"Pi.. bangun.. solat subuh.. napa laa tidur di bilik sembahyang ni.. " Bapa mengejutkan aku dari lamunan mimpi. Aku melihat kearah Jam yang terletak di dinding kanan bilik Solat rumahku.
" adushhh.. Ngantuk eh... " aku melirikkan mata ke arah laptop yang masih terbuka. " Adoii.. belum siap lagi kertas kerja ni.. pukul 8 sudah kena meeting pulak.. ndak pa laa.. bagi mesej jak laa ngan kak Faridah suruh lambatkan sikit "
"Salamualaikum.. Kak.. kalo kita lambatkan sikit meeting pukul 9 bulih ka?? ada hal sikit laa kak.. " - Send Message -
- Message Sent -
Tuttut... Tut Tuttt..... HP aku berbunyi.. aku segera menekan button Hp itu untuk masuk ke Inbox..
- Kak Faridah -
" Wassalam.. Bulih baa.. "
Kak Faridah merupakan antara orang-orang kuat Persatuan Siswazah Sabah (PSS). Sewaktu PSS ditubuhkan pada 2004 ( kalau tidak silap laa..) Kak Faridah adalah di antara generasi yang terawal menggerakkan program-program yang melibatkan masyarakat dan siswazah di Sabah.
Selepas solat, aku terus menyiapkan kertas kerja Program Titian Kasih ( Anak Angkat ) yang akan dijalankan pada 24 Ogos - 26 Ogos 2009 yang akan datang.
MeetingAku terlewat sedkit dari masa yang dijanjikan.
9.30 pagi..
Lewat jugak.. Perjalanan mengambil masa Sejam Lebih dari Putatan ke Tuaran.
Kami bermesyuarat di perkarangan Masjid Tuaran.
" Baa.. mau tinguk ka keadaan Kampung tu camana?? " Tanya kak Faridah..
"camane.. korang nak tengok?? " Celah Mariam.. Setiausaha PSS yang baru dilantik penggal ini. Sabahan.. tapi.. cakap melaya... keh3... ( Jan marah eh Mariam.. hehe.. )
"Okay seja baa... ba Misran.. kau camana?? abang Okay jak.. " aku bertemu mata dengan Adik Misran.. (Penggerak Utama Dakwah di Kg TepoQon - Actually Tepokon.. tapi dalam sebutan.. "K" ditukar kepada huruf "Q" hehe...)
"Aku okay seja bang.. baa.. bulih laa tuh.."
Perjalanan ke KG Samba..Kami menaiki Kereta Avanza (Bapa punya kereta.. aku men ambik jak.. pasal Bapa teda di rumah.. Gi Kebun di Ranau.. huhu..) menuju ke Jeti Kampung Serusup. 2 Muslimin (Aku dan Misran ) dan 4 Muslimat... (Mariam, Kak Faridah, Fauziah dan NurenCe)
Sesampainya kami di jeti Serusup, kami terpaksa menunggu Bot yang akan membawa kami ke KG Samba. Selepas 20 minit menunggu, kami menaiki bot Pakcik. Bot ni sebenarnya nak bawa seorang lagi pakcik ke Kg PaNimbauan.. Jadi kami singgah sekejap ke Kampung PaNimbauan dan meneruskan perjalanan ke Kg Samba..
Seperti kebiasaannya.. Ombak menyebabkan air laut merenjis-renjis ke arah penumpang bot Pakcik ( Kami laa baa tu penumpangnya.. ). Habes basah seluarku dibuatnya. Muslimat pun lebih kurang.. habis basah biarpun payung digunakan untuk menahan panahan Air laut yang kesyiokan memuji Allah.
Azan kedengaran dari Masjid Kg Samba setibanya kami di KG Samba. Aku dan Misran segera bergegas ke Masjid Kg Samba lalu menunaikan solat zohor berjemaah dengan beberapa penduduk kampung. Muslimat terus menuju ke rumah makcik Kak Faridah.
BerjumPa Imam MasjiDSelesai solat, aku dan Misran menemubual Imam Masjid Kg Samba, Haji Jimika. Rupa-rupanya, Haji Jimika ini tidak jauh dariku.. maksud aku.. dia kenal ramai orang-orang putatan yang femes-femes.
"Pakcik kenal Imam Haji Madiah..?? "
"Kenall.. sekali baa kami tu dulu.. "
"Imam Muhammad Mantarin?? "
"Itu lagi laa.. Mau pencen sudah ba kan dia tu.. "
"aa.. tu laa pakcik.. saya rasa.. dia sudah pencen kali tuh.. "
"Di JHEAINS tu pun ramai jugak saya kenal.. Lagi-lagi bahagian dakwah.. "
"ooo.. pakcik kenal pulak orang-orang sana tuh.. Ust Senan kenal?? "
"aa.. kenal semua tuh... Ust Senan.. Ust.............................. "
(Banyak gak nama-nama yang disebut oleh pakcik.. aku ulang jak balik nama-nama tuh.. seolah-olah aku pun kenal semua yang bekerja disana.. hihiihhi..)
"Pakci kenal Saiffuddin Daud?? "
"Kenal... bahagian pendidikan tu kan.. "
" aa... Tu bapa saya tuh... hihi "
"oooo... anak Ustaz Saiffuddin pulak kau ni.. "
lama jugak kami bersembang tentang general view keadaan di Kampung tersebut. Dari Kenal mengenal sampai ke program yang pernah dianjurkan oleh Jabatan agama.. dan lain-lain.
Kampung Air.... Rumah Papan dibawahnya Air laut.. Seronok berada di kampung ini. Angin bertiup merdu.. menyejukkan kulit Putih langsat pengunjung ke KG Samba ini.
Masaalah yang berbagai bentuk..
Rancak aku berbicara dengan Imam di Rumahnya menyebabkan aku lupa tujuan utama datang berziarah ke KG itu. Yupp.. aku benar-benar terlupa untuk menanyakan perkara yang lebih penting. Kesyiokan kaann.. huhu..
Sebelum balik, singgah sebentar di Rumah Datuk Kak Faridah.. Datuk Kak Faridah ni sudah mencecah 80 jugak rasanya. Tapi masih lagi bersemangat menguruskan anak-anak. Cucu seramai 40 orang dan cicit baru 3 orang. Murahnya Rezeki Keluarga Kak Faridah ni..... Sejuk hati memandang.. Kesyukuran dilimpahkan ke hadrat yang Maha Esa..
Kami menaiki Bot Pakcik Kak Faridah untuk pulang semula ke Jeti. Jam menunjukkan pukul 3 petang.
Penatttt... tapi seronoK..... dan Menyeronokkan..
Aku menghantar yang lain ke Masjid Tuaran kecuali Mariam dan Nurence. 2 Muslimat Solehah ini menumpang hingga ke KK. (Ada Urusan laa tuh.. )
Aku sampai ke rumah pada pukul 5 petang.
KepenataNPenat eh..... Lepas Solat maghriB kira-kira jam 715 petang.. aKu terus mengampaI ( Tertidur Di Bilik Sembahyang ).
Telefon Berdering.. "Salamualaikum.. pi, Keluar kita.... ada Eli sini nih.. sana kita minum-minum di Putatan.. " Sepupuku Apis menelefonku mengajakku keluar melepak dengan seorang lagi sepupuku.. Eli..
Aku tengah kurang centre...
"ha?? oo.. kau pulak ni pis.. Baa... kamu jalan dulu laa.. nanti aku datang sana.. bagitau jak di mana restoren kamu stay nanti.. "
Aku melihat kearah Jam yang terletak di dinding kanan bilik Solat rumahku.
Pukul 8.05 Malam..
Adushhh..... Pening lagi nih... Tidur jap Laaa..
Bapa mengejutkan aku pada pukul 845 Malam... AKu teringat kepada sepupuku Eli yang lama sudah aku tidak jumpa..
"Jalan laa.. g Cuci muka jaP... " detik hatiku...
EnJIn keretaku DihidupkaN......................................
- Peace -
P/S :- Gambar atas ni Kg Panimbauan jaK.. Curi jak di Flickrs tu.. keh3.. Teda baa aku ambik tadi gambarnya.. kalo ada.. sudah ku uploadkan.. Nanti laa K..
0 comments:
Post a Comment