Wednesday, August 06, 2008

KelemaSAn


"Jan jadi seperti orang yang dalam kelemasan di laut"

Sepupu aku Ijal ckp camni ngan aku td time dia crita psl tempt kejanya. Apa maksudnya aa??

cuba bayangkan.. ada seorang pakcik ni teriak " Tolong.... Tolong.... aku dah nak lemas niiii... Tolong... " pastu ada seorang anak muda yang kuat ni dengan ikhlasnya terjun ke laut tu untuk menyelamatkan pakcik yang malang itu.

Sesudah itu, apabila pakcik malang tu mendapati bahawa ada orang yang sedang membantunya.. oleh kerana fikirannya hanyalaa untuk menyelamatkan dirinya, dia menolak dengan kakinya kebawah pemuda yang ikhlas tu.. pemuda itu cuba untuk bertahan demi menyelamatkan pakcik malang itu.

selepas beberapa ketika.. Si pakciK malaNg mendapati dirinya seakan-akan sudah selamat tanpa ia memikirkan nasib dan keadaaan pemuda yang menolongnya itu. tidak berapa lama kemudian, dia mendapati badannya mula tenggelam semula. " mana dah pemuda tadi tu?? dia x nak selamatkan aku ke?? " getus hatinya..

rupa2nya pemuda tadi pun sdah mati teggelam disebabkan oleh pakcik malang yang scara terus menerus menekan pemuda itu ke dalam laut. sebelum pemuda itu mati, sempat lagi ia berfikir.. "pakcik niii... dahlaa orang tolong nak angkat dia.. pastu dia x pun tgok bahkan x memikirkan pun nasib dirinya yang sama-sama tenggelam dibawah..." pastu pemuda itu mati.

pastu.. tiba pula giliran pakcik itu untuk menemui ajalnya... Alangkah ruginya pakcik malang itu. hanya disebabkan perasaan mementingkan dirinya sendiri.. dia igt dia boleh selamat.. dia x pun sedikit memikirkan pemuda ikhlas tadi. lantas dia mati... dan pemuda tadi pun mati gak...

tamatlaa riwayat dua karakter dalam 2 keadaan yang berbeza.

:-) bnda ni laa yang kebanyaknnya berlaku dalam organisasi2 yang ada pada hari ini.. termasuklaa organisasi2 islam yang kononnya ditegakkan atas nama Agama.

Organisasi bakal menemui Ajal.... apa lagi Ahli2nya... Semuanya bakal Futur... kalo x pun... banyak yang akan beralih arah...

Disbabkan oleh apa??

kepimpinan yang tidak betul... kepimpinann yang melawan arus fitrah manusia.

Semoga kita dijauhkan dari bnda merugikan ini. InsyaAllah..

Tuesday, August 05, 2008

MBO (ManageMent by ObjectiVe)

Malam ni aku telah mempelajari satu teknik dlam menguruskan satu2 organisasi. Suka gak aku untuk berkongsi Ilmu ni... InsyaAllah.. Hehe..

teknik ni dipanggil Management By Objective.

Mula2 kita kena buatlaa 3 column diatas.

apa2 sahaja kerja yang kita mahu lakukan, pertama sekali kita kena tetapkan Objektif.

apa ciri2 objektif yang berkesan??

ada 5 criteria yang kena dipatuhi dalam menentukan objektif sesuatu perkara.

SMART

S= Specific
Objektif mestilah spesific dan terfokus.

M=Measurable
boleh dinilai. cthnya... sepuluh.. dua puluh.. seratus.. dll

A= Achievable
Objektif mestilah berbentuk benda yang boleh dicapai dan logik untuk dibuat.

R= Realistic
Objektif tu real laa..

T= Time
Objektif disertakan dengan sasaran jangka waktu. cth.. dalam masa setahun.. 2009-2010 dll.

ok.... setelah kita setkan objektif, kerja seterusnya adalah untuk memikirkan strategy apa yang sesuai digunakan untuk mencapai plan yang telah ditetapkan.

cth....

Objektif

Mengumpul dana sebanyak RM 10 000.

hmmmmmm.... nntilaa sambung... mau tdo dulu... haha... sdah pkul 2 pagi ni.. matilaa ndak cukup tdo nnti.. klah.. nnti sambung k..

Chowwww...

JimmY meNinggaL DuniA...

"pi.. mati sdah kucing tu.." mak aku bgtau aku slpas shja aku pulang dari Hospital. "ha?? kuciNg mana satu??" tekejut gak..

rumah aku ni dulu peminat2 kucing jgak. dulu ada smpai 12 ekor kucing gak laa. belakng rumah aku pun ada rumah kucing gak. kira Special gak laa kucing2 ni.. lantai bermozek plak tu. aisee... haha..

pastu mama aku ndak dpat jaga byak2 psl teda sdah org di rumah. semua adik2 ku di semnnjung. ela di asrama SMAKK. izat jak tggl di rumah ngan bapa. so ada 3 org laa.. bapa, mama dan izat.

jadinya, kucing2 tu dibahagikan kepada orang2 sedara-mara yang tggl di kmpg aku ni laa. Tinggal laa 3 ekor jak.. JimmY, Don, n Anak BalqiS.

aku pun sbnrnya suka gak ngan kucing2 ni. selalu gak men2 ngan dorg. kalo siang, kami buka jak rumahnya. so dpatlaa dorg berkeliaaran di halaman rumah. hehe..

mau djadikan crita.. smlam aku baru balik dr enjoy2 ngan sepupu.. dalam pkul 12 lebih laa jugak.. pastu smpai jak dirumah, bapa aku trbangun.. n pindah laa di bilik kan.. tdur. Sebelum tu, bapa aku keluarkan Jimmy dari bilik tu.. time tu Jimmy sdg tidur ngan adikku IzzaTi.
(dlm minggu ni, kami sgja jak biarkan kucing2 tu tdur dlm rumah baa..)

pastu, kesian gak aku tgok kucing tu.. haha.. aku ambiklaa ikan rebus n aku campurkan ngan nasi.. n bagi makan kt Jimmy ni. haha.. pastu aku tdo laa... penat Ba...

Esoknya......

"pi.. mati sdah kucing tu.." mak aku bgtau aku slpas shja aku pulang dari Hospital. "ha?? kuciNg mana satu??" aku tya kt mama aku. lalu mak aku bgtau laa si Jimmy yg sdah mati.

mama crita.. dia baru balik dari sekolah.. (Mama aku Guru Besar di SUIS Putatan) pastu dia terdengar suara kucing tu mcm memanggil2... (meowwww.. meowwww) tapi dlam nada yang pelan laa.. aiseemen..

mama aku pun g laa kt kucing tu.. diusap2.. hairan gak mama.. bila tgok matanya.. mmg mcm kelabu2 sdah.. pastu.. ndak smpai 3 min lepas tu.. kucing tu mati di depan mama.. Adoi.. sedih gak ei... Aiseemen...

:-)

time aku balik tu, aku ngan si Izzati laa.. psl aku baru ambik dia balik sekolah melayu kan. sebelum g sekolah agama (pEtang laa ni), Izzat g tgok si Jimmy yang sdah mati. aku tgok Izzat dari Pintu Rumah.... Aku tau dia sdang menangis depan kucing tu.... Aku sebak gak tgok scene tu.. aku panggil izzat...

"Zatiii.. Cepat.... mau jln sdah..." lantas dia cepat2 lap air matanya.. dia ndak mau aku nmpak dia mngis.. aku snyum jak... (dlam hati tu ada laa sdih ckit2)

Aku trfikir sejenak... adik2 aku ni mmg sensitif ckit.. lagi2 pmpuan kan.. n adikku izzati ni mmg sgt2 laa suka kucing2 ni. biarpun anak si balqis tu sgt bau... dia ndak kisah.. dipeluknya jugak kucing tu. hehe..

Hmmmmmm... hari ni banyak bnda yg membuatkan aku trfikir ttg fitrah diri ni sbgai hamba Allah. Sedih.. Gembira.. Marah.. Geram.. MenyampaH.. dan len2... Semuanya fitrah sbgai manusia biasa. yang mana semua fitrah ni hanya tunduk kepada yang Maha Kuasa.. Allah Rabbul Jalal.

ni baru kehilangan Kucing kan.... Hmmmmmmmmm...

Aku belum lagi bersedia untuk menerima kenyataan bahawa suatu hari nanti Ahli keluarga aku akan pergi menemui Ilahi. Aku terima.. tapi aku ndak pasti hati aku cmana nanti..

Ya Allah.. Ampunilah Ahli2 keluargaku.. Ampunilaa bapa.. Ampunilaa mama... Ampunilaa kakak dan adik-adikku.. Ampunilaa makcik2 dan pakcik2 ku... ampunilaa sepupu2 ku... ampunilaa orang2 kg ku... ampunilaa org islam di daerahku... ampunilaa kami kaum muslimin dan muslimat.. yang masih hidup.. maupun yang telah mati.. Sesungguhnya.. engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. terimalaaa Doaku wahai Tuhanku... Ampunilaa aku.. Ampunilaa aku... Ameeeenn ya Rabbal A'lameen...

Sunday, August 03, 2008

Seminar Serantau Belia BIMP-EAGA

hari ni aku g satu program yang aku rasa ok jgak laa... boleh laa ckit2.. hehe.. boleh tahan laa jugak.. penceramah2 pun macho2 gak.. gabungan penceramah dari Malaysia, Indonesia dan Filipina.

SEMINAR SERANTAU BELIA BIMP-EAGA

Belia.. haha.. belia lagi.. tapi kali ni melibatkan ngra jiran yang juga terlalu bnyak kontreversi yg terjadi di ngra masing2.

perbincngan scra umumnya berkisar tntang potensi, kelebihan, kelemahan dan cabaran2 yang ada pada ketiga2 kawasan BIMP-EAGA.

Apa sbnrNya BIMP-EAGA ni??

Brunei-Indonesia-Malaysia-Philipines East ASEAN Growth Area

yang merangkumi

Brunei Darussalam
kepulauan Kalimantan, Sulawesi, Irian Jaya, dan Maluku (Indonesia)
Sabah, Sarawak, WP labuan (Malaysia)
MIndanou dan Palawan (Filipina)

Objektif Umum Penubuhnannya??

1- mewujudkan pasaran tunggal dengan aliran bebas barang2, perkhidmatan, pelaburan, tenaga mahir, pelancongan, dan aliran bebas modal.

2- Integrasi Ekonomi - Menjadikan kaw ni sbg pgkalan pgluaran yang menark dan mewujudkan rangkaian pengeluaran yang lebih effisien.


dengan kata lainnya, kawasan2 tadi tu mempunyai sumber2 yang terlalu mahal dan sgt perlu untuk diusahakn oleh orang2 tempatan terutamanya yang muslim la.

napa BIMP-EAGA???

keempat2 kaw td kan ada sbnyak 50 juta org ba. ikut kajian yang dorg buat, 60-70% kaw2 ni adalah muslim. So, BIMP-EAGA dibuat juga untuk membantu anak2 muslim ni spya lebih maju di segenap bidang. Ekonomi.. Pendidikan.. Kesihatan.. dan len2..

kalao dgr crmah Prof Mdya dr Kasim Mansour.. Fuhh.. smgt tau.. dia ckp satu2 laa apa kelebihan rantau2 ni. dari segi ekonominya.. Fuhh.... kalo kita dapat menguasai kaw2 ni sepenuhnya.. kita laa yg akan jadi kaya raya.. ndak perlu kita mau berhutang ngan org ka.. org yang akan pinjam dari kita.. haha..

mana dgn hasil lautnya.. (laut Cina selataN baa tu).. Hasil hutannya.. Tanahnya yang sgt2 Subur.. dan banyak lagi laa.. fuhh... kalo aku yg jadi ketuanya tu.. akan ku bolot semua kekayaannya tu.. haha... pastu beli mercedes 14 biji.. haha...

1st point yang prof Kasim ckp adalah berkenaan dgn Modul Insan.

modul= Kualiti

Kualiti Insan...

aku pun setuju gak.. psl Modal insan ni laa yang menentukan sgala2nya semua gerak kerja kita. ndak kira laa ekonomi ka.. kerja dakwah ka.. dlam perubatan ka.. semua la..

napa pling pnting..???????

Allah SWT telah bgtau kita bhwa manusia ni adalah Makhluk yg pling Baik penciptaannya. so.. ndak guna ekonomi.. kalo insan yang menguruskan ekonominya tu teruk kualitinya. habes hncuS program tau.. haha.. gerak kerja dalam dakwah pun camtu gak.. kalo yang men buat jak tapi trsgt kurg kualitinya.. adoooiii.. lmbat laa mau gerak dakwah tu..

dlm perubatan pun camtu jgak. kualiti disini kan.. bukn bermaksd dia ni hebat n tau sgla2nya.. jadi dia pya kualiti sgt superb.. haha.. ndak cukup lagi tu baa joe..

Kualiti disini bermaksud dia ni cukup dalamn n luaran. Jadi Dr.. kena jadi Dr muslim.. kalo yg muslim laa... Kalo yg bukn Muslim.. Jadi la Dr yang Baik.. (MusliM= Orang yang SelamaT) samal jak laa ngan dr yg baik.. haha..

camana tu aa?? cthnya.. buat kerja tu mestilah ikhlas krana Allah. ada org cakap.. kalo ikhlas.. napa mau minta byaran?? psl minta bayaran tu mcm buat ndak ikhlas plak... aisee... susah jgak ba mau jwb ni...

Mlas laa aku mau jwb tau... Fkir sndiri laa k... haha..

tu psl modal insan.. pastu ada 4 cara tuk tingkatkan modal insan..

1- Pendidikan
2- kesihatan
3-Latihan
4-Migrasi

1-3 aku fham laa.... yg ke 4 ni aku blurr ckit.. he.. apa aa maksdnya.. ndak fhm tau.. abaikan laa.. isipadunya terlalu kecil.. hehe.. (nnti2 laa terg.. he)

lepas Modal Insan yang terbentuk ni sdah Ok... semuanYa sdah ada fikrah asas yang sama.. yang mana semua tunggaknya adalah Al-Quran dan As-Sunnah... InsyaAllah semua keja Jalan tau..

Ekonomi.. Pendidikan.. Kesihatan.. Fuhhh.... ndak dapat aku byagkan tau.. Sabah bakal jadi Serambi MekkaH yg ke 2 di malaYsia.. Hehe.. InsyaAllah...

aku sgt suka ngan idea yg diberikan oleh sorg pemimpin yang aku kagum jgak laa.. dia ckp apa tau... dia ckp.. we must think like minister... coz we r the Waiting GovermenT.. lujnah2 ni kalo boleh kena tukar sdah.. pkai kementerian.. Kementerian Tarbiyyah dan Budaya.. Kementerian PendidikaN.. dan len2..

aa.. bila aku mula berfikir camni.. aku nmpak misi dan visi aku.. Begin at the End of minD... untuk menjayakan perkara ni... Kita kena menjadi lebih Proactive.. pastu kena pndai susun... PuT 1st ThinG firsT.. kalo arabnya.. org pggiL Fiqh AulaWiyyaT..

dalam Menjayakan Satu WilayaH isLam ni.. kita kena Seek to underaTnd 1st... then To be Undrstood. SiNergy pun keNa ada.. dan lepas tu.... kita bakal nmpak hasilnya.... Apalagi.. jan tggu lama2.. Sharpen the Saw laa... haha..

pastu ada lagi satu.. yg last... lepas semua2 ni... sedar ndak sedar.... we must find our owN Voice.. then find Ways to Inspire others... hehe.. ni lebih kpda modal insaN laa...

Oklaa wei... NganTokkkkkk... mau Tdo sdaH... Mlm ni Pun aku balik Rumah dalm Pkul 12 lebih jgak.. smalam meetg .. aku smpai rumah pkul 1 mlm... adoi.. ada road Block plak tu... sdah laa lesen aku bermasaalah... IC pun nDAk bawa... takut2 nnti dickp aku ni PTI.. mati gak tu... haha.. smpaidi rumah... gegaran akibat pkuln Psycho Polis Trafik tu masih trasa..

Nseb bek ei... haha.. Alhamdullillah.. Allah masih Sayang ngan aku... Heheh... oklaa.... Chow... Saleeemmm..