Sunday, March 30, 2008

Don'T Give Up Yoo !!!






STILL STRONG

In my house, minding my biz
Sunday morning doing chores and I’m watching my kids
You know how it is, they chilling watching Sesame Street
My wife, showing me how to cook something to eat

Now this is my life, that is my wife, those are my kids
I’m working hard so we can comfortably live
Knock, Knock, somebody is at the front door
Honey, I’ll get it I need to take a break from my chores

Knock, Knock, it just went from knock to a pound
Now who is this clown, trying to take my smile to a frown
Knock, Knock, it just went from pound to a bang
Now this is insane and now I hear them yelling my name

I open the door, and what do I see
Its like 23 agents looking at me
They threw the cuffs on my hands and my face to the floor
Dragged away, my family crying at the front door


AAAAGGGGHHHHH, we’re not breaking, we’re still strong
No matter what they do we’re moving on

AAAAGGGGHHHHH, we’re not breaking, we’re still strong
No matter what they do we’re moving on

We’re still moving on

And they was asking me that and asking me this
Accusing me of being on somebody’s terrorist list
I had to resist, I want a lawyers all I would say
But they said that they would torture me all night and all day
And so I would pray for God to give me strength to get through
If the evidence I knew, I would prove it untrue
Osama Bin who, they want to say I support him
If I don’t give in, I’ll never see my family again
Its been more than 10 months since they dragged me from home
4 hours questioning and 20 in my cell alone………..
Its not Islam or Christianity, Its all of the humanity
The religion of vanity drives people to insanity
My soul and my anatomy are patient with calamity
I’ll never use profanity just let me see my family

So you wanna break me? nah I’m still strong,
Sti--ll wanna hate me? I´ll prove you wrong
wait and you’ll see - I was right - all along,
but as for now let me do- do my thing, let me sing this song.
Oh wanna break me? nah I’m still strong,
still wanna hate me? I´ll prove you wrong
wait and you’ll see - I was right - all along,
but as for now let me do- do my thing, let me sing this song.

This is wrong, so wrong, so many people know its wrong
Now that you found me you got to go and sing that song
For freedom, justice and equality for all
‘Aint no justice when we let them illegally change laws
So many flaws in my case and I need you to find them all
You’re my lawyer so go tell the judge whats really going on

Yeah, let me see now, where do I start
Still the ANTAGONIST, still playing same part
Same old script, yeah same old drama
Only this time -- you trying link me with Osama
Yep, its me! -- public enemy number one
Your specific intelligence nothing but a con
So tell me mr. officer what you got on me?

-TRUMPED UP charges man, clear for all to see
-What did I do now? what is my crime
Please can you tell me why I’ma be doing this time.
Is it coz I put my head on the ground? my foot in the sink?
There gotta be something, man! Tell me what you found
Is it my beard, or the funny way I walk?
The rhymes I be spitting? Or the way I was born to talk?
I’m an Innocent convict, victim of this era
Oppression in the guise of a war on terror

- My lyrical pen is still mightier than their sords
That’s why I be in the pen praying to my loord
- Like P said, they won’t let- me -out
The faith in my heart that’s what its all- about
I’m one of them mooozlems, so best lock me up
That’s why I’m rrright here - stuck in this rut
Keep my head high cant no one take my pride
Nothing but a test from Him, we gotta take in stride.

BARISAN PELAJAR MUSLIM UKRAINE (ISIM, KUU, GAMTET)

Dihadapan 12 Mata Air Nabi Musa, Sinai, Egypyt

Pengalaman yang lepas menyebabkan aku berfikir panjang sebelum membuat sebarang keputusan. Segala keputusan musyawwarah dengan

sahabat-sahabat lain yang bakal dibuat akan mencorakkan warna dakwah di tempatku ini. Pelbagai masaalah timbul sejak akhir-akhir ini. dan selepas aku meneliti kesemua masaalah ini, terdapat persamaan yang ketara diantara satu dengan yang lain. Dibawah ni aku rasa nak berkongsi jugak dengan sahabat-sahabat semua tentang sedikit daripada masaalah yang timbul untuk difikirkan bersama.

1. Kewujudan ISIM sebagai satu lagi persatuan di CSMU.
2. Kerjasama antara ISIM dengan KUU dan GAMTET.
3. Isu perpecahan dikalangan pelajar melayu di CSMU.

1. Kewujudan ISIM sebagai satu persatuan di CSMU

- Sila baca di artikel ISIM

2. Kerjasama antara ISIM dengan KUU dan GAMTET

Bagi aku, untuk memartabatkan kebajikan sahabat-sahabat muslim di CSMU ini, kerjasama yang erat dan saling faham memahami antara persatuan amatlah perlu. 3 rukun usrah yang selalu dilaungkan sewaktu Usrah-usrah umum dijalankan aku rasa perlu dijadikan benda yang praktikal.

1. Taaruf

2. Tafahum

3. Takaful

1. Taaruf

Taaruf membawa maksud berkenalan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ISIM sila baca di artikel ISIM. KUU GAMTET

2. Tafahum

Tafahum membawa maksud kesefahaman. Selepas kita mengenali dengan lebih dekat objektif penubuhan, peranan dan lain-lain lagi, barulah akan timbul kefahaman antara persatuan. Asas kesefahaman bagi aku amat penting antara semua persatuan untuk melancarkan lagi program-program yang bakal dianjurkan. Tanpa asas ini, lebih banyak pertikaian yang akan timbul. Masaalah yang kecil akan diperbesar-besarkan. Akhirnya semua persatuan akan lebih terfokus untuk menaikkan nama persatuan masing-masing dan secara tidak langsung sedikit sebanyak mengabaikan objektif utama wujudnya persatuan iaitu kebajikan pelajar-pelajar muslim di sini.

3. Takaful

Takaful membawa maksud saling bantu membantu. Selepas wujudnya persefahaman antara persatuan, barulah akan timbul sikap bantu membantu ataupun boleh kita panggil sebagai kerjasama (Collabration). Kerjasama yang mana kita harapkan akan memberi kesan positif yang maksimum kepada pelajar-pelajar muslim di tempat kita. Sifat mulia ini juga merupakan antara sifat para pejuang-pejuang islam terdahulu dalam menyebarkan risalah agung, kalimah tertinggi LA ILAAHA ILLA ALLAH “ Tiada Tuhan (yang wujud) melainkan Allah (yang satu)” . Dan jangan juga kita lupa bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan Negara kita juga adalah disebabkan dengan kerjasama antara semua pihak yang tidak mengenal rupa dan bangsa.

Apa yang aku nak bawa disini adalah sejauh mana kerjasama yang boleh kita praktikkan antara ISIM, KUU dan GAMTET.

1. Sepertimana yang kita sedia maklum, ISIM adalah satu badan usrah yang bergerak di CSMU. KUU pula merupakan satu lagi badan yang menjaga hal ehwal pelajar melayu. Satu lagi badan NGO yang semakin popular dikalangan pelajar Malaysia muslim iaitu GAMTET . peranan utama badan ini adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak Terengganu yang belajar di Ukraine dan Russia. aku suka untuk member perumpamaan ini untuk difikirkan bersama.

Sepasang bakal pengantin telah bercadang untuk berbincang mengenai perkahwinan mereka pada masa hadapan. Disini kita dapat lihat perbezaan antara lelaki dan perempuan berkenaan. Antaranya lelaki itu jantinanya lelaki dan vice versa. Lelaki itu mempunyai kulit yang sedikit gelap manakala perempuan itu kulitnya sedikit sawo matang. Ketinggian hamper-hampir sama. Bentuk hidung juga berbeza. Warna rambut yang sangat ketara perbezaannya. Cara bercakap, suara, dan banyak lagi benda-benda yang amat berbeza sama sekali.

Organ didalam badan kita pun banyak jugak perbezaan antara satu sama lain. Fungsi, proses yang berjalan, consistency, structure, dan lain-lain lagi menunjukkan betapa berbezanya organ itu antara satu sama lain.

Disini aku mau tarik perhatian sahabat-sahabat sekalian mengenai 2 contoh yang dinyatakan diatas. Contoh pertama aku cakap mengenai perbezaan antara bakal suami dan isteri. Cuba fikirkan, kalaulah bakal suami dan isteri ini mementingkan sangat tentang perbezaan yang terdapat antara mereka, rasa-rasanya confirmkah yang dorg ni akan kahwin. Masing-masing menimbulkan hujah masing-masing. Masing-masing mementingkan kelebihan diri sendiri dan keputusannya pastilah pertikaian akan berlaku. Rumahtangga yang diidam-idamkan hancur begitu sahaja. So, bagaimanakah cara yang sesuai untuk menyelesaikan masaalah ini?

Pertamanya, apa objektif bakal pengantin ini berbincang. Bagi aku, perbincangan yang dibuat adalah kerana ingin menimbulkan kesefahaman yang jelas antara kedua-dua bakal mempelai. Objektif yang clear disusun. Antaranya mewujudkan satu suasana keluarga yang bahagia, kebajikan anak-anak. Persekolahan mereka dan banyak lagi. Point utama perkara yang dibincangkan adalah persamaan tujuan dan konsep. Benda yang difokuskan adalah berkaitan dengan objektif asal perkahwinan mereka. Dan aku amat yakin, kalau benda-benda perbezaan kurang dibuat isu, insyaAllah keluarga ini akan bahagia sampai ke generasi-generasi yang seterusnya. Yang untung adalah nama mak ayah, anak-anak dan keturunan-keturunan yang seterusnya.

Contoh kedua aku sentuh mengenai organ di dalam badan kita. Kalaulah setiap organ dalam badan kita ini mementingkan perbezaan antar satu sama lain, maka rosak binasalah system-sistem yang lain. Yang ruginya adalah empunya badan. Dialah yang akan merasa sakit. Tidak dapat pergi ke kuliah dan terbantut pelajarannya. Mungkin juga akan membawa kepada stress yang berpanjangan dan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

Tapi kejadian Allah sangat-sangat sempurna. Dijadikan perbezaan itu satu rahmat bagi sekelian organ dalaman kita. Perbezaan ditukar menjadi satu kelebihan yang membawa kepada perferctnya proses-proses yang berlaku yang pastinya memberikan pengawalan yang berpanjangan terhadap empunya diri. Aku rasa tidak perlulah aku bercakap mengenai perkara ini memandangkan semua sahbat-sahabat belajar dan mungkin sahaja disana ada insan-insan yang mengetahui lebih banyak dan lebih pakar tentang benda ini.

Jadi, aku rasa perbezaan antara ISIM, KUU dan GAMTET tidak perlulah kita besar-besarkan. Rasanya kita hanya akan membuang masa jika perkara-perkara remeh ini dipertikaikan dan akibatnya perpecahan antara kita akan berlaku sebagaimana yang diidam-idamkan oleh orang-orang yang dengki. (Musuh No 1 Bangsa Agama dan Negara). Apa yang perlu kita fikirkan, bagaimana kita dapat memfokouskan persamaan antara kita iaitu untuk membuat kebajikan khususnya untuk pelajar-pelajar muslim di sini tanpa menimbulkan benda-benda sensitive yang wajar dielakkan. Perbincangan perlu diadakan antara semua pihak yang terlibat khususnya yang merasakan bahawa banyaknya perbezaan ini adalah masaalah baginya.

Terus terang aku katakan, bahawa bagi aku benda ni adalah masaalah-masaalah yang sangat kecil yang tidak perlu dibincangkan apalagi diperbesar-besarkan. Tetapi keadaan semasa memaksa aku untuk menyatakan pendapat dan pendirian aku mengenai hal yang telah berlaku.

3. Isu perpecahan dikalangan pelajar melayu di CSMU

Rasanya kalau sahabat-sahabat semua faham akan apa yang telah aku terangkan diatas, insyaAllah kalau semua pihak memfokuskan kepada persamaan, isu perpecahan ini insyaAllah akan terhenti dengan sendirinya.

Sebagai penutupnya, penulisanku ini bukan mewakili mana-mana persatuan. Ini hanyalah luahan hatiku yang dambakan kesatuan yang betul diatas jalan yang hak, iaitu jalan yang tersambung dengan rantai perjuangan para pejuang terdahulu sampai kepada Rasulullah SAW. Dan aku tidak mengatakan bahawa ISIM merupakan satu persatuan yang mantap, melainkan masih banyak kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki bersama demi memartabatkan Islam yang tercinta. Aku juga ahli KUU yang sama-sama mengharapkan yang terbaik daripada KUU untuk mejaga kebajikan dan hal-ehwal pelajar pelajar melayu di sini. Segala kerjasama amatlah dialu-alukan demi memperjuangkan fikrah bangsa dan agama agar sentiasa terjaga. WallahuA’lam.


Bersama dengan Ustaz Hadi Senapi

Friday, March 28, 2008

Islamic Student Movement (ISIM)

ISIM merupakan satu lagi persatuan pelajar muslim Malaysia di ukraine selain Kelab Umno Ukraine (KUU) dan Gabungan Mahasiswa Terengganu Eropah Timur (GAMTET). Persatuan ini dikelola oleh Naqib dan Naqibah dan diketuai oleh Ketua Naqibnya, (Buat masa ni aku yang pegang). ISIM sebenarnya adalah sebuah gerakan yang menggerakkan aktiviti usrah umum untuk pelajar-pelajar muslim di Ukraine.

Objektif utama gerakan ini ditubuhkan adalah untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti usrah agar menjadi lebih teratur dan memberi kesan terhadap suasana pelajar-pelajar islam di sini. Antara lain tujuan penubuhan ISIM adalah untuk memberikan sedikit sebanyak kefahaman tentang betapa cantiknya hidup bersama islam dan kaitannya dengan kerjaya yang bakal dihadapi pada masa hadapan.

Pada masa ini seramai 24 orang nuqaba yang terdiri dari 7 muslimin dan 17 muslimah telah menerima tangggungjawab untuk menjalankan tugas ini. Semua program yang dijalankan dibincang terlebih dahulu di dalam mesyuarat nuqaba dan keputusannya berdasarkan persetuan bersama.

Antara aktiviti tahunan yang dijalankan adalah Usrah yang dijalankan setiap minggu, Winter Conference dan Jelajah Benua. selain itu hari-hari kebesaran islam seperti sambutan Maulid nabi, Maal hijrah, Ramadhan etc juga disambut dengan aktiviti-aktiviti yang pastinya memberi manfaat yang banyak kepada pelajar-pelajar insyaAllah.

Alhamdulillah buat masa ini ISIM mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan yang diperlukan untuk menjalan program-programnya. Terima kasih kepada yang telah menyumbang untuk kewangan ISIM. Semoga sumbangan yang dikeluarkan itu akan mendapat pandangan Allah SWT dan akan diterima sebagai pahala yang berterusan sampai ke akhirat InsyaAllah.

Untuk Akhirnya, manhaj ISIM adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Segala apa yang baik hanya datangnya dari Allah Taala. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah sahaja yang layak untuk menentukan perkara itu berjaya atau tidak. Semoga Allah melihat sedikit amal kita ini sebagai amal yang akan menyelamatkan kita di hari yang tiada naungan selain naungan Allah Taala. Ameen....

Thursday, March 13, 2008

Relevankah DEB??





Sedap Gak artikel copied dari harakahdaily.net ni... Fikir2laaa wahai shbat2 melayuku... Jangan kita terlalu dibodohkan oleh media2 BN dan UMNO yang merosakkan fikiran. Jan kita dikelirukan dengan isu2 perkauman yang dicetuskan oleh golongan perosak2 bangsa ini. Fkir dengan otak yang waras, bukan dengan perasaan yang selalu berubah-ubah. WallhuA'lam...

Jangan lupa bahawa Umno yang banyak mengkritik Parti Gerakan dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semasa beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kerana menjalankan dasar yang mendiskriminasikan orang-orang Melayu

Akhbar Utusan Malaysia adalah antara media propaganda Barisan Nasional yang menyiarkan kenyataan beberapa Ketua Umno Bahagian di Pulau Pinang, yang secara lantang mengkritik Tsu Koon sehingga memeningkan kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Hakikatnya semakin jelas kelihatan sejak berpuluh tahun kerajaan negeri diterajui Gerakan dari kelompok kaum Cina, Melayu Pulau Pinang semakin terhakis, mereka hanya menguasai dan memiliki aset di Seberang Prai, manakala di bahagian pulau, hanya tinggal di sekitar Balik Pulau.
Lain-lain tempat, Jelutong, Bayan Lepas, Georgetown, Melayu sudah semakin terpinggir dan semakin pupus. Hanya yang ada saki baki Melayu tinggal di kawasan flat. Rumah kampung sudah tiada, pangsapuri mewah pun tiada, kawasan elit pun Melayu hampir tiada. Jika ada pun Melayu dari kalangan Umno.

Penulis tidak pernah berhasrat untuk membangkitkan soal kaum. Siapa yang menjadi Ketua Menteri, siapa yang memerintah atau sebagainya. Penulis sekadar mengharapkan rakyat berfikir, mengapa media dan Umno begitu jahat memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng dari DAP?

Apakah paparan bahawa kononnya kaum Cina dari DAP akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Pulau Pinang boleh diterjemahkan sebagai semasa Cina Gerakan, DEB terlaksana dengan baik? Jahatkah Cina DAP terlalu baikkah Cina Gerakan atau MCA pada pandangan Utusan? Media tidak harus cuba mengelirukan rakyat, kerana, mereka harus tanya kepada pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang, apakah mereka begitu puashati dengan Gerakan selama ini?

Jangan cetuskan api perkauman. Paparan seburuk ini, dibuat dengan nada yang begitu jahat, boleh mencetuskan ketidakstabilan hubungan kaum dalam negara. Utusan jelas 'bermain dengan api', meniupkan api perkauman yang boleh menjejaskan ketidakstabilan politik dalam negara. Apa yang disebutkan Lim Guan Eng sebagai DEB menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisyen sebenarnya memang betul.

Tan Sri Khalid Ibrahim ketika ditemuramah penulis dua tahun lepas (sebelum menganggotai KeADILan), tidak mempertikaikan DEB, yang dipertikaikan soalan perlaksanaannya. Soal delivery dan ketelusan yang dibangkitkan. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawa Islam tidak menerima sebarang tindakan yang boleh disifatkan sebagai diskriminasi kepada mana-mana kaum.

Namun, PAS menerima beberapa keutamaan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan terhadap orang-orang Melayu. Apa yang PAS pertikaikan ialah soal amalan korupsi, kronisme dan nepotisme yang dilaksanakan oleh BN. Hakikatnya PAS mempertikaikan DEB kerana ia digunakan sebagai alat politik untuk kepentingan segelintir puak yang dikenali sebagai Umnoputra, bukan untuk bumiputra.

Bukan soal DEB sahaja, lihatlah dasar untuk kepentingan orang Melayu Islam sebacara keseluruhan untuk orang Melayu/ Islam sewaktu Umno berkuasa dengan bongkaknya?
Di mana ukuran Umno/BN berjuang untuk Melayu?

Siapa yang merobohkan surau kegunaan untuk orang Islam, jika tidak dengan arahan Menteri Besar berketurunan Melayu dari Umno?

Siapa yang meroboh setinggan-setinggan Melayu seperti di Kampung Berembang atas alasan tujuan untuk pembangunan?

Siapa yang 'mengalibabakan' projek kerajaan yang diterima atas nama kontraktor Melayu Umno dan kemudiannya di sub-kon kan kepada kontraktor Cina?
Siapa yang menghapuskan pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, untuk digantikan dengan bahasa Inggeris?
Siapa yang menghapuskan bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat, yang rata-ratanya diwujudkan untuk pendidikan anak-anak Melayu/ Islam?
Siapa yang menindas dan menafikan hak ekonomi serta geran perkapita kepada kerajaan pimpinan orang Melayu di Kelantan dan Terengganu sewaktu PAS memerintah?
Sebenarnya bukan PAS, KeADILan atau DAP yang menolak DEB, hakikatnya pemimpin Umno sendiri yang mengkhianati DEB! Justeru, pemimpin Umno tidak harus mendabik dada bahawa mereka adalah pejuang Melayu tulen, walhal sebenarnya merekalah yang menindas orang-orang Melayu. Jika Umno dan BN melaksanakan dasar-dasar negara dengan betul, sudah tentu orang-orang Melayu tidak akan menolak mereka. Pilihan Raya Umum ke 12 menunjukkan orang-orang Melayu sudah menolak Umno/BN. Jangan salahkan rakyat, sikap pemimpin Umno sendiri yang menyebabkan penolakan besar-besaran berlaku.
Fikir dan renungkan. Rombak Umno, suruh Abdullah berundur, jika tidak masa depan Umno akan gelap dan tidak mustahil Umno akan tersimpan dalam muzium, menjadi bahan sejarah.


Mohd Rashidi Hassan
Harakahdaily.net

Tuesday, March 11, 2008

AGM KUU???



Rumate aku balik bilik lalu meminta gambar dari aku. hmm?? Napa mau minta gambar aku aa??? haha... Rupa-rupanya aku terpilih menjadi calon untuk bertanding dalam Anual General Meeting Kelab Umno Ukraine tahun ini. hmm.. AGM tahun lalu aku terpilih jugak. Tahun lalu terpilih untuk bertanding jawatan Presiden. Tapi kalah.. Berapa aa aku dapat undi tu.. Ndak ingat sdah... 2-3 jak kali.. haha... Alhamdulillah... Strategi berjaya tuk kali tu... hehe....

Tapi taun ni len ckit. Aku sebenarnya memang x berminat pun untuk bertanding jawatan dalam merebut kerusi AMT umno dari dulu sampai sekrag. Bukan disebabkan oleh nama umno itu sendiri.. Setiap orang ada alasan kenapa dia mau bertanding. Kalau dulu kita ada alasan yang jelas kenapa mau bertanding. Hari ni keadaan dan situasi sudah berubah. So alasan yang lama sdah ndak boleh diterima pakai. Hehe...

Untuk AGM kali ni, aku awal2 lagi sdah statekan bahawa kalau aku tercalon untuk bertanding, aku akan tarik diri. Mengapa??? Orang len pun mau tau jugak kenapa aku mau menarik diri?? haha.... Sebenarnya teda pun orag mau tau... Saja2 jak aku mau bgtau napa aku ndak mau ikut bnda2 tu. banyak sebenarnya sebab.. Tapi yang paling aku rasa pnting tanggungjawab aku untuk benda lain lagi banyak. dlam alam bisnes.. Kita ada satu sistem yang dipanggil sistem niche. sistem ni mengutarakan tentang fokus terhadap sesuatu bisnes. Contohnya, nak buat kedai emas. mesti kita akan jual emas jak kan... fokus terhadap emas jak. Kalo dalam kedai emas tu ada jual ice-cream, baju, n len2.... payah laaa... ndak professional... kan??? So ada bnda len yang perlu difokuskan... yang bagi aku lagi besar dari bnda2 tu... Ndak tau laa org len kan.. terpulang laa...

Oklaa.... baru jak syawal call td, boleh laa plak tarik diri. so apa lagi.... tarik jak laa... haha... klah.. sdah2... tu pun mau crita aa... haha... klah.. Semoga kita ni akan terus istiqamah dalam kerja2 kita.. :-) klah.. WallhuA'lam...

Monday, March 10, 2008

Keja BaRu


Perubahan memang payah. Nak ubah blog pun payah jugak rasanya. Sebenarnya aku nak ubah blog usrah ukraine ni pergi ke blog yang baru. Dari need4speed-csmu.blogspot.com ke isim-online.blogspot.com. Payah sebenarnya tapi kena laa cuba. Sebenarnya nama blog pun ada kaitan dengan kekerapan dan peluang untuk dilawati. Kalau guna nama yang lama tu masaalahnya cuma panjang sangat. Lagipun mesti ada yang akan cakap susah sangat untuk diingati.


Pada pendapat aku, nama yang baru ni lagi effisyen, maybe..... Trylaa.... Cuba yanG terbaik... insyaAllah boleh....

SheikH SyuRaiM





MasyaAllah... hebat Sheikh kita ni.. baca ayat-ayat Allah dan terus menangis.. kalau kita?? heh... entah smpai bila baru boleh keluar air mata ni disebabkan kefahaman kita tentang maksud ayat-ayat suci quran.....

Tengok-tengoklah dan beleklah diri kita yang sangat kurang ini. semoga dengan muhasabah kita yang sedikit dapat melahirkan rasa takut dan harap terhadap Allah SWT. Semoga Allah menerima amalan-amalan kita.


SemangaT kembaLi


Pilihanraya yang baru sahaja lepas ini melihatkan banyak kelebihan dan kekuatan pada pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Kedua-dua pihak berusaha untuk menjayakan kempen untuk memenangi kerusi di parlimen dan adun masing-masing. Hampir majoriti rakyat malaysia yang berkelayakan untuk mengundi parti pilihan kesukaan sendiri turun untuk memangkah demi menentukan nasib masa depan negara yang pastinya akan lebih baik. Semangat yang ditonjolkan oleh penyokong kedua-dua pihak yang bertanding sangat menggemitkan keadaan. laungan demi laungan kedengaran dari posisi penyokong setiap pihak.

Hmm... susah jugak sebenarnya bila aku cuba untuk bercakap benda-benda yang agak serius. lagi-lagi dalam keadaan aku yang tengah didalam keruntuhan dan kerosakan hati ni. ditengah-tengah kemenangan Parti pembangkang, aku terus dibuai oleh kejahatan dan kerosakan. Ya Allah, kadang-kadang aku menulis hanya untuk menunjuk-nunjuk bahawa idea-idea yang aku cuba lontarkan merupakan idea yang hebat. ni semua adalah kesan dari hati yang sangat kotor. semoga Allah mengampuni dan membersihkan jiwaku ini.

Hari ni, apa yang sudah aku lakukan untuk agamaku? Hmm.... sedih dan takziah buat diriku. gelombang kemenangan masih aku rasakan. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana telah memberikan sedikit penawar susah payah dan jerit perit para pejuangnya yang telah berusaha bersunggguh-sungguh bekerja untuk Islam. Bagaikan disuapkan nasi dikala diri tersangat-sangat lapar selepas penat bekerja, nasi yang sedikit sudah memadai untuk dirasakan kelazatannya. inikan lagi bila nasi yang disajikan itu disediakan bersama-sama dengan lauk pauk yang enak-enak.

Aku yang berada ditempat yang jauh ini pun dapat menikmati bau nasi itu. Otakku menafsirkan tahap kesedapan makanan itu. Air liur mula dirembeskan salivary glandku kesan dari conditional refleks diriku. Terbit Keinginan dihatiku untuk merasa makanan itu. insyaAllah kita semua kena berusaha kearah itu. Apabila kita bekerja dengan ikhlas bersama Islam, Pastinya Allah SWT akan mengurniakan kita nikmat kelazatan sebagaimana orang-orang yang terdahulu menikmatinya insyaAllah.