Wednesday, October 28, 2009

Hari yang BesT..



Kelas Surgery akan  bermula pukul 8 pagi esok. Hmm.. Awal gak mula pasal kena join 5 minute conference ngan Doctors kt Lugov Hospital. Sekarang sudah pukul 1 pagi. Baru siap study sikit-sikit.

hari ni kelas habis pukul 2 petang. Selalunya kelas habes awal dalam pukul 1 petang. Asar masuk dalam 230 petang. Bas kat Lugov hospital sampai dalam pukul 2 lebih. Huhu.. tak sempat nak solat kat rumah. Seluar pulak tak bersih sangat nak bawa solat. tu yang tak solat kat kelas. So, amik keputusan solat hormat waktu laa kat dalam bas. Solat sambil berdiri jak laa..

Sampai rumah, azan kat komputer sudah berkumandang. Allahu Akbar... Allahu Akbar...

Biasanya azan komputer ni awal sikit dari jadual solat Arraid. (Arraid adalah sebuah Persatuan Islam Ukraine yang popular juga dikalangan orang tempatan sini). Then ambik wudhu dan terus solat zohor. 20 minit kemudian, sambung pulak solat asar.. Hehe.. Sambung-menyambung jak..

Petang gi joging jap. Kalo mau tau, sekarang ni sudah masuk musim Autumn.. Musim luruh. Daun-daun tengan luruh laa nih. Weather pun sudah mula sejuk. Besstt.. Aku suka laa sejuk-sejuk camni nih.. Langit yang mendung.. Menenangkan jiwa. :-)

Joging.. hehe.. Kena kuruskan sikit badan nih.. Hehe.. Gemok.. nanti teda orang mau.. keh.. keh.. keh... actually bukan pasal ni jak.. Kesihatan.. Kena jaga.. hihi.. Mama dan Bapa kedua-duanya ada penyakit keturunan. Mama ada Diabetes.. Bapa ada Hypertension.. Aku?? Alhamdulillah sihatt.. Tapi aku ni sangat-sangat berisiko untuk dapat penyakit nih kalau aku tak jaga dan control apa yang perlu. So, ken alaa joging selalu.. Untuk dapat Badan yang mantap.. and Kesihatan yang optimum. Hehe..

" Aqlu As-saleem fi Jismi As-saLeemm.. "
Akal yang sihat ada pada badan yang sihat..


Allah lebih suka mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.. 
(tak ingat matan hadis.. hehe)

Mmm.. oklah.. 115 sudah.. Ngantok.. Saja jak ni mengarut-ngarut di blog nih. Apapun... Semoga esok lebih baik dari hari semalam..

Huhu.. ada lagi benda yang perlu aku siapkan minggu nih.. Sok pagi kena plan perjalanan sampai ke petang.. Yupp.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.. InsyaAllah...

Okay Laa.. Tdoo.. SelamaT Malam SimferopoL..

Sunday, October 25, 2009

Paint Ball..

BismillaH..

Hari ni alhamdulillah ada gak peluang tuk besama kawan-kawan gi men paint-ball.. Best.. Syok.. ni 1st time main benda nih..

"Ni temasuk sunnah ke ni eh?? " Tanya Bg Rem..

"Yupp... Sunnah nih.. Belajar bejihad.. " hehe.. Seronok..

Ni letak gambar-gambar tadi.. Hehehe.. Jarang gak letak gambaR sendiri nih.. hehe..


 








 




 

 

Hmm.. Tengah siok begambar, aku terfikir sesuatu..

kalau laa ni adalah peperangan yang real.. Aku dah mati dah kena tembak.. Waktu main tu pun aku terfikir gak.. Yang ni baru Paint Ball.. kalo peluru yang real..??

Kalo benda ni jadi masa hadapan, (Kita pun x tau kan apa akan jadi masa depan..) Adakah aku bersedia untuk menyahut cabaran Jihad yang sebenar?? Adakah aku sedia untuk korbankan nyawa untuk melawan musuh?? Adakah aku bersedia untuk berada di tengah laluan peluru yang tidak mengenal kawan dan lawan??

Secara teoriNya.. Senang untuk kita mengaku kita mampu.. Bila tanya secara jujur kepada hati.. masih ada lagi perasaan teragak-agak.. Mulut sahut Allahu Akbar.. tapi Hati kecut tidak bertepi.. Ya Allah.. lemahnya aku...

Main pun main jugak kan.. tapi biarlah ianya berpengajaran, agar masa yang diluangkan tidak terbuang begitu sahaja tanpa pahala dan redhaNya..

ya Allah.. kuatkanlah kami untuk mentaatiMu.. Ameenn.. Ampunilah kami dan dosa kedua ibu bapa kami.. Ameen yaa Rabb..

Friday, October 23, 2009

FitraH..



Huh.. Bismillah..

Kumulakan malam jumaat yang mulia ini dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sebelum Stat Study.. Kita sembang-sembang laa dulu k..

Manusia tidak pernah puas dengan kehidupan dunia. Yang kaya.. mahu terus menerus kaya.. Yang miskin, mengejar sehabis nyawa untuk menjadi kaya.. yang berpangkat rendah bertungkus lumus nak naik ke pangkat yang lagi tinggi..

apa sebenarnya yang menyebabkan manusia tu tak pernah berpuas hati dengan apa yang ada?

Dalam Quran Allah telah menyatakan.. bahawa fitrah manusia itu suka kepada 3 benda.

1. Wanita/Lelaki (Pasangan)
2. Anak
3. Harta yang melimpah ruah

aa.. memang fitrah manusia..

Fitrah tetap fitrah.. Fitrah perlu dikawal dan dipandu kearah jalan yang betul.

Sekumpulan pelancong akan sesat kalau tidak ada peta tempat yang dorang pegi tu.

Begitu jugak manusia. Kalau tidak ada buku panduan untuk hidup, manusia akan sesat. Dalam mencari kecemerlangan hidup, manusia memerlukan buku panduan yang ditulis oleh penulis yang hebat. Maklumat yang terdapat di dalamnya tepat dan nyata. Senang untuk difahami dan boleh digunakan di mana-mana zaman sekalipun.

Yeah.. Buku Panduan Hidup.

Dalam Islam, buku panduan yang digunakan untuk menyusuri kehidupan ini adalah Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

Dalam agama lain pun ada buku panduannya masing-masing.

Yupp.. Kenapa ada banyak buku panduan nih?? Mana satu yang betul?? Yang ni perlukan kajian lebih terperinci. :-)

Dunia akan aman jika apa yang ada dalam buku panduan ini diamalkan.

Setakat buku panduan yang diagung-agungkan dan dibangga-bangga.. kalau ianya tidak diamalkan.. Ia bagaikan keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal dan berat. Kitab itu tidak memberi manfaat apapun kepada si keldai melainkan hanya penat dan lelah.

Dalam hidup ini, Fitrah manusia juga mahukan kepada kebaikan. Fitrah juga apabila manusia memerlukan Tuhan dalam hidupnya.

Sudahkan kita memilih siapa Tuhan kita? atau ia hanyalah pilihan yang tidak disengajakan.. Lahir dari seorang ibu yang mempunyai keyakinan terhadap Tuhan tertentu..

Fitrah.. bila kita mula berfikir apakah tujuan hidup ini..

Fitrah.. bila kita mula mencari Tuhan yang sebenarnya...

Fitrah.. Bila kita mula berfikir untuk hidup dengan lebih tenang dan bahagia..

Dalam Quran.. Allah menyatakan bahawa Allah telah memberi pilihan kepada kita.. jalan yang benar atau jalan yang membawa jauh dari Allah. Terpulang kepada kita untuk memilih..

Semua sudah besar panjang untuk disuap dengan nasi.. bila lagi kita nak gunakan otak ni dengan baik untuk memikirkan perkara sedemikian dan membuat keputusan dan pendirian di atas kaki sendiri..

Rodiitu Billahi Rabba.. Wa Bil Islaami Dinaa.. Wabi Muhammadin SAW Nabi wa Rasuulaa..

(Aku redha Allah sebagai Tuhanku.. Dan dengan Islam sebagai agamaku.. dan dengan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul..)

Wednesday, October 21, 2009

Bila Babi lebih MuliA..



Di dalam Quran Allah SWT menyebut..

"Sesungguhnya kami telah ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya " Surah 95:4-5

Gambar di atas adalah gambar sorang budak yang berusia 3 tahun yang didera, dirogol dan diliwat sehingga dia menemui ajalnya hari ini.

Astagfirullah..

Manusia jenis apa yang buat benda nih?? Manusia yang bernafsukan binatang, malah lebih rendah darjatnya daripada binatang.

Seorang lelaki Sudan, study kat KL, then tinggal sekali ngan aweknya yang dah ada anak 3 tahun sering melakukan benda yang sama ketika aweknya tu takde kat rumah.

Selepas melihat anaknya meninggal dunia, aweknya tu bersekongkol dengan mamat Sudan tersebut dengan mengatakan pembantu rumahnya yang membunuh anaknya.

Tapi dorang silap. Dorang ingat semua orang bodoh macam dorang. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tergelincir jugak dari pokok.

Kantoii..

Laporan Selanjutnya..

Budak 3 Tahun??

2 hari yang lalu, satu lagi kes telah berlaku.



Ni gambar baby yang dicampak dan dibuang oleh mereka yang berhati syaitan yang tidak ada sifat kemanusiaan di dalam dirinya. Sapa yang buat nih? Orang yang ada Islam pada namanya.

Apa sudah jadi dengan orang melayu Islam kita pada hari ini? Akhlak merundum habis-habisan. Agama ditinggalkan dan dianggap sebagai benda yang karut.

Kes adik Nurin Jazlin.. 


Sapa yang tak tau kes nih... Sian adik nih.. Diculik.. Dirogol.. pecah perut dan organ dalaman.. Apa cerita nii?? Adushh.. Sapa yang buat??

Dalam kebingungan, kita mencari jalan penyelesaian untuk membendung kegiatan Abg Syaitan Ar-Rajim nih..

Mulakan dengan melihat kepada diri sendiri, kemudian keluarga, masyarakat dan negara. Semuanya perlukan perubahan.

Perubahan yang bagaimana yang kita nak?

Islam ada caranya. Bila lagi kita nak gunapakai Islam dalam kehidupan kita?? InsyaAllah... Yakinlah.. Bila Islam yang kita gunakan sebagai dasar, perkara seperti ini akan dapat dikurangkan dan dibendung dengan serta-merta.

Bila Islam ditinggalkan.. Keruntuhan akhlak akan berleluasa, hiburan akan menenggelamkan umatnya, akan bermaharajalela lah para pendokong Abg Syaitan Ar-Rajim....

Fikir-fikirkan...

"Apabila Babi lebih mulia dari MereKa.............................. "

Sunday, October 18, 2009

Aku Bukan MusuH HarTa..



Aku Bukan MusuH HArta..
Puisi Karangan Dr MAZA..
Banyak yang boleh Diambil iktibaR dan Difikirkan..

Aku Kayyyyaaa.. Hehehe..

Friday, October 16, 2009

Sukan DalaM IslaM..


Sukan dalam Islam

Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas2 berikut:-


1) Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt:


“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…” (60 : al-Anfal)


2. Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt:


“Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.” (247 : al-Baqarah)


3) Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda:


المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير


Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” (Hr Muslim –sahih)


4) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut:


مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأنا مع بني فلان. قال فأمسك أحد القريقين بأيديهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لكم لا ترمون؟ قالوا: كيف نرمى وأنت معهم؟ فقال النبي صلى الله : ارموا فأنا معكم كلكم.


Maksudnya:

“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”

(Hr Bukhari – sahih)


5) Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut:


أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.


Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”(Hr Abu Daud)


6) Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:


لقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يسترني بردائه وأنا أنظر إلى الحبشة يلعبون في المسجد حتى أكون الذي أسامه


Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu.” (Hr Bukhari dan Muslim)


Etika sukan dalam Islam


1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud – daif).


2. Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan tidak jarang.


3. Tidak ada perjudian dalam permainan. Setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan.


4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan solat. Firman Allah swt:

“Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu)” (4 : al-Ma’un)


5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah bersabda:


لا ضرر ولا ضرار


Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan ahmad – sahih)


6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:


لأن يطعن رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس أمرأة لا تحل له


Maksudnya: “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hr Tabrani)


7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:


“Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.”

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh sobuni, Mausu’ah at-Tibbiah al-Feqhian oleh Dr Ahmad Kan3an, Feqhul Lahwi Wat Tarwih dan al-Halal wal Haram oleh Dr Yusuf Qardawi dan al-Al’ab ar-Riadiah ahkamuha wa dawabituha fil Feghil Islami oleh Ali Husein Amin.

dipetik dari - www.akhisalman.blogspot.com -

Fikir-fikirkaN.. :-)

PeacE...

Tuesday, October 13, 2009

g Kelas x ??

MasyaAllah.. teruk Jugak Tonsillitis nya nih..


"Salam.. anis.. watpe, esok Homtask ape? " Message yang aku hantar kepada sahabatku.

"Acute Tonsillitis & Dif Diagnosis"

Mmm.. Study.. Baca buku.. Sampai pukul 320 pagi aku terasa sedikit mengantuk.

"Sahur laa dulu.. "

Pukul 4 pagi aku set alarm HP ku pukul 6 pagi untuk solat subuh.

Pukul 6 Pagi.. HP berbunyi kuat melagukan lagu rancak UNGU.. Aku tersedar dan terus menyiapkan diri untuk solat subuh.

Seusai solat, fikiranku mencari-cari bantal.. Masih lagi mengantuk rupanya.. iya laa.. 2 jam jak tidur.. Mana boleh tahan..

Sambung tidur..

bila terbangun, jam di HP menunjukkan pukul 915 pagi.. Astagfirullah...

Kelas mula pukul 9 pagi.. Kelas pulak terletak kat hospital 7. Kira-kira 45 minit dari rumahku. Ya Allah...

aku mengira-ngira... 45 minit.. tambah dengan aku bersiap.. 1 jam.. tambah lagi dengan tunggu bas.. 1 jam 30 min.. astagfirullah.. Sampai mungkin pukul 1030 kat kelas.. Adushh.. Mesti cikgu tak bagi masuk punya..

Ya Allah.. tak boleh camni nih.. Tak boleh..

Sampai aku terfikir.. Aku rasa dalam diri aku ni ada jin kot.. tu yang susah sangat bangun mau pergi ke kelas tuh.. atau aku lah JIN tu... huhu.. Astagfirullah...

Semalam aku download ayat-ayat rukyah.. Ayat untuk menghalau segala macam jin dan syaitan.. Sahabatku pernah cakap, orang yang ada jin dalam badannya bila dengar ayat-ayat nih.. badannya akan jadi lemah.. jadi mengantuk..

Symtom-symtom tu macam ada ngan aku.. huhu... Atauuuu... aku memang camtuh.. haha.. Adusshhh....

Kena berubah..... BERUUUBBAAHHHH!!! .... InsyaAllah... Mulakan dengan hari ini.. Besok kena datang awal sikit.. kena tidur awal sikit.. bangun awal sikit.. Study awal sikit.... Study banyak sikit.. Tak.. Study banyak-banyak.. hehe..

Allah jadikan Malam untuk berehat.. Siang untuk bekerja.. Bila kita lawan hukum nih.. tu yang jadi macam-macam masaalah... :-)

Ya Allah... kuatkanlah hambaMu yang lemah ini.. Ampunilah dosa-dosa kami.. Ya Allah... Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...