Sunday, July 26, 2009

Senyuman Terukir di Sebalik Peluang


Orang cina bila berhadapan dengan masaalah, mereka melihat kepada 2 perkara.

1. Masaalah yang menyusahkan
2. Peluang disebalik masaalah

Sebagai renungan bersama...



Hari ni alhamdulillah aku join aa sikit-sikit program Titian Kasih II anjuran PSS (Persatuan Siswazah Sabah bahagian Tuaran).

bertolak dari rumah seawal 640 pagi dan sampai di masjid Tuaran pada pukul 0750. Perjalanan yang memakan masa selama sejam dari Putatan ke Tuaran ( Bawa Slow kan.. hehe.. ) sejauh lebih kurang 50 KM.

Sesampainya di Masjid tuaran, aku ditemani Adik Misran yang setia menantiku untuk menjadi Guider yang akan menunjukkan jalan untuk pergi ke Kampung Estet Tenggilan.

Tiba di Surau Kg Estet Tenggilan pada pukul 0830.

Adik-adik..... Ibu-ibu.... AJK-Ajk yang menunggu kedatangan kami melebarkan senyuman menceriakan lagi keadaan dan suasana di Kampung Estet Tenggilan.

Syok Eh.. hehe..... Malas laa mau cerita panjang-panjang... Syok jak la K.. nanti aa cerita..

Balik rumah dalam Pukul 530 Petang.

Penattt....... tapi ndak tido lagi.

Lepas Isyak, berborak dengan Mama Bapa tentang isu-isu semasa yang berkaitan. Yupppp... Best.. hihi..

Then dalam pukul 10 Keluar minum ngan Kawan sampai pukul 2 pagi. Baru jak laa balik ni. Mata MAsih segar.. Pasal Hentam Tongkat Ali 2 cawan tadi. keh3..

Hari sabtu kelmarin, enjoy-enjoy ke program "JASAMU DIKENANG". Anjuran Gabungan NGO Sabah yang menjemput Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. So, Tun Paklah memang datang laa ke Kampung Lohan. Program yang diadakan bertempat di Lohan Rest Hause, 2 KM dari Kinabalu Hot Spring ( Poring).

Best Gak.. Berkenalan ngan orang Hebat-hebat.

Mau tau satu lagi yang best??

Ingat Penyayi Rock dulu-dulu eh?? Abang Nash... Hehe..

Aku laa bawa dia ngan seorang lagi Ustaz pulang dari Ranau ke Kota Kinabalu naik kereta adikku jak laa... Persona Maroon dia tu... Dalam perjalanan Balik tu, banyak laa cerita macam-macam. Kongsi pengalaman laa katakan. hehe.. Best..

Makan semua sponsor.. Minyak semua ditanggung.. setiap tempat berenti, mesti makan punya.. Adoii.. tu yang perut sakit tu lepas tu tuu.. Sampaikan terpaksa meminjam tandas orang kampung di Kg Estet Tenggilan bersebelahan dengan surau kerana Tandas Surau Berlobang dan tiada air. hehe.. MaluuuuNya..

Dah aa.. Tidur laa dulu jap.. besok g Hospital pulak.. lepak-lepak jap tengok suasana di hospital tu.. ha lupa pulak mau dicakap. Bukan aku sorang jak yang berjalan-jalan ni. Actually aku berjalan ngan si Daus.. Daus Azinun.. Harapan ni Sahabat kita ni.. hehe..

so besok kubawa si Daus g join aku praktikal. Tengok-tengok keadaan jak baa... orang cakap, ambil bau jak.. bau-bau darah ka.. bau apa-apa laa yang ada di hospital tu.. hehe... Aku pesan ngan si daus tadi.. besok kalo dorang tanya tahun berapa... cakap jak tahun 4... Juniorku laa maksudnya.. hihi.. Bukan orang tau jugak kan.. Lepak aa.. ada jugak labcoat Lebih ku..

dah aa... berjuta yang mengharap di belakang... Berat amanah yang dipikul.. Ya Allah.. berikanlah kami keikhlasan... tunjukkan kami jalanMu yang lurus... Pelihara kami.. Ampunilah kami.. Ampuni Ibu bapa kami..

Layan jap LAgu Abang Nash ni.. :P



Yang bestnya kan.. Abang Nash ni Suaranya masih Power lagi.. Superb.. Camni laa suaranya.. serak-serak sedap.

satu lagi yang best..... dimana-mana jak kami singgah... Kami mendapat Tumpuan.. haha... Aku cakp ngan ABg Nash..

" bAng.... Bangganya..... KAmi ni pulak yang macam artis... haha.. Menumpang Popular je kami ni bang... haha.. "

Sampai di Restoren Tanjung Aru.. Kereta-kereta yang lalu semua angkat tangan.. haha.. ada satu ni.. dalalm 4-5 orang dak-dak muda... berhenti pasal mau bersalam jak ngan si abg nash ni.. hehe.. Yang tepi-tepi ni tumpang jak laaaa... hehe...

Ustaz Hj Sirun tetap low profil... Lepak jak.. keh3..

ok aa.. Tido dulu... mati aa ndak cukup tido ni.. adoii..

Friday, July 17, 2009

BorinG..


Keboringan eh?? Susah gak kalo banyak sangat masa kosong ni. So, hari ni nak buat apa eh..

1. G PRaktikal.. Jalan-jalan Jap di Hospital tu.. Lepak-lepak bersama pesakit.

2. Solat Jumaat di Masjid bandaran KK

3. Join Himpunan Menentang Kekejaman China dengan Bangsa Urghur, Xin Jhiang

4. Ingatkan nak enjoy, lepak n jalan makaN-makan ngan sepupu. Tengok aa camana..

5. Dah.. Tu jak laa..

Hmm... Senyum jak laa K.. Senyummmm.. hihi.. biarpun berdepan dengan masaalah besar maupun kecil, zahirkan senyuman tu.. ikhlas dan redha.. pasti hati akan jadi tenang.. dah aa.. mau besiap g praktikal.. Chow..

Monday, July 13, 2009

Day 1sT..



Hari ini adalah Hari pertama aku berpraktikal di Hospital Likas yang terletak 45 Minit dari Rumah. Pada kebiasaannya, aku akan menghantar adik ke sekolah seawal 6 pagi, dan direct terus ke Hospital pada pukul 8. Kalau terlalu awal, aku akan lepak laa mana-mana tempat yang best. Tepi laut ke.. ( KK terletak di Tepi Laut ) .. Kt Masjid Bandaraya ke.. Kedai Mamak ke..

HAri 1st.. tapi ada beberapa kes yang best tuk aku kongsikan..

Kes 1

Seorang ibu yang hendak bersalin dikala umur baby dalam kandungan masih terlalu awal. Umurnya baru 23 minggu.. Berat baby 6oo Gram je...

Normally, Baby akan dilahirkan pada 38 minggu hingga 42 minggu.. yang ni yang normal laa ni.. Bawah 22 minggu baby tak dikira hidup lagi.. Kalau sekiranya ibu melahirkan anak dibawah 22 minggu, anak itu kemungkinan besar yang teramat-amat untuk tidak hidup. dan biasanya, Doktor akan buat abortion je.

okay.. berbalik kepada si cerita si ibu..



Seorang Dr HO yang bernama Dr Shazwan.. bagaikan Dr House.. memanggil aku.. " Come.. come.. Fetus Premature.. 23 weeks.. weight 600 gram.. Os Fully.. ddududududdudu " ( lebih kurang laa.. )

Beberapa minit kemudian, Dr Ashari yang berpangkat specialist dalam bidang Gyne Obstetric ni datang tuk wat round. Then bila diteliti keadaan si Mama dan Baby dalam kandungan, Dr Ashari mula membuka bicara.

" Mama.. ni anak kan terlalu muda baa mau lahir ni.. dia tidak boleh survive sudah ni.. kita tidak boleh buat apa sudah laa.. kita tunggu jak laa dia keluar.. yang kita harapkan, baby tu akan selamat lahir laa.. yang tu harapan kita laa.. "

"mmm?? " Muka si mama sudah mula berubah..

"Kena bulih jadi macamni Doktor?? " Si mama bersuara..

Dalam wad tu, semua HO yang bertugas ada disana. Dr Sobri, Dr Jaequlien, Dr Shazwan, Dr Jeremy, Dr Wong dan seorang Dr MO, Dr Shanti.. termasuk seorang student.. AFiFi.. hehe.. Semua memerhatikan perbualan antara Dr Ashari dan Si Mama.. Ohh terlupa seorang lagi Dr MO, Dr Azuan..

"mmmmmmm... " panjang mm Dr AShari..

"Sebabnya kami pun tidak tahu lagi.. tu yang lepas ni kita akan check apa masaalah sebenarnya yang jadi. Kalau ada masaalah, nanti anak yang ketiga nanti kita kan ikat awal-awal laa supaya tidak jadi balik macamni.. "

Si Mama bagaikan hendak menangis.. tapi mungkin dia bertahan buat seketika..

Semua yang ada dalam wad tu diam seribu bahasa.

"Siapa di luar tu?? Suami ka?? " Tanya Dr Ashari kepada Si Mama..

"Bukan.. yang tu sepupu saya.. Suami saya kerja.. dia tidak dapat datang.."

"oo... Tidak bulih laa tu.. Dia tidak ada authority tuk tau benda ni.. "

"Jadi macam tu laa mama.. kita tunggu je laa.. harap-harap semuanya akan ok laa.. " Dr Ashari menamatkan perbualan dan pindah ke wad yang lain diiringi Dr HO dan Aku..

Sedih.. Camana laa perasaan si Mama kan.. anak ni adalah anak yang kedua.. anak yang pertama dulu pun memang gugur gak.. then diikuti dengan nak yang kedua.. yupp... biasanya, baby akan keluar dari rahim Mama dan dia akan hidup.. tapi tak lama.. selepas beberapa ketika, baby akan pergi meninggalkan Mama..

baby Pertama dah pergi.. Kehadiran baby yang kedua mengembalikan sinar di wajah mama dan si suami.. tapi hari ini.. sekali lagi sejarah hitam itu akan berulang..

Ni laa yang kita namakan Rezeki.. Rezeki Tuhan.. Semuanya pinjaman semata-mata. Kalau Allah nak ambik, Allah akan ambik je balik.. kan.. hmmmmmmm...

Sedih gak.. tapi nak wat camana.. X leh nak wat apa dah.. Semuanya hanya Allah ja yang mampu tuk ubah segalanya.

Kes ke 2

Pkul 1130 pagi aku keluar dari Labour Room. Dalam Lift, bertemu pulak dengan orang Kampungku. Then dia menceritakan tentang masalahnya selepas kami bersembang tentang benda yang lain.

Pakcik ni dah bertahun-tahun tidak mempunyai anak. Then, anak yang lahir ni pun adalah anak yang pertama. Lahir sebulan lebih awal dari tarikh yang dijangkakan. 36 minggu.. Orang panggil dengan PreMature.. Berat 2.2 KG..

Yupp.. Premature.. tapi ok lagi laa... InsyaAllah ok..

Then nak dijadikan cerita, Si pakcik dan si makcik sudah lama tidak ada anak. Anak yang baru lahir adalah dengan menggunakan Tiub. In Vitro Fertilization (IVF). KAedah ini menyatukan Sperm dari laki dan Ovum dari Perempuan di dalam Tiub. selepas sudah disatukan, sperm dan ovum yang sudah disenyawakan akan dimasukkan ke dalam rahim ibu untuk dibesarkan.

"Bertahun-tahun baa sudah pakcik cuba ni.. dari dulu lagi ndak dapat-dapat.. rezeki kan.. Alhamdulillah laa sekarang ada sudah seorang.."

" ndak baa.. takut jugak kan kalo teda pewaris ni.. pupus baa keturunan kita nanti.. " kata si pakcik dengan nada slow.

" InsyaAllah ok tu pakcik... Doa jak laa.. "

AKu melihat segunung pengharapan pada wajah si pakcik. Setelah berusaha bertahun-tahun, Allah mengabulkan permintaan Pakcik untuk menimang seorang anak yang comel.



Timbul pulak masaalah yang lain. Anak itu dibawa ke Tingkat 5. (Sebenarnya aku pun tak pasti sangat apa yang berlaku.. nanti esok laa aku tengaok ada apa di tingkat 5 tu..) Si Ibu tidak dapat mengeluarkan susu badan sejak dari baby lahir. Baby lahir hari Sabtu. Hari ahad masuk wad tingkat 5.

"Kenapa jugak pakcik dorang bawa sana tu?? " aku bertanya..

"ndak tau laa kenapa.. tapi yang saya nampak dia tulis dalam kertas tu.. risk of sepsis.. "

Hmm.. aku berfikir.. mesti pakcik ni nda faham apa benda sepsis tu.. aku yang faham ni berasa sedikit cuak.. Risk of Sepsis?? yupp.. maybe pasal premature.. or apa-apa laa... aku pun tak tau sangat pasal x tau camana keadaan si Makcik..

"Mungkin dorang kasi minum laa tu kan sana tingkat 5 tu.. " harapan si pakcik..

Hmmmmm.. Sian laa pulak kan.. Harap-harap semuanya Okay.. kalaula ditakdirkan Allah, seperti kes Makcik di atas.. Allah........ camanalaa tu kan perasaan si Pakcik dan makcik..

Hmmm.... perkara-perkara seperti ini membawa aku termenung seketika.. menginsafi bahawa semua apa yang berlaku di dunia ni dikawal sepenuhnya oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Kita hanya mampu berusaha.. dan memang itu jak laa tugas kita.. Berusaha semampu mungkin.. The rest.. serah bulat-bulat kepada Allah..

Mungkin apa yang kita rasa baik bagi kita.. tapi di pandangan Allah, benda tu buruk untuk hambaNya.. dan begitulah sebaliknya.. Allah Knows.............................

Dah aa... Ngantok.. sok kena bangun Awal.. tapi sebelum tido ni, kena cuci pinggan mangkok dulu.. besalah kan.. sorang jak di rumah.. dengan adik Bongsu laa.. kena la tolong Mama semua benda-benda di Rumah ni.. kalo hari tu adik-adik yang len balik rumah.. so time tu aku takkan sentuh pun cuci sana.. cuci sini.. pasal tu sume keje orang pompuan.. orang pompuan kena wat.. haha.. tapi hari ni, aku je laa yang tinggal. So kena laa buat.. hihi..

Ngantoknyaa......... ok aa... nanti free-free.. sambung aa.. ChoW..

Saturday, July 11, 2009

KananaPon Educational & Recreational Garden

Amik Gambar dari Bilik Aku.. :-P

Alhamdulillah semalam Allah telah membenarkan untukku menjejakkan kakiku di kebun Bapa yang terletak di Ranau. Jarak dari KK sejauh 100 KM mengambil masa selama 2 jam untuk sampai.

Aku dan Bapa bertolak dari rumah seawal pukul 600 pagi dengan menaiki Lori Bapa (Hilux). Syok gak.. HiHi..

Letak gambar jak laa eh.. Malas laa mau tulis.. mau masuk subuh sudah ni.. huhu..

BreakfasT dulu..

Ummmm... Dapnya Mama masaK..

Sampai Di KundasanG.. Beli sayuR dulu..

Bapa Beli SayuR... Murah baa sini..

Aiii... Awek pun temasuk jugak..

Petronas RanaU..

Chinese eh??? Bukan laa.. Ni laa Sumandak DusuN.. Hehehe..

Ni sampai Pekan Ranau sudah Ni..


RanaU sport Centre.. Centre laa sangat.. HiHi..

Adik malu-malu..

Lawa kan pokok ni..

Sampai ke kebuN.. Pakcik Jasidi sudah ada tunggu di kebun..

Baaa... Bawa sanapang sudah bapa ni.. Mau pigi mana tu??

Bapa dengan Pokok Gaharu yang berusai 7 bulan..

Sebuah rumah PPRT di tengah Hutan Belantara (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) hehe..

Aiseemen.. Rusak laa pulak satu pokok ni kan.. Diserang kupu-kupu yang biasa jadi penyakit gaharu

Dakat Sikit ambik gambar..

Baa.. bebunga sudah Durian ni..


Haha.. pelik tapi Benar... Durian Berbunga di bataNg????

Tinguk apa tu Bapa??


Pemandangan Kebun Bapa

Mau kena panggil "Bersamamu TV3" ni.....

Selesa baa jugak sini ni...

Toilet sini kan.. SuperB.. Nda Caya eh?? nda caya Datang aa..

Baa.. kasi racun dulu rumput-rumput tu..

HiHi... Ambik gambar keta..

Pemandangan dari Belakang Rumah

Lagi Bunga Pokok Durian

Yang Halal tu sudah Nyata.. Yang Haram tu sudah Nyata..

Camni laa nasiB............ HuHu..

Baa... begaya baa jugak Bapa ni.. HiHi...

Pakcik Jasidi pun mau begaya jugak.. Hehe..

Ok aa........ Subuh mau masuk sudah...... Cepat-cepat... Nanti nda sampaT..... :-P Ok... nanti cita lagi aa.... Ok Chow...


Friday, July 10, 2009

JaTuh Bangunnya Umat



Sekadar perkongsian untuk tatapan semua. Artikel ni baru jak tulis untuk diedarkan pas solat jumaat hari ni insyaAllah. - Peace -

Islam di Era Khulafa Ar-Rasyidin
Mengikut kajian para Ilmuan dan penyelidik, eg Yusuf Qardhawi, Al-Maududi, Syed Qutb, dan lain-lain mereka mendapati bahawa tamadun yang paling unggul yang pernah wujud di atas muka bumi adalah tamadun yang diasaskan oleh Nabi SAW dan 4 Khalifah Islam yang terawal. Ketika itu, Islam berada di kedudukan yang paling mulia dan digeruni lawan dan musuh.

Micheal Hart pula dalam bukunya yang bertajuk “The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History” memilih Nabi Muhammad sebagai pilihan pertama sebagai seorang yang paling berpengaruh dalam sejarah ketamadunan manusia.

Kepimpinan Nabi SAW dibantu oleh sahabat-sahabatnya yang mulia melembutkan hati penduduk Madinah dan Makkah untuk menerima islam sebagai cara hidup. Ketaatan kepada Nabi sebagai Ketua Negara Madinah ketika itu menyuburkan lagi dakwah islamiah walaupun ditekan dan dihalang oleh musuh-musuh islam.

Akhlak Islamiah yang dimiliki oleh para sahabat Nabi SAW benar-benar menambat hati para penduduk dunia yang datang berkunjung ke Makkah dan Madinah. Didikan rohani dan jasmani yang menyeluruh menjadikan Umat islam pada wakt itu Umat yang paling unggul sepanjang zaman.


Islam Hari ini

Islam pada hari ini tetap unggul sebagaiman zaman terdahulu. Jadi, apa bezanya Islam dahulu dan Islam sekarang??

Konsep yang dibawa oleh Islam tidak ada perbezaan sama sekali. Cuma keadaan Umat Islam itu sendiri yang membezakan antara dua darjat. Dahulu, umat Islam menerima Islam sepenuh hati. Mereka yakin dengan keyakinan yang sebenarnya terhadap Islam. Mereka komited terhadap apa yang dibawa oleh Nabi SAW dan diajarkan oleh Allah melalui KalamNya. Islam dijadikan sebagai cara hidup. Islam tidak dinilai hanya dengan bersolat, berpuasa dan membaca quran. Tetapi Islam dijadikan sebagai panduan didalam segenap aspek kehidupan. Islam dalam pergaulan, ekonomi, politik, ketenteraan, dakwah dan segalanya.

Berbeza dengan keadaan Umat Islam pada hari ini. Umat Islam sudah mula melupakan unsur-unsur Islam itu sendiri. Oleh kerana ruh dan semangat Islam dilepaskan dari dalam diri masing-masing, umat islam menjadi lemah dan hasilnya, kita menjadi umat yang termundur yang pernah wujud dalam dunia.

Tidak perlu kita memandang jauh sehingga ke Palestin, Iraq, Iran, Afghanistan dan lain-lain. Lihat sahaja di daerah kita, di negeri kita Sabah yang tercinta ini. Orang mana yang paling miskin?? Tidak lain dan tidak bukan, Orang kita. Yang paling rendah tahap pendidikannya?? Orang Kita. Orang Islam, orang Bajau Muslim, Dusun Muslim, Brunei Muslim dan lain-lain.

Tidak dinafikan ada diantara orang kita yang cemerlang dan bakal menjadi harapan buat masa hadapan. Tetapi, nisbah jika kita bandingkan dengan yang bukan Muslim, kita jauh ketinggalan ke belakang. Lihat sahaja di kampong-kampung kita, tidak ada perubahan semenjak dari 10-15 tahun yang lalu.

Kita sedar bahawa daerah Putatan bakal menjadi kawasan yang pesat dan maju.Tapi jangan lupa, adakah orang kita yang memajukan, yang maju atau kita hanya menjadi pengguna yang tertipu dengan berdirinya bangunan-bangunan yang tinggi dan besar. Giant.. Survey.. KFC, PIZZA HUT.. Kita bangga dengan adanya kemudahan di daerah kita. Apabila kita melihat secara lebih mendalam, siapakah yang lebih banyak mengaut keuntungan dari kemajuan yang didirikan.

Lihat sahaja pemilik kedai-kedai yang ada di daerah kita. Majoritinya adalah dimiliki oleh yang bukan Islam. Kita umat Islam daerah Putatan?? Bangga dengan hanya menjadi pengguna. FUJI.. Yu Classic.. orang kita hanya menjadi pekerja yang boleh disuruh-suruh.

Bukan niat penulis untuk mengapi-apikan semangat perkauman atau keagamaan. Tetapi inilah realiti yang berlaku di tempat kita yang perlu difikirkan bersama. Umat Islam lemah dari segenap aspek. Aspek pendidikan, aspek sosial, aspek ekonomi dan lain-lain.

Mengapa semua ini berlaku?

Besambung ke bahagian 2 pada minggu hadapan.

- AFiFi SaiF -
Kg Ulu PutataN
http://www.al-basayuv.blogspot.com/

Wednesday, July 08, 2009

Bila Mata MelihaT



"Streamyx ni kan.. Cari pasal tul ngan aku ni.. bayar mahal.. tapi selalu server down jak.. kureng tol.. Time aku mau guna ni laa dia gi down.. "

Streamyx di tempat aku ni memang selalu camni. "Blinking lagi modem ni.. Bila laa mau static sikit ni.. " haha.. besa laa tu.. mau buat camana kan. Ntah laa, memang di malaysia ni selalu sangat masaalah-masaalah camni. Malaysia?? Ka sabah jak camni?? ka Tempat aku jak camni?? Hampeh.. huhu..

"Naseb baik laa ada lagi dial-up TMNet ni.. boleh laa update sikit blog ku ni.. adoii.. "

Jam sudah menunjukkan pukul 310 pagi. Tadi ingatkan mau cuci kereta - Pukul 1230 Malam - Baru buk paip, sepupu pulak baru pulang rumah. So tak jadi laa cuci kereta, gi sembang-sembang pulak ngan sepupu sampai pukul 2 pagi. hihi.......

Banyak gak cerita-cerita pasal dulu-dulu, pasal masa depan dan len-len. Yupp.. sepupu aku ni bakal memulakan praktikal minggu depan. Ambik engeneering laa katakan. Masa depan cerah.. Jalan tebentang luas.. aku pun nampak gak jalan sepupu aku ni.. misi dan visi. InsyaAllah ok laa suma tu.. aku yakin gak ngan sepupu aku ni..

Bila sembang massalah budak-budak sekarang, 2 benda yang sepupu aku cakap. 1 faktor Keluarga dan yang kedua Faktor Sekolah- Faktor Cikgu.

Keluarga

Yupp.. bila kita bicara soal keluarga dan kepentingannya dala mendidik generasi baru, kita akan dapat melihat kesan positif dan negetif yang lahir dari institusi keluarga itu sendiri. aku rasa kan, ndak perlu kot aku nyatakan satu persatu kepentingannya disini. sikit-sikit boleh laa.

contoh - Mama bapa yang bekerja dan terlalu sibuk sehingga mengabaikan anak-anak, makan minum, pelajaran dan lain-lain.

anak-anak dalam usia mereka yang masih dalam jagaan memang sangat memerlukan perhatian dari kedua ibu bapa. apabila mereka terasa diabaikan dan tidak terjaga, mereka ni kan.. akan mudah terjebak ngan benda yang buruk dan keji.

Yupp.. budak-budak sekolah menengah atau rendah yang ponteng sekolah, pegi ke kedai-kedai mamak, berfoya-foya minum Teh tarik sambil hisap Rokok..

Gi laa tanya ngan budak-budak ni.. Bapa Mama dorang kalau tahu benda ni Marah ka Ndak..?? macam-macam jawapan yang akan kita dapat.. Ada yang akan cakap.. "Aa laa Bang.. Mustilaa dorang marah.. dorang ndak tau ni.. "

ada jugak yang jawab.. "Ntah laa bang.. dorang pun bukannya mau ambik tau pun pasal saya ni.. Saya Cemerlang ka.. gagal ka.. Apa-apakah.. Busy baa mama bapa saya ni bang.. Tu yang jadi camni ni.. Kawan-kawan lagi bayak yang buat benda-benda ni.. kawan-kawan lagi memahami dari mama bapa.. "

Kita yang sudah besar ni pun kadang-kadang pelik gak ngan budak-budak sekarang. Tengok laa di Youtube tu.. Budak-budak sekolah begaduh.. Pompuan pulak tu.. Betudung.. mau tunjuk samseng tu.. Astagfirullah.. Ndak malu eh suma orang tinguk?? Adoii..

Yupp.. memang kita pun ndak suka jugak bila benda-benda jadi camni kan.. tinguk aa.. Hari ni jadi macam ni.. Tahun Depan?? 5 tahun depan?? 10 tahun depan?? 20 tahun depan?? Kalao hari ni sudah jadi teruk camni.. camana keadaan generasi hadapan nanti?? dapat bayangkan eh??

Ntah laa... Seks menjadi satu benda yang sangat common.. Masing-masing ada HP yang mahal-mahal.. (HP yang sekarang aku pakai Hp Samsung yang harga RM 200 jak.. Lepas HP Nokia hari tu ada masaalah sikit.. huhu.. ) Boleh ambek Video... Ha!! lagi laa... Apa lagi, rakam laa... upload di internet buat tatapan yang len-len..

dulu mana laa ada orang buat benda-benda ni.. kalau mau buat maksiat pun, gi cari tempat-tempat yang orang ndak nampak.. takut.. malu kalo orang lain tahu.. sekurang-kurangnya dorang tahu kejijikan benda yang dorang buat.. Tapi Hari ni??

Sifat Malu Hilang dari dalam diri.. Hilang habis-habisan.. ada satu kajian tu dulu, dia cakap perempuan sekolah menengah hari ni, majoritinya sudah hilang dara, lelaki hilang teruna.. yang ni Majoriti....... ada laa yang sikit-sikit masih elok.. yang masih elok tu alhamdulillah..

Porno jangan cakap laa.. yang ni sudah sedia tersebar di dalam kehidupan anak-anak muda sekarang. ndak kira laa yang baik ka.. yang Jahat ka.. Internet ada depan mata, bila teda orang nampak, buka laa macam-macam.. Takut ngan orang.. tapi lupa kepada Tuhan yang bagi Mata.. Kalau time tu Allah tarik nikmat Mata?? ha!! Camana tu?? ndak ka menyesal sampai keluar air mata darah..

Cikgu

Bila sampai sekolah, bertemu dengan Cikgu-cikgu yang jenis terpaksa mengajar kerana tidak ada kerja. Ni lagi satu masaalah..

Cikgu mengajar ala kadar jak.. Kalau pelajar salah, Dimarahi dengan cara yang sangatlaa hampeh..

"Kenapa laa kau ni bodoh sangat Abu??"

"KAu ni kan abu, memang teada masa depan.. "

"Sama jak kau macam bapa kau.. Budu-buduan jugak... "

Fuhhh... Down eh kalao orang cakap camni ngan kita. lagi-lagi kalau yang cakap tu cikgu kita sendiri..

penah sekali tau.. benda ni aku paling ingat la sampai bila-bila.

Time tu aku darjah 5 sekolah rendah laa ni. Then setiap pagi aku dan sepupu aku akan naik bas pakcik aku - Bapa kepada Sepupu aku laa ni -

hari tu, Bas pakcik aku ni digunakan tuk bawa satu rombongan kampung yang mau jalan gi Labuan. Pakcik aku ditugaskan tuk hantar dorang laa ni. So dorang naik bas sekali laa ngan aku. Then bila sampai di sekolah aku ni, SRK Sacred Heart.. Pakcik aku pun pesan laa ngan aku n sepupu aku ni.. " baa.. baik-baik kamu jalan tu aa... " - Nasihat biasa laa ni setiap hari.. hihi..

Tiba-tiba, ada seorang pakcik ni menyampuk.. Orang besar gak laa di kampung ku ni.. SAmbil dia cakap Bajau laa ni.. "Ha yang tu tu.... anak ni Jajal betul tu.... " Fuhhhhhhhhh...... Malunya aku time tu.... JaJal ni Maksudnya Nakal.. tapi, Nakal cam lembut lagi.. Jajal ni membawa maksud Nakal yang Jahat, Bodoh, ndak pandai dengar cakap orang tua, selalu buat masaalah, ndak boleh pakai.. Fuhhhhhh.... Malunya aku... Down sangat time tu... Terfikir gak.. teruk sangat ka aku ni sampai dia cakap aku camtu..

Tu yang buat benda tu masih terngiang-ngiang di telinga ni.. Hihi.. lama gak aku mau redakan benda tu.. sampai habis sekolah menengah masih lagi aku terasa.. Sakit hati eh... sampai penah aku cakap ngan mama.. aku cerita laa peristiwa ni, then aku cakap.. kita tengok laa sekarang.. anak siapa yang jajal... aku ka anak dia.. HuHu... Then Mama marah aku cakap camtu.. Huhu.. Jahat gak aku ni eh.. hihihi...

Yupp.... Cikgu sepatutnya Ikhlas dalam mendidik. Penting sangat eh peranan Cikgu-cikgu dalam mendidik dan mentarbiyyah anak-anak murid ni. Penah seorang ustaz ni cakap, "Dulu ustaz sebenarnya bukan nak jadi Ustaz, Ustaz nak jadi... (Pegawai ape ntah), n terpaksa je mengajar.. dah laa terpaksa.. kene hantar kat sabah pulak tu.. " Aiseemen...

Tapi bukan semua laa yang camni.. Banyak yang bagus-bagus gak n yang ikhlas mengajar. Cikgu-cikgu dulu-dulu.. Ustaz Ustazah.. Banyak yang sangat-sangat baik.. Aku ingat lagi seorang ustazah aku ni, Ustazah.... (Astagfirullah... camana boleh lupa nama ustazah ni.. ) Ustazah ni ajar kelas aku Bahasa Arab. ustazah ni dah laa comel, muka cam Arab dah.. kecik-kecik jak orang nya.. Baik sangat ustazah tu.. waktu ustazah ni sudah habes masa kat SAbah, Mengajar di sekolah aku laa ni SMKA Inanam.. Then ustazah ni cakap.. " Cukup laa... Ustazah nak rehat laa.. Ustazah dah berpuas hati dah kerana dah banyak generasi yang ustazah ajar.. " sambil ustazah senyum dengan senyuman manis dia tu.. Hihi..

huhu... teringat laa pulak Cikgu-cikgu.. ustazah ustaz di sekolah dulu yang banyak mendidik dan mengajar aku erti kehidupan.. Alhamdulillah jadi laa aku seperti yang sekarang ni.. biarpun banyak lagi kekurangan dan bukan seperti yang diharapkan.. InsyaAllah aku akan cuba yang terbaik tuk menjadi seperti yang mereka harapkan.. InsyaAllah..

Banyak lagi sebenarnya faktor yang membawa kepada kerosakan akhlak generasi muda hari ni.. Kalau benda ni tak diubati segera, takut complicationnya lebih teruk dan lebih severe..

so sama-sama laa kita fikir-fikirkan perkara ni..

Generasi hari ini adalah pemimpin generasi akan datang. Rosaknya Generasi hari ini tanda kehancuran Generasi akan datang.

Siapa yang Bisa memandu Perubahan?? tepuk dada tu kuat-kuat sikit.. sampai sakit pun ndak pa.. Then tanya kat Hati.. Jujur ngan Hati.. Lihat dimana kelemahan dan kekuatan.. dan yang paling penting, saluti hati tu ngan Iman.. bersihkan laa ia sentiasa dari titik dan noda kekotoran dosa maksiat..

Astagfirullah.. Ya Allah.. mudahkanlah kami untuk kembali PadaMu... Ameen...

415 Pagi sudah... HiHi... Dah.. Prepare tuk solat subuh Pulak.. Hehe.. Chow..

satu lagi.. tadi petang gi Beli Kopiah Putih.. Bila pakai.. then tengok cermin, Adoiii...... napa cam budak baik sangat??? haha... Then tanya kat awek yang jaga di kedai tu.. " Ok ka?? ada nampak cam budak baik eh?? " hahaha.... Then awek tu jawab.. "Ok baa jugak tu.. jadi baik.. hihi.." Comel laa pulak dia senyum.. hehe..

Dah2....... Cukup2.... Hihi... ChoW.. Sambung Nanti..

last.. last.... Dial-up TMNET ni adalah Internet COnnection yang paling terlambat di Dunia... huhuhuhu..

Sunday, July 05, 2009

KuaranTiN ??


Salam Warahmatullah..

Sampai Di Tanah TerTumpahnya Darah


Hari ni adalah hari ke pertama aku berada di rumah. Nampaknya nasib aku tidak begitu baik kerana terpaksa dikuarantin selama 3 hari bermula hari ini hingga hari isnin. Adoii..

Setibanya di Airport Air Asia KK, aku disambut oleh Bapa.

"Assalamualaikummm... " Ake melebarkan senyuman kearah Bapa.

"Waalaikum Salam... Nanti.. Nanti.. tunggu Kejap.. ni Pakai ni.. (Mask) "

"Ha?? adoii... kena pakai ka jugak?? " Belum sempat aku bersalaman dengan Bapa.

"aa.. Kena jugak.. bungsu kau yang suruh ni.. Dr Rumihati.. " Jawap Bapa.

"haha.. Adoii... Okay-Okay... mari aku pakai.. "

"Nanti kau pandu sendiri jak aa.. kereta kau laa.. " Bapa meneruskan.

"Ha?? Sampai camtu aa?? adoii... haha...... "

"aa.. kena laa... Mau buat camana.. kena jugak kuarantin ni.. dari oversea kan.. so kena jugak buat camni.. " tegas Bapa.

"Adoiii...... haaaaa...... Sedihhh... haha.. " " Okay laa.... mau buat camana kan.. "

Bapa tersenyum melihat gelagatku. Haha.. Adoii... Lantas Bapa ke Parking Lot untuk mengambil keretaku.

Hatiku berdebar-debar. Camanalaa Rupa keretaku ni?? huhu.. Detik suara hati..

Sebuah kereta Wira Putih Lalu dihadapanku. Aku dapat mengecam itulah keretaku. Wahhhh... Canteekkkkk... Alhamdulillah... Nampaknya betul pilihanku untuk menukar cat Kereta itu kepada cat putih. "Lawa nyaaaa... " Betambah sayang kepada Wira ku..

"Kita tunggu Mama kau laa dulu.. dorang ambil bapa... " Celah bapa mematikan lamunanku terhadap Si Wira.

"Okayy.. "

Sebuah Kereta Persona Maroon meluncur di depan keretaku. Yupp... Adikku dan Mama baru sahaja sampai. Bila melihat kearahku, Mama dan adikku Ipa menutup mulut dan mengisyaratkan agar aku tidak datang dekat sambil mereka tersenyum manis.

"Adoiiiii... haha.... Camni laa nasib aku.. aku ndak sakit laa mak.. aku okay jakk.. "

"nanti jak salam lepas 3 hari. Bungsu kau yang suruh ni. Nanti kena marah nanti. Kena jugak kuarantin 3 hari. " terang mama.

"haha... Okay laa...... Betul jugak tu.. Ndak pa laa... aku kuarantinkan diri gak laa 3 hari.. Tapi 3 hari jak aa... ndak bulih lebih-lebih. haha.. InsyaAllah aku okay.. "

aku membuka pintu Wira. Fuhhh... Rindu.. Trauma... Lucu.. Bangga.. Semua ada.. Bercampur baur.. Rindu dengan Family dan Kereta.. Trauma dengan Accident tahun lalu. Lucu bila berjumpa dengan Mama dan bapa Dengan tidak bersalam pun. Bangga dengan keperihatinan Family ku terhadap penyakit H1N1 yang sedang menular ni.

aku menarik nafas panjang. Lalu kuhidupkan enjin Wiraku. Yeah.. Automatic Gear. Aku bergerak menyusur bandar KK menuju perjalanan pulang kerumah bersendirian. Tanganku memusing radio Wira.. 93.9 hz.. (Ikim.fm)

Air AsiA - Singapore ke KK -


aku melihat kearah Boarding Pass ku. No 24E.. Hmm... " Ngan siapalah aku duduk nanti ni.. " sesampainya di 24E, aku memasukkan beg ku di atas cabin.

Di sebelah Kanan ku Seorang Pakcik Sabahan. Di Sebelah kiri, Makcik Cina.

"Pakcik.. " aku mula menegur pakcik yang berada disebelahku.

"balik KK aa pakCik??"

"Aa.. balik KK.. " Jawab pakcik sambil membalas senyumanku.

"buat apa cik di Singapore ni?? Lama sudah disini?? "

"Teda apa-apa laa.. Jalan-jalan seja. Ada laa 2-3 hari. hari selasa hari tu lagi baa datang sini.. "
Pakcik memulakan bicaranya.

" oo Okay... hihi.... Ndak bahaya kaa sini cik.. kan banyak kes Selsema babi tu.. Penyebarannya pun macam cepat sangat kan.. "

"mmm... Lebih kurang jak sama Malaysia baa.. masih bulih lagi dikawal laa.. " Jawab pakcik dengan yakin.

"aa.. Tu laa.. tadi pun tinguk sana internet tu dia cakap banyak sudah baa kan di malaysia pun. Baru jak hari tu saya tinguk.. lepas tu hari ni dangar-dangar lebih seratus sudah... "

"aa tu laaa... " Pakcik bersetuju dengan kenyataanku.

selepas beberapa ketika bersembang dengan pakcik, aku berasa sangat mengantuk. Aku melabuhkan kepalaku di bangku Air Asia yang kurang mantap jika dibandingkan dengan Bangku Turkish Airline.. huhu..

selepas sejam lebih perjalanan, aku terbangun setelak mendengar Pakcik Batuk dan hidung berair.

" Adoi Pakcik niii... Macam sakit jak dia niii... biar betul pakcik ni.. " aku sedikit cuak bila melihat keadaan yang sedemikian rupa.

Adooi... pakcik ni pun... napa pulak dia macam sakit-sakit ni.. Alamak....... selepas dari itu, aku langsung tidak bercakap pun dengan si pakcik. Bahayanyaa...

aku terbayang.. " Camana ni nanti aku mau bersalam berpelukan lagi ngan Mama Bapa.. Ndak Bahaya kaa jugak.. Ishhh.. Bahaya eh.. aku pun ndak tau pakcik ni sakit betul ka ndak.. Camana dengan Adik-adik ku nanti.. Bahaya eh.. Adoiii... Camana ni eh... Fuhhh... Adooiii... Pasrah jak laa.. InsyaAllah teda apa-apa laa... InsyaAllah.. "

Jam menunjukkan pukul 1130 Malam. Aku Menjejakkan kaki ku dengan membawa satu haraan yang menggunung, Untuk memberikan sesuatu buat masyarakatku yang aku rindui.

Dalam Hatiku Berdoa.. "Ya Allah.. Ampunilah Dosaku.. Mudahkanlah pekerjaanku.. Engkau berikanlah aku kebaikan.. Ameen Ya Rabb... "

Wajah Mama Bapa Terbayang Di depan Mata..

Bersambung........