Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya 1430





Wahh.. Hari raya pulak hari ni.. Alhamdulillah.. Ramadhan sudah selamat berlalu. Semoga segala amalan diterima Allah sebagai bekal buat menghadapi hari akhirat. Ameenn..

Ya Allah.. RedhaMu aku dambakan..... Kurniakan buatku.. Mama.. Bapa.. Adik-adik, kakak... saudara-saudaraku.. buat sekalian umat Islam.. Ameennn..

Malam ni adalam malam Aidilfitri. Baru tadi aku terbaca sepotong hadis Nabi. Dalam hadis tu menerangkan yang malam ni jugak dinamakan Lailatul Jaizah ( Malam Hadiah ). Hadiah buat kita umat Islam yang sudah melalui bulan puasa sebulan lamanya.

Malam ni, Allah janji yang Allah akan ampunkan dosa-dosa yang masih tinggal buat sesiapa yang menghidupkannya. Dosa kecil.. dosa besar... Semuanya akan diampunkan bagi yang beristigfar dan mahu kembali padaNya.

Hmm.. Betapa besar rahmat dan kasih Allah pada kita.. Baru sahaja nikmat Ramadhan berlalu, kini hadiah pulak yang diberi. Jaminan keampunan dan doa yang makbul.. Fuhh... Ya Allah.. Nampaknya, kami sahaja yang kurang bersyukur padaMu..

Betapa engkau sayangkan hambaMu.. Tapi HambaMu sahaja yang sering menjauhkan diri dariMu.. Namun engkau masih lagi memanggil agar hambaMu kembali..

Imam Syafie pun pernah menerangkan bahawa malam Raya adalah antara malam yang mustajab doanya. Apa lagi mau tunggu kan?? :-) Doa laa sebanyak-banyaknya. Mintalah kebaikan dunia dan Akhirat.. Semoga diberkatiNya..

Apapun.. Selamat Hari Raya maaf zahir dan baten buat semua..

Ucapan ini aku Tujukan buat..

Bapa yang Kusayangi..
Hj Shaiffuddin Hj Daud

Mamaku yang kurindui..
Hjh Jaidah Abd Hamid

Kakakku yang kuKagumi..
Norhamizah Shaiffuddin

Adik-Adikku yang kuingati..
Afifah
Atika
Syakila
IzzaTi

Makcik-makcik dan pakcikku sebelah Mama dan Bapa..

Sepupu-sepupuku..
Apis dan adik beradik
Atok dan Adik beradik
Eli dan Adik beradik

Buat sepupuku yang comei-comei
Irfan
Aleeya
Bahiyyah

Kawan-kawan kampungku..

AJK-AJK Masjid sekitar Putatan yang mengenaliku..

Buat semua Sahabat SMKA Inanam dan Matrikulasi Labuan 2003/04

Buat sahabat seperjuangan PSS..

Khasnya PSS Bhgian Tuaran.. yang terlalu banyak membantu.. Jazakumullaaahhhu Kheirrr...
Fairuz Bend
Nadir
Misran
Jamil

Kak Faridah (Kak Long)
Fauziah (Zi)
Maryam
Rohana
Nurence
Dan len2..

Buat sahabat-sahabat yang jauh dan dekat..
Dr Nani
Dr Raihan
Cumi
Syabinar

Buat Sahabatku yang tak sempat dijumpa cuti hari tu.. Maafkan diriku.. Bukan niat dihati untuk tidak berjumpa.. Mungkin takdir lebih memilih kita dimedan yang berlainan.. Memang diriku kejam.. Kuhulur tangan maaf dipinta........
Cikgu Burhanuddin Sirajuddin

Buat semua Sahabat-sahabat CSMU..

Buat semua yang mengenali diri ini.. mau jugak tulis semuanya.. tapi.. Susah jugak tuh.. hehe..


Oklah... Sekali lagi.. Selamat HAri Raya AidilFitri 1430... Doakan diriku agar balik Sabah nanti membawa sesuatu yang lebih bermakna buat generasi baru anak-anak Sabahan..

Satu Akidah.. Satu Matlamat..
Semoga Semuanya Kerana Dia.. Ameenn..

AFiFi SaiF..
Gagarina 24, Kvartira 47
Simferopol.

1 comments:

annisaNazifa said...

selamat Hari Raya akh...
sudah kembali ke perantauan ka?
selamat meneruskan perjuangan mencari bekal untuk terus berjuang d Sabah...!!!