Friday, June 05, 2009

Buat Mu Pejuang Exam..



Jam menunjukkan pukul 1220 malam.

"MasyaAllah... lambat sangat sudah ni.. study belum start lagi dari tadi.. "

sebenarnya tadi aku baru habis menulis teks khutbah untuk esok. Kebiasaannya aku copy paste sahaja dari internet khutbah yang sudah tersedia. tapi untuk esok, aku memilih untuk mengarangnya sendiri dan teks dari internet hanya aku jadikan bahan rujukan untuk aku masukkan dalil-dalil dari Quran dan Hadis Nabi SAW.

seperti orang lain, aku juga merasakan stress dan pressure memandangkan exam akan tiba tidak tinggal seminggu sahaja lagi.

Yupp... Semua oran mahukan kejayaan dan keputusan yang terbaik. Semuanya berusaha bersungguh-sungguh sampai ada yang tidak tidur semalaman semata-mata untuk menelaah dan menghabiskan semua soalan-soalan yang telah tersedia. Alhamdulillah... berusahalah bersungguh-sungguh... semoga kita semua mendapat kejayaan yang kita inginkan.

Kejayaan.. sebenarnya dari siapa Kejayaan ini?

yeah... betul jawapannya.. Kejayan itu sebenarnya dari Allah SWT. Allah akan bagi kejayaan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. so, kalau kita nakkan kejayaan itu, maka mintalah dari yang Maha Memberi kejayaan dan kecemerlangan.

mengapa kita melihat sesetengah orang sangat tenang apabila berhadapan dengan pelbagai masaalah?

Para Ulama dan pemimpin yang berjiwa Islam apabila mereka diuji Allah dengan mehnah dan tribulasi, mereka kembalikan segalanya kepada Allah. Yeah.. inilah sumber ketenangan yang kita dapat lihat di susuk tubuh mereka yang terzahir.

Serahkan segalanya kepada Allah. Betapa banyakpun usaha kita, kalau kita tak serahkan kepada Allah, dan kita merasakan usaha kita sudah cukup untuk memberikan kita kejayaan yang hakiki, maka kita berada di dalam jalan yang sedikit terpesong.

Nabi SAW setiap masa menyerahkan segala urusannya kepada Sang Pencipta. Sahabat-Sahabat Rasulullah berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa Islam dan menyebarkannya di seluruh pelusuk dunia. Kejayaan mereka tercipta hasil harapan dan kebergantungan mereka kepada Yang Maha kuasa.

Manusia melihat kejayaan dan perubahan yang tercipta sangat agung. Tapi dalam pandangan para Sahabat dan orang-orang saleh terdahulu, semuanya datang dari Allah SWT. Mereka tidak menganggap diri mereka hebat bahkan kehebatan itu semuanya dari Allah. Allah membuka pintu hati dan mata manusia lain untuk mengangkat mereka sebagai sebaik-baik golongan.

Mungkin inilah yang tersirat dalam doa Nabi SAW...

"Ya Allah.. jadikanlah aku kecil pada pandanganku.. dan besar pada pandangan orang lain.."

Melihat diri kecil dan kerdil.. tidak mempunyai kekuatan dan kehebatan.. melainkan semuanya datang dari Allah.. Tuhan semesta Alam.

Lalu Allah mengangkat darjat Sahabat Nabi dan orang Soleh terdahulu pada darjat yang sangat dihormati oleh manusia seluruhnya.

Mereka tidak mengharapkan darjat dan pangkat itu, yang mereka harapkan hanyalah redha Allah dan kasih sayangnya di dunia dan akhirat. Maka Allah dengan Sifatnya yang maha pengasih pada orang-orang yang beriman menaikkan hambanya yang dekat padanya pada kedudukan yang Tinggi.

Allahu Akbar..

Mungkin ini termasuk rahsia Tawakkal dan sikap berharap 100% kita kepada Allah SWT.

Laa Haula Walaa Quwwata Illa billaah..

Tidak ada daya dan kekuatan, kecuali semuanya dari Allah SWT.

So, buat sahabat-sahabat yang akan melalui exam minggu hadapan, banyakkan berdoa kepada Allah. Doa adalah senjata utama buat kita orang Islam. Senjata yang paling ampuh bila kita dapat meletakkan segala harapan hanya pada Allah SWT.

Selepas itu, kita akan berasa tenang dan stress kita insyaAllah akan berkurangan. Yupp.. banyakkan solat hajat dan taubat agar kita dimudahkan Allah dalam mengingat apa-apa yang perlu. Dan niatkanlah semua kerana Allah. InsyaAllah Allah akan bukakan pintu kejayaan itu.

Mintalah yang terbaik dari Allah. Kita merancang dan berusaha tetapi Allah yang akan menentukannya.

Apa yang berlaku semuanya ada hikmah. Yupp... Yakin pada Tuhanmu.. pasti engkau akan tenang..

WallhuA'lam...

0 comments: