Monday, July 16, 2007

PRaCTiCaL YanG BeSt....

Salamualeikum....

Lama ndak tulis dlam blog nii... aa kan.. lama jgak laa.... actually ana dah seminggu sdh di sabah nii... syoknya mmg ndak terkata laa.... tapi yg ndak syoknya tu... ada masaalah baa ngan lesen... so sekrg kena ambik balik lesen dari awal... adui... sakit gak laa.... mana ngan bayarannya... mana ngan kena baca balik buku praturannya tu... mana lagi ngan masa yang kadangkala mencumburui diri nii... aiseh... hihi....

ha.. psl praktikal... fuuhhh... syok betul laa.... balik hari tu hari ahad... isnin tu terus buat praktikal... haha... kena buat cepat... psl ada keja ckit bulan ogos nii.... bukan ckit... banyak.... macam2 laa.... kahwin sepupu laa... n banyak lagi... ndak bole bagitau byak2.. hihi...

ha.. smbung psl praktikal.... hari pertama pgi tu... perasaan tu bercampur baur... takut ada... segan ada... exited ada.. suma laa... ni laa.. ana nak cita ckit... bayak sbnrnya cita nii... tapi yang len tu nanti laa ana smbung... bisuk kaa... psl sekrg ni pun sdh pkul 12 mlm baa nii.. kena tdr baa... mau bgun awal... semangat ckit pgi praktikal besok pagi.... hihi...

hari pertama mama n bapa yang antar... pastu gi laaa di pejabat pendaftarannya tu... pejabat hospitalnya laa baa... so ana pun jumpa laa sorg pakcik ni.. pekerja sana laa... ada laa jugak ramai dalam pejabat tu... dalam 3-4 org jugak laa... pastu ana ckp laa mau buat praktikal di sana... takut gak... yalaa kan... nnti tersalah kaa.. apa kaa... pastu pakcik tu tya... doktor ka??? ana jawab laa... aa... doktor... terus pakcik tu mcm tetiba berubah... n jadi bersemangat mau tolong... pastu ana dibawa ke pejabat yang len plak.... jumpa macam2 org... n suma di pejabat2 tu baik2 belaka... senyum jak.... suma senyum... ana pun senyum jugak laa... n mcm besa laa.... gula msti ditambah dlm senyuman tuu... tu yang nmpak manis tu... hihi....

lama gak kena tggu di pejabatnya tu... ada laa lebih kurg 2 jam lebih.... baru dapat surat boleh buat praktikal... 2 minggu di medical ward... n 2 mggu lagi di surgery department.... n lepas tu ana g jumpa Dr kalis... Dr ni Indian laa... Dr ni pun baik gak.. sebelum tu dia pesan ngan ana.. u have to do whatever u want to do.. no one will asked u to do anything... u will learn them yourself.." ... ana ditempatkan di 3 tempat... yang mana ana boleh pgi ke tempat tu suma.... chronic male n female... n cardilogy department... tuk 2 mggu yang 1st.... n hari pertama ana g chronic female ward jak.... waktu tu ada 3 org jak student yang buat praktikal... 3 Dr housementship... n sorg Dr MO...

kedatangan ana disambut baik gak laa... dalam waktu tu.. ana just round2 ngan dr jak... smpai zohor.. ana g solat zohor n smbung praktikal ana... dalam pkul 330 tu... penat sgt ana rasa... hehe.. lagi2 kitaorg ditempatkan kt DR room... ada aircond plak tu... apa lagi... duk sat.... hihi.. pastu ttdr laa plak.... smpai 530... bila trbangun... ana cepat2 angkat beg...n balik.. sebelum tu singgah surau sat solat asar....

Balik plak naik bas jak... jauh plak tu prhentian basa yang nak g rumah ana... depan wisma Muis... pastu kena tggu bas lebih kurg 40 min.... adui... sakit gak laa.... dlm pkul 7 baru smpai rumah.... fuuhhh.... hari pertama yang sgt menyakitkan..... hihi.. tapi sangat menyeronokkan....

mmm... ok laa... ndak tau baa apa mau tulis ni... besok laa... smbung... :-) klah... salam sayang tuk suma....

Ya Allah... Ampunilaa dosa2ku... dosa dua ibu bapaku... dosa saudra2 ku... guru2ku... kawan2ku... n suma kaum muslimin n muslimat yang masih hidup maupun yang telah meniggalkan kami.....

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati... tetapkan hati kami diatas jalan agamaMu.. dan ketaatan kepadaMu.....

Wahai Tuhan yang maha pengawal... Jauhkan kami dari sifat2 munafik... jauhkan kami dari menjadi sebab kemerosotan AgamaMu....

Wahai Tuhan yang maha Perkasa.... Kuatkanlaaa tubuh badan kami... zahir dan batin kami... Fizikal dan mental kami... n jadikanlaaa kekuatan kami ini sebagai sumber kemenangan kepada agamaMu ini ya Tuhan......

Ameen ya Rabbal Alameen.... Kabulkan doa kami.. Wahai yang Maha Pemurah....

- Afifi S -

Tuesday, April 10, 2007

ToloNg IgatKan Ana!!!!


Tolong ingatkan ana
andai ana terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan ana
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan ana
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan ana
dengarlah dan bacalah al-quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

Tolong ingatkan ana
di mana Islamnya zahir ana
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan ana
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan ana
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan ana
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan ana
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya kpd Dia

Sunday, April 08, 2007

AliYah isTeriKu


Aliyah,
" Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,

Mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.
Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.

Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah."Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah."Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan
bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya."Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang
sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang menggilai wanita yang jauh lebih muda."Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu- dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.

Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah."Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis."Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin."Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah.

Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar
Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar- benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia
cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg
jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.





Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg anya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western
food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,
cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding denganAliyah. .. Aliyah sayangkan Abg. Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

Monday, March 26, 2007

Dan Syaitan Pun Merasa Takut...


Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan shalat, maka si syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu dzuhur orang ini tidak mengerjakan shalat, si syaitan tersenyum lebar sambil berkata di dalam
hati, “Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu
dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, si syaitan mulai terdiam...... Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak shalat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat Isya, maka syaitan itu menjadi sangat panik. Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!" Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan
menjadi sahabat?".

"Aku takut!", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknatNya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud padaNya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata syaitan sambil berlalu pergi.


ps: Syaitan pun takut pada Allah.. inikan pula manusia..
Renung-renungkan

(Ni ana Copy PAste Jak dr Email Ana... kawN yang Bg.. :-) JazaakillaH..)

PeRuBaHan???


Mau BeruBah aa?? bleh jak... tapi kena laaa korban ckit... bukan senang ni mau berubah... berubah pun ndak boleh laa sekaligus.... nnti jadi lain pulak... kalo mau berubah... pelan2... insyaAllah Allah akan lihat kesungguhan kita... rilek jak....

dalam menyusun perubahan dalam diri... yang paling pnting kita kena tau perubahan apa yang kita mau buat... kena tetapkan matlamat jangka masa pnjang n jangka masa pendek.... ni sama mcm kita mau cari pengaruh kan.... 1st sekali... kita kena tetapkan matlamat yang oaling awal sekali... napa kita nak cari pengaruh nii.. untuk apa??? tujuannyaa??? n kalo kita mau impian kita ni adalah impian yang Allah redha.... kita kena tetapkan matlamat kita yang paling awal sekali.. ialah kita mau cari pengaruh hanya kerana Allah SWT... psl kita nak diri kita ni jadi sumber untuk org lain dpt hidayah Allah... mcm pintu hidayah Allah laa jugak.... cam yang Nabi sabda laa... sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling bermanfaat buat manusia lain...

kedua... kita kena susun bebetul apa yang kita nak buat dlm proses perubahan nii... n kita kena setkan dlm hati kita yang kita boleh terima segala mcm bnda.. manis kaa.. pahit kaa.. masin ka.. masam kaa... suma laa. pastu perkara yang pnting jugak ialah pengamalan trhadap bnda2 yang telah kita rancang tuu...

dalam kita buat apa yang telah kita rancang tuu... pastikan kita betul2 dapat belajar dr pengalaman... selepas buat satu perkara niii... tengok balik.. muhasabah balik.... lihat balik... belek2 ckit.... apa bnda yang kita kurang dan perlu kita tingkatkan..... mesti kita buat camni kalo kita mau capai matlamat asal kita untuk berubah..... n dlm konteks pengaruh td... kita kena laaa koreksi balik apa yang sdh kita buat kalo kita mau pengaruh kita disisi org ramai semakin kuat....

pastu bila kita sdh buat suma step2 niii... insyaALlah kita akan nntikan hasilnya... kita akan rasa jugak manisnya perubahan dlm diri kita... kita kaan kenal jugak sapa diri yang sebenrnya... pastu apa yang kita buat insyaAllah sumanya akan berjalan dengan lancar.... cam kata ada cendiakawan tuu.... ana pun sdh lupa sdah... kalau kita dapat kawal diri kita... kita akan dapat kawal dunia niii... cam tu laa lebih kurang.....

:-) teruknya ana ni susun ayat2 ana nii... sbnrnya sdh lama ndak tulis baa.. tu laa psl ayat2 yg cantik2 n lawa pun ndak ada sdah... hilang ditelan study yang banyak (konon laa)... haha... klah... yang paling pnting... kita mmg kena berubah..... bukan apa... kita ni suma org2 harapan Islam nii... n ana nasihat ni 1stly buat diri ana sndri laa... pastu family ana... kawan2 ana... n sapa2 laa yang ana kenal n yang x kenal.... :-) oklaaaa...

nnti ana post lagi.. best jugak aaa men2 post niii.... iyaala... time2 semangat boleh laa..... haha.. oklaa... Lmbat sudah... Wassaleemmm...

Sunday, March 25, 2007

lama ndak post......


Saleemualeikum....

iyalaa... lama sdah ndak post balik kan... ndak apa laa... mlm ni post kejap.. psl kejap lagi mau g surau ni solet isyak.... sekrg pun sdah tambah 1 jam lambat.,.... kalo dulu isyak pukul 740... sekrg isyak pukul 840... lambat ckit.. ndak lama lagi... isyak pukul 1040.... tu time2 summuer laa....

mmm... masa... apa jugak kepentingan masa nii aa.... ?? napa smpai Allah swt sebut dlm quran aa... org kata masa tu emas.... tapi emas boleh dijual beli... org kata lebih mahal dari emas.... apa laa jugak bnda tu yg lebih mahal dr emas tuu???

mmm.... kalo ana.. masa tu adalah kehidupan.. setiap detik yg berlalu tu maksudnya kehidupan kita semakin berkurang... ya laa kan.... mcm lilin... kalau lama2 hidup.. habis jugak lilin tu nnti kan dibakar oleh api yg bernyala di pangkalnya... cam tu laa jugak kehidupan... bila sdah smpai masanya... pasti akan mati juga kita niii... n mati ni pulak ndak mengenal rupa pangkat au jawatn... au apa2 laa.... bila izrael datang memanggil.. teda sapa dpt lari n minta tunggu kejap kaa... minta postponed kaaa dulu psl ada keja lagi ndak siap....

bila jugak kita ni selalu trfikir ttg masa...??? biasanya kita trfkir kan bila kita ni terlampau cbuk baa... sibuk sgt.. smpai suma bnda pun tinggal... makan pun ndak... tdo pun ckit.... n time tu laa kita terfikir... aduiinaaa.... napalaaa aku ndak pakai time td tuu tuk siapkan keja nii dulu... tengok sekrg... kan mcm apa sdah... suma bnda pun kucar kacir... pastu stress pun meningkat... darah pun naik... jadi primary hypertension.... heart jd tachycardia...

oklaaa... ana mau g solat dulu kejap.... pastu ada usrah... n ana smbung balik ckit psl masa nii... then study... k... wassaleemmm... (UK dialect)