Friday, May 02, 2008

JelajaH BenuA CSMU - ISIM-KUU-GAMTET -


Minggu depan InsyaAllah ISIM akan menganjurkan satu lagi program tahunannya iaitu Porgram Jelajah Benua. Program kali ni lebih berkonsepkan KEBAJIKAN. Macam biasa laa.. Kalau kita just cakap Perkataan KEBAJIKAN sahaja, mesti ada banyak pandangan tentang Perkara ini. N camana kita melihat benda tu.. mcm tu laa yg bakal kita dpat.


Cth yang biasa kita dengar.. ada 3 orang yang datang ke pantai. A, B dan C. si A datang ke pantai dan melihat pantai sebagi tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan ketenangan. So bila dia ke pantai tu, maka jiwa dan emosinya mula terubat. Si B pulak melihat pantai/laut sebagai tempatnya untuk mencari rezeki. So setibanya di pantai/laut, maka dia mendapat apa yang dicarinya. Bagi si C pulak, dia melihat Pantai ni sebagai tempat untuk melombong minyak. So dia menjadikan pantai yang sama untuk melombong sebanyak mana minyak yang telah tersedia.


So sama jugak ngan Program Jelajah Benua ni. Bila kita bercakap tentang kebajikan, Hasil dan Result yang cemerlang lagi gemilang yang kita harapkan adalah bergantung kepada bagaimana cara kita memandang Program seumpama ini. Disini aku dapat lihat dari beberapa sudut yang berbeza. Antaranya dari sudut pandangan sebagai AJK Jelajah Benua dan satu lagi dari sudut pandangan PESERTA Jelajah Benua.

1. AJK Jelajah Benua

Biasalaa.. lain orang lain ragamnya. Maybe Ada AJK/Naqib-Naqibah yang melihat program seperti ini adalah sebagai Beban terhadapnya. Ada juga yang memandang ianya adalah untuk kepentingan sesetengah pihak semata-mata. Tidak kurang jugak yang melihatnya sebagai satu program yang seolah-olah melawan ataupun mencabar Kuasa dan pengaruhnya. So, kita dpat buat kesimpulan awal bahawa pasti akan berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya apabila terdapat ketidak kepercayaan antara satu sama lain dalam AJK ataupun Naqib-naqibah itu sendiri. N x perlulah aku cakap bnda apa yang bakal berlaku tapi akhirnya memang sgt tidak cantik. Semua boleh Faham kan…


Maybe ada jugak yang melihat Program-Program seperti ini adalah program bersama untuk memahami “Erti Hidup Pada Memberi”. So laungan untuk menyatukan Fikrah kepada benda-benda yang ASAS dibuat bersungguh-sungguh dengan menjaga segala sensitivity agar Kesatuan dan perpaduan terjaga antara satu sama lain. N dari sini kita akan dapat lihat insyaAllah result yang terhasil akan memberikan Impak yang Maksima kepada semua AJK dan Nuqaba’ itu sendiri.

2. Peserta Jelajah Benua

Memandangkan Progrm yang akan dijalankan sudah dekat sgt dengan Exam, maka maybe ada yang mengangap program ni sebagai Program yang akan membuang masanya. Ada juga yang memandang ianya sebagai satu perkara yang bakal mematangkan fikirannya untuk lebih maju kehadapan. Terdapat sesetengah pihak yang melihat ianya sebagai tarbiyyah diri untuk menjadikan dirinya sebagai seorang professional yang benar-benar ingin hidup dengan kehidupan yang berkonsepkan dengan konsep Islam. Ada juga yang melihat luarannya sahaja. Jumpa orang.. ziarah.. Makan sedap dan lain2 lagi.


Apapun yang difikirkan oleh bakal peserta Jelajah benua, kebaikan atau keburukan yang tersurat dan tersirat semuanya bergantung dengan cara mereka memandang Program seperti ini. Ada yang Join hanya disebabkan oleh takut membernya kecik hati yang sungguh2 nak ikut program ni. dan Ramai juga diantra Peserta yang Ikhlas dan benar-benar inginkan sebanyak mana kebaikan dan kebajikan yang bakal didapati dari program yang sederhana ini.

So Semuanya Bergantung camana kita memandang sesuatu perkara. Ada yang memandang Dapat 5 dalam exam sebagai orang yang pandai dan tidak kurang juga yang memandang sebaliknya. Ada yang memandang dapat 4 au 3 adalah org yang lebih beruntung kerana dorg tahu dimana tahap kesungguhan yang mereka perlu tambah dan lain-lain lagi.


Mmmmm… ada yang memandang bila aku menulis atau melemparkan sesuatu idea tanpa memmberikan Nas-Nas Al-Quran dan HAdis, maka ideaku patut ditolak kerana tidak disandarkan bukti yang kukuh dari pengamalan Sunnah Nabi dan para Sahabat RA. Sebenarnya aku menulis bukan untuk membahaskan ilmu-ilmu Fekah dan lain-lainnya tetapi hanyalah bertujuan untuk menggerakkan minda dan fikiran kearah yang lebih terbuka dan luas. Aku Cuma menyatakan pendapatku dan pandangan aku yang lemah ini terhadap isu-isu yang sedang berlaku.


Yang baik hanyalah dari Allah….. yang Buruk datang dari kelemahan dan kehinaan diriku ini… WallahuA’lam…

1 comments:

sarahss said...

ganbatte ustat!! :)