI.. ada lah process yang berlaku, persenyawaan antara sperma dan ovum.. last-last jadilah kita manusia yang lengkap tubuh badan.
Air mani?? Huhu.. Air mani nih.. kalau jatuh ke tanah.. orang akan pijak-pijak jak.. Ayam dan itik pun ndak mau patuk.. Alangkah hinanya penciptaan kita nih.. Huhu..
So, jangan belagak lebih-lebih.. jangan merasa diri tu tersangat-sangat mulia... Sombong dan Takabbur... Ingat-ingatlah kita ni berasal dari mana..
................................................................................................
so kita pusing balik ke soklan tadi..
apa sebenarnya yang kita mau cari dalam hidup nih??
apa sebenarnya tujuan kita mahu jadi Doktor/Peguam/Engineer/Guru dll nih??
.................................................................................................
Jawapan kita akan menentukan masa depan kita.. Dalam membuat dan merangka jawapan, jika kita mahukan Kebahagiaan dan ketenagan Hakiki Dunia Akhirat, letak lah Agama sebagai sumber rujukan..
tapi kalau kita mahukan yang lain dari itu, terpulanglah kepada diri sendiri.
Pilihan biarlah lahir dari bisikan hati nurani diri sendiri.. Bukan ikut-ikutan ataupun terpaksa..
..............................................................................................
Dijadikan Syurga.. kawannya Neraka..
Dijadikan Pahala.. Kawannya Dosa..
Dijadikan Malaikat.. Kawannya Syaitan..
Allah dah tunjuk kedua-dua jalan..
Jalan yang baik..
dan
Jalan yang Buruk..
Terpulang kepada kita.. mahu memilih yang mana satu..
oleh itu.. SelamaT memilih.. :-)
...................................................................................................
Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu.. kalau mereka tidak mengubah apa yang ada pada diri mereka terlebih dahulu..
Wallahu A'lam...
Akhir Kalam..
Jadilah MusliM Profesional yang IslamiK.. hehe..
Moga selamat Dunia Akhirat..
Peace..
Sunday, October 04, 2009

Seorang nenek menegur aku dalam bas semasa aku berada dalam perjalanan pulang ke rumah.
"Anak.. anak ni study mana??.. asal dari mana?? " tanya makcik tuh.. (tapi suma dalam russian laa..)
"Saya asal dari Malaysia nek.. Study kt Medical University.. "
"Ooo.. Nenek bekerja di Library kat university tuh.. " nenek menyambung.
"oo ok.. Lama sudah keja sana nek?? " Nampaknya terkantoi jarang ke library..
"Lama sudah.. nenek dari dulu sampai sekarang masih lagi bekerja di sana.. macam-macam jenis orang nenek jumpa.. "
"anak nih.. kena selalu baca buku. kena rajin membaca. jangan asyik tengok tv je.. atau men komputer internet ke.. kena hari-hari tambah ilmu-ilmu baru.. baru otak akan jadi cergas dan bertenaga.." nenek tu macam tau je yang aku ni pemalas sikit.. huhu..
Naseb baik Nenek tu tak sebut pasal Blogging ka.. Facebooking kaa.. Youtubing kaa.. hehe.. Nsebbb..
Iqra.. Baca..
Dengan membaca ilmu akan bertambah. Bila ada ilmu, kita akan dihormati, tidak bisa ditipu oleh musuh dan akan disegani oleh kawan dan lawan. Dengan Ilmu, kita tau membezakan jalan yang baik dan jalan yang buruk.
bila hidup tanpa ilmu didada.. Hati akan sentiasa kosong.. mencari-cari pedoman untuk diisi dan diikuti..
hidup terumbang-ambing seperti orang yang tidak keruan.. Senang dimakan oleh musuh dan lawan.
begitulah nasib umat islam kita pada hari ini. Lemah.. Sering ditertawa oleh musuh..
Bila keadaan sedemikian berlaku..Kita selalu mengambil jalan pintas lantas menolak kelemahan yang kita alami.. Kita mengatakan hadis Nabi yang menerangkan dunia ini Syurga bagi orang kafir dan penjara bagi orang yang Beriman.. Alangkah pintasnya jalan yang kita ambil..
Kita lupa wahyu pertama kepada Junjungan Nabi SAW menyuruh Nabi Membaca.. IQRA..
Bukan lupa.. tapi buat-buat lupa.. atau kita tidak kisah.. Atau kita sudah putus asa??
Putus Asa? Takk.. Kita masih lagi bermimpi.. Bermimpi dalam angan-angan yang panjang.. Dalam mimpi tu lagi, hiburan melambak-lambak menyebabkan kita malas mau bangun..
Hanya seketika sahaja kita dikejutkan dengan dentuman-dentuman yang sedikit membangunkan.. Bila Saudara seislam kita dibunuh dan diperkosa maruah mereka.. Namun itu hanya seketika.. Selepas beberapa episod, kita tertidur semula..
Belum sempat kita bersarapan untuk mengumpul kembali kekuatan, kita tertidur sekali lagi..
IQRA... Sumber kekuatan Umat kita.. Nabi pernah menyebut.. bahawa umat Islamlah yang paling berhak untuk menguasai semua Ilmu yang terdapat di dunia ini..
Yupp.. Realitinya.. Umat kita adalah umat yang paling terketinggalan dalam hal Ilmu..
ada pulak yang membeza-bezakan.. Ilmu dunia.. dan Ilmu Akhirat.. Kadang-kadang benda ini akan menyebabkan umat kita melihat enteng kepada Ilmu dunia.. dan ada jugak yang terus meninggalkannya semata-mata hanya mahu mengejar akhirat..
Ilmu Dunia..?? Apa maksudnya tu?
ILMU.. Semuanya dari Allah..
ILMU tidak kira berkaitan dengan dunia ataupun akhirat.. semuanya menuju kepada Akhirat.. menuju kepada Makrifatullah..
semuanya bermula dari Niat.. Kalau Niat menuntut Ilmu Dunia semata-mata untuk kepentingan dunia.. Maka ia tidak akan membawa kebaikan di Akhirat.
Begitulah sebaliknya jika Ilmu Akhirat itu dituntut semata-mata untuk mendapatkan habuan Dunia.. Maka ianya jugak tidak akan membawa kebaikan di Akhirat.
IQRA..
Bacalah... Bacalah dengan Nama Tuhanmu yang menciptakan..
Ya Allah.. jadikanlah kami umat yang suka membaca dan menambahkan ilmu didada..
Ampunilah kami hambaMu yang lemah ini.. Berilah kekuatan kepada kami untuk menguasai Ilmu-ilmuMu ini..
Ameen yaa Rabb..
