Sunday, August 23, 2009

MonoloG HaTi


Alhamdulillah Allah masih lagi memberikan kita peluang untuk merasakan kasih sayangNya di bulan yang mulia ini, Bulan Ramadhan. Lamanya menanti, akhirnya sampai juga kita dalam pelukan Ramadhan.

Genggaman rahmat ini menimbulkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada peluang yang masih diberikan. Allahu Rabbii..

5 Tahun aku tidak berpuasa dan bersolat Tarawih di tempatku sendiri.. Solawat antara solat terasa sedikit janggal.. kejanggalan yang membuatkanku terfikir akan kandungan dan tujuan solawat yang dibaca si Bilal.

"Allahumma Solli Ala MuhammaD... !!!"

"Allahumma Solli Ala Sayyidina MuhammaD !! "

"Allahumma Solli Ala Sayyidina Wa SyaFii'ina Wa Habibina Wa Zhukhrina MuhammaD !!! "

kemudian disambut oleh jemaah yang hadir..

"Allahumma Solli Wasallim Wabarik Alaihhh.... !!!! "

Solawat yang mendoakan Nabi SAW.. ya Allah.. Alangkah cantiknya kalau semua yang hadir memahami makna disebalik solawat yang dilaungkan.

Tidakkah kita mengetahui, bahawa sekali solawat kita terhadap Nabi.. 10 kali Allah menyebut nama kita di Arashynya..

Mungkin kita terlupa.. Solawat kita juga disambut dan dijawab oleh Nabi SAW di Makamnya.. Allahu Rabbi..

Solawat yang disertai dengan kecintaan kepada Nabi SAW membawa kepada bersihnya hati dari segala noda dan kekotoran.

Ya Rabbi..

Aku bersyukur padaMu..

Ya Rabbi.. berikan RahmatMu di sepuluh Ramadhan yang pertama ini kepada Mama dan Bapa.. Kakak.. dan Adik-adikku.. Berikan Rahmat buat saudara-saudaraku.. Berikan Rahmat buat Guru-guruku.. Berikan Rahmat kepada Orang kampungku.. Kawan-kawanku.. dan semua muslimin dan muslimat...

Masing-masing berpusu-pusu ke surau dan masjid yang berdekatan semata-mata untuk mengabdikan diri dan merendahkan kepala menghinakan diri dihadapan Allah. Tidak kurang yang baru menjinakkan diri untuk menjejakkan kaki ke surau yang semakin usang.

Azan Isyak mendendangkan irama keasyikan buat si Abid.

Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. !!

langit yang kelam kembali menyinarkan suasananya memanggil hati-hati yang kehausan kasih sayangNya.

Ya Allah.. Berikanlah kami kekuatan untuk menuju kepada taqwa kepadaMu.. Ameenn..

0 comments: