Wednesday, September 30, 2009

i LovE U ..



Comel Kucing nih.. Last Sekali dia cakaP.. " I loVe U.. " hehe..
Sekadar Iklan unTuk Hari nih.. :-)

Tuesday, September 29, 2009

Hidup BerTuhaN


Kaffarah..

aku tersenyum sendirian..

Kaffarah dosa nih.. Siang yang agak sejuk.. Pening seharian, panas badan. aku membaringkan kepala yang semakin berat lalu menutup seluruh badanku dengan selimut yang sederhana tebal.
Aku tertidur disebalik kepanasan yang melegakan.

Malam yang Kelam


Hmm.. kena baca sikit nih untuk kelas besok.. aku kekurangan semangat untuk study. Mungkin sahaja disebabkan oleh kesihatan yang tidak berapa elok.

lalu diri mencari jalan. "Hmm.. camana laa aku mau naikkan semangat ni eh.. adusshh.. Susah ni kalo selalu camni.."

Semangat..
ada masanya ia naik.. dan begitulah sebaliknya..

Iman..
Ada masanya ia naik.. dan begitulah sebaliknya juga..

Semangat berkadar terus dengan Iman

Kalau Iman naik.. Maka Semangat akan naik dan meningkat..

Kalau iman turun.. Maka semangat pun akan menurun dengan lajunya..

Imannn.. Rupanya ada masaalah dengan Iman nih..

Yupp.. Dalam satu hadis Nabi.. Nabi menerangkan bahawa hati manusia ni boleh berkarat bagaikan besi yang terkena air.. Lalu ada sahabat yang bertanya.. bagaimana untuk membersihkan hati tersebut..

Nabi menjawab Hati itu akan bersih dengan mengingati mati dan membaca Al-quran..

Ada lagi Hadis Nabi.. yang menerangkan cara untuk memperbaharui Iman dengan memperbanyakkan ucapan Kalimah Toyyibah..

Laa Ilaaha Illallah.. (Tiada Tuhan Melainkan Allah..)

InsyaAllah kalo Hati bersih.. Iman akan naik.. dan semangat akan bertambah..

Study...

Study biarlah niat kerana Allah.. Semata-mata keranaNya.. InsyaAllah kita akan rasa akan kemanisannya.. Kalau betul keyakinan kita.. InsyaAllah.. Allah akan merasakan akan belaiannYa.. Alangkah syoknya berada dalam keadaan itu..

Biar susah.. atau senang.. semuanya dirasakan datang dari Tuhan..

"Kita kena sentiasa merasakan yang kita ni 'Hidup BerTuhan'.." Kata Sahabatku Amsah 6 tahun lalu sewaktu kami dalam perjalanan ke Rumah Anak Yatim Al-Falah, Beaufort anjuran Persatuan Kompang Matrikulasi LAbuan.

Hidup berTuhan.. Semoga Ada kebaikan buat semua.. Ameenn..


Saturday, September 26, 2009

taK seriuS..


Hmm.. ada sepuluh minit sebelum maghrib masuk. Tulis laa sikit-sikit.. Sebenarnya aku ni bukannya minat sangat menulis. saja-saja jak berkongsi apa yang boleh dikongsi kan.

bila baca blog kawan-kawan, aku merasa kagum dengan gaya bahasa yang digunapakai. Senior.. Junior.. MasyaAllah.. Hebat tulisan dan idea yang dilemparkan. aku pulak, masih lagi melepak-lepak jak. hehe..

aku teringat kata-kata seorang kawan kepadaku..

" kau kena tahu posisi kau dimana.. "

Hmm.. kata-kata tu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap caraku berfikir dan membuat sesuatu keputusan.

" Kak.. saya rasa kan.. saya bukan di posisi nih.. Hmm.. camna mau cakap aa.. bahagian pengkaderan pelajar ni mungkin bukan tempat saya.. " antara kata yang pernah kuluahkan kepada seorang kakak yang banyak memberi tunjuk ajar selok belok pengkaderan pelajar kepadaku.

"kak.. napa saya ni macam malas eh kak.. "

" malas?? napa malas?? cerita laa sikit.. " jawab kakak itu dengan tenang sambil menunggu jawapan yang akan aku berikan.

"entah laa kak.. bermacam-macam bermain di fikiran.. "

Astagfirullah.. hati kecilku memadahkan istigfar..

"Jadilah tembok yang besar kerana arus yang akan ditempuhi adalah arus yang sangat deras. kau kena faham, tempat kita ni lain dari tempat yang lain. " kata seorang ustaz kepadaku.

"buang masa jak kalo buat tembok yang kecil di tengah arus yang kuat nih.. sia-sia jak hancur dan tidak akan mendatangkan kesan langsung.. " Tambahnya lagi.

Aku merenung kata-kata tersebut.

Hmm.. ya Allah.. tunjukkan JalannMu.. Bantulah hambaMu ini..

Kuatkan hambaMu ini.. Ameen ya Rabb..

Thursday, September 24, 2009

Rindu..





Baru 2 minggu berada di Ukraine, hatiku sudah menyanyikan lagu rindu pada kampung halaman. Kampung yang tidak berubah sejak dahulu lagi. Dari aku kecil sehingga aku hampir menamatkan pengajian tinggiku keadaannya sama sahaja. Mungkin bilangan penduduk sahaja yang berubah. Ada yang sudah pergi dahulu menemui yang Maha Esa. Yang tinggal menunggu waktu untuk dipanggil. Berbahagialah mereka yang menambahkan bekalan sebelum menemuiNya.

Sabah.. Sabah..

"Keadaan di Sabah tak sama ngan keadaan di semenanjung. Kita tak boleh samakan langsung.. tak boleh laa cakap Sabah ketinggalan 20 tahun ke belakang.. Takk.. " Kata-kata yang selalu aku luahkan bila sahabat semenanjung memulakan isu "Ketinggalan".

Kadang-kadang benda kecil seperti ini boleh menimbulkan pergaduhan cakap antara 2 benua. "Borneo" dan "Semenanjung".

"Jangan buat program ni awal-awal.. orang-orang Dusun tu pukul 10 pagi baru bangun. " Kata salah seorang sahabat yang berasal dari "Semenanjung".

Astagfirullah.. Napa cakap camni.. Bapa aku berbangsa Dusun.. Muslim.. setahu aku, datuk nenek aku dahulu sebelum subuh lagi sudah turun ke hutan untuk menoreh getah dan mengusahakan padi. Pakcik-pakcik aku yang berbangsa Dusun daerah Ranau.. lewat malam baru pulang dari kebun menguruskan tanam-tanaman demi mendapatkan rezeki yang halal dan berkat.

Atau sememangnya aku adalah seorang yang sensitif dengan benda-benda seperti ini.

Disini aku dapat lihat beberapa perkara yang sedang bermain-main di kalangan orang-orang Sabah.

1. Sensitiviti keagamaan antara Islam dan Kristian.
2. Sensitiviti Bangsa - Dusun, Bajau, Bugis, Murut, Kadazan dan lain-lain.
3. Sensitiviti Tempat - Sabahan dan Semenanjung.

Sebenarnya isu Sabahan Semenanjung tidak akan timbul kalau Islam yang digunakan sebagai asas.

Isu Bangsa tidak akan timbul kalau Islam digunakan sebagai asas.

Yang paling jelas dan ketara sekali adalah isu Sensitiviti agama, antara Islam dan Kristian. Isu yang paling ditakuti dan juga merupakan sebuah peluang besar yang perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Kesemua isu Tempat dan bangsa kadangkala dimainkan oleh golongan-golongan tertentu supaya kesatuan tidak terbentuk. Mungkin sahaja pihak missionaries yang memainkan isu ini supaya umat Islam di Sabah tidak dapat bersatu kembali seperti dahulu.

Yeah.. Sabah pernah dikatakan sebagai tanah yang paling subur untuk kristian tersebar. Aku tidak kisah sekiranya mereka mahu menyebarkan agama mereka. Itu adalah hak mereka. Mereka juga mahukan penganut mereka bertambah. Demikian juga kita umat Islam Sabahan.

Apa yang perlu kita lakukan adalah menggunakan seluruh kelebihan yang ada untuk memberikan pendidikan agama demi melihat generasi Islam sabah yang lebih gemilang.

Isu hak Kerja (Orang Semenanjung lebih senang dinaikkan pangkat dari orang Tempatan Sabah itu sendiri) , duit minyak, balak.. dan lain-lain lagi.. Isu asas yang dimainkan sedikit sebanyak membuatkan aku turut keliru dengan apa yang sedang berlaku. Ahhh.. ini semua Politik.. Politik kotorr..

Dalam politik sendiri mereka memasang orang-orang mereka untuk kepentingan agama mereka. Keadilan yang dinaungi oleh bekas orang kuat PBS.. PBS menyertai BN.. Dimana-mana semuanya orang mereka yang seakan-akan mengawal kancah politik sabah. Duit dianggap sebagai senjata penting untuk mendapatkan pengaruh. Ada duit, semua boleh jalan..

Duit.. Dana yang mereka dapat disalurkan dari bermacam-macam sumber dan bernilai jutaan ringgit. Dari sana, duit dilobikan.. ada pemimpin Islam sendiri yang termakan dengan "Nilai" yang berjuta itu sehingga sanggup menjual maruah dan harga diri umat Islam Sabah.

Terngiang-ngiang kata kata mereka.. " Jangan biarkan mereka ( Orang Islam ) itu membiak dengan banyaknya disana (Kg Monsok, Tambunan) "

Umat Islam tidak dapat bersatu. Semua inginkan kepentingan diri, penuhkan poket sendiri dahulu. Biar sahaja mereka yang seagama dengan kita. Biar mereka menderita kemiskinan. Apa mahu dikata, mereka bukan sebangsa dengan kita. Aku dusun.. dia Bajau.. aku Bajau.. dia kadazan.. Aku Kadazan.. dia bugis.. AKu bajau.. dia Bugis.. Akuuuu... Akuuuu...

Akuuuuuuuuuuuuuuuu... Sampai bila "Akuuuuuuuuuuuuuu".. Bila lagi kita mahu mulakan "Kitaaaaaaa.."

Ya Allah.. kami kadangkala tertipu dengan permainan musuhmu.. Leraikan perasaan ini.. Satukan hati kami.. Umat Islam.. Sabahan.. Semenanjung.. Dusun.. Bajau.. Bugis.. Sungai.. Murut., Kadazan.. dan lain-lain. Satukan hati kami dengan Islamm.. Satukan kami dengan Islamm..

Benar kataMu ya Allah.. Orang-orang kafir itu akan bersatu dan mereka tidak akan mengalah selagimana kami tidak ikut akan jejak langkah mereka.. selagi kami tidak menuruti kehendak mereka..

Wahai anak sabahan.. fahamilah dan renungilah keadaan orang-orang kita di Sabah.

Anak Sabah yang belajar di Mesir.. Kenapa balik Sabah tapi Diam?? Buat apa belajar jauh-jauh.. belajar Agama..?? Untuk sijil jak ka?? Untuk dipanggil Ustaz Ustazah jak kaa?? Kenapa Diamm??

Benar aku katakan.. aku sedih dengan anak sabahan Mesir yang belajar Agama.. Mereka sepatutnya lebih kehadapan apabila mereka balik ke Sabah. Mereka sepatutnya menjadi bintang yang menyinari Sabah dengan cahaya Islam. Mereka sepatutnya menjadi antara penggerak-penggerak utama Dakwah Islam Sabah...

Tapi di mana mereka?? Bayang pun aku tidak nampak..

Mungkin ada.. Tapi tidak kelihatan..

Hmm.. Bukan niat dihati untuk mengkritik.. Tapi demi melihat semuanya bekerja bersama-sama.. Ikhlas kerana Allah..

Ndak kesian eh tengok orang Islam kita di Sabah?? mungkin Kamu balik Sabah, duduk rumah makan senang lenang jak.. tengok TV.. bermain internet.. hmm?? Cubalah pegi ke pedalaman-pedalaman.. tengok sikit camana orang-orang kita.. Tengok sikit Muallaf-muallaf yang memerlukan panduan.. kesian laa sikit... tolonglah kesian..

Tengokk sendiri dengan biji mata sendiri!! Jangan hanya bermain dengan hukum halal dan haram. Sedangkan orang kita, banyak lagi benda yang asas belum diketahui.

Tiba tiba aku disapa..

"Abes tuh.. napa PAS tak nak gabung ngan UMNO?? " celah salah seorang sahabat baikku yang berasal dari KL.

sekali lagi aku katakan.. aku tak kisah PAS tak nak gabung dengan UMNO ka.. apa-apa ka.. Aku tak kisah.. tapi tolong jangan samakan keadaan di Semenanjung dengan di Sabah.. Tolonglah.. Sejarah politik kita tidak sama. Sejarah perjuangan dan survival Islam di Sabah tidak sama dengan semenanjung.. Tolonglah jangan buat benda ini semakin complicated..

Namun Sahabatku.. Perjuangan dan Matlamat kita tetap sama. Tidak kira Sabahan, Semenanjung, Dusun, Bajau, Murut, kadazan, bugis.. Asalkan kita punya satu Ikatan, Ikatan persaudaraan Islam.. InsyaAllah, kita akan berjaya satu hari nanti. Ameen..

" Al Islaamu Ya'lu.. Walaa Yu'laa Alaihhi.. "

Ingatlah.. kita tidak Bisa dipermainkan lagi.. Sudah laa tuh.. Bangun lah wahai anak Sabah.. Bangunlah demi melihat berkibarnya Bendera Agamamu di negeri tanah Airmu.. Bila Berdiri Agamamu di bumi itu, yakinlah bahawa kita akan jadi yang terbaik. Kita akan jadi contoh dan ikutan.

Dakwah ini akan terus berkembang menusuk kalbu-kalbu tiupan angin yang berasal dari Bayu. Hati penduduk asal Sabah pasti akan tergerak untuk menerima Islam sebagai cara hidup. InsyaAllah..

"Bapa.. ada possibility ka untuk Sabah ni jadi Negeri Islam.. Islam yang memerintah.. ? " aku bertanya kepada Bapa ku sewaktu dalam perjalanan ke Ranau. Bapa terdiam.. Mungkin diam itu ada makna yang terpendam.

WallhuA'lam..

Tuesday, September 22, 2009

Ira si Comei..



Nama : Ira
Umur : 4 Tahun

Ambik video waktu pergi berziarah ke rumah Shasha di Turganovska, Backchisarai. Hehe.. Cute.. Tengok laa.. :-)

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya 1430





Wahh.. Hari raya pulak hari ni.. Alhamdulillah.. Ramadhan sudah selamat berlalu. Semoga segala amalan diterima Allah sebagai bekal buat menghadapi hari akhirat. Ameenn..

Ya Allah.. RedhaMu aku dambakan..... Kurniakan buatku.. Mama.. Bapa.. Adik-adik, kakak... saudara-saudaraku.. buat sekalian umat Islam.. Ameennn..

Malam ni adalam malam Aidilfitri. Baru tadi aku terbaca sepotong hadis Nabi. Dalam hadis tu menerangkan yang malam ni jugak dinamakan Lailatul Jaizah ( Malam Hadiah ). Hadiah buat kita umat Islam yang sudah melalui bulan puasa sebulan lamanya.

Malam ni, Allah janji yang Allah akan ampunkan dosa-dosa yang masih tinggal buat sesiapa yang menghidupkannya. Dosa kecil.. dosa besar... Semuanya akan diampunkan bagi yang beristigfar dan mahu kembali padaNya.

Hmm.. Betapa besar rahmat dan kasih Allah pada kita.. Baru sahaja nikmat Ramadhan berlalu, kini hadiah pulak yang diberi. Jaminan keampunan dan doa yang makbul.. Fuhh... Ya Allah.. Nampaknya, kami sahaja yang kurang bersyukur padaMu..

Betapa engkau sayangkan hambaMu.. Tapi HambaMu sahaja yang sering menjauhkan diri dariMu.. Namun engkau masih lagi memanggil agar hambaMu kembali..

Imam Syafie pun pernah menerangkan bahawa malam Raya adalah antara malam yang mustajab doanya. Apa lagi mau tunggu kan?? :-) Doa laa sebanyak-banyaknya. Mintalah kebaikan dunia dan Akhirat.. Semoga diberkatiNya..

Apapun.. Selamat Hari Raya maaf zahir dan baten buat semua..

Ucapan ini aku Tujukan buat..

Bapa yang Kusayangi..
Hj Shaiffuddin Hj Daud

Mamaku yang kurindui..
Hjh Jaidah Abd Hamid

Kakakku yang kuKagumi..
Norhamizah Shaiffuddin

Adik-Adikku yang kuingati..
Afifah
Atika
Syakila
IzzaTi

Makcik-makcik dan pakcikku sebelah Mama dan Bapa..

Sepupu-sepupuku..
Apis dan adik beradik
Atok dan Adik beradik
Eli dan Adik beradik

Buat sepupuku yang comei-comei
Irfan
Aleeya
Bahiyyah

Kawan-kawan kampungku..

AJK-AJK Masjid sekitar Putatan yang mengenaliku..

Buat semua Sahabat SMKA Inanam dan Matrikulasi Labuan 2003/04

Buat sahabat seperjuangan PSS..

Khasnya PSS Bhgian Tuaran.. yang terlalu banyak membantu.. Jazakumullaaahhhu Kheirrr...
Fairuz Bend
Nadir
Misran
Jamil

Kak Faridah (Kak Long)
Fauziah (Zi)
Maryam
Rohana
Nurence
Dan len2..

Buat sahabat-sahabat yang jauh dan dekat..
Dr Nani
Dr Raihan
Cumi
Syabinar

Buat Sahabatku yang tak sempat dijumpa cuti hari tu.. Maafkan diriku.. Bukan niat dihati untuk tidak berjumpa.. Mungkin takdir lebih memilih kita dimedan yang berlainan.. Memang diriku kejam.. Kuhulur tangan maaf dipinta........
Cikgu Burhanuddin Sirajuddin

Buat semua Sahabat-sahabat CSMU..

Buat semua yang mengenali diri ini.. mau jugak tulis semuanya.. tapi.. Susah jugak tuh.. hehe..


Oklah... Sekali lagi.. Selamat HAri Raya AidilFitri 1430... Doakan diriku agar balik Sabah nanti membawa sesuatu yang lebih bermakna buat generasi baru anak-anak Sabahan..

Satu Akidah.. Satu Matlamat..
Semoga Semuanya Kerana Dia.. Ameenn..

AFiFi SaiF..
Gagarina 24, Kvartira 47
Simferopol.

Friday, September 18, 2009

SeSampaiNya..


Alhamdulillah aku sampai ke Negara ku Tempat jatuh peluhku bertarung badai yang tidak henti-henti. Tanggal 13 hb aku sampai di perkarangan Airport SImferopol dengan membawa satu lagi amanah yang belum kuhabiskan.

"Allah.... Berat nih... Ya Allah.. permudahkan bagiku.."
getus hati kecilku..

Baru 2 hari aku berada di tanah orang ini, hatiku sudah merindukan sesuatu. Terngiang-ngiang suara mama dan bapa, adik-adik, orang-orang kampung. Satu-satu wajah teman seperjuanganku terlintas difikiran. Bagaikan LCD yang sedang memancarkan kembali sirah lalu yang mencuit hati, kadang-kadang membuatkanku sedikit tertekan.

Rahmat Allah turun mencurah-curah. Sokongan dari segenap penjuru mulai hadir satu-persatu. Allah.... Redhamu aku harapkan..

Lamunanku terhenti. Rumah diketuk dengan kuat sekali.

"Ni mesti Tuan rumah datang menagih duit rumah nih.. "

tekaanku tepat sekali. Pakcik Pevlov dengan rambutnya yang terurai bagaikan seorang gangster mengukir senyuman manis.

"Fuhh.. Pakcik nih... confirm banyak cakapnya nih.."

"Prevet Afifi.. Kak Dila.. Kakda ti Priyekhal? aa ti skazal b 12 cisla.. " pakcik pevlov membuka bicara.

(Hello Afifi.. Apa khabar.. Bila sampai?? hari tu awak cakap sampai 12 haribulan..)

"Prevet.. Ya fseyo normalna.. tolka vcera... no kaneshna.. 12 cisla ya usyul iz malaizi.. aa patom b istanbul do 13 cisla.. sevodnya 14.. paeetamu... "

(Hello.. SAya ok jak.. baru balik semalam .. memanglaa.. 12 haribulan baru jalan dari malaysia.. then sampai istanbul 13 haribulan.. hari ni 14 haribulan.. tu laa pasal.. )

pakcik pevlov seperti kebiasaannya akan mengingatkan tentang keselamatan air dan gas di rumah itu.

"MasyaAllah... pakcik nih... panjang ceramahnya nih.. Bila mau habes nih.. "

Berulang-ulang kali si Pakcik berkata mengenai air dan gas. Fuhh.. paning eh.. Huhu..

Malam 13 hb itu aku menuju ke Hostel untuk bersama-sama berbuka puasa anjuran Kelab UMNO Ukraine. Ayam masak merah air tangan Bro Fadzil sangat membuka selera walaupun sekadar menghirup baunya yang enak.

"Taraweh camana sini? Ok ka jugak.. ??"

Loghatku belum lagi dapat disesuaikan dengan tempat dan persekitaran. Aku melontarkan sedikit isu untuk diperbincangkan sahabat yang sama-sama berbuka puasa.

"Tak ramai solat taraweh sekali.. mungkin yang lain-lain bertaraweh di bilik masing-masing kot.. Tapi kan.. kalo iftar je.. punyer laa ramai yang datang sekali.. tapi tibe time terawih.. sume hilang entah kemana.. mungkin faktor terlalu kenyang kot.. " Jawab seorang sahabat..

" Aiseemen.. Benda yang tidak pelik.. mungkin banyak sebab mengapa tak ramai turun taraweh. Hmm.. Abaikan buat sementara waktu. Baik menghadap nasi ayam ni dulu baru bincang nanti.. " hatiku berkata-kata sambil menikmati kesedapan lauk.

Malam itu aku balik ke rumahku. Lama jugak aku menanti kelibat bas yang akan menuju kerumahku. Malam itu tenang mendendangkan lagu Ramadhan.

Allahu Rabbi.. Terimalah aku, keluargaku, saudaraku, orang kampungku.. orang negeriku.. Sahabat-sahabatku.,. Ameen ya Rabb..