Wednesday, August 06, 2008

KelemaSAn


"Jan jadi seperti orang yang dalam kelemasan di laut"

Sepupu aku Ijal ckp camni ngan aku td time dia crita psl tempt kejanya. Apa maksudnya aa??

cuba bayangkan.. ada seorang pakcik ni teriak " Tolong.... Tolong.... aku dah nak lemas niiii... Tolong... " pastu ada seorang anak muda yang kuat ni dengan ikhlasnya terjun ke laut tu untuk menyelamatkan pakcik yang malang itu.

Sesudah itu, apabila pakcik malang tu mendapati bahawa ada orang yang sedang membantunya.. oleh kerana fikirannya hanyalaa untuk menyelamatkan dirinya, dia menolak dengan kakinya kebawah pemuda yang ikhlas tu.. pemuda itu cuba untuk bertahan demi menyelamatkan pakcik malang itu.

selepas beberapa ketika.. Si pakciK malaNg mendapati dirinya seakan-akan sudah selamat tanpa ia memikirkan nasib dan keadaaan pemuda yang menolongnya itu. tidak berapa lama kemudian, dia mendapati badannya mula tenggelam semula. " mana dah pemuda tadi tu?? dia x nak selamatkan aku ke?? " getus hatinya..

rupa2nya pemuda tadi pun sdah mati teggelam disebabkan oleh pakcik malang yang scara terus menerus menekan pemuda itu ke dalam laut. sebelum pemuda itu mati, sempat lagi ia berfikir.. "pakcik niii... dahlaa orang tolong nak angkat dia.. pastu dia x pun tgok bahkan x memikirkan pun nasib dirinya yang sama-sama tenggelam dibawah..." pastu pemuda itu mati.

pastu.. tiba pula giliran pakcik itu untuk menemui ajalnya... Alangkah ruginya pakcik malang itu. hanya disebabkan perasaan mementingkan dirinya sendiri.. dia igt dia boleh selamat.. dia x pun sedikit memikirkan pemuda ikhlas tadi. lantas dia mati... dan pemuda tadi pun mati gak...

tamatlaa riwayat dua karakter dalam 2 keadaan yang berbeza.

:-) bnda ni laa yang kebanyaknnya berlaku dalam organisasi2 yang ada pada hari ini.. termasuklaa organisasi2 islam yang kononnya ditegakkan atas nama Agama.

Organisasi bakal menemui Ajal.... apa lagi Ahli2nya... Semuanya bakal Futur... kalo x pun... banyak yang akan beralih arah...

Disbabkan oleh apa??

kepimpinan yang tidak betul... kepimpinann yang melawan arus fitrah manusia.

Semoga kita dijauhkan dari bnda merugikan ini. InsyaAllah..

1 comments:

sarahss said...

ustat..7 ogos bday ustat ke?tbace dlm blog kaksarah..slmt hari lahir!! =)