Friday, March 28, 2008

Islamic Student Movement (ISIM)

ISIM merupakan satu lagi persatuan pelajar muslim Malaysia di ukraine selain Kelab Umno Ukraine (KUU) dan Gabungan Mahasiswa Terengganu Eropah Timur (GAMTET). Persatuan ini dikelola oleh Naqib dan Naqibah dan diketuai oleh Ketua Naqibnya, (Buat masa ni aku yang pegang). ISIM sebenarnya adalah sebuah gerakan yang menggerakkan aktiviti usrah umum untuk pelajar-pelajar muslim di Ukraine.

Objektif utama gerakan ini ditubuhkan adalah untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti usrah agar menjadi lebih teratur dan memberi kesan terhadap suasana pelajar-pelajar islam di sini. Antara lain tujuan penubuhan ISIM adalah untuk memberikan sedikit sebanyak kefahaman tentang betapa cantiknya hidup bersama islam dan kaitannya dengan kerjaya yang bakal dihadapi pada masa hadapan.

Pada masa ini seramai 24 orang nuqaba yang terdiri dari 7 muslimin dan 17 muslimah telah menerima tangggungjawab untuk menjalankan tugas ini. Semua program yang dijalankan dibincang terlebih dahulu di dalam mesyuarat nuqaba dan keputusannya berdasarkan persetuan bersama.

Antara aktiviti tahunan yang dijalankan adalah Usrah yang dijalankan setiap minggu, Winter Conference dan Jelajah Benua. selain itu hari-hari kebesaran islam seperti sambutan Maulid nabi, Maal hijrah, Ramadhan etc juga disambut dengan aktiviti-aktiviti yang pastinya memberi manfaat yang banyak kepada pelajar-pelajar insyaAllah.

Alhamdulillah buat masa ini ISIM mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan yang diperlukan untuk menjalan program-programnya. Terima kasih kepada yang telah menyumbang untuk kewangan ISIM. Semoga sumbangan yang dikeluarkan itu akan mendapat pandangan Allah SWT dan akan diterima sebagai pahala yang berterusan sampai ke akhirat InsyaAllah.

Untuk Akhirnya, manhaj ISIM adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Segala apa yang baik hanya datangnya dari Allah Taala. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah sahaja yang layak untuk menentukan perkara itu berjaya atau tidak. Semoga Allah melihat sedikit amal kita ini sebagai amal yang akan menyelamatkan kita di hari yang tiada naungan selain naungan Allah Taala. Ameen....

0 comments: