Sunday, June 28, 2009

Menunggu hari PulanG


Alhamdulillah.. Habes juga akhirnya exam yang berlalu selama sebulan lamanya. Alhamdulillah..

Exam-exam macam ni memang sangat-sangat menguji keyakinan dan keimanan kepada Tuhan. Fuhh.. Aku pun tak tau aku lepas ke tak ujian ni.. Semoga semuanya diterima Allah.. Ameenn..

Sekarang ni teringat nak balik Sabah je ni.. Balik... Balik... InsyaAllah balik Malaysia 2hb depan via Turkish Airline Singgah Jap kat Istanbul n turun kat Singapore. Then dari Singapore balik nek Air Asia sampai KK. InsyaAllah...

Ada 4 hari lagi sebelum nak balik. Nak buat Apa niii?? hihi..

Apa lagi... Plan laaa apa barang mau buat sampai Sabah nanti kan.. Banyak gak kerja mau buat ni. haha..

Ada gak kawan yang tak balik Malaysia.

"So.. ko tak balik ni ko buat ape laa kat sini?? "

"aku lepak je laa.. tak buat ape2 pon.. boring laa... "
Jawab Bro X

"Boring eh.. balik je laa Malaysia.. leh wat banyak benda.."

"tak laa... takde orang pun kat rumah.. Adik aku kat KL.. Mak aku ade kursus 6 Bulan kat Kedah.. n Bapa aku sekrang kat Papua New Gunie.."

"Ha?? Jauhnye semua... Pastu engko kat sini.. huhu... " Balas aku..

"Ntah laa.. sama je.. balik Malaysia takde pape gak.. duk rumah je.. buat ape.. baik aku duk stay sini je.. "

Hmmm... aku terfikir gak.. Hmmm... Tul gak tu..

"Then ko gi laa Jalan-jalan ngan member-member ko ke.. "

"Member?? Hmmm... Dorg semua keja laa.. taknak laa kaco.. dorang pun bukan ade masa gak.."
Rungut Memberku tu..

ketika itu aku terbayang-bayang tempat lahirku. Aku pun tau yang kawan-kawanku pun ada yang masih belajar, sudah bekerja dan lain-lain. Semua ada tanggungjawab masing-masing. Yupp.. semua orang sibuk dengan tugas dan program sendiri.

Apa yang aku nak buat balik nii?? Huhu...

Banyak..... Yupp.. Banyak...

Praktikal.. Kereta... Mengembangkan Pengaruh.. (HeHe..) Layan adik-adik.. keluar ngan member.. Join Program-Program masyarakat... lepak ngan Sepupu-sepupu.. Banyakkk lagii.. Yupp... Dalam kepala ni idea datang mencurah-curah..

actually kan.. Hihi... taun lalu pun macam ni jugak.. banyak je plan yang nak buat.. tapi sikit je yang aku dapat wat.. huhu... Takpe2.. pelan2..

N sekrang ni... AKu teringat Kereta Wira aku tu je laa... Yess.. aku dah ade lesen kereta.. (dah lama dah ade... cuma dulu ade masaalah sikit.. then lesen aku kena tarik.. huhu... malas laa nak ingat lagi.. biar je laa.. ) So, bila dah ade lesen keta, maksudnya aku leh jalan kemana-mana je tanpa perlu berhati-hati dengan Polis traffic... Hehehe...

Sebelum-sebelum ni memang takde lesen pon.. Jumpa Traffic aku buat-buat serius je.. Hihi... tak kurang juga yang lari dari Polis.. nampak polis kat depan, Then pusingggg... Jan tak pusinggg... nak Bayar RM 300??? Tak nak aku... Ape lagi.. Pusing je laaa... Hehehe.. Idea sepupu aku laa ni.. Time tu, ade gak yang mencontohi aku.. turut pusing.. maybe dia pun takde lesen kot... atau dalam keta dia ada dadah ke.. haha...

Aku masih lagi Trauma selepas accident 10 bulan yang lalu. Yuppp.. Trauma.. Alhamdulillah.. aku masih lagi sihat WalAfiat.. Yang paling aku ingat.. hari aku accident tu.. aku memang tak baca apa-apa pon ayat-ayat ke.. Bismillah ke.. terus je jalan.. pasal time tu memang nak cepat nak settlekan benda. Then.. "DUMPPPPP" Accident..

Hari-hari sebelum tu.. aku rasa dah nak dekat 20 kali dah percubaan-percubaan accident. Maybe berkat BisMillah dan sedikit surah-surah yang dibaca kot sebelum memulakan perjalanan yang menyelamatkan aku dari segala bala dan bencana.. Allahu Rabbii...

entahlah dah berapa kali aku bercerita tentang accident ni dalam blog aku ni.. huhu... Complication of Trauma laa ni kot.. hehe..

Oklaaa...... Nak Solat Asar Dulu.. tapi kena tunggu Kain pelikat yang baru cuci tadi kering dulu... haha.. Lepak jap laa... Dah.....

Yang dah nak balik tu... plan laa sumting... Sekurang-kurangnya kita balik ni... orang ingat kat kita.. Orang terasa kepulangan kita dan merasakan kehilangan kita bila kita balik ke sini semula.. hihi....

Ok aa.. Nanti SambunG.. Chow.. :-)

Saturday, June 27, 2009

Tuk Mama n Bapa

InsyaAllah sok exam last.. Doakan eh suma.. Orang len suma dah habes exam dah... huhu.. tinggal laa beberapa kerat je lagi yang tak habes..

Dah.. SambuNg studi jap..



Lagu ni kutuJukan khas tuk Mama dan Bapa.. X sabarnya balek..

Thursday, June 11, 2009

PeRingataN Itu... Al-Fatihah..


Alhamdulillah.... 4 to go.. Hari ni dah selesai satu exam.. Selepas ni exam Theraphy, Rabu depan kot.. kalo x silap.. huhu..

Timakasih kepada yang banyak bagi dorongan n semangat.. Jasa semua takkan kulupakan.. :-)

Penat gak nak baca O&G ni.. Tapi Ok aa... enjoy gak.. hihi..

Tawakkal.. Berserah.. sebulat-bulatnya kepada Allah.. Tuhan yang Maha Berkuasa..

Aku membuka Yahoo mesenger.

"25 new Messages"

Hmmm... banyaknya email... tgok sat kalo-kalo ada benda yang best..

- Message Inbox -

" Al-Fatihah.. "

Hmm??

Sapa yang meninggal??

terdetik di hati nak buka dan tengok apa yang dah jadi..

Jumpa Di Syurga Sahabatku.. Ammar

MasyaAllah.. muda lagi sahabat kita ni.. tapi Allah lebih menyayanginya.

Fuhh.. Mati.. Yupp.. Mati tu pasti..

Simple je kan Mati ni.... hanya perpisahan 2 alam.. Alam Jasad dan Alam Roh..

Cukuplah Mati itu sebagai pengajaran buat orang-orang yang mahu mengambil pengajaran.

Semoga Ruh Sahabat Ammar Dicucuri Rahmat Allah.. Ameen.. Al-Fatihah..

Buat kita yang masih hidup ni, Bila lagi nak ambik iktibar?

Memang Mati tu satu benda yang simple..

Persoalannya disini... Adakah kita sudah bersedia untuk menghadap Tuhan Rabbul Jalal?

Sewaktu Rasulullah ditanya oleh malaikat Jibreel sebelum Baginda wafat, adakah Baginda SAW mahu memilih untuk hidup atau bertemu dengan Tuhan?

Lalu Rasulullah memilih untuk bertemu dengan Tuhan. Betapa cinta dan rindunya Rasulullah kepada Tuhan, Allah Rabbul Jalal.

Begitu juga kisah sahabat-sahabat besar dan orang-orang soleh terdahulu. Mereka lebih rela memilih syahid kerana mereka cintakan Tuhan, Allah Al-Rahman.

Kita?? Zaman yang terlalu jauh dengan Rasulullah.. zaman yang terlalu senang untuk mencari sumber-sumber maksiat.. Zaman yang Semangat Hidup dengan Islamnya yang semakin lemah..

Cuba tanya hati... Adakah kita yakin......... Kita akan mati...

Yupp.. kita yakin perkara itu.. kerana kita melihat setiap hari ada sahaja hambaNya yang akan pergi..

Tanya lagi.. adakan kita yakin... bahawa kita akan ditanya di dalam Kubur??

adakah kita yakin... selepas mati nanti.. kita akan dihisab??

adakah kita yakin.. Syurga dan Neraka Allah???

Adakah kita yakin.. Kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya??

tanya hati sendiri.. ikhlas dengan hati.. tengok jawapan si hati...

mungkin hati akan berkata..

"Yakin?? aku bukan tak yakin.. tapi..... "

Tapi???? Tapi apa? kenapa mesti ada perkataan Tapi??

mungkin juga hati akan jawab

"Hmmm... secara teorinya.. aku percaya.. tapi.. deep inside my heart.. bagaikan ada something.. yang belum selesai.. "

Ha?? belum selesai?? apa yang belum selesai tu??

kenapa kita tak jujur sahaja dengan si Hati?? Cakap je..

"Ye.... aku masih lagi dalam keadaan yang kurang pasti... "

Astaghfirullah... Yupp..... yang tu laa aku nak dengar wahai Hati..... tak yah laa engkau nak pusing sana sini..

Tu sebenarnya jawapan terhadap maksiat-maksiat yang kita lakukan selama ini..

Tu sebenarnya jawapan terhadap dosa yang berpanjangan yang kita terlalu susah untuk tinggalkan selama ini...

Tu sebenarnya jawapan terhadap Solat yang kita tinggalkan selama ni..

Tu sebenarnya jawapan terhadap ketidak-tenangan si Hati...

Astaghfirullahalh Azeem...

Ya Allah... kalau aku yakin bahawa AzabMu sangat berat..

Kalau aku yakin SyurgaMu sangat lazat..

kalau aku yakin bahawa aku akan mati dan akan dihisab..

kalau aku yakin bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara..

kalau aku yakin bahawa Kehidupan di Akhirat itu kekal selamanya..

pasti aku takkan berani meninggalkan Solatku...

Pasti aku takkan berani membuat maksiat terhadapMu..

pAsti aku takkan melampaui batas pergaulan dengan yang bukan mahramku..

pasti aku akan menjadi hambaMu yang paling taat kepadaMu..

Astaghfirullahal Azeem...

Rupa-rupanya aku ada masaalah Iman dan keyakinan kepadaMu ya Allah..

Di mana aku nak mencariMu??

Tunaikanlah solat.. carilah Allah di dalamnya..

Allah Berfirman dalam Quran..

"Dan beribadahlah kepada Tuhanmu.. sehingga datang kepadamu Keyakinan"

Astaghfirullah..

Ampunilah Dosa kami Wahai Tuhan.. Berilah kami kejayaan.. Dunia dan Akhirat... Ameen..

Semoga Ada manfaat..

- Peace -

Wednesday, June 10, 2009

Camni eh..

HuHu.. camni laa aku dulu-dulu eh dalam perut mama..



Esok Exam Obstetric n Gyne.. Ya Allah... Mudahkan kami.. Ameen..

Friday, June 05, 2009

SuperB..


Wahhh... Superb.. Malunya Aku.....
11 Year Old Graduates From LA College



GEnius.... cuma satu je.. Huhu.. Mak dia Taiwanese.. ayah dia pulak Israele.. HuHu..

Buat Mu Pejuang Exam..



Jam menunjukkan pukul 1220 malam.

"MasyaAllah... lambat sangat sudah ni.. study belum start lagi dari tadi.. "

sebenarnya tadi aku baru habis menulis teks khutbah untuk esok. Kebiasaannya aku copy paste sahaja dari internet khutbah yang sudah tersedia. tapi untuk esok, aku memilih untuk mengarangnya sendiri dan teks dari internet hanya aku jadikan bahan rujukan untuk aku masukkan dalil-dalil dari Quran dan Hadis Nabi SAW.

seperti orang lain, aku juga merasakan stress dan pressure memandangkan exam akan tiba tidak tinggal seminggu sahaja lagi.

Yupp... Semua oran mahukan kejayaan dan keputusan yang terbaik. Semuanya berusaha bersungguh-sungguh sampai ada yang tidak tidur semalaman semata-mata untuk menelaah dan menghabiskan semua soalan-soalan yang telah tersedia. Alhamdulillah... berusahalah bersungguh-sungguh... semoga kita semua mendapat kejayaan yang kita inginkan.

Kejayaan.. sebenarnya dari siapa Kejayaan ini?

yeah... betul jawapannya.. Kejayan itu sebenarnya dari Allah SWT. Allah akan bagi kejayaan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. so, kalau kita nakkan kejayaan itu, maka mintalah dari yang Maha Memberi kejayaan dan kecemerlangan.

mengapa kita melihat sesetengah orang sangat tenang apabila berhadapan dengan pelbagai masaalah?

Para Ulama dan pemimpin yang berjiwa Islam apabila mereka diuji Allah dengan mehnah dan tribulasi, mereka kembalikan segalanya kepada Allah. Yeah.. inilah sumber ketenangan yang kita dapat lihat di susuk tubuh mereka yang terzahir.

Serahkan segalanya kepada Allah. Betapa banyakpun usaha kita, kalau kita tak serahkan kepada Allah, dan kita merasakan usaha kita sudah cukup untuk memberikan kita kejayaan yang hakiki, maka kita berada di dalam jalan yang sedikit terpesong.

Nabi SAW setiap masa menyerahkan segala urusannya kepada Sang Pencipta. Sahabat-Sahabat Rasulullah berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa Islam dan menyebarkannya di seluruh pelusuk dunia. Kejayaan mereka tercipta hasil harapan dan kebergantungan mereka kepada Yang Maha kuasa.

Manusia melihat kejayaan dan perubahan yang tercipta sangat agung. Tapi dalam pandangan para Sahabat dan orang-orang saleh terdahulu, semuanya datang dari Allah SWT. Mereka tidak menganggap diri mereka hebat bahkan kehebatan itu semuanya dari Allah. Allah membuka pintu hati dan mata manusia lain untuk mengangkat mereka sebagai sebaik-baik golongan.

Mungkin inilah yang tersirat dalam doa Nabi SAW...

"Ya Allah.. jadikanlah aku kecil pada pandanganku.. dan besar pada pandangan orang lain.."

Melihat diri kecil dan kerdil.. tidak mempunyai kekuatan dan kehebatan.. melainkan semuanya datang dari Allah.. Tuhan semesta Alam.

Lalu Allah mengangkat darjat Sahabat Nabi dan orang Soleh terdahulu pada darjat yang sangat dihormati oleh manusia seluruhnya.

Mereka tidak mengharapkan darjat dan pangkat itu, yang mereka harapkan hanyalah redha Allah dan kasih sayangnya di dunia dan akhirat. Maka Allah dengan Sifatnya yang maha pengasih pada orang-orang yang beriman menaikkan hambanya yang dekat padanya pada kedudukan yang Tinggi.

Allahu Akbar..

Mungkin ini termasuk rahsia Tawakkal dan sikap berharap 100% kita kepada Allah SWT.

Laa Haula Walaa Quwwata Illa billaah..

Tidak ada daya dan kekuatan, kecuali semuanya dari Allah SWT.

So, buat sahabat-sahabat yang akan melalui exam minggu hadapan, banyakkan berdoa kepada Allah. Doa adalah senjata utama buat kita orang Islam. Senjata yang paling ampuh bila kita dapat meletakkan segala harapan hanya pada Allah SWT.

Selepas itu, kita akan berasa tenang dan stress kita insyaAllah akan berkurangan. Yupp.. banyakkan solat hajat dan taubat agar kita dimudahkan Allah dalam mengingat apa-apa yang perlu. Dan niatkanlah semua kerana Allah. InsyaAllah Allah akan bukakan pintu kejayaan itu.

Mintalah yang terbaik dari Allah. Kita merancang dan berusaha tetapi Allah yang akan menentukannya.

Apa yang berlaku semuanya ada hikmah. Yupp... Yakin pada Tuhanmu.. pasti engkau akan tenang..

WallhuA'lam...

Thursday, June 04, 2009

PAS semakin diterima dan dikenali di Sabah


Gunung Kinabalu pun ColoR Biru gak eh.. Huhu..


KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Walaupun sepuluh tahun lalu PAS dilebel sebagai parti Jepun, hari ini sejak Dewan Pemuda PAS Pusat dipimpin Salahuddin Ayub masyarakat Sabah mula menerima parti tersebut kata perwakilan Sabah, Lahirul Latinggul.

Beliau yang memulakan ucapan dengan kata-kata, "jangan keliru dengan warna biru, kerana biru lambang negeri Sabah" dengan bangganya mengatakan beliau melihat banyak kejayaan yang dicapai Dewan Pemuda PAS di bawah pimpinan Salahuddin Ayub.

Katanya, tempias kejayaan tersebut turut dirasai rakyat Sabah.

Beliau yang berucap dalam ucapan Perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda dalam Muktamar Dewan Pemuda ke-50 di Taman Melewar dekat sini, hari ini berkata, sepanjang Dewan Pemuda PAS di bawah Salahuddin imej PAS berjaya sampai ke Sabah.

"Satu ketika dulu orang bukan Islam termasuk Bajau, dan Dusun tidak kenal PAS tetapi sekarang ini mereka pula membaca akhbar Harakah," ujarnya.

Malah katanya, mereka mula melihat perkembangan dan kerjasama yang baik parti dalam Pakatan Rakyat.

"Dengana itu kami berbesar hati dan berterima kasih kepada usaha yang dilaksanakan Dewan Pemuda PAS Pusat," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membidas laman web Pemuda PAS Pusat yang dilihat terlalu kaku kerana banyak mencedok berita Harakahdaily.

Selain itu dalam ucapannya itu beliau turut mengajak barisan ulama Dewan Pemuda PAS, berhijrah ke Sabah dan Sarawak untuk menghidupkan budaya Islam di sana. - mns_

- Superb bang Lahirul... Tul2.... Kena banyak berhijrah ni kalau betul2 mau berjuang.. hihi... Peace.. -