Sunday, March 30, 2008

BARISAN PELAJAR MUSLIM UKRAINE (ISIM, KUU, GAMTET)

Dihadapan 12 Mata Air Nabi Musa, Sinai, Egypyt

Pengalaman yang lepas menyebabkan aku berfikir panjang sebelum membuat sebarang keputusan. Segala keputusan musyawwarah dengan

sahabat-sahabat lain yang bakal dibuat akan mencorakkan warna dakwah di tempatku ini. Pelbagai masaalah timbul sejak akhir-akhir ini. dan selepas aku meneliti kesemua masaalah ini, terdapat persamaan yang ketara diantara satu dengan yang lain. Dibawah ni aku rasa nak berkongsi jugak dengan sahabat-sahabat semua tentang sedikit daripada masaalah yang timbul untuk difikirkan bersama.

1. Kewujudan ISIM sebagai satu lagi persatuan di CSMU.
2. Kerjasama antara ISIM dengan KUU dan GAMTET.
3. Isu perpecahan dikalangan pelajar melayu di CSMU.

1. Kewujudan ISIM sebagai satu persatuan di CSMU

- Sila baca di artikel ISIM

2. Kerjasama antara ISIM dengan KUU dan GAMTET

Bagi aku, untuk memartabatkan kebajikan sahabat-sahabat muslim di CSMU ini, kerjasama yang erat dan saling faham memahami antara persatuan amatlah perlu. 3 rukun usrah yang selalu dilaungkan sewaktu Usrah-usrah umum dijalankan aku rasa perlu dijadikan benda yang praktikal.

1. Taaruf

2. Tafahum

3. Takaful

1. Taaruf

Taaruf membawa maksud berkenalan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ISIM sila baca di artikel ISIM. KUU GAMTET

2. Tafahum

Tafahum membawa maksud kesefahaman. Selepas kita mengenali dengan lebih dekat objektif penubuhan, peranan dan lain-lain lagi, barulah akan timbul kefahaman antara persatuan. Asas kesefahaman bagi aku amat penting antara semua persatuan untuk melancarkan lagi program-program yang bakal dianjurkan. Tanpa asas ini, lebih banyak pertikaian yang akan timbul. Masaalah yang kecil akan diperbesar-besarkan. Akhirnya semua persatuan akan lebih terfokus untuk menaikkan nama persatuan masing-masing dan secara tidak langsung sedikit sebanyak mengabaikan objektif utama wujudnya persatuan iaitu kebajikan pelajar-pelajar muslim di sini.

3. Takaful

Takaful membawa maksud saling bantu membantu. Selepas wujudnya persefahaman antara persatuan, barulah akan timbul sikap bantu membantu ataupun boleh kita panggil sebagai kerjasama (Collabration). Kerjasama yang mana kita harapkan akan memberi kesan positif yang maksimum kepada pelajar-pelajar muslim di tempat kita. Sifat mulia ini juga merupakan antara sifat para pejuang-pejuang islam terdahulu dalam menyebarkan risalah agung, kalimah tertinggi LA ILAAHA ILLA ALLAH “ Tiada Tuhan (yang wujud) melainkan Allah (yang satu)” . Dan jangan juga kita lupa bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan Negara kita juga adalah disebabkan dengan kerjasama antara semua pihak yang tidak mengenal rupa dan bangsa.

Apa yang aku nak bawa disini adalah sejauh mana kerjasama yang boleh kita praktikkan antara ISIM, KUU dan GAMTET.

1. Sepertimana yang kita sedia maklum, ISIM adalah satu badan usrah yang bergerak di CSMU. KUU pula merupakan satu lagi badan yang menjaga hal ehwal pelajar melayu. Satu lagi badan NGO yang semakin popular dikalangan pelajar Malaysia muslim iaitu GAMTET . peranan utama badan ini adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak Terengganu yang belajar di Ukraine dan Russia. aku suka untuk member perumpamaan ini untuk difikirkan bersama.

Sepasang bakal pengantin telah bercadang untuk berbincang mengenai perkahwinan mereka pada masa hadapan. Disini kita dapat lihat perbezaan antara lelaki dan perempuan berkenaan. Antaranya lelaki itu jantinanya lelaki dan vice versa. Lelaki itu mempunyai kulit yang sedikit gelap manakala perempuan itu kulitnya sedikit sawo matang. Ketinggian hamper-hampir sama. Bentuk hidung juga berbeza. Warna rambut yang sangat ketara perbezaannya. Cara bercakap, suara, dan banyak lagi benda-benda yang amat berbeza sama sekali.

Organ didalam badan kita pun banyak jugak perbezaan antara satu sama lain. Fungsi, proses yang berjalan, consistency, structure, dan lain-lain lagi menunjukkan betapa berbezanya organ itu antara satu sama lain.

Disini aku mau tarik perhatian sahabat-sahabat sekalian mengenai 2 contoh yang dinyatakan diatas. Contoh pertama aku cakap mengenai perbezaan antara bakal suami dan isteri. Cuba fikirkan, kalaulah bakal suami dan isteri ini mementingkan sangat tentang perbezaan yang terdapat antara mereka, rasa-rasanya confirmkah yang dorg ni akan kahwin. Masing-masing menimbulkan hujah masing-masing. Masing-masing mementingkan kelebihan diri sendiri dan keputusannya pastilah pertikaian akan berlaku. Rumahtangga yang diidam-idamkan hancur begitu sahaja. So, bagaimanakah cara yang sesuai untuk menyelesaikan masaalah ini?

Pertamanya, apa objektif bakal pengantin ini berbincang. Bagi aku, perbincangan yang dibuat adalah kerana ingin menimbulkan kesefahaman yang jelas antara kedua-dua bakal mempelai. Objektif yang clear disusun. Antaranya mewujudkan satu suasana keluarga yang bahagia, kebajikan anak-anak. Persekolahan mereka dan banyak lagi. Point utama perkara yang dibincangkan adalah persamaan tujuan dan konsep. Benda yang difokuskan adalah berkaitan dengan objektif asal perkahwinan mereka. Dan aku amat yakin, kalau benda-benda perbezaan kurang dibuat isu, insyaAllah keluarga ini akan bahagia sampai ke generasi-generasi yang seterusnya. Yang untung adalah nama mak ayah, anak-anak dan keturunan-keturunan yang seterusnya.

Contoh kedua aku sentuh mengenai organ di dalam badan kita. Kalaulah setiap organ dalam badan kita ini mementingkan perbezaan antar satu sama lain, maka rosak binasalah system-sistem yang lain. Yang ruginya adalah empunya badan. Dialah yang akan merasa sakit. Tidak dapat pergi ke kuliah dan terbantut pelajarannya. Mungkin juga akan membawa kepada stress yang berpanjangan dan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

Tapi kejadian Allah sangat-sangat sempurna. Dijadikan perbezaan itu satu rahmat bagi sekelian organ dalaman kita. Perbezaan ditukar menjadi satu kelebihan yang membawa kepada perferctnya proses-proses yang berlaku yang pastinya memberikan pengawalan yang berpanjangan terhadap empunya diri. Aku rasa tidak perlulah aku bercakap mengenai perkara ini memandangkan semua sahbat-sahabat belajar dan mungkin sahaja disana ada insan-insan yang mengetahui lebih banyak dan lebih pakar tentang benda ini.

Jadi, aku rasa perbezaan antara ISIM, KUU dan GAMTET tidak perlulah kita besar-besarkan. Rasanya kita hanya akan membuang masa jika perkara-perkara remeh ini dipertikaikan dan akibatnya perpecahan antara kita akan berlaku sebagaimana yang diidam-idamkan oleh orang-orang yang dengki. (Musuh No 1 Bangsa Agama dan Negara). Apa yang perlu kita fikirkan, bagaimana kita dapat memfokouskan persamaan antara kita iaitu untuk membuat kebajikan khususnya untuk pelajar-pelajar muslim di sini tanpa menimbulkan benda-benda sensitive yang wajar dielakkan. Perbincangan perlu diadakan antara semua pihak yang terlibat khususnya yang merasakan bahawa banyaknya perbezaan ini adalah masaalah baginya.

Terus terang aku katakan, bahawa bagi aku benda ni adalah masaalah-masaalah yang sangat kecil yang tidak perlu dibincangkan apalagi diperbesar-besarkan. Tetapi keadaan semasa memaksa aku untuk menyatakan pendapat dan pendirian aku mengenai hal yang telah berlaku.

3. Isu perpecahan dikalangan pelajar melayu di CSMU

Rasanya kalau sahabat-sahabat semua faham akan apa yang telah aku terangkan diatas, insyaAllah kalau semua pihak memfokuskan kepada persamaan, isu perpecahan ini insyaAllah akan terhenti dengan sendirinya.

Sebagai penutupnya, penulisanku ini bukan mewakili mana-mana persatuan. Ini hanyalah luahan hatiku yang dambakan kesatuan yang betul diatas jalan yang hak, iaitu jalan yang tersambung dengan rantai perjuangan para pejuang terdahulu sampai kepada Rasulullah SAW. Dan aku tidak mengatakan bahawa ISIM merupakan satu persatuan yang mantap, melainkan masih banyak kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki bersama demi memartabatkan Islam yang tercinta. Aku juga ahli KUU yang sama-sama mengharapkan yang terbaik daripada KUU untuk mejaga kebajikan dan hal-ehwal pelajar pelajar melayu di sini. Segala kerjasama amatlah dialu-alukan demi memperjuangkan fikrah bangsa dan agama agar sentiasa terjaga. WallahuA’lam.


Bersama dengan Ustaz Hadi Senapi

1 comments:

Anonymous said...

teruskan perjuangan ketiga2 kelab tersebut..suka tgk korang bekerjasama kumpulkan melayu semua..jangan biar ada kroni2..dan jgn biar ada perselisihan hanya kerana perkara kecil..benda baik, insyaAllah dipermudahkan Allah..