Monday, March 10, 2008

SemangaT kembaLi


Pilihanraya yang baru sahaja lepas ini melihatkan banyak kelebihan dan kekuatan pada pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Kedua-dua pihak berusaha untuk menjayakan kempen untuk memenangi kerusi di parlimen dan adun masing-masing. Hampir majoriti rakyat malaysia yang berkelayakan untuk mengundi parti pilihan kesukaan sendiri turun untuk memangkah demi menentukan nasib masa depan negara yang pastinya akan lebih baik. Semangat yang ditonjolkan oleh penyokong kedua-dua pihak yang bertanding sangat menggemitkan keadaan. laungan demi laungan kedengaran dari posisi penyokong setiap pihak.

Hmm... susah jugak sebenarnya bila aku cuba untuk bercakap benda-benda yang agak serius. lagi-lagi dalam keadaan aku yang tengah didalam keruntuhan dan kerosakan hati ni. ditengah-tengah kemenangan Parti pembangkang, aku terus dibuai oleh kejahatan dan kerosakan. Ya Allah, kadang-kadang aku menulis hanya untuk menunjuk-nunjuk bahawa idea-idea yang aku cuba lontarkan merupakan idea yang hebat. ni semua adalah kesan dari hati yang sangat kotor. semoga Allah mengampuni dan membersihkan jiwaku ini.

Hari ni, apa yang sudah aku lakukan untuk agamaku? Hmm.... sedih dan takziah buat diriku. gelombang kemenangan masih aku rasakan. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana telah memberikan sedikit penawar susah payah dan jerit perit para pejuangnya yang telah berusaha bersunggguh-sungguh bekerja untuk Islam. Bagaikan disuapkan nasi dikala diri tersangat-sangat lapar selepas penat bekerja, nasi yang sedikit sudah memadai untuk dirasakan kelazatannya. inikan lagi bila nasi yang disajikan itu disediakan bersama-sama dengan lauk pauk yang enak-enak.

Aku yang berada ditempat yang jauh ini pun dapat menikmati bau nasi itu. Otakku menafsirkan tahap kesedapan makanan itu. Air liur mula dirembeskan salivary glandku kesan dari conditional refleks diriku. Terbit Keinginan dihatiku untuk merasa makanan itu. insyaAllah kita semua kena berusaha kearah itu. Apabila kita bekerja dengan ikhlas bersama Islam, Pastinya Allah SWT akan mengurniakan kita nikmat kelazatan sebagaimana orang-orang yang terdahulu menikmatinya insyaAllah.

0 comments: