Tuesday, April 10, 2007

ToloNg IgatKan Ana!!!!


Tolong ingatkan ana
andai ana terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan ana
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan ana
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan ana
dengarlah dan bacalah al-quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

Tolong ingatkan ana
di mana Islamnya zahir ana
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan ana
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan ana
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan ana
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan ana
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya kpd Dia

1 comments:

saifuddin said...

sAlAm

tAk PeNaT kE TuLiS kEjAp BeSaR kEjAp KeCiK?