Alhamdulillah.... 4 to go.. Hari ni dah selesai satu exam.. Selepas ni exam Theraphy, Rabu depan kot.. kalo x silap.. huhu..
Timakasih kepada yang banyak bagi dorongan n semangat.. Jasa semua takkan kulupakan.. :-)
Penat gak nak baca O&G ni.. Tapi Ok aa... enjoy gak.. hihi..
Tawakkal.. Berserah.. sebulat-bulatnya kepada Allah.. Tuhan yang Maha Berkuasa..
Aku membuka Yahoo mesenger.
"25 new Messages"
Hmmm... banyaknya email... tgok sat kalo-kalo ada benda yang best..
- Message Inbox -
" Al-Fatihah.. "Hmm??
Sapa yang meninggal??
terdetik di hati nak buka dan tengok apa yang dah jadi..
Jumpa Di Syurga Sahabatku.. AmmarMasyaAllah.. muda lagi sahabat kita ni.. tapi Allah lebih menyayanginya.
Fuhh.. Mati.. Yupp.. Mati tu pasti..
Simple je kan Mati ni.... hanya perpisahan 2 alam.. Alam Jasad dan Alam Roh..
Cukuplah Mati itu sebagai pengajaran buat orang-orang yang mahu mengambil pengajaran.
Semoga Ruh Sahabat Ammar Dicucuri Rahmat Allah.. Ameen..
Al-Fatihah..Buat kita yang masih hidup ni, Bila lagi nak ambik iktibar?
Memang Mati tu satu benda yang simple..
Persoalannya disini... Adakah kita sudah bersedia untuk menghadap Tuhan Rabbul Jalal?
Sewaktu Rasulullah ditanya oleh malaikat Jibreel sebelum Baginda wafat, adakah Baginda SAW mahu memilih untuk hidup atau bertemu dengan Tuhan?
Lalu Rasulullah memilih untuk bertemu dengan Tuhan. Betapa cinta dan rindunya Rasulullah kepada Tuhan, Allah Rabbul Jalal.
Begitu juga kisah sahabat-sahabat besar dan orang-orang soleh terdahulu. Mereka lebih rela memilih syahid kerana mereka cintakan Tuhan, Allah Al-Rahman.
Kita?? Zaman yang terlalu jauh dengan Rasulullah.. zaman yang terlalu senang untuk mencari sumber-sumber maksiat.. Zaman yang Semangat Hidup dengan Islamnya yang semakin lemah..
Cuba tanya hati... Adakah kita yakin......... Kita akan mati...
Yupp.. kita yakin perkara itu.. kerana kita melihat setiap hari ada sahaja hambaNya yang akan pergi..
Tanya lagi.. adakan kita yakin... bahawa kita akan ditanya di dalam Kubur??
adakah kita yakin... selepas mati nanti.. kita akan dihisab??
adakah kita yakin.. Syurga dan Neraka Allah???
Adakah kita yakin.. Kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya??
tanya hati sendiri.. ikhlas dengan hati.. tengok jawapan si hati...
mungkin hati akan berkata..
"Yakin?? aku bukan tak yakin.. tapi..... "
Tapi???? Tapi apa? kenapa mesti ada perkataan Tapi??
mungkin juga hati akan jawab
"Hmmm... secara teorinya.. aku percaya.. tapi.. deep inside my heart.. bagaikan ada something.. yang belum selesai.. "
Ha?? belum selesai?? apa yang belum selesai tu??
kenapa kita tak jujur sahaja dengan si Hati?? Cakap je..
"Ye.... aku masih lagi dalam keadaan yang kurang pasti... "
Astaghfirullah... Yupp..... yang tu laa aku nak dengar wahai Hati..... tak yah laa engkau nak pusing sana sini..
Tu sebenarnya jawapan terhadap maksiat-maksiat yang kita lakukan selama ini..
Tu sebenarnya jawapan terhadap dosa yang berpanjangan yang kita terlalu susah untuk tinggalkan selama ini...
Tu sebenarnya jawapan terhadap Solat yang kita tinggalkan selama ni..
Tu sebenarnya jawapan terhadap ketidak-tenangan si Hati...
Astaghfirullahalh Azeem...
Ya Allah... kalau aku yakin bahawa AzabMu sangat berat..
Kalau aku yakin SyurgaMu sangat lazat..
kalau aku yakin bahawa aku akan mati dan akan dihisab..
kalau aku yakin bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara..
kalau aku yakin bahawa Kehidupan di Akhirat itu kekal selamanya..
pasti aku takkan berani meninggalkan Solatku...
Pasti aku takkan berani membuat maksiat terhadapMu..
pAsti aku takkan melampaui batas pergaulan dengan yang bukan mahramku..
pasti aku akan menjadi hambaMu yang paling taat kepadaMu..
Astaghfirullahal Azeem...
Rupa-rupanya aku ada masaalah Iman dan keyakinan kepadaMu ya Allah..
Di mana aku nak mencariMu??
Tunaikanlah solat.. carilah Allah di dalamnya..
Allah Berfirman dalam Quran..
"Dan beribadahlah kepada Tuhanmu.. sehingga datang kepadamu Keyakinan"
Astaghfirullah..
Ampunilah Dosa kami Wahai Tuhan.. Berilah kami kejayaan.. Dunia dan Akhirat... Ameen..
Semoga Ada manfaat..
- Peace -
2 comments:
waaa sampai sini berite beliau meninggal..
alfatihah
n juga kepada sheikh Fathi yakan..
Allah menarik orang baik2.. moga kita yang tinggal ini dapat mencri bekalan menuju akhirat..
ameen
salam fi
malam semalam pun nani bc pasaal allahyarham ammar tu.walaupun x kenal, tapi sedih jg dgn pemergiannya.
tapi gembira jg sbb arwah meninggal di jalanNya..Moga syurga baginya.Insya ALLAH
P/S kita pula bagaimana, sama2 koreksi diri kepada y lebih baik
mati itu pasti
mati itu peringatan y sering kita lupakan
Post a Comment