Friday, June 05, 2009

SuperB..


Wahhh... Superb.. Malunya Aku.....
11 Year Old Graduates From LA College



GEnius.... cuma satu je.. Huhu.. Mak dia Taiwanese.. ayah dia pulak Israele.. HuHu..

Buat Mu Pejuang Exam..



Jam menunjukkan pukul 1220 malam.

"MasyaAllah... lambat sangat sudah ni.. study belum start lagi dari tadi.. "

sebenarnya tadi aku baru habis menulis teks khutbah untuk esok. Kebiasaannya aku copy paste sahaja dari internet khutbah yang sudah tersedia. tapi untuk esok, aku memilih untuk mengarangnya sendiri dan teks dari internet hanya aku jadikan bahan rujukan untuk aku masukkan dalil-dalil dari Quran dan Hadis Nabi SAW.

seperti orang lain, aku juga merasakan stress dan pressure memandangkan exam akan tiba tidak tinggal seminggu sahaja lagi.

Yupp... Semua oran mahukan kejayaan dan keputusan yang terbaik. Semuanya berusaha bersungguh-sungguh sampai ada yang tidak tidur semalaman semata-mata untuk menelaah dan menghabiskan semua soalan-soalan yang telah tersedia. Alhamdulillah... berusahalah bersungguh-sungguh... semoga kita semua mendapat kejayaan yang kita inginkan.

Kejayaan.. sebenarnya dari siapa Kejayaan ini?

yeah... betul jawapannya.. Kejayan itu sebenarnya dari Allah SWT. Allah akan bagi kejayaan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. so, kalau kita nakkan kejayaan itu, maka mintalah dari yang Maha Memberi kejayaan dan kecemerlangan.

mengapa kita melihat sesetengah orang sangat tenang apabila berhadapan dengan pelbagai masaalah?

Para Ulama dan pemimpin yang berjiwa Islam apabila mereka diuji Allah dengan mehnah dan tribulasi, mereka kembalikan segalanya kepada Allah. Yeah.. inilah sumber ketenangan yang kita dapat lihat di susuk tubuh mereka yang terzahir.

Serahkan segalanya kepada Allah. Betapa banyakpun usaha kita, kalau kita tak serahkan kepada Allah, dan kita merasakan usaha kita sudah cukup untuk memberikan kita kejayaan yang hakiki, maka kita berada di dalam jalan yang sedikit terpesong.

Nabi SAW setiap masa menyerahkan segala urusannya kepada Sang Pencipta. Sahabat-Sahabat Rasulullah berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa Islam dan menyebarkannya di seluruh pelusuk dunia. Kejayaan mereka tercipta hasil harapan dan kebergantungan mereka kepada Yang Maha kuasa.

Manusia melihat kejayaan dan perubahan yang tercipta sangat agung. Tapi dalam pandangan para Sahabat dan orang-orang saleh terdahulu, semuanya datang dari Allah SWT. Mereka tidak menganggap diri mereka hebat bahkan kehebatan itu semuanya dari Allah. Allah membuka pintu hati dan mata manusia lain untuk mengangkat mereka sebagai sebaik-baik golongan.

Mungkin inilah yang tersirat dalam doa Nabi SAW...

"Ya Allah.. jadikanlah aku kecil pada pandanganku.. dan besar pada pandangan orang lain.."

Melihat diri kecil dan kerdil.. tidak mempunyai kekuatan dan kehebatan.. melainkan semuanya datang dari Allah.. Tuhan semesta Alam.

Lalu Allah mengangkat darjat Sahabat Nabi dan orang Soleh terdahulu pada darjat yang sangat dihormati oleh manusia seluruhnya.

Mereka tidak mengharapkan darjat dan pangkat itu, yang mereka harapkan hanyalah redha Allah dan kasih sayangnya di dunia dan akhirat. Maka Allah dengan Sifatnya yang maha pengasih pada orang-orang yang beriman menaikkan hambanya yang dekat padanya pada kedudukan yang Tinggi.

Allahu Akbar..

Mungkin ini termasuk rahsia Tawakkal dan sikap berharap 100% kita kepada Allah SWT.

Laa Haula Walaa Quwwata Illa billaah..

Tidak ada daya dan kekuatan, kecuali semuanya dari Allah SWT.

So, buat sahabat-sahabat yang akan melalui exam minggu hadapan, banyakkan berdoa kepada Allah. Doa adalah senjata utama buat kita orang Islam. Senjata yang paling ampuh bila kita dapat meletakkan segala harapan hanya pada Allah SWT.

Selepas itu, kita akan berasa tenang dan stress kita insyaAllah akan berkurangan. Yupp.. banyakkan solat hajat dan taubat agar kita dimudahkan Allah dalam mengingat apa-apa yang perlu. Dan niatkanlah semua kerana Allah. InsyaAllah Allah akan bukakan pintu kejayaan itu.

Mintalah yang terbaik dari Allah. Kita merancang dan berusaha tetapi Allah yang akan menentukannya.

Apa yang berlaku semuanya ada hikmah. Yupp... Yakin pada Tuhanmu.. pasti engkau akan tenang..

WallhuA'lam...

Thursday, June 04, 2009

PAS semakin diterima dan dikenali di Sabah


Gunung Kinabalu pun ColoR Biru gak eh.. Huhu..


KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Walaupun sepuluh tahun lalu PAS dilebel sebagai parti Jepun, hari ini sejak Dewan Pemuda PAS Pusat dipimpin Salahuddin Ayub masyarakat Sabah mula menerima parti tersebut kata perwakilan Sabah, Lahirul Latinggul.

Beliau yang memulakan ucapan dengan kata-kata, "jangan keliru dengan warna biru, kerana biru lambang negeri Sabah" dengan bangganya mengatakan beliau melihat banyak kejayaan yang dicapai Dewan Pemuda PAS di bawah pimpinan Salahuddin Ayub.

Katanya, tempias kejayaan tersebut turut dirasai rakyat Sabah.

Beliau yang berucap dalam ucapan Perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda dalam Muktamar Dewan Pemuda ke-50 di Taman Melewar dekat sini, hari ini berkata, sepanjang Dewan Pemuda PAS di bawah Salahuddin imej PAS berjaya sampai ke Sabah.

"Satu ketika dulu orang bukan Islam termasuk Bajau, dan Dusun tidak kenal PAS tetapi sekarang ini mereka pula membaca akhbar Harakah," ujarnya.

Malah katanya, mereka mula melihat perkembangan dan kerjasama yang baik parti dalam Pakatan Rakyat.

"Dengana itu kami berbesar hati dan berterima kasih kepada usaha yang dilaksanakan Dewan Pemuda PAS Pusat," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membidas laman web Pemuda PAS Pusat yang dilihat terlalu kaku kerana banyak mencedok berita Harakahdaily.

Selain itu dalam ucapannya itu beliau turut mengajak barisan ulama Dewan Pemuda PAS, berhijrah ke Sabah dan Sarawak untuk menghidupkan budaya Islam di sana. - mns_

- Superb bang Lahirul... Tul2.... Kena banyak berhijrah ni kalau betul2 mau berjuang.. hihi... Peace.. -

Sunday, May 31, 2009

Pengalaman itu..


Sesekali kita perlu juga memandang kembali apa yang telah berlaku untuk dijadikan pengajaran.
Bila sedikit sebanyak pengajaran diambil, maka jadilah ia pengalaman berharga yang bakal membantu perjalanan hidup yang masih jauh.

Mengapa??

Bagaimana terjadi??

yupp.. pengalaman yang banyak akan membuatkan seseorang itu menjadi lebih hebat daripada orang lain.

Si Perompak dan PlayboY


Orang yang mempunyai pengalaman mencuri, lebih pakar dalam selok belok mencuri dan merompak jika dibandingkan dengan orang yang tidak pernah mencuri. Idea di Otak si pencuri terlalu kreatif disebabkan pengalamannya yang terlalu banyak. Tidak pernah ditangkap.. hanya melihat rakan-rakannya yang diberkas, Berjaya mendapatkan apa yang dihajatinya.. Sesekali terjatuh dan nyaris-nyaris ditangkap.. tetapi dapat dicover semula yang mana semuanya disebabkan oleh skills yang telah dibangunkan dan digubah sekompleksnya.

Orang yang mempunyai pengalaman bercinta lebih dari 10 orang lebih hebat bertutur kata daripada meraka yang tidak pernah bercinta, mengenai selok belok mengorat kaum hawa dengan jayanya. Semua akan mengangguk dan menerima apa yang diperkatakannya. Yupp... Boleh laa dicuba beberapa cara yang dinukilkannya. Sesetengah cara itu hasilnya sangat memuaskan hati, kadang-kadang tidak berjaya disebabkan berubah suasana dan keadaan dalam yang tidak sesuai.

Menuju Kegemilangan Hidup

Mengapa Tidak berjaya?

Mengapa tidak tenang?

Mengapa tidak puas hati??

Bagaimana boleh jadi seperti ini??

Mengapa tidak seperti yang diharapkan??

Bagaimana cara kita mengukur kegemilangan dalam kehidupan seharian kita? caranya tidak susah. Inilah yang kita namakan dengan Muhasabah. Teliti apa yang dilakukan pada hari ini, adakah ianya lebih baik dari hari semalam, atau pun lebih teruk.

Jika hari ini lebih baik dari hari semalam, maksudnya kita berjaya menggemilangkan diri kita sedikit demi sedikit.

bagaimana pula dengan keadaan yang tidak berubah? Semalam sama sahaja dengan hari ini. Tidak ada peningkatan ataupun pengurangan. Ini menunjukkan bahawa kita bakal termasuk dalam golongan yang rugi.

Rugi... Semua orang sedang berebut-rebut mencari kekayaan rohani dan jasmani, tetapi kita tetap berada dalam tampuk yang sama.

Lebih rendah golongan yang hari ini lebih teruk dari semalam. Orang lain menuju ke hadapan, kita pula kembali ke belakang. Semalam kita solat 5 waktu penuh, hari ini 3 waktu sahaja. Semalam boleh baca selembar Quran, hari ini tak pegang langsung pun kitab Quran. Semalam dengar sedikit nasihat agama, hari ini sepenuh-penuhnya disogokkan dengan nyanyian-nyanyian yang melalaikan jiwa.

Pengalaman, Muhasabah dan Kegemilangan.

Pengalaman pahit dan manis yang tidak di"post-mortem" adalah benda yang tidak membawa faedah kepada masa depan.

Seorang mat-Pit yang melihat kematian kawannya dalam kemalangan sewaktu berlumba haram yang tidak berhenti dari melakukan pekerjaan rutinnya itu..

Seorang pelajar yang masih tidak bersungguh-sungguh dalam pelajarannya walaupun satu ketika dahulu dia pernah merasai kegagalan yang menyakitkan..

Seorang pendakwah yang masih lagi tidak berfikiran terbuka walaupun banyak kesalahan yang telah dilakukan yang merugikan gerak kerja dakwah..

dan lain-lain.

bukan sahaja perkara ini merugikan diri sendiri, bahkan lebih menjauhkan kita dari melihat kejayaan dan kegemilangan yang diimpikan.

Yupp... Kejayaan yang gemilang hanya akan didapati oleh mereka yang menggunakan pengalaman mereka dan ilmu yang ada sebaik-baiknya. Tidak kira apa jua pekerjaan, yang baik maupun yang jahat.

Kejayaan Seorang Muslim

Kejayaan hakiki bagi seorang yang menggelarkan dirinya sebagai Islam, ialah apabila dia dapat merasakan bahawa kehidupan bersama Islam itu merupakan satu keperluan. Keikhlasannya untuk berubah semata-mata untuk menyirup ketenangan dari roh Islam itu sendiri. Bukan kerana dipaksa, bukan kerana lelaki itu, atau perempuan itu dan lain-lain.

Setiap hari ia berfikir tentang hubungannya dengan Tuhannya. Adakah hari ini dia merasakan lebih dekat dengan Tuhannya, apa maksiat yang telah dilakukannya, dosa mata, dosa telinga dan lain-lain.

yupp..... Dia juga tau yang dirinya bukanlah Malaikat. Bukan Nabi, bukan sahabat Nabi, Bukan Ulama, bukan sesiapa pun.. bahkan dia hanyalah hamba hina dihadapan Tuhannya, yang malu untuk meminta disebabkan banyaknya maksiat yang dikerjakannya.

lalu dia memohon keampunan. Dia merasakan dirinya sangat kerdil dan terlalu hina. Malu.... Tuhannya masih lagi memberikannya nikmat, masih lagi mendengar sautan batinnya.. dikala dia melupakan Tuhannya lalu menuruti godaan nafsu syahwat yang membara.

Yupp.... Jangan putus asa dari rahmat Tuhanmu.

Sesudah dia meneliti kesalahannya, dia berazam untuk membaiki diri dan mengubah apa yang perlu. Lalu dia bertawakkal kepada Tuhannya agar dibantu dalam uasaha perubahan dirinya itu.

Maka, turunlah ketenangan.. turunlah pertolongan Allah.. lalu mudahlah jalannya. Rianglah hatinya menuturkan ayat-ayat cinta pada Rabbnya.

Begitulah sehari-hari dalam hidupnya. Allahu Rabbii..

maka bermuhasabahlah, koreksi kembali diri yang penuh dengan kekosongan itu. InsyaAllah jika niat yang dipasang semata-mata kerana Allah, Kejayaan yang abadi dan hakiki akan dapat dirasakan. Pengalaman dijadikan kompenen buat pengajaran masa hadapan yang lebih cemerlang.

Kejayaan yang manis tidak akan datang bergolek tanpa pengalaman yang pahit. Pengalaman pahit yang tidak diteliti akan lebih memahitkan keadaan dan suasana. Emas diharap, batu yang menimpa. Bila dibiarkan batu kecil, batu besar pulak datang menghimpit. Dalam otaknya hanyalah emas yang berkilauan tapi hairannya, tidak ada pula usaha untuk menyingkirkan batu besar yang sedang membunuhnya.

WallahuA'lam.. Fikir-fikirkan..

Thursday, May 28, 2009

- Anemia -


MasyaAllah.... baru belajar pasal anemia, banyak sangat yang perlu difahami dan dihafal. Dari dulu lagi belajar pasal benda ni, tak habis-habis cakap pasal ni. So, sekarang ni ulang balik je laa ape yang telah dipelajari dahulu n maybe dengan sedikit sebanyak tambahan maklumat-maklumat baru. huhu..

Cakap mengenai Anemia (Kurang Darah Merah), Seorang pelajar perubatan perlu memahami selok belok Darah dan kompenen-kompenennya. Yupp, kalau gagal menginterpretasikan perubahan yang berlaku dalam darah seseorang itu, perkara ini mungkin akan menyebabkan kita tersalah memberi diagnosis yang betul, dan akibatnya kita akan tersalah mempreskripsikan (baru tengok kamus nii ) ubat yang sesuai kepada pesakit.

Allahhh... Besarnya Engkau Ya Allah.... Setitik darah boleh merungkai bermacam-macam rahsia yang berlaku dalam badan manusia. Ya Allah... Betapa Hebatnya Engkau.. Engkau berikan kami Akal dan fikiran.. supaya kami dapat mendalami ilmuMu ini..

Ya Allah.. jauhkanlah kami tersesat dalam cahaya.. kerana terlalu terangnya cahaya IlmuMu, banyak manusia hilang dari panduan dan pedoman. Ya Allah.. pandulah kami, jadikanlah Ilmu ini sebagai pendekat kami padaMu..

Dalam KalamMu, engkau menyatakan bahawa orang yang paling dekat padamu ialah golongan Ulama, (Golongan yang mempunyai Ilmu). Ya Allah.. kau jadikah IlmuMu ini.. sebagai tanda kebenaran dan keagungan RisalahMu..

jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa tunduk dan merendah diri.. Ya Allah.. jadikanlah kami kecil pada pandangan kami sendiri.. dan besar pada pandangan Manusia..

Ameen ya Rabb....

- Doaku -

Wednesday, May 27, 2009

MU Vs BarCeLoNa


I'm AnTi-MU Die HarD FaN.. HaHa..
GloRy.. GloRy.. BaRCaaaaAA!!

Tuesday, May 26, 2009

Reanastomosis of Ligated Fallopian tube

Bismillah..

Vid kali ni pula menerangkan tentang Reanastomosis (Penyambungan semula) of ligated fallopian tube. Camana nak terangkan eh.. kalau biasa kan, orang panggil ikat.

"dah berapa dah anak kak siti?? " tanya kak ain.

"Dah 9 orang dah kak ain oii...... " jawab kak siti dengan yakin.

"9 dah.. kak siti muda lagi kan.. baru 33 tahun.. Berapa lagi nak tambah tu?? " kak ain mencelah.

"dah ikat dah ponn.... tak leh beranak dah lepas ni.. " kata kak siti sambil merah pipinya. (hihi)

ha... camni laa yang dimaksudkan dengan Ligated fallopian tube. Dalam medical word orang panggil permanent contraception. Contraception ni ada banyak cara. Maksudnya untuk mengawal dan merancang keluarga laa ni. Ada contraception yang pkai alat. Ada yang dengan cara makan macam makan ubat.

mm... video bawah ni menunjukkan prosedur pembedahan untuk buka balik ikatan kat Fallopian tube tu, supaya si ibu boleh kembali beranak. hihi... :-)

oklah.. tak tau sangat nak cakap banyak-banyak ni.. susah nak susun ayat.. huhu..

Hebatnyaaa surgeon2 ni.. MasyaAllah... Enjoy eh.. :-)





Then leh laa sambung perbualan antara kak siti ngan kak ain..

"Kak siti takde ke plan-plan nak tambah anak ke?? "

"Ade tu memang laa ade.. tapi dah ikat.. nak wat camane.. "

"Ade caranya kak siti.. ngan cara 'Reanastomosis Ligated Fallopian Tube' Operation.."

"Yeke?? biar betull... nak jugak.."

"Tapi kak siti.. tak tau laa kalo kat tempat kita ni ade ke tak.. tu kena check-check tenet laa tu kak siti ye.. "

"eii kak ain ni... banyaknye tau benda-benda camni... sape habaq nii?? "

"aii kak siti ni... sedangkan Makcik Maimun (Wakil Bebas Parlimen Kuala Terengganu) pun tau guna youtube.. takkan laa kita yang muda sikit ni tak tau.. "

Sekian sahaja... hihi... Selamat belajar sambil Berhibur.. hihi.. :-P