Saturday, April 11, 2009

Perjalanan Ke TerGenoVsKa


Jam aku bergetar pukul 0558 pagi lalu mengejutkan aku dari lena.

" Ya Allah.. lambat sdah ni tau.. mau abis sudah Waktu subuh ni.. Bangun... Bangun.. " hatiku memaksa aku untuk bagun menunaikan kewajipan terhadap Ilahi. Selepas solat telefon aku bergetar sekali lagi. aku bergegas mencapai HandpHone Nokia N78 kesayanganku.

- Mashkur Life baru calling.... -

"Hello Assalamualaikum.... "

"Assalamualaikum... ustat.. dah sedia eh? "

"baru nak besiap ni mash.. so 0645 keluar dari rumah then tunggu di Vakzal kat depan MacD laa k.. "

"Okay..... Assalamualaikum"

"WassalaM"

Sebenarnya hari ini aku ditugaskan untuk menemani kawanku mashkur untuk mengajar mengaji Quran di kampung Terganovskaya. Perjalanan dari simferopol ke tempat tersebut mengambil masa sebanyak sejam 40 minit.

kami terpaksa mengambil bas sebanyak dua kali memandangkan tidak ada bas yang direct terus ke Turgenovskaya. Berhenti sekejap di Stesen Bas Zapadnaya untuk menukar laluan ke Turgenovskaya.

Sesampainya di Stesen Bas zapadnaya, mata aku memerhatikan keadaan di sekeliling. Ramai orang... Pakcik makcik yang menjual makanan dan minuman nampak cergas sekali. Semuanya menjalankan tugas masing-masing dengan penuh kesungguhan.


mata aku mencari Pakcik penjual Samosa.

"Mana gi pakcik ni.... orang datang mau beli samosa dia.. dia teda pulak.. aiseemen tul la pakcik ni.. "

"memang xde laa ustat.. awal lagi kot.. "

"aa eh... awal lagi kot.. dah.. Jom... nek bas"

selepas itu kami terus sahaja masuk ke dalam bas yang akan menuju ke Belomenko. Belomenko ni adalah stesen yang paling past. Turgenovska pulak merupakan stesen kedua last sebelum Belomenko.

dalam bas kami duduk di tempat yang paling belakang sekali. seronok jugak perjalanan macam ni. aku sebenarnya sudah lama tak berjalan jauh ni. Berborak bersama mashkur mengenai masa depan. Iyelah, abang mashkur kita kan dah kahwin. so kena laa banyak bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman. HiHi..

sampai sahaja di tempat yang dituju, kami terus menghala ke rumah Sasha. Sasha adalah antara
sahabat yang nak belajar mengaji quran. Dua orang lagi, Rustem dan Rozalin. so semua ada seramai 3 orang laa.

sampai je, kami memberi salam.

"Assalamualaikummm... "

Salam dengan intonasi Salam melayu. ( 'Kuuuum' ade sedikit lenggokan manja dan mesra. Hahaha.. )

Selepas beberapa minit, pintu rumah dibuka. Isteri Shasha yang keluar dan menerangkan ShaSha tak balik dari bekerja lagi. Selepas itu dia menyuruh kami menunggu seketika. Isteri shasha masuk kembali dan berusaha untuk menghubungi suaminya.

aku melihat sekitar perkampungan tatar ini. Rumah Shasha.. kalau berada di malaysia, rumah-rumah seperti ini dianggap sebagai rumah orang-orang miskin. aku teringat rumah family ku di sabah yang alhamdulillah cukup dengan segala perabot dan perkakas. kolam Ikan keli, tempat letak kereta dan lain lain lagi.

Alhamdulillah.. sepatutnya aku kena menjadi orang yang lebih bersyukur lagi daripada orang lain memandangkan keadaanku yang sederhana cukup semuanya. insyaAllah, kita buat yang terbaik tuk menunjukkan kesyukuran kita kepada Tuhan yang mengurniakan Nikmat yang tak terhingga.

selepas beberapa minit, isteri Shasha keluar dan memberitahu bahawa Rustem, Rozalin dan suaminya Shasha tidak dapat untuk menghadirkan diri hari ini belajar mengaji Quran kerana masih lagi bekerja. Aku mula terfikir, betapa rajinnya dan bersungguhnya manusia untuk meneruskan hidup dengan mencari rezeki yang halal dan berkat. keadaan hidup yang susah memaksa diri untuk berusaha lebih sedikit dari orang lain demi menyara keluarga dan anak-anak yang masih kecil.

Cinta.. Sayang... KAsih....

Semuanya dilakukan untuk memberi tanpa mengharapkan balasan. Senyuman isteri dan anak-anak adalah lebih baik dari segalanya. Rumah diharapkan sebagai syurga untuk merehatkan diri dan anggota untuk mengembalikan tenaga buat mencari bekal hidup untuk hari esok.

harapan yang menggunung terhadap Ilahi menguatkan lagi semangat untuk bekerja dan beramal.

"Ape yang mereka cari???? " getus hati yang penuh dengan persoalan ini..

"Mungkin sahaja pandangan orang yang belum berkahwin adalah sangat berbeza dengan pandangan orang yang sudah berumahtangga tentang kehidupan di dunia.." Hati aku bermonolog sendirian.

"Apa yang aku nak dari pekerjaan aku bila aku dah menjadi doktor nanti.. ape yang aku nak capai? tolong orang?? bantu?? ke aku nak duit?? nak jadi kaya raya pakai kereta mercedes.. or BMW.. or Mazda 6.. aa laa... aku memang sangat minat dengan kereta Mazda 6.. lawa sangat-sangat."

"ataupun aku hanya nakkan gelaran DR ni.. supaya aku akan ada banyak pengaruh nanti. atau..... atau.. atau... atau.... "

Aku terfikir macam-macam mengenai masa depan yang bakal ditempuhi.pernah juga aku terfikri yang aku akan bakal dibunuh oleh orang-orang tertentu. mungkin sahaja bakal dihumban dalam ISA. Bermacam-macam benda yang bermain difikiran.

so aku dan mashkur pun balik la ke simferopol. Dalam perjalanan balik, aku menikmati akan keindahan alam ciptaan Allah. bukit bukau yang terpacak teguh. Pohon-pohon epal yang tersusun rapi. Keasyikan dan kehijauan muka bumi yang luas terbentang. kebiruan Langit yang dihiasi putihnya awan. Semuanya menunjukkan bahawa Adanya yang menciptakan. Adanya satu sistem yang lebih hebat dari segalanya. Sistem yang mengatur seluruh kehidupan dan corak-coraknya.

Allahu Akbar.... ya Allah.. hambamu ini lemah Sekali.. Ampunilah aku Ya Allah...

Sesampainya aku dirumahku, aku menuju ke meja komputerku.

"AssalamualaikOm.."

Mesej dari seorang kawan....

Bersambung..

0 comments: