Sunday, August 16, 2009

Bukan Along.. Tapi nak menolonG..

Curi Wallpaper di ILUVISLAM.COM.. haha.. Cantek jugak Wallpapernya niH..
ni Kitaorang punya kad jemputan laa..

Menghantar Kad Jemputan

" Malu kami bang.. orang ingat kami ni ALONG jak.. dorang ingat kami mau kasi pinjam dorang duit.. " Kata Jeman yang ikut sekali misi mempromosikan Program Forum Perdana rabu ni..

Hari ni aku dan beberapa orang adik pergi ke Tamu untuk menghantar jemputan kad Forum yang akan diadakan bersempena kedatangan bulan Ramadhan rabu ni.. Macam-macam karenah orang ramai yang adik-adik ni ceritakan..

iya laa... Dorang ni pun pakai baju yang rock-rock sikit.. Baju Levis.. Seluar Jeans.. sapa yang nda fikir ALONG... kalo aku.. AKu pun tolak jugak.. haha..

"Ada sorang ni bang.. yang pakai labuh nii.. Aku belum mula cakap lagi.. sudah dia tunjuk isyarat nda mau... hairan aku.. " si Jeman menambah.. haha..

Aku jadi Boss jak.. Tengok dorang bagi kad-kad jemputan tu.. hehehe.. aku mau jugak try bagi kad jemputan.. Bila mau bagi tu.. Malu laa pulak.. hahaha.. Adoii.. so aku gunakan KeSenioriti aku tuk menunggu dan melihat keadaan sahaja.. hehe..

Kerisauan..

Risaunyaa.. risau pasal kedatangan orang ramai.. Tadi calll UStaz Zulkiflee dari SMA KK , Ustaz Naim dari SMA Inanam.. menjemput sekolah ni menghantar wakil untuk sama-sama meramaikan majlis tersebut.

Majlis yang akan diadakan di Masjid Jamek Putatan, bersebelahan dengan kampungku.. Kg Ulu.. mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Masjid yang terkenal dengan black area.. Masjid yang paling sedikit jemaahnya yang hadir apabila ada function-function yang besar biarpun yang hadir adalah menteri..

Iklan yang ni ada gaya-gaya pakistan sikit.. HaHa.. apa punya idea laa.. ndak best langsung.. huhu..

keresahan yang sama ditimbulkan oleh banyak pihak yang aku temui.. termasuklah Bapa.. Pakcik-pakcikku.. Tu yang buat aku bertambah cuak..

"Bukan apa.. kalau nda banyak jemaah yang datang... nanti dorang akan cakap AJK Masjid.. semua kesalahan akan tertumpu kepada Imam.. Maluu kita nanti.. " Kata Imam Haji Madiah di malam mesyuarat bersama AJK Masjid hari tu..

Aku yang ditugaskan untuk menjadi S/U terus menulis minit-minit mesyuarat. Aza sebagai Pengarah dan Saiful sebagai timbalan pengarah terus meyakinkan Imam Haji Pelah dan Imam Haji Madiah mengenai kehadiran yang akan ramai.

"Kenapa kamu tidak ajak Persatuan Belia yang dibawah ........... tu join sekali?? Kita ni sudah berpecah-pecah nii.. " tanya Imam Haji Madiah..

"Camni nek... sebelum kami bermesyuarat awal nak buat program ni.. saya dah jumpa semua ketua-ketua persatuan belia ni.. Persatuan Belia Islam.. Persatuan Belia Putatan.. Semua laa ketua-ketua... yang bagi respon positif dan mahu bekerjasama hanyalah Persatuan Belia Islam.. dan kami gunakan Persatuan Belia Islam ni jak laa untuk run program kami ni nek... " jelas aku yang kurang sedap dengan soalan itu..

Masa semakin suntuk.. persiapan yang mengambil masa hanya 2 minggu ini belum tentu akan menghasilkan natijah yang superb.. Harap-haraplah semuanya akan berjalan dengan lancar..

Doakan agar Majlis ni berjaya K..

2 comments:

syphoon said...

semoga dipermudahkan. =)

Ibnu Saif said...

Ameeennn.. Fuhh.... Cuak2.. hehe..