Yang ni gambar bila dak-dak yang merokok mula batuk.. Habis keluar semua organ-organ dalamannya.. keh3..
Bismillah..
Hemm.. besok mau exam.. malam ni juga laa tanganku mula gatal nak meng"update" blog nih walaupun tidak kecukupan idea kan.. Hemm.. ndak pa laa.. ambik masa sekejap jak k..
Sekarang tengah cycle Peadiatric (Ilmu Kedoktoran mengenai Budak-budak). Hari tu ada belajar mengenai jenis-jenis batuk. Ha?? Batuk pun ada jenis eh?? Yupp.. Mesti laa ada kan.. So, hehe.. oleh kerana kita semua ni bakal menjadi Bapa dan Mama... so kena tau juga laa.. takut-takut anak-anak nanti jadi camni kan.. so tau juga laa kita bila masa untuk bawa dorang ni pegi jumpa doktor..
Okay... Kita ada beberapa jenis Cough (batuk)
1. Moist Cough ( Batuk Basah)
2. Dry Cough (Batuk kering)
3. Barking Cough (Batuk menyalak)
4. Whooping cough (Batuk ayam)
5. Pain Cough (Batuk yang menyakitkan)
Hemm... ada lagi rasanya.. tapi ndak berapa ingat.. Ndak pa laa.. len kali tambah... pasal masa pun mencemburui nih.. hehe...
sebelum tuh... Batuk nih.. Bagus ka sebenarnya?? Yupp... Batuk ni bagus sebenarnya... Apa sebenarnya batuk nih?? Kenapa kita batuk?? Batuk ni sebenarnya adalah satu sistem pertahanan dalam badan.. Contohnya kita termakan sesuatu dan benda tu masuk dalam kerongkong kita.. selepas tu, kita akan batuk samaada dengan sengaja atau secara tidak sengaja..
Contoh lagi.. bila ada infection apa-apa dalam badan.. Batuk ni adalah satu tanda.. Dia nak bagitau kita.. bahawa kita ni sedang sakit.. supaya kita boleh ambik langkah awal untuk mengawal infektion yang sedang berjalan-jalan di dalam badan kita..
Okay.. sekarang kita bincang sikit laa pasal batuk ni okay secara general jak laa.. hehe..
Moist cough ni maksudnya bila kita batuk, kita akan batuk sekali dengan kahak. Biasanya berlaku kepada orang yang ada bronchitis, pneumonia
Dry cough pulak jadi bila kita batuk, tanpa ada kahak. Contohnya orang yang ada TB (Tuberkulosis), athma, orang yang ada allergic, ataupun kanser paru-paru, pneumoconiosis (Biasa jadi dekat orang yang kerja di kilang-kilang besi dan yang sewaktu dengannya)dan lain-lain.
Barking cough pulak termasuk dalam jenis dry cough. biasanya tejadi dekat orang yang kena infection parainfluenza virus.
Whooping cough ni aku tengok dalam kamus, namanya batuk ayam. Huhu.. macam ayam laa kot cara batuknya tu eh.. jadi bila budak tu kena infection oleh bakteria burdetella pertussis.. nama lainnya jugak adalah PERTUSSIS.. di bawah ni tunjuk video budak yang kena batuk nih..
Okay.. Then.. Pain cough.. yang ni pulak apabila budak tu batuk, dia kaan rasa sakit sangat di bahagian dada dia.. biasanya disebabkan oleh pleuritis.. so, budak ni akan batuk superficial jak..
hemm.. payah jugak menerang kalo ndak da video kan.. ndak jumpa baa di youtube.. jumpa pun satu jak.. yang lain-lain tu panjang-panjang jugak.. so malas lagi mau diedit-edit..
Kesimpulannya... Kalau kita ada batuk.. Ingat-ingatlaa Mati okay... Banyak kes, orang yang ada batuk sikit-sikit jak.. tiba-tiba jak boleh meninggal.. So, banyak-banyakkan amal untuk bekal sebelum bertemu malaikat Munkar dan Nakir.. :-)
oklah.... ndak pa laa.. lain kali kita sambung lagi k... kalo ada info yang besh-besh.. insyaAllah akan dikongsi-kongsi..
1 comments:
Brim over I to but I contemplate the brief should prepare more info then it has.
Post a Comment