Sekadar perkongsian untuk tatapan semua. Artikel ni baru jak tulis untuk diedarkan pas solat jumaat hari ni insyaAllah. - Peace -
Islam di Era Khulafa Ar-Rasyidin
Mengikut kajian para Ilmuan dan penyelidik, eg Yusuf Qardhawi, Al-Maududi, Syed Qutb, dan lain-lain mereka mendapati bahawa tamadun yang paling unggul yang pernah wujud di atas muka bumi adalah tamadun yang diasaskan oleh Nabi SAW dan 4 Khalifah Islam yang terawal. Ketika itu, Islam berada di kedudukan yang paling mulia dan digeruni lawan dan musuh.
Micheal Hart pula dalam bukunya yang bertajuk “The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History” memilih Nabi Muhammad sebagai pilihan pertama sebagai seorang yang paling berpengaruh dalam sejarah ketamadunan manusia.
Kepimpinan Nabi SAW dibantu oleh sahabat-sahabatnya yang mulia melembutkan hati penduduk Madinah dan Makkah untuk menerima islam sebagai cara hidup. Ketaatan kepada Nabi sebagai Ketua Negara Madinah ketika itu menyuburkan lagi dakwah islamiah walaupun ditekan dan dihalang oleh musuh-musuh islam.
Akhlak Islamiah yang dimiliki oleh para sahabat Nabi SAW benar-benar menambat hati para penduduk dunia yang datang berkunjung ke Makkah dan Madinah. Didikan rohani dan jasmani yang menyeluruh menjadikan Umat islam pada wakt itu Umat yang paling unggul sepanjang zaman.
Islam Hari iniIslam pada hari ini tetap unggul sebagaiman zaman terdahulu. Jadi, apa bezanya Islam dahulu dan Islam sekarang??
Konsep yang dibawa oleh Islam tidak ada perbezaan sama sekali. Cuma keadaan Umat Islam itu sendiri yang membezakan antara dua darjat. Dahulu, umat Islam menerima Islam sepenuh hati. Mereka yakin dengan keyakinan yang sebenarnya terhadap Islam. Mereka komited terhadap apa yang dibawa oleh Nabi SAW dan diajarkan oleh Allah melalui KalamNya. Islam dijadikan sebagai cara hidup. Islam tidak dinilai hanya dengan bersolat, berpuasa dan membaca quran. Tetapi Islam dijadikan sebagai panduan didalam segenap aspek kehidupan. Islam dalam pergaulan, ekonomi, politik, ketenteraan, dakwah dan segalanya.
Berbeza dengan keadaan Umat Islam pada hari ini. Umat Islam sudah mula melupakan unsur-unsur Islam itu sendiri. Oleh kerana ruh dan semangat Islam dilepaskan dari dalam diri masing-masing, umat islam menjadi lemah dan hasilnya, kita menjadi umat yang termundur yang pernah wujud dalam dunia.
Tidak perlu kita memandang jauh sehingga ke Palestin, Iraq, Iran, Afghanistan dan lain-lain. Lihat sahaja di daerah kita, di negeri kita Sabah yang tercinta ini. Orang mana yang paling miskin?? Tidak lain dan tidak bukan, Orang kita. Yang paling rendah tahap pendidikannya?? Orang Kita. Orang Islam, orang Bajau Muslim, Dusun Muslim, Brunei Muslim dan lain-lain.
Tidak dinafikan ada diantara orang kita yang cemerlang dan bakal menjadi harapan buat masa hadapan. Tetapi, nisbah jika kita bandingkan dengan yang bukan Muslim, kita jauh ketinggalan ke belakang. Lihat sahaja di kampong-kampung kita, tidak ada perubahan semenjak dari 10-15 tahun yang lalu.
Kita sedar bahawa daerah Putatan bakal menjadi kawasan yang pesat dan maju.Tapi jangan lupa, adakah orang kita yang memajukan, yang maju atau kita hanya menjadi pengguna yang tertipu dengan berdirinya bangunan-bangunan yang tinggi dan besar. Giant.. Survey.. KFC, PIZZA HUT.. Kita bangga dengan adanya kemudahan di daerah kita. Apabila kita melihat secara lebih mendalam, siapakah yang lebih banyak mengaut keuntungan dari kemajuan yang didirikan.
Lihat sahaja pemilik kedai-kedai yang ada di daerah kita. Majoritinya adalah dimiliki oleh yang bukan Islam. Kita umat Islam daerah Putatan?? Bangga dengan hanya menjadi pengguna. FUJI.. Yu Classic.. orang kita hanya menjadi pekerja yang boleh disuruh-suruh.
Bukan niat penulis untuk mengapi-apikan semangat perkauman atau keagamaan. Tetapi inilah realiti yang berlaku di tempat kita yang perlu difikirkan bersama. Umat Islam lemah dari segenap aspek. Aspek pendidikan, aspek sosial, aspek ekonomi dan lain-lain.
Mengapa semua ini berlaku?
Besambung ke bahagian 2 pada minggu hadapan.
- AFiFi SaiF -
Kg Ulu PutataN
http://www.al-basayuv.blogspot.com/
1 comments:
buy tramadol with cod tramadol online rezept - purchase tramadol overnight
Post a Comment