Monday, July 13, 2009

Day 1sT..



Hari ini adalah Hari pertama aku berpraktikal di Hospital Likas yang terletak 45 Minit dari Rumah. Pada kebiasaannya, aku akan menghantar adik ke sekolah seawal 6 pagi, dan direct terus ke Hospital pada pukul 8. Kalau terlalu awal, aku akan lepak laa mana-mana tempat yang best. Tepi laut ke.. ( KK terletak di Tepi Laut ) .. Kt Masjid Bandaraya ke.. Kedai Mamak ke..

HAri 1st.. tapi ada beberapa kes yang best tuk aku kongsikan..

Kes 1

Seorang ibu yang hendak bersalin dikala umur baby dalam kandungan masih terlalu awal. Umurnya baru 23 minggu.. Berat baby 6oo Gram je...

Normally, Baby akan dilahirkan pada 38 minggu hingga 42 minggu.. yang ni yang normal laa ni.. Bawah 22 minggu baby tak dikira hidup lagi.. Kalau sekiranya ibu melahirkan anak dibawah 22 minggu, anak itu kemungkinan besar yang teramat-amat untuk tidak hidup. dan biasanya, Doktor akan buat abortion je.

okay.. berbalik kepada si cerita si ibu..



Seorang Dr HO yang bernama Dr Shazwan.. bagaikan Dr House.. memanggil aku.. " Come.. come.. Fetus Premature.. 23 weeks.. weight 600 gram.. Os Fully.. ddududududdudu " ( lebih kurang laa.. )

Beberapa minit kemudian, Dr Ashari yang berpangkat specialist dalam bidang Gyne Obstetric ni datang tuk wat round. Then bila diteliti keadaan si Mama dan Baby dalam kandungan, Dr Ashari mula membuka bicara.

" Mama.. ni anak kan terlalu muda baa mau lahir ni.. dia tidak boleh survive sudah ni.. kita tidak boleh buat apa sudah laa.. kita tunggu jak laa dia keluar.. yang kita harapkan, baby tu akan selamat lahir laa.. yang tu harapan kita laa.. "

"mmm?? " Muka si mama sudah mula berubah..

"Kena bulih jadi macamni Doktor?? " Si mama bersuara..

Dalam wad tu, semua HO yang bertugas ada disana. Dr Sobri, Dr Jaequlien, Dr Shazwan, Dr Jeremy, Dr Wong dan seorang Dr MO, Dr Shanti.. termasuk seorang student.. AFiFi.. hehe.. Semua memerhatikan perbualan antara Dr Ashari dan Si Mama.. Ohh terlupa seorang lagi Dr MO, Dr Azuan..

"mmmmmmm... " panjang mm Dr AShari..

"Sebabnya kami pun tidak tahu lagi.. tu yang lepas ni kita akan check apa masaalah sebenarnya yang jadi. Kalau ada masaalah, nanti anak yang ketiga nanti kita kan ikat awal-awal laa supaya tidak jadi balik macamni.. "

Si Mama bagaikan hendak menangis.. tapi mungkin dia bertahan buat seketika..

Semua yang ada dalam wad tu diam seribu bahasa.

"Siapa di luar tu?? Suami ka?? " Tanya Dr Ashari kepada Si Mama..

"Bukan.. yang tu sepupu saya.. Suami saya kerja.. dia tidak dapat datang.."

"oo... Tidak bulih laa tu.. Dia tidak ada authority tuk tau benda ni.. "

"Jadi macam tu laa mama.. kita tunggu je laa.. harap-harap semuanya akan ok laa.. " Dr Ashari menamatkan perbualan dan pindah ke wad yang lain diiringi Dr HO dan Aku..

Sedih.. Camana laa perasaan si Mama kan.. anak ni adalah anak yang kedua.. anak yang pertama dulu pun memang gugur gak.. then diikuti dengan nak yang kedua.. yupp... biasanya, baby akan keluar dari rahim Mama dan dia akan hidup.. tapi tak lama.. selepas beberapa ketika, baby akan pergi meninggalkan Mama..

baby Pertama dah pergi.. Kehadiran baby yang kedua mengembalikan sinar di wajah mama dan si suami.. tapi hari ini.. sekali lagi sejarah hitam itu akan berulang..

Ni laa yang kita namakan Rezeki.. Rezeki Tuhan.. Semuanya pinjaman semata-mata. Kalau Allah nak ambik, Allah akan ambik je balik.. kan.. hmmmmmmm...

Sedih gak.. tapi nak wat camana.. X leh nak wat apa dah.. Semuanya hanya Allah ja yang mampu tuk ubah segalanya.

Kes ke 2

Pkul 1130 pagi aku keluar dari Labour Room. Dalam Lift, bertemu pulak dengan orang Kampungku. Then dia menceritakan tentang masalahnya selepas kami bersembang tentang benda yang lain.

Pakcik ni dah bertahun-tahun tidak mempunyai anak. Then, anak yang lahir ni pun adalah anak yang pertama. Lahir sebulan lebih awal dari tarikh yang dijangkakan. 36 minggu.. Orang panggil dengan PreMature.. Berat 2.2 KG..

Yupp.. Premature.. tapi ok lagi laa... InsyaAllah ok..

Then nak dijadikan cerita, Si pakcik dan si makcik sudah lama tidak ada anak. Anak yang baru lahir adalah dengan menggunakan Tiub. In Vitro Fertilization (IVF). KAedah ini menyatukan Sperm dari laki dan Ovum dari Perempuan di dalam Tiub. selepas sudah disatukan, sperm dan ovum yang sudah disenyawakan akan dimasukkan ke dalam rahim ibu untuk dibesarkan.

"Bertahun-tahun baa sudah pakcik cuba ni.. dari dulu lagi ndak dapat-dapat.. rezeki kan.. Alhamdulillah laa sekarang ada sudah seorang.."

" ndak baa.. takut jugak kan kalo teda pewaris ni.. pupus baa keturunan kita nanti.. " kata si pakcik dengan nada slow.

" InsyaAllah ok tu pakcik... Doa jak laa.. "

AKu melihat segunung pengharapan pada wajah si pakcik. Setelah berusaha bertahun-tahun, Allah mengabulkan permintaan Pakcik untuk menimang seorang anak yang comel.



Timbul pulak masaalah yang lain. Anak itu dibawa ke Tingkat 5. (Sebenarnya aku pun tak pasti sangat apa yang berlaku.. nanti esok laa aku tengaok ada apa di tingkat 5 tu..) Si Ibu tidak dapat mengeluarkan susu badan sejak dari baby lahir. Baby lahir hari Sabtu. Hari ahad masuk wad tingkat 5.

"Kenapa jugak pakcik dorang bawa sana tu?? " aku bertanya..

"ndak tau laa kenapa.. tapi yang saya nampak dia tulis dalam kertas tu.. risk of sepsis.. "

Hmm.. aku berfikir.. mesti pakcik ni nda faham apa benda sepsis tu.. aku yang faham ni berasa sedikit cuak.. Risk of Sepsis?? yupp.. maybe pasal premature.. or apa-apa laa... aku pun tak tau sangat pasal x tau camana keadaan si Makcik..

"Mungkin dorang kasi minum laa tu kan sana tingkat 5 tu.. " harapan si pakcik..

Hmmmmm.. Sian laa pulak kan.. Harap-harap semuanya Okay.. kalaula ditakdirkan Allah, seperti kes Makcik di atas.. Allah........ camanalaa tu kan perasaan si Pakcik dan makcik..

Hmmm.... perkara-perkara seperti ini membawa aku termenung seketika.. menginsafi bahawa semua apa yang berlaku di dunia ni dikawal sepenuhnya oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Kita hanya mampu berusaha.. dan memang itu jak laa tugas kita.. Berusaha semampu mungkin.. The rest.. serah bulat-bulat kepada Allah..

Mungkin apa yang kita rasa baik bagi kita.. tapi di pandangan Allah, benda tu buruk untuk hambaNya.. dan begitulah sebaliknya.. Allah Knows.............................

Dah aa... Ngantok.. sok kena bangun Awal.. tapi sebelum tido ni, kena cuci pinggan mangkok dulu.. besalah kan.. sorang jak di rumah.. dengan adik Bongsu laa.. kena la tolong Mama semua benda-benda di Rumah ni.. kalo hari tu adik-adik yang len balik rumah.. so time tu aku takkan sentuh pun cuci sana.. cuci sini.. pasal tu sume keje orang pompuan.. orang pompuan kena wat.. haha.. tapi hari ni, aku je laa yang tinggal. So kena laa buat.. hihi..

Ngantoknyaa......... ok aa... nanti free-free.. sambung aa.. ChoW..

4 comments:

Nafsah Dulajis said...

rajinnya wat attachment. yg best g wad bersalin pulak tu. campin juga pakcik tu buat IVF ya...sian laa...

sambung crita tu...sy x penah lg wat attachment.all the best then...

Namaku 'Dua' said...

salam fi,

nani nak bg comment ni:
1st case- probably that pt had cervical incompetence maybe sbb nd trimester punya miscarriage.kena investigate further pt nih

2nd case- premature baby mmg prone to have sepsis..mg baby tu selamat and sihatlah hendaknya

fi, good luck for ur attachement. nani x lama lagi nak start kerja ni.huhu

Ibnu Saif said...

KhairuUmmah.. tu aa.. best gak buat elective likas ni.. dr pon bek2.. hihi..

wat laa elective taun depan.. di queen ka.. :-)

igt mau smbung crita len.. nnti aa.. :-)

Ibnu Saif said...

to Nani..

aa.. tu aa.. tu antra diff diagnose tuk mother tu.. cervicl incmptnce.. infection.. n apa lagi tu.. haha.. ndak igt.. :-P n Dr Specialist wat conclusion kmgkinn besr bacterial vaginosis.. psl 1st dilivery pun premature death gak..

2nd case.. tu aa... premature kan.. tu yang got risk for sepsis tu..

Nani wat bek2 HO nanti.. :-) semoga semuanya bejln ngan lncar.. Ameen..