Sunday, April 26, 2009

Antara 10 Yang Kugelar Cinta


DALAM SEPULUH YANG KUGELAR CINTA

Dalam sepuluh yang kugelar Cinta

belum ada satu yang kukuh memasak teguh

pada bumi hati.

Ada sahaja putusnya, di tengah

kemudian di tepi kanan kiri

kembali ke titik mula, kemudian tamat lagi

kerana cintaku putus

terkerat sedikit dari Pencipta.


Kiralah berapa dalam pun.

Hitunglah berapa tinggi pun.

Kemudian ganda dua, kali tiga

cinta yang dikumpul dalam takungan diri

akhirnya pecah, melimpah

kerana kulupa membahagikan hak Cintaku

pada empunya Cinta.


Dalam sepuluh Cinta

yang kutakrif-ini untuk umat

ada sesal paling tirus

tetapi agam

untukmu yang kugelar Cinta

andai bersambung terus pada Tuhan.


MOHD ZAKI M NOOR

Majalah Dewan Siswa,

Julai 2006.

1 comments:

Ibnurashidi said...

Ana alhamdulillah, sihat sejahtera hendaknya.

Ana dah baca buku ni.

Kalau kelapangan, jemputlah datang ke blog ana ya.Berikan pandangan anda.