Tak boleh caya nih.. Ni TEH ORANG KAMPUNG ( - Untuk Kurus - ) nih.. Diminum sebelum makan berat.. Confirm ceret beret lepas tuh.... Hehe...
Boleh aa turun berat badan.. tapi secara tak sihat.. :-)
Bismillah...
Hmm... tetiba pulak hari nih bersemangat nak kongsi pasal makanan.. Tajuknya pun nak Kurus.. Hehe..
Kalau kita tanya kat orang.. nak jadi kurus ke tak ?? Majoriti akan jawab "Yupp... mestilah nak kurus.."
Kenapa nak jadi kurus ?? Menawan eh?? Hehe.. Yupp... biasanya yang slim dan kurus ni lebih menarik perhatian daripada yang satu lagi..
ada jugak yang mengatakan nak kurus ni pasal nak jaga kesihatan.. Ehhh... Ye ke tuu?? hehehehe..... Ke alasan je nih.... hehehe...
Actually yang paling bagus bila niat kita nih nak berdiet pertamanya Kerana Allah.. keduanya pasal nak jaga kesihatan... Bila sihat senang kita nak buat amalan.. cergas untuk beribadah.. ketiganya.. baru badan akan turun dan jadi lawa.. ataupun yang lakinya badan akan naik dan tegap sikit aa... hehe.. :-) n kalau yang muslimat.. niat nak jadi lawa untuk suami SAHAJA.. FAHAM !! ?? hehehe..
Lalu semua orang pun mencuba nasib untuk berDIET.. dan macam -macam jenis diet yang dicuba semata-mata untuk menguruskan badan.. tidak kurang jugak yang mengambil pil-pil agar berat badannya turun dengan cepat.
Ada jenis diet yang tak makan-makan langsung.. tahan.. tak payah makan.. minum jus je.. atau minum milo je.. atau minum kopi je.. Jangan sentuh nasi pun.. jangan sentuh ayam pun.. hihi...
ada pulak yang berdiet tak makan lemak dan karbohidrat langsung.. makan protein je.. Semata-mata protein.. Ayam.. ikan.. daging.. tanpa minyak.. semuanya rebus.. hihi..
Sebenarnya apa proses yang berlaku bila kita diet ?? maksud saya Diet yang betul laa nih.. Tujuan asal kita diet sebenarnya adalah untuk meningkatkan kadar metabolism dalam badan..
So diet yang kita nak buat tu pastikan betul.. jangan main hentam je.. jangan Men ikut-ikutan tanpa ada bukti dan dalil yang sohih.. hehe.. Okay..
apa benda kadar metabolism nih ?? Benda ni maksudnya... Bila metabolism dalam badan kita tinggi, badan akan sendirinya membakar lemak-lemak berlebihan, karbohidrat dan menukarkannya kepada tenaga untuk digunakan oleh sel-sel di seluruh badan kita. Tenaga inilah yang digunakan untuk mengaktifkan sel badan dan natijahnya.. semua organ dalam badan berfungsi dengan baik dan mantap.
kalau metabolism rendah ?? Maksudnya... makanan yang kita makan akan menjadi lambat penukarannya kepada tenaga dan lemak dan karbohidrat yang masuk ke dalam badan akan ditukar menjadi LEMAK-LEMAK berlebihan di sekitar perut, peha dan mungkin juga leher.. hihi..
So, AIM kita adalah untuk meninggikan kadar metabolism dalam badan.. Bila dah tinggi metabolism.. kita kaan nampak perubahan.. Kita akan menjadi lebih sihat.. mantap dan juga bergaya.. hehe..
Hmmm... nanti ada orang akan tanya.... Buat apa nak bergaya nih?? ini semua Bidaah.. hehe.. memain je.. jan marah eh.. hehe.. nak bagitau... Nabi dulu pun badan lawa apa... Dada yang bidang... Bahagian abdomen yang lurus je... (tak tau laa Nabi ada six pack ke x.. :-) ) diriwayatkan bagaikan air yang dijirus dari atas.. terus akan sampai ke tanah... Bukan macam kita hari nih... Bila jirus air dari atas... kat tengah-tengah ada penghalang sikit.. hehe.. (Cakap diri sendiri nih... keh3..)
Umar Al-Khattab... Badan mesti superb kan.... Pahlawan Islam yang terunggul.. Paling berani.. paling sihat.. Dikatakan dia boleh melompat ke atas kuda yang sedang berlari pantas.. Huhu.. dan yang Paling bertaqwa.. paling kuat imannya terhadap Allah... sehinggakan ada riwayat yang menyebut... Nabi berkata kalau ada nabi selepas Nabi Muhammad.. itulah Umar... pehh.. Hebat...
Okay.. berbalik kepada benda yang kita nak bincang.. Tinggikan Metabolism dalam badan...
So, Bagaimana ??
Banyak faktor sebenarnya yang boleh influence kadar metabolism dalam badan kita nih.. ada yang boleh kita tukar.. dan ada yang tak boleh kita ubah...
Contohnya..
Umur.. Kadar metabolism akan berkurang dengan meningkatnya usia.. maksudnya.. metabolism orang yang tua lebih rendah dari kadar metabolim orang muda..
Gender.. Lelaki lebih tinggi metabolism daripada perempuan..
Genetik.. kalau mak bapa kita jenis yang metabolism tinggi.. kita pun kemungkinan besar akan mempunyai metabolis yang tinggi,.
Makanan... Pemilihan makanan juga adalah sangat-sangat penting.. Cuba fikirkan... Kenapa orang putih badan lawa lagi dari orang asia ?? Cara pemakanan.. Yupp.. ni adalah salah satu faktor yang mengarah ke situ.. hehe.. Kenapa di Malaysia penyakit yang paling banyak ialah penyakit Jantung, Kencing manis.. darah tinggi ??? Jawapannya.. kerana Makanan.. Perut...
Nabi pun penah bersabda.. yang perut ni adalah punca segala penyakit.. Yupp........ Punca segala-gala punca laa nih.. hehe.. penyakit zahir dan batin... Pemilihan makanan yang salah... berlebihan.. dan lain-lain.. semuanya akan membawa kepada kegemukan yang melampau.. dan datanglah berbagai-bagai penyakit yang melanda umat..
ni tak masuk lagi bab makanan yang tidak diketahui sumbernya.. halal ke haram.. harta rasuah ke harta tak rasuah... Haaa... ni nanti baru masuk.. hehe...
Faktor yang seterusnya... Bab Bersukan... Yupp...... orang yang kuat bersukan mempunyai kadar metabolism yang lebih tinggi dari yang tak bersukan.. Cuba tengok kat orang yang tak pernah bersukan.. yang Asyik tidur memanjang.. Makan.. Tidur.. Makan...Tidur... (Plus merokok... keh3.. ) bagaimana keadaan dorang.. ?? Teruk kan.. nampak tak sihat.. IQ ada kurang sikit berbanding yang lain..
Akal yang sihat.. ada pada badan yang sihat.. Maksudnya.. kalau nak jadi pandai dan hebat.. Silalah jaga kesihatan.. hehe..
okay.... Faktor seterusnya...... Air dalam badan.... Yupp...... Air dalam badan kena sentiasa banyak... Air juga boleh menolong badan untuk membakar lebih banyak lemak dan kalorie dalam badan..
Hemm... Ni sahaja laa untuk kali ini... InsyaAllah nanti kita akan bincang pulak tentang makanan apa yang patut kita ambil lebih... dan mana yang patut kita kurangkan... dan yang lain-lain jugak laa InsyaAllah...
0 comments:
Post a Comment