Bila waktu telah berakhir..
Terkedu membaca kisah Teh Afifah Syahirah yang kehilangan suami tercinta selepas 4 jam berkahwin. Belum hilang merah jari ditangan, suami dan keluarganya dipanggil Ilahi kembali kepadaNya..
Al-Fatihah..
Selepas menyampaikan khutbah jumaat lalu, Amir datang berdekatan dengan aku.. lalu membisikkan sesuatu..
"Tau tak. Ustaz Alauddin masuk hospital?? "
"Tak tau laa pulak.. napa masuk hospital?? "
"Kawan aku bagitau tadi, dia kene operate.. setakat ni dah buat 4 operation dah.. Intestinal obstruction.. "
Ya Allah... aku terkejut mendengar berita tersebut..
Ustaz Alauddin, seorang teman yang mesra berasal dari palestin. Aku mengenalinya sejak aku mula-mula datang ke Ukraine.
September 2004
"Assalamualaikum... " Kata Ustaz Alauddin dan beberapa lagi sahabat arab..
"Waalaikum Salam warahmatullah.. " Jawab aku..
"Novie student?? Kak Vas ZAbut?? Atkuda vam?? "
aku tersenyum.. sewaktu itu aku belum lagi memahami bahasa Russian.
"Ana Mohd Afifi.. "
"Muhammad?? au Afifi..?? "
"Afifi.. mumkin Muhammad.. " sambil melebarkan senyumanku..
"Min aina enta??" aku bertanya..
"Tatakallam billoghatul arabyyah eh.. Jayyid... ana min palestin.."
" Palestinn?? Gazza?? Hamas?? "
Ustaz Alauddin tersenyum mendengar kata-kata ku.. Sewaktu itu aku berasa sangat-sangat beruntung kerana mengenali seorang sahabat yang berasal dari Palestin. Ya Allah... Palestin.. Negeri yang sehingga hari ini belum lagi ada titik penyelesaian buat penduduknya..
Semenjak itu aku mengkagumi susuk tubuh kecil kelahiran Palestin itu. Dia juga merupakan Hafiz Quran dan mempunyai bacaan yang sangat-sangat sedap. Alunan Quran mendayu melembutkan hati yang mendengar. Alangkah sedapnya bacaan saudaraku ini. Penuh dengan penghayatan dan keinsafan.
Setiap selesai solat bersama ustaz Alauddin, aku dapat melihat air jernih bergelumang di kedua kelopak matanya. Ya Allah.. Aku suka sekali memandang wajahnya.. Wajah yang penuh dengan Nur dan cahaya.. Wajah yang mengingatkan aku dengan Allah.. dengan perjuangan Islam..
March 2005
"Ustaz.. baca khutbah okay minggu depan.. Ganti-ganti.. " Abang Ali berkata kepadaku..
"Ha?? Uishhh.... biar betul.. Ndak penah lagi nih bang.. "
Ustaz Alauddin datang kearahku.. sambil berkata..
"Afifi...... Khutbah dlya Vam sledushi nedelyu.. Kharasho?? "
(Afifi... khutbah minggu depan awak yang kena bagi okay ?? ")
Huhu.. aku terkesima seketika.. Biar betul nih.. aku baru je datang ketempat nih dah kena bagi khutbah.. Ish.. ish.. ish..
Setiap kali aku ditugaskan untuk memberi khutbah Ustaz Alauddin akan datang sekali untuk mendengar dahulu khutbahku. Khutbah kedua dalam bahasa arab disediakan olehnya dan aku disuruh mengulang berkali-kali agar lebih teratur dan lebih lancar.
"Skolka raz Uzhe Afifi ti chital?? "
(Berapa kali dah awak baca ni Afifi??)
"Tri raza.... Tolkaa.. "
(3 kali jee.. )
"Eta ni khuatait... nada mnoga raz... panimaesh?? "
(Tak cukup tuh.. kena banyak kali lagi.... Faham tak?? )
"Daa... ponyolll... "
(Iyeeee... faham.. faham..)
Tahun 2006
Kami menjemput (Tetamu Special) Ustaz Alauddin.. Sheikh Basil, Dr Yusuf dan dan seorang lagi yang terlupa namanya datang untuk menjamu selera ketika buat Bilik terbuka sempana hari raya.
Semua juadah raya dicuba.. Dan makanan special malam itu adalah Ayam Tandorii yang dimasak oleh Iqbal. Malangnya sahabat lain tidak berkesempatan untuk merasa kerana semuanya dah dihabiskan sewaktu tetamu special yang datang lebih awal. Lagipun ayam tuh tak masak banyak pun.. Tu yang kawan-kawan wat Demo kat luar bilik kerana makanan tak cukup malam tuh.. Hehe..
Banyak lagi kisah manis dan pahit selama aku mengenalinya..
Beliau juga merupakan tenaga pengajar kelas Agama yang diadakan setiap hari Jumaat dari 2005-2007.. Kadangkala diganti oleh Sheikh Basil yang juga merupakan seorang Doktor dan Murabbi di Pusat Madrasah Tahfiz Simferopol. Selepas Sheikh basil kembali ke Jordan, Ustaz Alauddin mengambil alih pentadbiran madrasah Tahfiz sehingga ke hari ini.
Tahun 2009
Perang meletus di Gazza memanggilnya untuk pulang ke tanah air tercinta. Dia kembali dan menjalankan tugasnya sebagai seorang Doktor merawat mangsa-mangsa kekejaman Yahudi Laknatullah..
Aku menelefonnya sehari sebelum dia pulang ke Palestin..
"Assalamualaikum Yaa Sheikh Alaauddin.... Vi znaiyete dan shto zaftra yest Namaz dlya Palestin...?? Vi budit Imam daa?? "
(Assalamualaikum Sheikh.. Awak tau kan besok kita ade wat Solat sikit tuk orang-orang kat palestin?? Awak akan jadi imam kann?? )
"Waalaikumussalam.... Da... BavShizhitii daa?? Znayuuu... Nyet.. Ya ne Imam.. Arnus budit.. Pachimu Afifi?? "
(Waalaikumussalam.. Ya.. buat kat Hostel kan... Saya tahuu... Tapi saya tak jadi Imam.. Arnus yang akan jadi imam... Kenapa Afifi?)
"Okay..... Pachimu ne vam?? Fsee khochet vii imam zaftra.. Ani skazali shto Vasha Dua Ochen Kharashoo... Lutsheee.. "
(Okay... napa awak tak jadi imam?? Semua kat sini kata nak awak yang jadi imam.. Dorang kata doa awak sangat bagus dan lebih baik lagi...)
"Hehe... ya ne buditye zaftra.. Zaftra ya uyekhal damoi.. Gazza... "
(Saya takde esok.. esok saya akan balik ke gazza... )
aku merindukan bacaan qurannya.. aku merindukan bacaan doa qunutnya yang sangat mendayu-dayu..
Tahun ni aku join solat Malam Lailatul Qadr kat Arraid pun pasal aku nak melayan malam tu dengan bacaan qurannya.. Tahun last aku berada disini.. Tahun last aku nak dengar suara temanku ini..
Seringkali aku berjumpa dengannya.. kami akan berbincang mengenai Palestin.. suatu hari dia pernah berkata padaku..
"InsyaAllah.. kita akan jumpa di Palestin nanti" Kata-kata yang sangat memberi semangat padaku.. Allahu Rabbi..
November 2009
Beberapa minggu lalu dia datang kerumahku meminta ebook yang berkaitan dengan Medic. Dia sedang menyambung postgraduatenya dalam pengkhususan Cardiology.. Aku menjamunya dengan Juice yang baru kubeli petang itu.. Huhu.. Wajah yang sangat mententeramkan hatiku..
Malam itu kami bertanya khabar dan bercerita mengenai masa depan yang masih tidak kelihatan.
"Awak duduk seorang je kat sini Afifi?? "
"aa.. seorang je.. Lagipun dah last year kan.. so kena banyak study sikit.. hehe.."
"Ohhh... dah nak habes dah awak ni Afifi.... tak sedar eh.. " katanya sambil tersenyum..
Aku terasa sedikit terharu dengan kata-kata itu.. Bila lagi kita akan berjumpa dan bertemu selepas aku balik ke Malaysia...
"Awak dah kahwin belum nih?? " Ustaz Alauddin bertanya lagi..
"Ish.. Belum lagi... InsyaAllah lepas habes study nih.. Di Malaysia.. hehe.. " balasku dengan penuh keyakinan..
Aku bertanya lagi..
"Enta sheikh.. bila habis specialist nih?? "
"InsyaAllah ana akan habes 2011.. 2 tahun lagi.. lepas tuh.. balik Palestin laa.. Kerja di sana.. " jawabnya dengan tenang..
Hari Ini..
Hari ini...... aku bertanya dengan seorang sahabat arab..
"Apa cerita Sheikh alauddin?? napa takde sape pun yang bagitau kat kitaorang dak-dak malaysia nih?? "
"Bukan camtuh.. semua orang pun tak tau keadaan sebenar dia.. Dr Diah sahaja yang dibenarkan untuk melawatnya.. dia sekarang berada dalam unit ICU.. Intestinal Obstruction.. 4 kali buat operation.. Dan................ "
"Dann ????"
"Prognosis tak berapa bagus.. Proffesor kat sana kata.. Kemungkinan besar dia akan pergi.. "
Haa?? ya Allah.. Apa nih?? apa jadi nih??
AstagfirullahalAzeem..
"Doa je laa.. kita pun tak boleh buat ape dah.. Tingal doa je.. tu yang paling penting.. " kata sahabatku itu..
aku termenung seketika.. Umurnya yang baru nak mencecah 29 tahun.. Tahun lepas baru sahaja berkahwin dengan seorang muslimat Russian..
Aku teringat semua kenangan ketika bersamanya..
Ya Allah... engkau berilah yang terbaik buat Saudaraku ini... Selamatkanlah dia ya Allah.. Sembuhkanlah dia ya Allah...... ya Allah.... Berilah apa yang terbaik disisiMu untuknya...
Di kesempatan ini.. saya mengajak semua kawan-kawan untuk sama-sama berdoa untuk kebaikan dan keselamatan sahabat kita ini..
Ya Rabbana..........