Hmm.. ada sepuluh minit sebelum maghrib masuk. Tulis laa sikit-sikit.. Sebenarnya aku ni bukannya minat sangat menulis. saja-saja jak berkongsi apa yang boleh dikongsi kan.
bila baca blog kawan-kawan, aku merasa kagum dengan gaya bahasa yang digunapakai. Senior.. Junior.. MasyaAllah.. Hebat tulisan dan idea yang dilemparkan. aku pulak, masih lagi melepak-lepak jak. hehe..
aku teringat kata-kata seorang kawan kepadaku..
" kau kena tahu posisi kau dimana.. "
Hmm.. kata-kata tu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap caraku berfikir dan membuat sesuatu keputusan.
" Kak.. saya rasa kan.. saya bukan di posisi nih.. Hmm.. camna mau cakap aa.. bahagian pengkaderan pelajar ni mungkin bukan tempat saya.. " antara kata yang pernah kuluahkan kepada seorang kakak yang banyak memberi tunjuk ajar selok belok pengkaderan pelajar kepadaku.
"kak.. napa saya ni macam malas eh kak.. "
" malas?? napa malas?? cerita laa sikit.. " jawab kakak itu dengan tenang sambil menunggu jawapan yang akan aku berikan.
"entah laa kak.. bermacam-macam bermain di fikiran.. "
Astagfirullah.. hati kecilku memadahkan istigfar..
"Jadilah tembok yang besar kerana arus yang akan ditempuhi adalah arus yang sangat deras. kau kena faham, tempat kita ni lain dari tempat yang lain. " kata seorang ustaz kepadaku.
"buang masa jak kalo buat tembok yang kecil di tengah arus yang kuat nih.. sia-sia jak hancur dan tidak akan mendatangkan kesan langsung.. " Tambahnya lagi.
Aku merenung kata-kata tersebut.
Hmm.. ya Allah.. tunjukkan JalannMu.. Bantulah hambaMu ini..
Kuatkan hambaMu ini.. Ameen ya Rabb..
0 comments:
Post a Comment