Baru 2 minggu berada di Ukraine, hatiku sudah menyanyikan lagu rindu pada kampung halaman. Kampung yang tidak berubah sejak dahulu lagi. Dari aku kecil sehingga aku hampir menamatkan pengajian tinggiku keadaannya sama sahaja. Mungkin bilangan penduduk sahaja yang berubah. Ada yang sudah pergi dahulu menemui yang Maha Esa. Yang tinggal menunggu waktu untuk dipanggil. Berbahagialah mereka yang menambahkan bekalan sebelum menemuiNya.
Sabah.. Sabah..
"Keadaan di Sabah tak sama ngan keadaan di semenanjung. Kita tak boleh samakan langsung.. tak boleh laa cakap Sabah ketinggalan 20 tahun ke belakang.. Takk.. " Kata-kata yang selalu aku luahkan bila sahabat semenanjung memulakan isu "Ketinggalan".
Kadang-kadang benda kecil seperti ini boleh menimbulkan pergaduhan cakap antara 2 benua. "Borneo" dan "Semenanjung".
"Jangan buat program ni awal-awal.. orang-orang Dusun tu pukul 10 pagi baru bangun. " Kata salah seorang sahabat yang berasal dari "Semenanjung".
Astagfirullah.. Napa cakap camni.. Bapa aku berbangsa Dusun.. Muslim.. setahu aku, datuk nenek aku dahulu sebelum subuh lagi sudah turun ke hutan untuk menoreh getah dan mengusahakan padi. Pakcik-pakcik aku yang berbangsa Dusun daerah Ranau.. lewat malam baru pulang dari kebun menguruskan tanam-tanaman demi mendapatkan rezeki yang halal dan berkat.
Atau sememangnya aku adalah seorang yang sensitif dengan benda-benda seperti ini.
Disini aku dapat lihat beberapa perkara yang sedang bermain-main di kalangan orang-orang Sabah.
1. Sensitiviti keagamaan antara Islam dan Kristian.
2. Sensitiviti Bangsa - Dusun, Bajau, Bugis, Murut, Kadazan dan lain-lain.
3. Sensitiviti Tempat - Sabahan dan Semenanjung.
Sebenarnya isu Sabahan Semenanjung tidak akan timbul kalau Islam yang digunakan sebagai asas.
Isu Bangsa tidak akan timbul kalau Islam digunakan sebagai asas.
Yang paling jelas dan ketara sekali adalah isu Sensitiviti agama, antara Islam dan Kristian. Isu yang paling ditakuti dan juga merupakan sebuah peluang besar yang perlu dimanfaatkan sebaiknya.
Kesemua isu Tempat dan bangsa kadangkala dimainkan oleh golongan-golongan tertentu supaya kesatuan tidak terbentuk. Mungkin sahaja pihak missionaries yang memainkan isu ini supaya umat Islam di Sabah tidak dapat bersatu kembali seperti dahulu.
Yeah.. Sabah pernah dikatakan sebagai tanah yang paling subur untuk kristian tersebar. Aku tidak kisah sekiranya mereka mahu menyebarkan agama mereka. Itu adalah hak mereka. Mereka juga mahukan penganut mereka bertambah. Demikian juga kita umat Islam Sabahan.
Apa yang perlu kita lakukan adalah menggunakan seluruh kelebihan yang ada untuk memberikan pendidikan agama demi melihat generasi Islam sabah yang lebih gemilang.
Isu hak Kerja (Orang Semenanjung lebih senang dinaikkan pangkat dari orang Tempatan Sabah itu sendiri) , duit minyak, balak.. dan lain-lain lagi.. Isu asas yang dimainkan sedikit sebanyak membuatkan aku turut keliru dengan apa yang sedang berlaku. Ahhh.. ini semua Politik.. Politik kotorr..
Dalam politik sendiri mereka memasang orang-orang mereka untuk kepentingan agama mereka. Keadilan yang dinaungi oleh bekas orang kuat PBS.. PBS menyertai BN.. Dimana-mana semuanya orang mereka yang seakan-akan mengawal kancah politik sabah. Duit dianggap sebagai senjata penting untuk mendapatkan pengaruh. Ada duit, semua boleh jalan..
Duit.. Dana yang mereka dapat disalurkan dari bermacam-macam sumber dan bernilai jutaan ringgit. Dari sana, duit dilobikan.. ada pemimpin Islam sendiri yang termakan dengan "Nilai" yang berjuta itu sehingga sanggup menjual maruah dan harga diri umat Islam Sabah.
Terngiang-ngiang kata kata mereka.. " Jangan biarkan mereka ( Orang Islam ) itu membiak dengan banyaknya disana (Kg Monsok, Tambunan) "
Umat Islam tidak dapat bersatu. Semua inginkan kepentingan diri, penuhkan poket sendiri dahulu. Biar sahaja mereka yang seagama dengan kita. Biar mereka menderita kemiskinan. Apa mahu dikata, mereka bukan sebangsa dengan kita. Aku dusun.. dia Bajau.. aku Bajau.. dia kadazan.. Aku Kadazan.. dia bugis.. AKu bajau.. dia Bugis.. Akuuuu... Akuuuu...
Akuuuuuuuuuuuuuuuu... Sampai bila "Akuuuuuuuuuuuuuu".. Bila lagi kita mahu mulakan "Kitaaaaaaa.."
Ya Allah.. kami kadangkala tertipu dengan permainan musuhmu.. Leraikan perasaan ini.. Satukan hati kami.. Umat Islam.. Sabahan.. Semenanjung.. Dusun.. Bajau.. Bugis.. Sungai.. Murut., Kadazan.. dan lain-lain. Satukan hati kami dengan Islamm.. Satukan kami dengan Islamm..
Benar kataMu ya Allah.. Orang-orang kafir itu akan bersatu dan mereka tidak akan mengalah selagimana kami tidak ikut akan jejak langkah mereka.. selagi kami tidak menuruti kehendak mereka..
Wahai anak sabahan.. fahamilah dan renungilah keadaan orang-orang kita di Sabah.
Anak Sabah yang belajar di Mesir.. Kenapa balik Sabah tapi Diam?? Buat apa belajar jauh-jauh.. belajar Agama..?? Untuk sijil jak ka?? Untuk dipanggil Ustaz Ustazah jak kaa?? Kenapa Diamm??
Benar aku katakan.. aku sedih dengan anak sabahan Mesir yang belajar Agama.. Mereka sepatutnya lebih kehadapan apabila mereka balik ke Sabah. Mereka sepatutnya menjadi bintang yang menyinari Sabah dengan cahaya Islam. Mereka sepatutnya menjadi antara penggerak-penggerak utama Dakwah Islam Sabah...
Tapi di mana mereka?? Bayang pun aku tidak nampak..
Mungkin ada.. Tapi tidak kelihatan..
Hmm.. Bukan niat dihati untuk mengkritik.. Tapi demi melihat semuanya bekerja bersama-sama.. Ikhlas kerana Allah..
Ndak kesian eh tengok orang Islam kita di Sabah?? mungkin Kamu balik Sabah, duduk rumah makan senang lenang jak.. tengok TV.. bermain internet.. hmm?? Cubalah pegi ke pedalaman-pedalaman.. tengok sikit camana orang-orang kita.. Tengok sikit Muallaf-muallaf yang memerlukan panduan.. kesian laa sikit... tolonglah kesian..
Tengokk sendiri dengan biji mata sendiri!! Jangan hanya bermain dengan hukum halal dan haram. Sedangkan orang kita, banyak lagi benda yang asas belum diketahui.
Tiba tiba aku disapa..
"Abes tuh.. napa PAS tak nak gabung ngan UMNO?? " celah salah seorang sahabat baikku yang berasal dari KL.
sekali lagi aku katakan.. aku tak kisah PAS tak nak gabung dengan UMNO ka.. apa-apa ka.. Aku tak kisah.. tapi tolong jangan samakan keadaan di Semenanjung dengan di Sabah.. Tolonglah.. Sejarah politik kita tidak sama. Sejarah perjuangan dan survival Islam di Sabah tidak sama dengan semenanjung.. Tolonglah jangan buat benda ini semakin complicated..
Namun Sahabatku.. Perjuangan dan Matlamat kita tetap sama. Tidak kira Sabahan, Semenanjung, Dusun, Bajau, Murut, kadazan, bugis.. Asalkan kita punya satu Ikatan, Ikatan persaudaraan Islam.. InsyaAllah, kita akan berjaya satu hari nanti. Ameen..
" Al Islaamu Ya'lu.. Walaa Yu'laa Alaihhi.. "
Ingatlah.. kita tidak Bisa dipermainkan lagi.. Sudah laa tuh.. Bangun lah wahai anak Sabah.. Bangunlah demi melihat berkibarnya Bendera Agamamu di negeri tanah Airmu.. Bila Berdiri Agamamu di bumi itu, yakinlah bahawa kita akan jadi yang terbaik. Kita akan jadi contoh dan ikutan.
Dakwah ini akan terus berkembang menusuk kalbu-kalbu tiupan angin yang berasal dari Bayu. Hati penduduk asal Sabah pasti akan tergerak untuk menerima Islam sebagai cara hidup. InsyaAllah..
"Bapa.. ada possibility ka untuk Sabah ni jadi Negeri Islam.. Islam yang memerintah.. ? " aku bertanya kepada Bapa ku sewaktu dalam perjalanan ke Ranau. Bapa terdiam.. Mungkin diam itu ada makna yang terpendam.
WallhuA'lam..
1 comments:
salam fifie
sgt2 bersetuju dengan apa yang fifie katakan tu.
semuanya adalah realiti yang kita warga borneo kena telan..
tidak kira la kita ni lulusan agama ka, lulusan sains ka, yang penting setiap individu muslim yg menjunjung kalimah la ilaha ila ALLAH memikul tanggungjawab daqwah di bahu masing2..
moga kita semua istiqamah dalam usaha utk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ni
Post a Comment