Hati
Bila ia terasa sunyi
kosong tidak berisi
Tambah pula dosa yang menyelaputi
lalu
ia mula menagih simpati
Sentuhan luaran dicari-cari
Apakah ubat yang boleh mengubati
Bagaikan penjara dunia
Hidup dirasakan tidak bermakna
Masa terbuang begitu sahaja
berlalu meninggalkan diri terpenjara
Astagfirullah..
Lihatlah hambaMu ini ya Allah..
Pandanglah daku dengan pandanganMu ya Allah..
Hati
Bila iman tidak mengisi
ia bagaikan alunan ombak yang menari
kadang kesana.. kadang kesini..
ia terbuai-buai..
dipermain angin yang meniupi
Ya Allah.. Ampunilah diri ini
Diri hamba yang lemah
hina dan dina..
Ampuni daku..
Astagfirullah..
0 comments:
Post a Comment