Sunday, April 12, 2009
NAFSU yang tidak dapat dikawal
Atau dibiarkan menurut kehendaknya
Ia adalah laksana anjing
Anjing itu tabiatnya tamak dan pengotor
Menyalak dan menggigit
Anjing itu kerana tamaknya
Selalu sahaja bergaduh kerana merebut makanan
Kerana tabiatnya pengotor,
Ia selalu makan bangkai dan najis
Tabiatnya juga suka menyalak orang
Tidak kurang juga menggigit orang atau binatang
Begitulah nafsu yang tidak dapat dikawal itu
Merupakan tabiat macam anjing
Nafsu itu tamak dengan dunia dan harta bendanya
Kerana tamak, dunia dan harta bendanya jadi rebutan
Hingga membawa permusuhan dan perkelahian
Nafsu yang tidak dikawal, suka perkara yang haram
Perkara haram itu adalah kotor
Suka menipu, suka berbohong
Suka mencuri dan rasuah
Suka arak, suka bergaul bebas, suka zina, suka merompak
Suka menyalak ertinya suka bercakap yang menyakiti orang
Seperti menyindir, mengumpat dan memfitnah
Suka menuduh, menghina dan caci-maki orang
Macam anjing yang menggigit
Sakit hati dan jiwa orang dibuatnya
Begitulah jahatnya nafsu yang tidak terdidik
Macam anjing yang garang
Himpunan Sajak
Ustaz Ashaa'ri Muhammad
0 comments:
Post a Comment