Hmm... HiHi... pelik sikit post hari ni. payah wei kalau banyak gangguan semasa kita baru mau start study. handphone yang banyak kali berdering, komputer yang hidup di hadapan mata, Buzz YM dari kawan-kwan, bunyi kipas komputer, bunyi TV dari bilik sebelah, gelas yang kosong tanpa air kopi dan lain-lain lagi.
kenapa kita menjadi lemah untuk study?? malas untuk study?? (aku cakap psl diri aku laa ni... pemalas kan.. haha... ) aku rasa kan.. semuanya ni bergantung dengan faktor dalaman dan luaran diri juga.
Faktor luaran
penampilan kita merupakan satu faktor gak untuk membangkitkan semangat kita tuk buat sesuatau dengan suksess. badan yang cergas, otak yang kuat ingatan, bebas dari penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan gangguan kepada penumpuan dan lain-lain. kalau kita cakap pasal penyakit, kebanyakan penyakit boleh menyebabkan gangguan psikologi dlaam kehidupan ramai orang yang berpenyakit tidak dapat/ tidak mahu menerima bahawa dirinya sedang sakit.
faktor keadaan sekeliling juga bole influence mood kita untuk study. bilik yang kotor dan tidak kemas, asap-asap rokok dari kawan-kawan yang tidak memahami, meja belajar yang berselerakan dengan kertas, lampu meja yang kurang terang dan lain-lain lagi. semuanya boleh effect semangat kita tuk memulakan study.
tidak cukup tidur au terlebih tidur menyebabkan badan kita akan berasa lemah dan penat. badan tengah penat dan lemah... tapi otak masih cergas untuk bekerja ataupun sebaliknya. makanan yang tidak seimbang dan lain-lain. ada jugak sahabat-sahabat kita yang diet secara extremenya. memanglaa kita nampak banyak penurunan berat badan dan nampak lebih kurus.
tapi kalau diet kita ni menyebabkan diri dan anggota kita lemah untuk buat kerja.. semua tu tidak bernilai. nutrient yang kurang zatnya.. kurang vitaminnya.. kurang proteinnya.. dan lain-lain mengurangkan kapasiti otak kita untuk bekerja, dan berfikir, dan lain-lain lagi.
faktor dalaman.
aku rasa ni merupakan satu faktor yang besar gak ni. ia bermua dari Hati kita. Nabi SAW bersabda kalau hati ni baik, maka akan baiklah seluruh anggotanya. Iyaaaa... Hati adalah faktor yang paling penting dalam usaha untuk mendapatkan kejayaan yang gemilang di dunia dan akhirat.
Nabi Ayyub (kalau x silap) diuji Allah dengan sakit kulit yang chronik dan severe. tapi dia tidak mengangap sakitnya itu sebagai penghalang Nabi Ayyub untuk beribadah dan melakukan kebaikan kerana Allah. dia sentiasa memuji dan memuja Allah SWT. dia bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah kepadanya. Nikmat sakit, nikmat sihat dan lain-lain lagi. Semuanya dari Allah.
kalau Allah sudah tentukan sesuatu tu berlaku kepada kita, tidak kira laa baik maupun buruk, bersyukurlaa.. kerana disitu terlalu banyak hikmah yang boleh difikirkan buat orang-orang yang mahu berfikir. Allah bagi kita ujian, ujian perempuan, ujian exam, ujian kemalasan dalam diri, semua ini ujian supaya kita berfikir apa sebenrnya yang telah berlaku.
semuanya berbalik kepada bagaimana kita memandang sesuatu perkara itu. kalau kita mahu bersangka baik dengan Allah SWT, maka Allah akan berikan kita kebaikan. kalau kita betul-betul mahu kepada perubahan, yang mana kita mulkakan perubahan itu dari diri kita sendiri, pastila Allah akan menolong kita dalam perubahan kita kearah kebaikan ini. Astagfirullah.. aku ni cakap mcm tak serupa bikin jak.. adooii..
Kesimpulan
kelemahan kita sebenarnya merupakan satu lagi faktor kekuatan diri yang mana boleh membawa kita kepada tahap kesempurnaan. memangla kita tidak akan dapat mencapai tahap kesempurnaan. tetapi sekurang-kurangnya, hari ini lebih baik dari hari kelmarin dan hari esok lebih baik dari hari ini. Allah bagi kita akal dan hati untuk berfikir. kita ada otak. monyet pun ada otak. ikan pun ada otak gak. semuanya yang hidup di muka bumi ini, binatang dan manusia semuanya ada otak. tetapi yang Allah berikan akal dan hati hanyalah manusia.
akal dan hati digunakan untuk membezakan yang baik dan buruk. kambing tidak dapat membezakan yang baik dan buruk. manusia yang tidak dapat membezakan baik dan buruk samala macam kambing, macam binatang, bahkan lebih teruk dari itu. Anjing jantan akan cari anjing betina. tetapi tahap manusia yang lebih teruk dari binatang ni buat lagi buruk dari tu. laki cari laki.. perempuan cari perempuan.. AstagfirullaH... dan mcam-macam lagi contoH...
adooii... olaa... memang masing-masing kta ni ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. orang-orang yang beruntung ialah orang yang tahu kelemahannya dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan itu, dan menjadikan kelemahannya itu sebagai motivasi dirinya untuk lebih berjaya di dalam hidupnya. jan takut dan sedih bila dikatakan kita ni lemah, tapi sedihla bila kita tahu kelemahan kita tetapi kita ego dan takut menerima atau tidak dapat menerinya dengan baik, ataupun kita langsung tidak dapat mengesan kelemahan diri lantaran hitamnya hati disebabkan banyaknya dosa dan maksiat yang dilakukan terhadap Tuhan Rabbul Jalal.
0 comments:
Post a Comment