Hadis Abu Hurairah r.a:Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku.Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa.Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku.Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa.Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku.Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu.Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu.(HADIS RIWAYAT MUSLIM)Copied froM
MujahidfillahAstagfirullahlAzeem... Betapa Allah SWt tu sangat-sangat pemurah n pengasih lagi penyayang terhadap hamba-hambanya. buatlaa dosa banyak mana pun, Allah dah janji Allah akan ampunkan juga. Biarpun dosa tu sebesar gunung Kinabalu au lebih besar dari tu.. Sedikit keikhlasan Memohon Keampunan kepada yang Maha Pengasih.. InsyaAllah Allah ampunkan.
So, jan putus harap dari rahmat Allah SWT. Segala yang berlaku semestinya ada hikmahnya yang Allah dah sediakan. Mungkin bukan hari ini, kalo kita dapat bersabar dan redha dengan apa yang Allah berikan dan uji, insyaAllah Allah akan balas dengan yang lebih baik dari tuh.
Ikhlas... Sabar.... Redha...
Allah Sedang berbicara denganmu.. Bicara Allah.... Adunan Allah... Celupan Allah.... Beruntung bagi mereka yang sedar akan BicaraNya......
Ya Allah.. Ampuni Dosa Kami... Ameen..
0 comments:
Post a Comment