Bismillah..
Hari ni kita akan bercakap mengenai Cerebrum (Bahagian dari Otak) pulak..
Pehhh... Quran pun ada cakap pasal cerebrum eh ??
Ada.. Quran kan Superb... hehe..
Okay..
1st, keep in our mind that Quran was revealed in 610 - 632 masihi..
Macam biasa, mari kita baca serba sedikit mengenai sejarah pengkajian tentang Otak ini.
Sejarah Kajian Otak
HippocrateS
Orang yang mula-mula mengkaji dan mengemukakan teori mengenai Otak ini adalah Hippocrates. (470 before christ). Pada waktu tuh, dia dah biasa sangat tengok orang yang cedera kat kepala. Bila dia melihat simptom-simptom yang jadi kat orang yang cedera tuh, lalu dia mengeluarkan satu teori "Mental Duality" yang mengatakan 2 hemisphera otak membuat proses masing-masing dengan sendirinya.
Ada jugak yang menyebut bahawa Aristotle merupakan orang yang pertama mengkaji pasal Otak.
Franz Joseph Gall
Selepas seribu lebih tahun lamanya.. pada tahun 1808, muncul lagi seorang tokoh yang terkenal, Franz Joseph Gall, German anatomist yang mengemukakan teori Prenology. iaitu teori yang mengatakan bahawa karakter seseorang itu ditentukan mengikut bentuk tengkoraknya.
Beliau mengatakan bahawa
Bentuk Otak = Bentuk tengkorak.
Teori Prenology
Pada tahun 1848, berlaku satu kes letupan di sebuah tapak binaan jalan keretapi di Amerika Utara. Pesakit yang bernama Pheneas Gage, telah cedera di bahagian Hadapan kepalanya (Forehead) akibat cebisan besi-besi yang meletup.
Selepas kes tersebut, didapati Pheneas Gage dah berubah. Dulunya dia seorang yang pendiam.. Tetapi sekarang dia dah semakin aggesiv dan liar sehingga tidak dapat menyambung kerjanya sebagai pekerja di tapak binaan itu.
Kes yang famous ini terdapat di bermacam-macam buku Neuroscience (Sains mengenai Saraf) dan menjadi satu penemuan penting dalam kajian mengenai otak. Ia menyimpulkan bahawa Frontal part (Forehead) ada kaitan dengan karakter dan sifat seseorang.
Selepas itu, tahun demi tahun berlalu, kajian demi kajian dilakukan untuk membongkar rahsia otak yang penuh dengan misteri.
Apa yang dipelajari hari ini oleh pelajar perubatan di seluruh dunia adalah hasil kajian yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu. Maka, kita pun mengetahui bermacam-macam info mengenai sistem yang berlaku di dalam otak. Setiap bahagian otak mempunyai tugas masing-masing. Ada pusat yang mengawal memory, ada yang mengawal karakter seseorang, ada yang mengawal pembelajaran, pusat language dan bermacam-macam lagi. Semuanya bergerak bagaikan motherboard komputer yang menghantar, mengawal, menafsir maklumat yang datang.
Pehh.. Hebat Otak nih.. Ajaib sungguh.. Pelik tapi benar...
Al-Quran dan Cerebrum
Quran aku pun cam dalam gambar ni jugak.. Sebijik.. hehe..
Apa pulak kaitan dengan Al-Quran ??
Kita ulang balik.. Bila Quran diturunkan ???
610-632 Masihi.
Apa yang Quran kata pasal Cerebrum (Otak) nih ???
Dalam Surah Al-Alaq, ayat 15-16
15. Sekali-kali tidak, Sungguh, jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya kami akan menarik Naseyah nya.
16. Naseyah pemilik orang yang pendusta dan pembuat kesalahan. (Durhaka)
Naseyah disini membawa maksud Bahagian hadapan kepala ataupun kita panggil sebagai Frontal part.
Kenapa Allah sebut Frontal Part dalam ayat nih??
Tiba-tiba sahaja kan Allah sebut bahagian hadapan kepala nih. Kenapa Allah tak sebut
"Nescaya kami akan menarik kepalanya"
"kepala orang yang pendusta dan penderhaka"
kan senang.. lebih mudah difahami dan diimaginasikan.. Kann??
Tapi Kenapa 'Naseyah' (Bahagian hadapan kepala) ???
dalam ayat yang ke 16 Allah menyebut lagi..
Naseyah pemilik orang yang pendusta dan penderhaka.
Apa kaitan Naseyah (bahagian hadapan kepala) dengan Dusta dan Derhaka??
Dalam Science of Brain hari ini, kita telah mendapati bahawa bahagian hadapan kepala ini terletak satu centre dan area dalam otak yang dipanggil sebagai Prefrontal area.
Apa yang para Physiologist menerangkan kepada kita tentang area ini ??
dalam satu buku " Essentials of Anatomy & Physiology " kita diberitahu bahawa
" The motivation and the foresight to plan and initiate movements occur in the anterior portion of the frontal lobes, the prefrontal area "
" In relation to its involvement in motivation, the prefrontal area is also thought to be the functional center for aggression "
Essentials of Anatomy & Physiology, Seeley Stephan and Tate, p. 211
So, area kat otak ni bertanggungjawab untuk mengawal motivasi seseorang, merancang sesuatu dan bertindak keatas suatu ransangan. Dan kat area ni jugak laa yang bertanggungjawab memproses maklumat untuk tindakan selanjutnya, samaada tindakan yang baik ataupun buruk. Contohnya berdusta dan membuat sesuatu kesalahan dan menjadi penderhaka.
Maka, Al-Quran sekali lagi menunjukkan mu'jizatnya dengan turunnya ayat yang kita baca sebentar tadi iaitu ayat dari surah Al-Alaq, ayat 15-16.
Mengapa Naseyah yang Disebut ?? Allah nak kita kaji.. Allah nak kita lihat dan rasakan sendiri betapa hebatnya Al-Quran.. Sewaktu manusia di dunia masih berada di dalam kegelapan Ilmu, Al-Quran sudah menerangkan dan menyebut tentang perkara yang belum diketahui pada waktu itu.
Apakah ini kata-kata Nabi Muhammad ?? Adakah Mungkin Nabi seorang saintis yang penah bedah kepala orang, tengok dan memerhatikan orang-orang yang cedera kat kepala dan lain-lain lagi ???
Tidak.. Nabi tidak pernah buat pembedahan kepala orang.. Nabi tidak pernah tau pun mengenai perkara ini.. Bahkan Nabi seorang yang buta Huruf dan tidak tahu membaca.. Mustahil Nabi Muhammad tau akan perkara ini.. Mustahil..
jadi kalau bukan kata-kata Nabi Muhammad.. lalu ini kata-kata siapa ?? Siapa yang sampaikan kepada Nabi akan perkara ini ??
Tidak lain dan tidak bukan.. Ini merupakan Kata-kata ALLAH.. ALLAH yang memberitahu Nabi.. ALLAH lah yang memilih untuk menggunakan perkataan "Naseyah" supaya dikaji oleh orang-orang yang terkemudian. Agar orang-orang yang mempunyai hati dan akal fikiran dapat melihat bahawa ALLAH adalah Tuhan.. ALLAH adalah yang menciptakan dan TIDAK ADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH, MELAINKAN ALLAH semata-mata.
WallahuA'lam.. Semoga mendapat manfaat dari post kali ini..
1 comments:
Assalamualaikum..
ustaz.. ikhlas aku ckp aku jarang baca blog org.. tapi alhamdulillah blog ko ni dpt menarik aku utk baca.. ader isi.. keep it up..
Post a Comment